MPU24021 :
KELAB KALIGRAFI
SEJARAH
KEMUNCULAN
TULISAN KHAT
MUHAMMAD IKRAM
BIN MOHD SANI
18DHF21F2015
MOHD AZLI BIN ADNAN
KANDUNGAN TUGASAN
MUKA HADAPAN…………………………….........................................1
KANDUNGAN TUGASAN…………………………………….…………..2
PENGENALAN……………………………….........................................3
SEJARAH DAN PENGASAS TULISAN KHAT.……………..............….4
JENIS DAN BENTUL TULISAN KHAT……………………………...…...7
KEISTIMEWAAN TULISAN KHAT………………………………..........13
TUJUAN KELAB KHAT DITUBUHKAN…………………………...……14
5 CADANGAN AKTIVITI KELAB KHAT.…………………….……........15
KESIMPULAN……………………………...……………………….........16
SUMBER RUJUKAN……………………………………………………..17
2
PENGENALAN
Seni khat ialah pinjaman Bahasa Arab atau Kaligrafi dari Bahasa Yunani. Takrifan semasa bagi amalan khat
adalah seni bagi memberi bentuk bagi tanda dalam bentuk gambaran, harmoni dan kemahiran. Kisah
penulisan merupakan satu evolusi kecantikan estetika dibingkai dengan kemahiran teknikal, kepantasan
penyampaian dan kekangan material dipunyai seseorang, masa dan tempat. Gaya penulisan digelar skrip,
atau huruf. Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini lahir dan
berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam. Setelah
kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad
pertama dan kedua Hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu penulisan. Melalui
khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi unsur penting daripada cabang-cabang
kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini. Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk
tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah
dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai
nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi. Seni khat bukan sekadar wacana
penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan,
kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.
3
SEJARAH DAN PENGASAS TULISAN KHAT
SHEIKH SAMI AFANDI
Sheikh Muhammad Sami Afendi dilahirkan pada 1838M dan wafat pada 1912M. Beliau mempelajari seni
khat Thuluth daripada Boshnaq Usman Afandi, Rejai Afandi, Qabrasizada Ismail Haqqi Afandi manakala
Khat Diwani daripada Naseh Afandi. Kemahiran beliau dalam khat dianggap sangat bermutu tinggi
terutamanya dalam Khat Thuluth Jali sehingga beliau digelar sebagai Mustafa Raqim kedua. Kemahiran
beliau seterusnya diwarisi kepada Sheikh Abdul Aziz Rifa’i, Umer Wasfi, Muhammad Amin Afandi, Ahmad
Kamil Afend i, Khulusi Afandi, Nazeef Bey dan Najm-ud-Din Afandi. Sepanjang kariernya sebagai Khattat,
beliau meraih beberapa anugerah antarabangsa ketika itu antaranya ialah Darjah Mutamayaz dalam di seni
khat Turki, Tempat Pertama pertandingan Sinf-el-Awwal, Pertama dalam Rutba-e-Majeedi, anugerah
Taghma- e-Iftikhar dan anugerah seni Kaligrafi Jang Yunan. Beliau dimakamkan di kawasan Jami’ Al-Fateh,
Istanbul, TurkI.
Antara hasil karya beliau:
4
SEJARAH DAN PENGASAS TULISAN KHAT
SHEIKH ABDUL AZIZ AFFANDI AL-RIFA’IE (1871-1934M)
Sheikh Abdul Aziz Affandi Al-Rifa’ie dilahirkan di Qasbah, Terabezon, Turki pada tahun 1871M (1288H).
Ketika berusia lima tahun beliau telah berpindah bersama bapanya Abdul Hamid Afandi menuju ke Istanbul.
Kecenderungannya terhadap seni khat jelas kelihatan ketika beliau masih lagi menuntut di sekolah kanak-
kanak di kampungnya. Disebabkan kecenderungan ini, Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie telah diserahkan sendiri
oleh ayahnya kepada penulis khat tersohor ketika itu bernama Baqqal Arif Afandi untuk mempelajari khat.
Beliau mendalami Khat Thuluth dan Nasakh daripada Sheikh Baqqal manakala Khat Thuluth Jalli dan Ta’liq
dipelajari daripada Sheikh Sami Affandi. Pada tahun 1922M, beliau berhijrah ke Kaherah, Mesir di atas
jemputan Raja Fuad I, iaitu Raja Mesir pada masa itu untuk menulis Mushaf baginya. Kemudian beliau terus
menetap di Mesir dan menjadi tenaga pengajar seni khat di Institut Diraja Tahsin Al-Khutut Khalil Agha,
Kaherah dan di sekolah Al-Syeikh Salih selama 11 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau membantu
mengasaskan dua buah sekolah yang bermatlamatkan mengindahkan khat-khat Arab. Beliau telah menjadi
pengetua dan guru khat bagi kedua-dua sekolah itu. Sepanjang tempoh itu juga banyak buku-buku dan
tulisannya dicetak serta masih lagi digunakan hingga kini. Di Mesir, seluruh penulisannya dikembangkan
dalam segenap bentuk. Setelah berada di Mesir sehingga dalam lingkungan umur 70an, beliau kembali ke
negara asalnya di Turki dan seterusnya pada 1934M (1353H), beliau meninggal dunia dan jenazahnya
dikebumikan di Perkuburan Adranah Qabi, di Istanbul, Turki. Jasa Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie amat besar
dalam pembangunan kesenian Islam. Beliau telah menulis sebanyak 12 mushaf, helaian-helaian kesenian
khat, mencipta kertas Al-Ibro dan mencipta pelbagai motif seni hiasan. Seni penulisannya amat berpengaruh
di Mesir dan namanya sentiasa dijulang dikalangan penulis-penulis khat Mesir.
5
SEJARAH DAN PENGASAS TULISAN KHAT
SHEIKH MUHAMMAD BADAWI DERANI (1894-1967)
Sheikh Muhammad Badawi Derani dilahirkan pada 1894M di Damsyik, Syria serta wafat pada 1967M.
Beliau mempelajari seni khat daripada Sheikh Hamid Al-Amidi and Yusouf Rasa di Turkey manakala di Syria
beliau berguru dengan Mamdouh al Shareef dan Moustafa al Sibaei. Tulisannya banyak dipengaruhi oleh
Mustafa Raqam, Azizuddin Rafaey, Hamid Al-Amidi dan Hashim Baghdadi. Beliau merupakan tokoh
tersohor seni khat di Syria pada zamannya dan antara muridnya ialah Sheikh Uthman Taha yang terkenal
sebagai penulis Mushaf Madinah yang dipakai sehingga ke hari ini. Kini, Syria merupakan antara negara
yang banyak melahirkan Khuttat yang memenangi pertandingan khat antarabangsa. Beliau mengasaskan
sekolah seni Khat Nastaliq di Damsyik, Syria yang kini terkenal sebagai Institut Nastaalque Badawi Derani
yang banyak melahirkan khattat Syria. Beliau amat mahir dalam semua jenis khat termasuk Farisi, Thuluth,
Kufi, Riqaah, Diwani, Diwani Jali dan Nasakh. Beliau banyak menulis di dinding masjid sekitar Damsyik,
tulisan sijil dan memo kerajaan, Masjid Nabawi di Madinah, istana dan bangunan kerajaan di Saudi Arabia.
Karya beliau dikumpul oleh anaknya melebihi 1500 karya yang telah dicetak semula dan diedarkan di Syria,
Switzerland dan Amerika.
Antara hasil karya beliau:
6
JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT
KHAT NASAKH
Khat Nasakh telah diperindah oleh Ibn Muglah. Beliau mencipta kaedah penulisan khat nasakh.
Beliau menentukan ukuran,panjang, pendek dan jarak huruf serja,gaya dan irama. Contoh: Khat di
dalam buku akademik.
7
7
JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT
KHAT THULUT
Khat Thuluth digunakan untuk hiasan seperti dalam mashaf Uthmani iaitu al-Qur'an, nama
buku dan kitab. Contoh hiasandi dalam Masjid Negara.
8
8
JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT
KHAT DIWANI
Diwani bererti catatan atau antologi karangan. Khat diwani adalah inspirasi daripada model-
model khat yang lain. Contoh: hiasan.
9
JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT
KHAT KUFI
Khat Kufi dicipta di Kufah., la mempunyai tulisan yang hurufnya bersegi ataupun murabba’
Contoh: Masjid Cordova.
10
JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT
KHAT FARSI
Khat Farsi dikembangkan oleh ahli khat di Parsi, Hurufnya condong ke kanan. Contoh:
penulisan buku sastera, nama dan tajuk karangan pada majalah dan suratkhabar.
11
JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT
KHAT RIQ’AH
Disebut sebagai khat riq’i. Tulisan Arab yang dapat ditulis dengan cepat. Contoh, surat-
menyurat, menyalin nota kuliah.
12
KEISTIMEWAAN TULISAN KHAT
Keistimewaan tulisan khat merupakan salah satu wasilah
pembelajaran berkesan yang digunakan dalam pelbagai subjek,
implementasi seni khat dapat menjadi gambaran tulisan indah dalam
pendidikan Islam. Seni khat mengandungi bentuk tulisan yang
mudah dan rumit dalam penulisannya akan tetapi sarat dengan
makna, falsafah, dan simbol tulisan yang dibaca dan ditulis. Tulisan
khat ini menjadi tulisan yang dipelbagaikan dalam pengajaran Islam.
Peranannya dapat memperluas penulisan huruf-huruf al-Quran ini
menjadi subjek yang terus berkembang dan bahkan terus diperhalusi
dengan menggunakan kaedah tersendiri sebagai penyeri tulisan dan
hiasan dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang sempurna.
Selain ianya juga menjadi isyarat keindahan tulisan dalam pelbagai
subjek di sekolah-sekolah Islam. mengungkap ketelitian bidang seni
khat melalui peraktikal dan amali yang memerlukan kesungguhan
dan bakat yang mendalam. Di samping itu, seni khat ini telah
dijadikan sebagai gambaran artistik yang direalisasikan melalui
sentuhan tangan-tangan kreatif guru pendidik dan khattat ataupun
seniman berbakat terhadap pelbagai bahan dan medium.
13
TUJUAN KELAB KHAT DITUBUHKAN
❖ Menyatukan seni khat Islam Malaysia menjadi kumpulan yang kuat.
❖ Melahirkan seni khat Islam yang mahir dan kreatif.
❖ Memulih dan mempromosikan kualiti Seni Khat Islam.
❖ Menyokong dasar kerajaan dalam menggalakkan penggunaan tulisan
Jawi.
❖ Meningkatkan akidah Islam melalui Seni Khat Islam.
❖ Mengembalikan kegemilangan seni khat Islam.
❖ Meluaskan penggunaan seni khat Islam dan tulisan Jawi dalam semua
peringkat.
❖ Mendidik dan mendedahkan signifikan tulisan Jawi dan seni khat Islam
kepada orang ramai.
14
5 CADANGAN AKTIVITI KELAB KHAT
➢ Mempelajari teknik-teknik cara menggunakan pensel khat dan tulisannya.
➢ Membuat satu pertandingan tulisan khat yang tercantik.
➢ Memperkenalkan lebih luas tentang tulisan khat kepada orang ramai.
➢ Mempelajari khat dengan mengenali tokoh-tokoh khat dan maksud Al-
Quran lebih mendalam.
➢ Menghafal surah-surah serta maksudnya untuk diri sendiri untuk dijadikan
ilmu akhirat.
15
KESIMPULAN
Kesimpulannaya, kesenian merupakan satu perkara yang
diharuskan di dalam Islam dan diantara kesenian yang digalak
oleh Islam ialah Seni Khat Arab. Nabi S.A.W. telah memberi
penekanan terhadap seni khat, sekalipun Baginda seorang
Ummi. Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua lapisan
masyarakat ia boleh dianggap sebagai aset yang sangat
berharga bagi generasi Muslim akan datang.
Sesungguhnya, Khat adalah tinggalan khazanah yang berkaitan
secara langsung dengang Al-Qur’an. Minat yang dipupuk
terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah
dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah Al-Qur’an.
Seharusnya, Umat Islam tidak mencari keindahan luar Islam
kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga
melengkapkan keperluan kehidupan umatnya.
16
SUMBER RUJUKAN
➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_khat
➢ http://noorsyafiqah123.blogspot.com/2010/10/seni-khat-
kaligrafi.html
➢ https://dokumen.tips/documents/tokoh-khat.html?page=2
➢ https://noviannopek.blogspot.com/2021/10/jenis-jenis-tulisan-
khat-jawi.html
➢ https://www.pskk.org/mengenai-pskk/sejarah-penubuhan/
17