EXPLORASI
KERJAYA
KERJAYA mKldaeueeidmmnrrkjiataenbaulyaayhakadhandmistblbaaueeaennomgsrrttediauipsdminjeepuageroaikthnrpnaabaehenukeggangrnanudytkykauaakaamyk.annang
PEGUAM
CIRI PERIBADI
· Berminat dengan
profesion ini
· Menguasai Bahasa
Melayu dan Bahasa
Inggeris
· Memiliki kemahiran
berkomunikasi
PERSEKITARAN
Persekitaran seorang
peguam
-satu lokasi di mana peguam
dapat melaksanakan tugas
mereka secara profesional
bagi menegakkan keadilan
MAUGEP AYAJREK KEPSORPKERJAYA PEGUAM
KELAYAKAN
AKADEMIK
Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang (L.L.B) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9 bulan chambering
sebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam. Syarat-syarat kelayakan bagi rakyat
Malaysia untuk melayakkan diri dalam bidang kerjaya peguam adalah di bawah seksyen 10
dan 11 Akta dan tertakluk di bawah seksyen 14 Akta, iaitu "orang layak" dan boleh diterima
menjadi seorang peguambela
EXAM BAR
calon tersebut mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan
kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang
dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-
kurangnya tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani
latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan
dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak
diajar di universiti.
EXAM
Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia
Qualifying Examination yang dijalankan oleh
badan penilaian seperti yang tertera di bawah
Legal Profession Act.
KEWAEGANEGARAAN
· Sama ada warganegara atau seorang
pemastautin tetap Malaysia
· Berada di Malaysia mengikut tempoh yang
ditetapkan dalam latihan untuk melayakkan diri.
Senarai Unit
Senarai unit ini ialah senarai unit-unit yang berada di bawah pentadbiran biro
bantuan guaman. Antaranya ialah :-
Unit Sivil
Berguam di seluruh mahkamah di peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah
Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan;
Memberi khidmat bantuan guaman dalam Prosiding Sivil mengikut Jadual
ketiga Akta Bantuan Guaman 1971;
Memberi khidmat bantuan guaman dalam Prosiding Jenayah mengikut Jadual
Kedua Akta Bantuan Guaman 1971;
Pemantauan Statistik di semua cawangan Biro Bantuan Guaman; dan
Memberi khidmat nasihat guaman dalam segala perkara di bawah Jadual
Keempat.
Unit Syariah
Berguam di seluruh mahkamah di peringkat Mahkamah Syariah, Mahkamah
Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah;
Memberi khidmat bantuan guaman dalam prosiding sivil mengikut Jadual
Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971; dan
Memberi khidmat nasihat Guaman Syariah dalam segala perkara di bawah
Jadual Keempat.
Unit Pengantaraan / Mediasi
Menjadi pengantaraan bagi penyelesaian kes-kes sebelum dibawa ke
mahkamah;
Memastikan proses pengantaraan dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas
ditetapkan bagi sidang pengantaraan; dan
Memastikan pihak-pihak bersetuju untuk melalui sidang pengantaraan dalam
tempoh 14 hari.
Unit Penyelidikan
Menjadi pakar rujuk bagi segala perundangan bagi Sivil dan Syariah;
Mengubal Undang-Undang baru dan membuat dasar Biro Bantuan Guaman; dan
Bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Baitulmal, Badan Bukan Kerajaan
(NGO), Pusat Bantuan Guaman dan National Legal Aid Committee.