TUGASAN 2 - BMMB1144
KESANTUNAN
BERBAHASA
NAMA : MUHAMAD FARIS IRFAN BIN MOHD RAMZI
KUMPULAN : F2D BAHASA MELAYU
ANGKA GILIRAN : 2021252310079
ISI TAKRIFAN KESANTUNAN BERBAHASA
KANDUNGAN JENIS KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA
BUKTI DAN JUSTIFIKASI
CADANGAN DAN CARA MENGATASI
TAKRIFAN
KESANTUNAN
BERBAHASA
Santun merujuk kepada Manakala kesantunan Dalam konteks pendidikan Pembelajaran kesantunan
penggunaan bahasa yang berbahasa pula merujuk Bahasa Melavu di negara ini, bahasa secara tidak formal
baik, bersopan. beradab kepada penggunaan kesantunan dalam pembelajaran dalam kalangan pelajar
dan menjadi salah satu ciri bahasa sehari-hari yang bahasa terangkum dalam hanya diperoleh daripada
penting bangsa yang tidak menimbulkan peraturan sosiobudaya, iaitu ibu bapa atau ahli keluarga
bertamadun (Awang kegusaran, kemarahan, penggunaan kata panggilan dan di rumah pada peringkat
Sariyan, 2007). dan rasa tersinggung ganti nama diri, ucapan selamat awal.
Kesantunan pula dapat daripada pihak dan kalimat bertatasusila serta Pembelajaran kesantunan
didefinisikan sebagai pendengar (Asmah, tatacara perbualan yang bahasa secara formal hanya
kelakuan yang dapat 2000). merupakan antara ciri-ciri bermula apabila pelajar
mengurangkan pergeseran kesantunan bahasa yang perlu menjejakkan kaki ke alam
dalam sesuatu interaksi dititikberatkan (Nik Safiah Karim. persekolahan di peringkat
atau komunikasi (Lakoff, 2012). rendah dan seterusnva ke
1975). peringkat menengah.
JENIS
KETIDAKSANTUNAN
BERBAHASA
BAHASA SLANGA BAHASA KASAR
BAHASA BASAHAN
BAHASA SINDIRAN BAHASA ROJAK
BAHASA SISTEM
PESANAN RINGKAS
Grice (1975), menghuraikan slanga sebagai bahasa yang memiliki BAHASA
kecenderungan diguna pakai secara paling asas dan umum SLANGA
sebagai memenuhi fungsi sosialnya.
Manakala Harimurti Kridalaksana (1982), menjelaskan bahawa
bahasa slanga adalah bahasa yang tidak rasmi dan lazim
digunakan oleh kelompok sosial dalam kalangan remaja
tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang
dari luar kelompok mereka memahami kosa kata dan istilah yang
mereka ungkapkan.
BAHASA Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, bahasa kasar ialah bahasa
KASAR yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau digunakan.
Justeru, bahasa tidak sopan atau bahasa kasar bermaksud
bahasa yang dituturkan tidak mengikut tatatertib atau tidak
menepati peraturan dalam berbahasa seperti sebutan nahu
yang teratur, mengawal ketertiban semasa berinteraksi serta
memikirkan kesan selepas mengeluarkan kata-kata yang tidak
sopan atau kasar tersebut
Bahasa basahan pula bermaksud bahasa yang digunakan dalam BAHASA
percakapan hari-hari (iaitu bahasa kolokial). Bahasa ini tidak
mementingkan unsur tatabahasa yang betul kerana ia lebih
mementingkan kefahaman antara penutur dan pendengar.
Amat Juhari Moain (2010), menyatakan bahawa bahasa pasar juga BASAHAN
tergolong dalam bahasa basahan kerana bahasa ini sering digunakan
dalam urusan harian dan wujud campuran unsur-unsur bahasa lain
dari segi kosa kata, sebutan dan ungkapan.
BAHASA Menurut Awang (2005) yang mengkaji bahasa rojak, beliau
ROJAK mendapati bahawa bahasa rojak merupakan satu bentuk
kerancuan bahasa dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa,
sebenarnya tidak pernah wujud istilah bahasa rojak. Istilah ini
ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihat adanya fenomena
bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan
bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris.
Menurut Zulkeflee (2006), penutur bahasa rojak antara bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris atau percampuran kod bahasa
memperlihatkan penutur tidak cekap berbahasa dan celaru idea
atau tidak konsisten fikiran kerana bahasa merupakan alat
fikiran.
Akmajian, Demers, Farmer dan Harnish (2002) menyatakan bahawa BAHASA
bahasa sindiran sebagai kata yang mengandungi makna yang tersirat SINDIRAN
dan bertentangan dengan kata yang diujarkan oleh seseorang.
Zainal Abidin Ahmad (1965) menyatakan bahawa bahasa sindiran
sebagai ujaran yang ditujukan kepada seseorang secara berkias dan
tidak tepat, iaitu mempunyai makna yang bertentangan daripada
ujaran tersebut.
Sebagai contoh sekiranya seseorang ingin menyatakan sesuatu
mengenai orang lain, dia tidak akan menyebut secara tepat orang
yang berkenaan. Sistem pesanan ringkas atau SMS (Short Message Service) adalah
satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk
BAHASA mengirim atau menerima pesanan pendek.
SISTEM Sistem ini memudahkan proses komunikasi tanpa perlu bersuara,
PESANAN hanya perlu menaip kata-kata dan di hantar menggunakan
RINGKAS telefon bimbit.
Kini, proses yang mudah ini telah menerbitkan fenomena „Bahasa
SMS‟ yang mana bagi pengguna fenomena ini memudahkan
mereka lagi.
BUKTI DAN
JUSTIFIKASI
BUKTI JUSTIFIKASI
Berdasarkan bukti dari aplikasi yang popular
iaitu YouTube, jelas dapat kita lihat satu komen
yang ditulis oleh penonton terdapat banyak
penggunaan bahasa rojak. Antara bahasa
yang digunakan adalah seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Antara
perkataan Bahasa Inggeris yang digunakan
adalah 'if', 'i', 'not bad', 'drive', dan 'music
上帝爱你video'. Manakala perkataan Bahasa Cina pula
ialah ' ' yang membawa maksud tuhan
sayang awak. Punca penggunaan bahasa rojak
adalah sikap masyarakat Malaysia yang selalu
mengagungkan bahasa lain terutamanya
Bahasa Inggeris. Kebanyakan masyarakat
menganggap bahawa Bahasa Inggeris adalah
bahasa yang terulung dan paling hebat di
dunia.
BUKTI JUSTIFIKASI
Berdaasarkan bukti yang dinyatakan pada
ruangan sebelah, jelas dapat lihat banyak
penggunaan perkataan dan bahasa Sistem
Pesanan Ringkas atau 'bahasa SMS'. Antara
sebahagian perkataan yang boleh kita ambil
dalam ruang komen Facebook ini adalah
seperti 'tgok' yang membawa maksud 'tengok',
'mslah' bermaksud 'masalah' dan 'sbb' yang
bermaksud 'sebab'. Penggunaan bahasa ini
mungkin berpunca daripada ruang komen yang
diberikan terlalu terhad. Hal itu menyebabkan
masyarakat akan berfikir untuk memendekkan
perkataan bagi memuatkan dalam ruang
tersebut. Selain itu, bahasa Pesanan Ringkas
juga berpunca daripada masa. Apabila
perkataan itu disingkatkan, masa yang diambil
untuk menulis sesuatu ayat akan semakin pndek
dan cepat.
BUKTI JUSTIFIKASI
Berdasarkan bukti yang diambil dari satu
interaksi dalam aplikasi WhatsApp, jelas dapat
kita lihat beberapa perkataan atau ayat
basahan yang digunakan dalam perbualan
mereka. Antaranya ialah seperti 'sapa' yang
membawa maksud 'siapa' dan 'guna dak lagi'
yang bermaksud 'guna lagi ke kotak tu'. Antara
punca atau faktor penggunaan bahasa
basahan ini adalah situasi dan persekitaran.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Nik
Safiah Karim(2004), beliau menyatakan
bahawa bahasa basahan atau kolokial sudah
tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana
keutamaan penutur atau penulis adalah untuk
menyampaikan makna dengan cepat dan
mudah difahami oleh orang lain.
BUKTI JUSTIFIKASI
Berdasarkan bukti yang telah diperolehi
daripada ruangan komen TikTok, sudah terbukti
individu tersebut telah menggunakan ayat
sindiran kepada seorang artis media yang telah
membuat video sambil bermegah dengan harta
yang dia ada. Memang betul bermegah
dengan harta merupakan satu perkara yang
tidak sewajarnya tetapi sindiran tersebut tidak
seharusnya dinyatakan pada ruangan komen
yang dapat dilihat oleh semua masyarakat atau
pengguna TikTok kerana hal tersebut boleh
menjatuhkan air muka artis itu. Yang
sepatutnya, individu ini boleh mesej secara
terus dalam TikTok untuk menyatakan hal
sebegini. Hal ini mungkin berpunca daripada
perasaan marah atau iri hati kerana individu itu
tidak mempunyai harta sebanyak artis tersebut.
BUKTI JUSTIFIKASI
Berdasarkan bukti yang dinyatakan, jelas dapat
kita lihat beberapa perkataan yang kesat atau
kasar yang telah digunakan di dalam ruangan
komen dalam aplikasi Twitter. Bahasa kasar
yang digunakan adalah bodoh dan gila yang
ditulis kepada sistem MySejahtera kerana
individu ini anggap sistem tersebut tidak
memberi fungsi dan manfaat kepadanya.
Walaubagaimanapun, individu ini masih boleh
memilih perkataan yang lebih sopan untuk
menyatakan hasratnya seperti memulakan
komen dengan perkataan 'maaf'. Kemungkinan
besar faktor atau punca wujudnya penggunaan
bahasa kasar ini adalah daripada pergaulan
bebas dengan rakan sebaya. Hal ini mereka
telah terbiasa dengan penggunaan bahasa
kasar dalam perbualan seharian.
CADANGAN
DAN CARA
MENGATASI
PIHAK IBU BAPA
Membentuk cara berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sopan
dan teratur dengan cara yang tegas agar anak lebih berdisiplin.
Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti dan cara pergaulan anak-anak
mereka. Sekiranya terdapat ciri-ciri negatif dan penggunaan bahasa yang
kurang sopan, mereka harus menegur atau nasihat agar hal tersebut tidak
berterusan.
Ibu bapa juga perlu menggunakan bahasa yang baik dan
sopan apabila berkomunikasi dengan anak-anak agar PIHAK GURU DAN SEKOLAH
mereka merasa lebih disayangi.
Apabila anak sentiasa didedahkan dengan penggunaan Guru memberi penekanan dalam aspek kemahiran lisan dalam
bahasa yang baik dan sopan, mereka tidak akan mudah kemahiran berbahasa dan aspek yang penting adalah pertuturan yang
terpengaruh dengan penggunaan bahasa kurang sopan. bertatasusila, lengkap dan tersusun.
Guru juga harus menerapkan nilai-nilai murni yang sewajarnya semasa
mengajar agar murid dapat mencontohi sikap tersebut.
Pihak sekolah juga perlu memberi fokus kepada pembentukan moral dan
sahsiah melalui pengajaran Pendidikan Agama lslam dan Moral. Hal ini
bertujuan untuk melahirkan individu yang berkeperibadian tinggi dan
berakhlak mulia.
PIHAK KERAJAAN
Mengadakan kempen-kempen untuk meningkatkan kesedaran orangramai
tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul
seperti kempen “Bulan Bahasa Kebangsaan” yang diadakan setiap tahun.
Menubuhkan sebuah lembaga penapisan yang bertujuan menapis bahan-
bahan untuk tayangan televisyen bagi memastikan rancangan-rancangan
yang ingin ditayangkan menepati syarat wajib tayang serta mematuhi nilai-
nilai budaya dan kesantunan bahasa Melayu. Sebagai PIHAK MEDIA MASSA
contohnya FINAS (Lembaga Penapisan Filem Negara).
Menguatkuasakan undang-undang dengan mengadakan
satu akta tentang penggunaan bahasa tidak sopan di Menyiarkan rancangan-rancangan yang menggunakan bahasa-
khalayak umum. Akta tersebut adalah memberi denda dan bahasa yang baik dan sopan. Pihak terbitan mestilah menyediakan
hukuman kepada yang menggunakan kata tidak sopan. rencana atau slot khas yang memaparkan tentang nilai-nilai
kesantunan dalam berbahasa.
Media cetak juga harus prihatin terhadap isu ini dengan melakukan
pelbagai inisiatif yang lain. Sebagai contoh, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kamus Dewan, akhbar-akhbar dan majalah mengeluarkan
bahan-bahan untuk panduan dan rujukan orang ramai tentang
tatacara penggunaan bahasa yang sopan
Rujukan
Abdul Rashid Daeng Melebek & Amat Juhari Moain. (2010). Sosiolinguistik dan bahasa Melayu.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan, dan perundingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Grice, H. P. 1975. Logic and conversation. In Studies in Syntax and Semantics III: Speech Acts.
edited by P. Cole and J. Morgan, 183-98. New York: Academic Press.
Harimurti Kridalaksana. (1984). Kamus Linguistik. Jakarta: P.T. GramediaP.T. Gramedia.
Lakoff, R. T. (1975). Language and women’s place. New York: Harper and Row.
Rujukan
Akmajian, A., Demers, R.A., Farmer, A.K. & Harnish, R.M. (2002). Linguistik: Penghantar Bahasa dan
Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan oleh Asiah Mahdi dan Azizah
Hussain).
Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.