The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR HASMIDA BINTI MOHD NOR Moe, 2021-05-26 23:11:16

ELIMINASI

ELIMINASI

UNIT 4.3
ELIMINASI

4.3.1
Maksud
Eliminasi, Perineum

dan
Inkontinens

Maksud Eliminasi

Eliminasi ialah
pembuangan air
kencing dan tinja.

Maksud Perineum

Perineum ialah bahagian
anggota badan yang
berbentuk diamond
merangkumi dubur dan
kemaluan atau organ
seks (genitalia).

Maksud Inkontinens

Inkontinens ialah
ketidakupayaan mengawal

pengeluaran air kencing
dan tinja yang boleh

menjejaskan kebersihan dan
kehidupan sosial.

4.3.2
Menerangkan jenis,
faktor dan saranan

pencegahan
inkontinens.

Terdapat dua jenis
inkontinens yang utama:

1) Inkontinens tekanan
2) Inkontinens kefungsian

1. Inkontinens
tekanan

Jenis Inkontinens tekanan:

1.  Jenis inkontinens yang paling
kerap berlaku dalam kalangan
warga emas wanita.

2.  Terjadi apabila berlakunya
tekanan di bahagian abdomen
seperti batuk, bersin, ketawa
dengan kuat, bersenam atau
mengangkat barang.

Faktor Penyebab

Inkontinens tekanan:

1.  Kegemukan.
2.  Kekurangan estrogen /menopaus.
3.  Melahirkan anak yang ramai.
4.  Sukar untuk membuang air besar
5.  Batuk yang berpanjangan.
6.  Kecederaan atau pembedahan

yang melibatkan otot lantai pelvis.
7.  Pembedahan prostat.
8.  Penuaan.

Saranan pencegahan
Inkontinens tekanan:

1.  Minum enam hingga lapan gelas air
sehari.

2.  Berhenti minum selepas 8:00 malam.
3.  Elakkan minuman yang

mengandungi kafein seperti kopi.
4.  Mengatur jadual ke tandas pada

setiap 1 jam 30 minit hingga 2 jam
5.  Melakukan senaman otot lantai

pelvis atau senaman Kegel.

Senaman Kegel

1.  Kemutkan saluran faraj atau saluran
kencing ke dalam seperti menahan
daripada membuang air

2.  Tahan kemutan tersebut selama 10
saat.

3.  Lepaskan kemutan perlahan-lahan
dan rehat selama 10 saat sebelum
mengulangi proses yang sama
sekurang-kurangnya empat kali.

4.  Lakukan senaman ini tiga hingga
empat kali sehari.

2. Inkontinens
kefungsian

Jenis Inkontinens
kefungsian

1.  Berlaku apabila seseorang
itu tidak sempat atau tidak
berupaya untuk sampai dan
menggunakan tandas
apabila tiba masanya

Faktor Penyebab
Inkontinens kefungsian:

1.  Pergerakan yang terhad seperti strok
atau sakit sendi yang teruk.

2.  Persekitaran yang menyebabkan
pergerakan yang sukar dan terhad.

3.  Kemerosotan fungsi kognitif seperti
masalah demensia (mudah lupa).

4.  Ubat-ubatan seperti ubat darah
tinggi dan lain-lain.

Saranan pencegahan
Inkontinens kefungsian

1.  Ubah suai keadaan persekitaran atau
dalam rumah supaya tandas berada
berdekatan dengan bilik.

2.  Ubah suai pakaian warga emas supaya
mudah dibuka dan dipakai semula.

3.  Persekitaran yang selamat seperti lantai
tandas yang tidak licin.

4.  Persekitaran yang kondusif seperti cahaya
yang mencukupi, susur dinding, tandas
duduk sekiranya warga emas tidak mampu
mencangkung

4.3.3

Posisi Selesa dan
Selamat untuk
Memudahkan
Eliminasi

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan
untuk memastikan keselesaan warga emas
melakukan eliminasi:

1.  Persekitaran tandas bersih dan selamat (tidak
licin, permukaan yang rata

2.  Terdapat kemudahan dalam tandas yang
mesra warga emas seperti pemegang bar

3.  Memastikan warga emas melakukan eliminasi
dalam posisi yang selesa

4.  Berikan perlindungan kepada warga emas
supaya dapat melakukan eliminasi dengan
selesa

Posisi yang selesa
untuk eliminasi:

1.  Mencangkung
2.  Tandas duduk
3.  Duduk di atas kerusi roda komod.
4.  Duduk dan menggunakan urinal untuk

membuang air kecil.
5.  Baring menggunakan urinal untuk

membuang air kecil atau menggunakan
bedpan untuk membuang air besar.

 


Click to View FlipBook Version