The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syakirmsr1, 2021-07-23 21:02:55

Pertandingan Sepak Takraw

Pertandingan Sepak Takraw

Peserta akan membuat rakaman kemahiran mengawal
bola takraw dan kemahiran khusus mengikut
permainan sepaktakraw yang berdurasi selama 4-5
minit penuh.

Penetapan pemilihan lokasi rakaman peserta boleh
dibuat di mana-mana kawasan, seperti di tempat
kediaman masing-masing, gelanggang, ruang yang luas
dengan keadaan pencahayaan yang jelas semasa
rakaman

Bola yang dibenarkan untuk rakaman iaitu bola Gajah
Emas 311 atau Bola Gajah Emas ( Ceria ) atau Bola
Gajah Emas 411 ( Wanita ) bagi kategori Bawah 12
tahun

Bola Gajah Emas Bola Gajah Emas Bola Gajah Emas
311 Ceria 411

Bola Gajah Emas 511 bagi kategori 15 tahun dan
18 tahun ke bawah sahaja dibenarkan

Bola Gajah Emas 511

Pembahagian Aktiviti

Aktiviti 1

Video Lakuan Kemahiran Asas Sepaktakraw
(Sepak Sila) Menggunakan kaki kanan dan kiri secara
berselang seli. Masa video berdurasi 1 minit

Penjurian Mata

Aktiviti 1

Mata akan diambil kira jika pemain
menimang bola takraw secara berselang
seli kaki sahaja.

Jika pelajar hanya menimbang sebelah kaki
sahaja secara berturutan ,mata tidak akan
diberi. Pelajar boleh memulakan sepakan
dengan mana-mana kaki dominan mereka

Penjurian

Aktiviti 1

Jika bola pemain terjatuh semasa menimang,
pemain boleh meneruskan timangan jika masa
yang ditetapkan masih ada.

Pelajar dibenarkan untuk meneruskan menimang
bola hanya dalam satu jatuhan sahaja

Aktiviti 2

Menggunakan pelbagai Kemahiran Asas seperti Sepak
Sila - Paha, Sepak Sila - Menanduk (2 mata) Sepak Sila -
Sepak Kuda ( 2 mata ) , Sepak Sila - Badek Sisi (3 mata),
Sepak Sila - Badek Silang (5 mata).
Masa video berdurasi 1 minit

Penjurian

Aktiviti 2

Setiap pemain perlu membuat timangan
sepak sila dan diikuti dengan satu sepakan
kemahiran lain . Contoh :

Sepak sila – Menanduk ( 2 mata )
Sepak sila – Memaha ( 2 mata )
Sepak sila – Sepak Kuda ( 2 mata )
Sepak Sila – Badik sisi ( 3 mata ).
Sepak sila – Badik silang kaki ( 5 mata )

Penjurian Markah

Aktiviti 2

Sebelum sepakan kemahiran lain
dijalankan, pemain mestilah membuat
sepak sila terlebih dahulu dengan mana-
mana kaki dominan pelajar dan baru
diikuti sepakan kemahiran yang lain.

Penjurian Markah

Aktiviti 2

Satu jatuhan bola sahaja dibenarkan untuk
aktiviti 2 ini. Untuk meneruskan aktiviti , pelajar
akan memulakan aktiviti dengan mengulangi
aktiviti 2 dari awal aktiviti .
Masa video berdurasi 1 minit

Semakin tinggi darjah aras kesukaran semakin
tinggi markah yang akan diberikan

Aktiviti 3

Gaya dan lakuan seorang Tekong, atau Gaya atau lakuan seorang
Apit Kanan atau Gaya dan lakuan seorang Apit Kiri . Pelajar
dikehendaki melakukan aktiviti Split terlebih dahulu dalam masa
20 saat sebelum menjalankan aktiviti 3 berpandukan kepada posisi
kegemaran masing-masing . - Masa video berdurasi 1 minit.

Penjurian Markah

Tekong

Pelajar dikehendaki melakukan aktiviti Split
terlebih dahulu dalam masa 20 saat
sebelum menjalankan aktiviti 3
Pelajar yang memilih untuk melakukan
aktiviti perlakuan posisi Tekong perlu
menunjukkan ansur maju kemahiran
dengan menyepak bola yang digantung
dengan kaedah sepak kuda atau sepakan
spin

Penjurian Markah

Tekong

Markah akan diberikan berdasarkan
perlakuan yang lancar dan sempurna .

Semakin lancar ansur maju yang dapat
ditunjukkan semakin tinggi markah yang
akan diperolehi

Markah Tambahan akan diberikan jika
pelajar berupaya membuat sepakmula
dengan kedua-dua kaedah dengan
berkesan

Penjurian Markah

Apit Kanan

Gaya dan lakuan seorang Tekong,
atau Gaya atau lakuan seorang Apit
Kanan atau Gaya dan lakuan seorang
Apit Kiri . Pelajar dikehendaki
melakukan aktiviti Split terlebih
dahulu dalam masa 20 saat sebelum
menjalankan aktiviti 3 berpandukan
kepada posisi kegemaran masing-
masing . Masa video berdurasi 1
minit.

Penjurian Markah

Apit Kanan

Markah akan diberikan berdasarkan
perlakuan yang lancar dan sempurna .

Semakin lancar ansur maju yang dapat
ditunjukkan semakin tinggi markah
yang akan diperolehi

Markah tambahan akan diberikan jika
pelajar berupaya membuat kedua-dua
jenis rejaman

Penjurian Markah

Apit Kiri

Pelajar dikehendaki melakukan aktiviti Split
terlebih dahulu dalam masa 20 saat
sebelum menjalankan aktiviti 3
berpandukan kepada posisi kegemaran
masing-masing .

Pelajar menunjukkan ansur maju
kemahiran dengan membuat umpanan ke
arah sasaran samada ke dalam baldi atau
apa sahaja peralatan yang sesuai.

Penjurian Markah

Apit Kiri

Markah akan diberikan kepada pelajar yang
dapat membuat umpanan dengan tepat ke
arah sasaran. Bola mesti melepasi bahagian
kepala.

Markah tambahan akan diberikan jika
pelajar dapat membuat umpanan dengan
tepat dengan gaya yang lancar dan sempurna
dengan kedua – dua belah kaki kiri dan
kanan

Jarak antara pemain dengan sasaran adalah
tidak kurang 2 meter

Masa yang dibenarkan untuk peralihan dari
satu aktiviti ke satu aktiviti ialah selama 30 saat

Ini bermaksud setiap pelajar mesti
menyelesaikan semua aktiviti dalam tempoh
masa 4 hingga 5 minit sahaja. Mata akan
diberikan dalam tempoh 5 minit yang
ditetapkan . Mata tidak akan diberikan untuk
aktiviti yang melebihi dari masa yang
diberikan

Semua pelajar kategori Bawah 12 , 15
dan 18 tahun dikehendaki merakamkan
dalam satu rakaman video dengan
melakukan gabungan Aktiviti 1 dan
Aktiviti 2 serta Aktiviti 3 mengikut
turutan . Ini bermaksud setiap pelajar
mesti menyelesaikan setiap aktiviti dalam
tempoh 4-5 minit yang ditetapkan

Jumlah mata keseluruhan individu
adalah menjadi penilaian utama
penjurian selain profil peserta.

Dalam Profil peserta, peserta harus memperkenalkan
diri sebelum sepak mula dalam tempoh 30 saat sahaja.

Perkara yang perlu ada dalam rakaman peserta adalah
Nama penuh
Sekolah
Daerah / Negeri
Umur(kategori)
Tinggi
Berat
Pengalaman Bermain Mewakili
Sekolah/Daerah/Negeri

Setiap Peserta diingatkan supaya menjaga
keselamatan, SOP kesihatan semasa
membuat rakaman penyertaan dan adalah
dimaklumkan Pihak Penganjur Pertandingan
Tidak bertanggungjawab kepada mana-mana
situasi kecuaian keselamatan yang melibatkan
kecederaan atau tindakan undang-undang
terhadap perlanggaran SOP kesihatan
sekiranya berlaku.


Click to View FlipBook Version