The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

19303495-Latihan-Cakap-Ajuk-Dan-Cakap-Pindah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kimierosli, 2020-09-22 22:22:15

19303495-Latihan-Cakap-Ajuk-Dan-Cakap-Pindah

19303495-Latihan-Cakap-Ajuk-Dan-Cakap-Pindah

Latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.:Puan Siti Norazlina

Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah.

Latihan 1
Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki
mengekalkan isi dalam ayat ini.

1. “Ramai sungguh pengunjung di Dataran Merdeka sempena Le Tour de
Langkawi,”kata Norli kepada Azmi.

2. “Wah,hebat betul persembahan tarian kebudayaan itu!” kata Hakimi dan Aisyah
kepada Amirul.

3. “Cikgu Ali akan berpindah ke Sepang?”Tanya Cikgu Azmi kepada Tuan
Pengetua.

4. Norish:Tahniah Zaki, awak berjaya menjadi olahragawan pada tahun ini!
5. Mak Jah: Tolong jangan sepahkan buku sekolah kamu ini,Ariff.
6. Thurai: Ismail, kamu sudah mengulang kaji pelajaran untuk ujian nanti?
7. “Semasa berjoging pagi tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan

yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Saleh.
8. Kata Norman kepada Sarah, “ Jangan makan makanan yang banyak lemak

nanti awak akan mendapat sakit.”
9. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami

air,”kata Erra.
10. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Alif tumbang dan menimpa

rumahnya.

Menukarkan Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk

Latihan 2
Tukarkan ayat-ayat di bawah dalam bentuk ayat dialog.

1. Adi mengatakan bahawa hujan yang lebat telah membasahi baju dan seluarnya.
2. Zila dan Niza mengatakan bahawa mereka sudah kenyang dan mengucapkan terima

kasih kerana dijemput.
3. Wan menasihati anaknya supaya berhati-hati ketika makan ikan terubuk kerana ikan

itu mempunyai tulang yang banyak.
4. Kamil berkata kepada ayahnya bahawa mereka tidak berjumpa hampir lima tahun.
5. Izlan menerangkan bahawa Ramli telah melakukan kerja-kerja menangkap ikan

sejak muda lagi.
6. Nana memberitahu bahawa gadis itu ialah kacukan Melayu dan India kerana

mempunyai mata yang besar dan bulat.
7. Salman berkata bahawa emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.
8. Ong Kai Seng menyatakan bahawa buah manggis itu sungguh manis.
9. Budak itu menanyai datuknya cara Hang Tuah dan rakan-rakannya dapat membunuh

lanun-lanun itu.
10.Bapa saudaranya ingin tahu tentang masa Rabiah akan tamat pengajiannya di

Universiti.

Latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.:Puan Siti Norazlina


Click to View FlipBook Version