The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LATIHAN AMALI 2 PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR HASMIDA BINTI MOHD NOR Moe, 2021-05-16 18:58:19

LATIHAN AMALI 2 PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI

LATIHAN AMALI 2 PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI

LATIHAN AMALI 2
PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN

DANDANAN DIRI

Langkah kerja memandikan warga emas yang
kurang upaya atau uzur di atas katil

a. Bahan dan peralatan yang diperlukan

Bil. Bahan dan peralatan
1. Dua besen air suam

2. Dua helai tuala muka (untuk membersihkan warga
emas)

3 Sehelai tuala mandi (untuk mengeringkan warga
emas)

4. Sabun mandi dan krim pelembap muka

5. Sikat

6. Kain untuk menutup warga emas ketika
dimandikan

7. Kain cadar dan drawsheet yang bersih

8. Pelapik pakai buang (untuk mengalas katil ketika
proses mandian)

b. Tanggungjawab SEBELUM memandikan warga
emas yang kurang upaya atau uzur di atas katil

Bil Aktiviti Rasional

1 Memberitahu warga Untuk mendapatkan

emas mengenai langkah kerjasama daripada

kerja yang akan warga emas.

dilakukan

2 Mencuci tangan sebelum Untuk mengelakkan

memulakan proses jangkitan kuman.

mandian.

3 Menghadang kawasan Untuk menjaga maruah
kerja daripada warga emas.
pandangan orang lain.

4 Mengalas warga emas Untuk mengelakkan
dengan pelapik pakai tilam daripada basah.
buang.

c. Tanggungjawab SEMASA memandikan warga
emas yang kurang upaya atau uzur di atas katil

Bil Aktiviti Rasional

1 Melonggarkan dan Supaya tidak
membuka baju warga mencederakan
emas dari sisi ke sisi atau menyakiti warga
dengan lemah lembut emas.

2 Menutup tubuh warga Untuk mengelakkan

emas dengan kain daripada kesejukan dan

sepanjang aktiviti menjaga maruah

memandikannya. warga emas.

3. - Mengelap muka warga Supaya kulit muka
emas menggunakan bersih.
tuala muka yang basah
(tuala 1).

- Meletakkan sedikit
pencuci muka di atas
tuala yang basah dan
lapkan semula muka
warga emas.

- Membilas muka
dengan menggunakan
tuala muka yang bersih
(tuala 2)

- Mengeringkan muka
dengan menggunakan
tuala mandi.

4. - Mengelap tangan Supaya kulit tangan

dengan menggunakan bersih.

tuala basah (tuala muka

1). Mulakan dengan

bahagian tangan yang

jauh dahulu.

- Meletakkan sedikit
sabun mandi di atas
tuala basah dan lapkan
pada bahagian tangan.

- Membilas dengan
menggunakan tuala
muka 2.

- Mengeringkan dengan
menggunakan tuala
mandi.

- Mengulang proses
yang sama untuk
tangan yang berdekatan
dengan penjaga.

5 Mengulang langkah Supaya kulit di

empat dengan betul bahagian dada

untuk mencuci bahagian dan abdomen bersih.

dada dan abdomen

UASAS FIZI

6 Mengulang langkah Supaya kulit kaki

empat dengan betul bersih.

untuk mencuci bahagian

kaki.

7 Menggerakkan warga Supaya kulit belakang
emas pada kedudukan warga emas bersih.
sisi atau mengiring
untuk mencuci bahagian
belakang badan. Ulang
langkah empat dengan
betul.

8. Memakaikan pakaian Supaya tidak menyakiti
yang bersih dan kering dan mencederakan
dari sisi ke sisi dengan warga emas.
teliti dan lemah lembut.

d. Tanggungjawab SELEPAS memandikan warga emas
yang kurang upaya atau uzur di atas katil

Bil Aktiviti Rasional

1 Mengemas persekitaran Untuk menjaga
tempat kerja. kebersihan dan
ruang persekitaran
warga emas.

2 Selesakan warga emas Untuk keselesaan dan

dalam posisi baring yang keselamatan warga

sesuai. emas.

3 Mencuci semua Untuk mengekalkan
peralatan yang telah kebersihan
digunakan dengan peralatan
bersih, keringkan dan
simpan dengan teratur.

WARGA EMAS


Click to View FlipBook Version