Pameran Bertema Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Telok Kechai
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Menurut legenda pada zaman dahulu, Nián ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung.
2023 ialah tahun Arnab Tanda Arnab adalah simbol umur panjang, keamanan, dan kemakmuran dalam budaya Cina. Tahun 2023 diramalkan menjadi tahun harapan.
Tradisi Tahun Baru Cina
MAKAN BESAR Adat wajib ini juga memberi simbol permulaan yang baik untuk tahun yang mendatang, selain memberi peluang kepada seluruh keluarga merapatkan hubungan dan saling bertanya khabar.
TARIAN SINGA Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram , dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah dan kekayaan (rezeki) kepada mereka.
ANGPAU MERAH Pemberian sampul merah adalah untuk mendapat keberkatan, tuah dan nasib yang baik sepanjang tahun.
LIMAU MANDARIN Buah limau mandarin yang dipanggil "kam" dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan kerana ia melambangkan limpahan kekayaan. Warna limau juga keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.
Pantang Larang Tahun Baru Cina
Angpau akan diberikan dalam jumlah genap kerana ia membawa maksud lebih sempurna. Memberi angpau dalam jumlah genap
Ini kerana ia merupakan warna berkabung. Tema Tahun Baru Cina kebiasaannya berwarna merah kerana dipercayai membawa tuah. Kediaman pun akan dihiasi warna merah. Elakkan pakai pakaian hitam atau putih
Sepanjang tempoh perayaan, kaum Cina perlu mengelakkan bersarapan dengan bubur. Sarapan dengan bubur dipercayai boleh menjadikan seseorang itu miskin. Dilarang makan Bubur
Kebiasaannya, kaum cina akan membersihkan rumah sebelum masuk tahun baru kerana mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina. Ia dipercayai akan menghalau tuah atau untung. Tidak boleh menyapu
Pantang larang ini berkait rapat dengan bahasa. Kasut dalam bahasa Cina berbunyi “kejahatan” atau xié. Jangan beri hadiah kasut
RUJUKAN SUMBER https://www.creativefabrica.com/pt/product/happy-chinese-newyear-2023-17/ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina#Tarikh_perayaan https://www.astroawani.com/gaya-hidup/adat-resam-dan-pantang-larangtahun-baru-cina-29179?amp=1 https://manismadu.com.my/10-adat-pantang-larang-ketika-sambutantahun-baru-cina-makan-bubur-boleh-jadi-miskin/
Thank You Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Telok Kechai