UNIT
4.2
PEMAKANAN
WARGA EMAS
Persediaan diri sebelum menyediakan makanan
01 Memastikan kuku pendek dan
bersih.
02 Memakai pakaian yang bersih.
Memakai apron dan penutup
03 rambut.
04 Memastikan semua peralatan
yang digunakan bersih.
05 Mencuci tangan dengan betul
sebelum melakukan kerja.
Panduan memasak makanan
Memastikan bahan-bahan masakan
01 dicuci terlebih dahulu sebelum dipotong.
Memastikan makanan yang belum
02 dimasak tidak direndam terlalu lama di
dalam air
03 Memasak makanan mengikut tempoh
yang diperuntukkan.
04 Jangan memanaskan makanan
berulang kali.
05 Gunakan papan pemotong berbeza
bagi sayuran dan daging.
Panduan menghidang makanan
Menghidangkan makanan di dalam
01 bekas yang sesuai dan bersih.
Menutup makanan dengan tudung
02 makanan.
03 Memastikan meja untuk menghidang
makanan bersih daripada kekotoran.
04 Jangan menghidang makanan secara
bertindih.
Jangan menyentuh makanan atau
05 minuman yang dihidangkan dengan
tangan.
Amali memasak, menghias dan menghidang
Sarapan pagi
Menu : Bubur Nasi Ikan
Peralatan:
Periuk nasi, senduk kayu, cawan,
pisau, papan pemotong, mangkuk,
alat penimbang.
Bahan-bahan:
• ¼ cawan beras
• 200 g isi ikan dory – dipotong dadu
• 80 g lobak merah – dipotong dadu
• 2 cm halia muda – dihiris nipis dan
dipotong halus memanjang
• 2 ulas bawang putih – dihiris halus
• 1 biji ubi kentang
• 1200 ml air
• ¼ sudu lada hitam
• Secubit garam
Langkah penyediaan
• Basuh beras dan tuskan.
• Masukkan semua bahan ke dalam
periuk kecuali isi ikan.
• Rebus sehingga beras menjadi bubur
dan kentang empuk.
• Masukkan isi ikan.
• Tutup api apabila ikan telah
masak.
Menghias dan menghidang
• Senduk bubur ke dalam mangkuk.
• Hias dengan bahan hiasan
• Hidangkan bubur semasa
masih panas.
4.2.6 Teknik Menyuap Makanan kepada Warga Emas
Terdapat warga emas yang tidak dapat menyuap makanan sendiri
disebabkan oleh beberapa faktor:
Masalah Faktor
Tidak berselera. Kurang deria bau dan rasa.
Susah untuk mengunyah Tiada gigi atau gigi palsu yang
tidak padan.
Susah untuk menelan. Air liur yang kurang atau pekat.
Rasa seperti makanan Penyakit seperti angin ahmar,
tersangkut di tekak. barah, masalah otot dan nyanyuk.
Penyediaan makanan
Rasa Tekstur Ketumpatan Suhu
Makanan tidak Makanan Makanan tidak Suhu makanan
boleh rasa tawar mempunyai terlalu cair. lebih atau
tekstur yang
atau hambar. kurang daripada
lembut suhu badan.
Mencipta peralatan membantu warga emas makan
01 Pemegang sudu
dan garpu yang
besar untuk
memudahkan
warga emas
untuk
memegangnya.
02 Pemegang sudu dan
garpu yang tidak
licin supaya dapat
memegang peralatan
dengan kemas dan
tidak mudah terlepas
daripada genggaman.
03 Sudu dan garpu yang
bengkok ke kanan
atau ke kiri untuk
memudahkan warga
emas menyuap
makanan ke mulut.
04
Sebahagian piring
lebih dalam untuk
memudahkan warga
emas untuk menyudu
makanan.
TERIMA KASIH
JUMPA LAGI