Penghargaan
Assalamualaikum, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat
saya menyiapkan kerja kursus BMMB 1104 ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Proses pelaksanaan kerja khusus ini sesungguhnya berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan dugaan terutamanya semasa menjalankan kajian dan penyelidikan. Walaupun
begitu, kajian yang dijalankan ini berjaya disiapkan dengan berkat kesabaran dan sokongan
serta bantuan daripada pelbagai pihak yang telah banyak memberikan kerjasama da
sumbangan yang tidak ternilai dalam penghasilan kerja khusus ini.
Di ruangan ini, ingin saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya
iaitu Ahmad Fairuz bin Mohd Zain memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Beliau telah memberikan saya segala kemudahan dan juga sokongan moral yang
tidak terhingga sehingga saya dapat menyelesaikan tugasan ini. Disamping itu, tidak lupa juga
kepada pensyarah penasihat saya iaitu Encik Abdul Rani bin Hassan kerana telah banyak
menyokong dan membantu saya untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Tambahan pula saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
saya yang telah banyak membantu saya dalam mencari maklumat untuk saya menyiapkan
tugas saya serta tidak lokek berkongsi pengetahuan yang mereka ada.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih
Isi Kandungan
1.0 : Pengenalan …………………………………………………………………………………. 1
2.0 : Takrif Kesusasteraan Melayu ………………………………………………………………1
3.0 Jenis, Bentuk, dan Ciri Kesusasteraan Melayu
3.1 Prosa Tradisional……………………………………………………………………..2
3.2 Prosa Moden………………………………………………………………………….4
3.3 Puisi Tradisional………………………………………………………………………5
3.4 Puisi Moden…………………………………………………………………………...7
4.0 : Fungsi Kesusasteraan Melayu
4.1 : Aspek Hiburan…………………………………..…………………………………..7
4.2 : Aspek Alat Pendidikan ………………………….………………………………… 8
4.3 : Aspek Dakwah………………………………………………………………………9
4.4 : Aspek Kritikan Sosial……………………………..………………………………..10
5.0 : Manifestasi Akal Budi dalam Sebuah Pantun, Syair, Seloka dan Gurindam.
5.1 Akal Budi dalam Pantun…………………………………………………………….11
5.2 Akal Budi dalam Syair……………………………………………………………….12
5.3 Akal Budi dalam Seloka……………………………………………………………..13
5.4 Akal Budi dalam Gurindam………………………………………………………….15
6.0 : Kesimpulan…………………………………………………………………………………..16
7.0 : Rujukan……………………………………………………………………………………….17
1.0 Pengenalan
Meskipun zaman telah berganti zaman, kesusasteraan ini telah dianggap bidang yang tidak
pernah pupus serta hilang. Malah kesusateraan ini tumbuh dengan begitu mekar bagi mengisi
kekosongan jiwa-jiwa umat-umat yang melata. Bidang kesusasteraan ini mempunyai kelainan
serta keunikan yang tersendiri jika dibandingkan dengan bidang yang lain. Kesusasteraan
Melayu ini merujuk kepada penghasilan karya serta ciptaan seni yang telah dihasilkan oleh
masyarakat Melayu sendiri. Keindahan serta kehalusan penulisan kesusasteraan ini berbeza
dengan penulisan dalam bidang ekonomi dan sains. Kehalusan itu membawa makna
kehalusan perasaan penulis karya yang diterbitkan melalui emosi serta gambaran kehidupan
yang halus sifatnya serta diserikan lagi dengan keindahan bahasanya. Hal ini sememangnya
selari dengan jiwa manusia yang ghairah dan halus terhadap keindahan sesuatu perkara.
Oleh itu, karya kesusasteraan ini ini kebanyakannya mempunyai unsur luahan perasaan
penulis contohnya novel Sungai yang telah dikarang oleh Shanon Ahmad. (Hasri Rajali,2013).
2.0 Takrif Kesusasteraan Melayu
Dari sudut etimologi, dalam bahasa Sanskrit membawa pengertian kata-kata manakala
bahasa Latin pula ialah littera (Letter) iaitu kata bertulis atau bercetak. Haji Muhammad Salleh
pula mengatakan bahawa karya ini berupa cereka yang dicipta dan dihasilkan dengan
perantaraan bahasa serta alatan-alatan yang datang bersama jadi bukanlah berbentuk
laporan atau esei. Dalam bahasa Sanskrit, sastera disebut sebagai sastra (syastra) yang
bermaksud karya, kitab suci atau huruf dan buku. “su pula ditakrifkan sebagai indah, baik dan
lebih berfaedah manakala susastera bermakna seni bahasa atau seni sastera, secara
umumnya persuratan. Perkataan ini dilengkapkan dengan apitan “ke-…-an” menyimpulkan
bahawa maksud kesenian bersifat halus, memberi panduan, dan berestetika.
Maksud kesusasteraan dalam bahasa Melayu mempunyai maksud yang sama dengan
perkataan Bahasa Inggeris iaitu literature. Perkataan literature itu bermaksud huruf atau abjad
yang berasal dari perkataan literate. Menurut kamus pula, kesusasteraan juga merupakan
karya tulisan dalam bentuk puisi serta prosa yang mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri. Seni karang-mengarang bahan sastera pula merujuk kepada seni kesusasteraan
itu sendiri. Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa
kesusasteraan melayu ini merujuk kepada hasil nukilan masyarakat Melayu yang ditulis
dengan kata-kata yang indah serta dapat menarik jiwa dan perasaan pembaca untuk turut
menjiwai hasil karya tersebut. Jadi, mesej berkaitan dengan dirinya atau masyarakat dapat
difahami dan diterima dengan baik oleh pembaca.
1
3.0 Jenis, Bentuk, dan Ciri Kesusasteraan Melayu
3.1 Prosa Tradisional
Prosa tradisional merujuk kepada antara elemen kebudayaan Melayu dalam bentuk bahan
sastera serta bahan bukan sastera. Prosa ini mempunyai ciri-ciri yang lazim serta tidak
berubah mengikut masa. Prosa ini merupakan milik bersama jadi kebanyakan hasilnya tidak
dinamakan siapakah pemiliknya kerana merupakan milik seluruh masyarakat sejak zaman ke
zaman. Oleh itu, prosa tradisional ini masij kekal hingga ke hari ini yang turut dijadikan sebagai
pengajaran, sumber pengetahuan, serta dapat memperkenalkan masyarakat Melayu itu
sendiri. Prosa tradisional ini juga berfungsi sebagai wadah hiburan kepada masyarakat,
medium sindiran kritikan, serta cerminan kepada corak hidup masyarakat. Prosa tradisional
terbahagi kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).
Sastera rakyat (lisan) merupakan hasil karya yang telah diinspirasikan lalu disampaikan
secara lisan. Sastera membawa maksud hasil kreatif yang di dalamnya mempunyai imaginasi
penulis namun mempunyai pengajaran serta nilai tersendiri. Ciri-ciri sastera rakyat ialah wujud
pelbagai versi yang berbeza, pencipta sastera tersebut tidak diketahui kerana menggunakan
nama samara atau langsung tiada nama pencipta. Antara penutur sastera rakyat ialah Tok
Selampit(Kelantan), Penglipur Lara( Perak), dan Awang Belanga (Kedah). Sastera rakyat
terbahagi kepada dua kategori iaitu naratif dan bukan naratif. Sastera naratif terdiri daripada
mitos, lagenda dan cerita rakyat manakala sastera bukan naratif terdiri daripada puisi rakyat.
Mitos merupakan cerita yang dianggap benar oleh masyarakat. Mitos juga dianggap suci dan
mitos juga berkaitan kepercayaan. Berlaku dalam tempoh masa yang terlalu silam serta
dikaitkan dengan kejadian alam semesta binatang, tumbuh-tumbuhan, serta kejadian alam.
Terdapat tiga jenis mitos iaitu asal usul, mitos institusi sosial, dan mitos politik. Mitos asal-usul
iaitu berkaitan asal sesuatu peristiwa atau kejadian seperti susur galur Raja Melaka serta
kisah Tasik Cini. Mitos institusi sosial pula mneceritakan kisah asal usul sesebuah institusi
sosial dalam masyarakat Melayu contohnya mitos pengislaman raja Melayu seperti
pengislaman Raja Kecil Besar ( Sultan Muhammad). Mitos politik pula cerita berkaitan struktur
pemerintahan kerajaan contoh mitos berkaitan pembukaan kerajaan Pasai, Samudera, dan
Melaka.
Legenda pula juga dianggap benar oleh penutur dahulu tetapi tidak dianggap suci. Legenda
juga diceritakan untuk menonjolkan kehebatan suku bangsa yang mempunyai sifat yang luar
biasa. Ciri-ciri legenda juga adlah berasaskan kisah tokoh dan juga pahlawan. Legenda
2
berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam serta latar geografi juda dapat dirujuk.
legenda juga terbahagi kepada beberapa jenis antaranya legenda keagamaan yang
mengetengahkan cerita mengenai penyebar agama serta orang alim seperti Tok Kenali.
Selain itu jenis legenda alam ghaib yang berfungsi bagi menegakkan kebenaran tentang
sesuatu kepercayaan contohnya pengalaman menziarahi ke alam ghaib. Legenda
perseorangan pula berkaitan dengan tokoh serta peristiwa yang berkait dengan tokoh itu
dianggap benar. Contoh lagenda tersebut ialah tokoh agama seperti Pawang Langkat serta
tokoh perniagaan seperti Awang Tunggal.
Jenis legenda tempat bekaitan dengan cerita mengenai sesuatu tempat dimana nama tempat
mempunyai kaitan dengan nama tokoh atau binatang. Legenda ini mempunyai peristiwa yang
berkait rapat dengan sejarah tempatan atau juga disebut sebagai historiografi. Contohnya
Pekan Langgar yang dikatakan sempena pelanggaran Siam ke atas Kedah. Manakal legenda
yang menjadi pengasas kepada sesuatu tempat pula seperti Kampung Tok Pasai yang diambil
sempena nama tokoh Tok Pasai. Terdapat juga legenda tokoh seperti Tokoh Mahsuri yang
diangap benar kerana kewujudan makam Mahsuri yang terdapat di Pulau Langkawi yang
telah disumpah oleh Mahsuri menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.
Cerita rakyat merupakan genre tertua serta tidak dianggap benar-benar terjadi seperti mitos
dan legenda namun cerita rakyat ini hanyalah sebagai sumber hiburan serta mengandungi
moral dan sindiran. Jenis cerita rakyat yang pertama ialah cerita binatang. Binatang diambil
sebagai lambang kepada sikap dan tikngkah laku manusia. Contohnya cerita sang kancil
menipu buaya kerana ingin melepasi sungai. Watak utama walaupun bersaiz kecil namun
mempunyai otak yang cerdik manakala buaya yang besar dan ganas tetapi kurang cerdik.
Contoh yang lain ialah cerita kura-kura dan arnab serta anjing dengan bayang-bayang.
Seterusnya ialah cerita lipur lara. Cerita ini bertujuan untuk menghiburkan hati yang larayang
dituturkan oleh para penglipur lara seperti Awang Batil. Antar ciri-ciri cerita lipur lara ialah ianya
dituturkan dengan lisan dari generasi ke genarasi serta berlakunya tokok tambah. Contohnya
cerita berkaitan dengan pengembaraan dan perkahwinan seperti Hikayat Malim Dewa dan
Hikayat Anggun Cik Tunggal.
Jenis berikutnya ialah cerita jenaka yang dapat memberi hiburan dan rasa gembira kepada
yang mendengarnya. Ciri-cirinya ialah ada unsur kelucuan, permainan kata yang lucu serta
adanya unsur kebetulan dengan cerita sebenar. Watak-watak yang digunakan mempunyai
sifat yang tersendiri seperti watak bodoh iaitu Pak Pandir manakala watak pintar ialah Pak
Belalang. Seterusnya cerita teladan juga termasuk dalam cerita rakyat. Cerita ini sarat dengan
nilai moral serta pendidikan. Ciri-ciri cerita teladan ini ialah watak tersebut akan ditimpa suka
3
duka di awal perceritaan tetapi akan mendapat kebahagiaan di hujung kisah tersebut. Watak
utama biasanya mempunyai sikap yang baik dan jujur yang telah mengalami kehidupan yang
amat sukar seperti kisah Bawang Putih Bawang Merah.
Genre yang kedua pula ialah sastera istana (Tulisan). Sastera tulisan wujud setelah
berlakunya penerimaan Islam sekitar abad ke-15 terdapat tiga unsur-unsur di dalam sastera
istana iaitu unsur Hindu, Islam, dam Hindun-Islam. Jenis yang pertama iaitu sastera udnang-
undang yang digunakan sebagai bahan kajian berkaitan sistem pentadbiran dan susun lapis
masyarakat. Contoh sastera undang-undang ialah Undang-undang Laut Melaka dan Undang-
undang Pahang. Seterusnya ialah sastera epik yang juga disebut sebagai sastera pahlawan.
Ciri-cirinya ialah mementingkan ciri keperwiraan dan kepahlawanan yang unggul. Terdapat
dua jenis genre iaitu epik berunsur Islam yang diwakili Hikayat Amir Hamzah serta epik
kebangsaan seperti Hikayat Hang Tuah.
Sastera panji pula merupakan karya yang mengisahkan tentang sekitar kisah peperangan,
percintaan dan pengembaraan. Watak utamanya digelar Panji. Kisah tersebut menceritakan
bahawa Panji telah mengalami pelbagai kemanisan serta kepahitan sehinggalah Panji
bertemu dengan kekasihnya. Contohnya, Hikayat Cendawan Putih. Sastera agama pula
banyak berkisar tentang kehebatan serta keunggulan Nabi Muhammad SAW berkaitan
dengan bagaimana baginda menyebarkan agama ke setiap pelusuk dunia meskipun pelbagai
rintangan yang amat dahsyat untuk dihadapi. Contoh karya sastera ialah Hikayat Bulan
Berbelah. Kitab Nasihat Segala Raja-raja pula merupakan sastera ketatanegaraan yang telah
digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin III untuk dijadikan panduan dalam pemerintahan.
3.2 Prosa Moden
Prosa moden ialah karya sastera yang mempunyai kebebasan dalam ciptaan, pemikiran,
situasi, persoalan isu, atau kehidupan sebenar yang ditulis dalam bentuk tulisan karya dalam
menyampaikan mesej yang tersirat. Prosa moden tidak seperti prosa tradisional yang
mempunyai kriteria tertentu yang dijadikan sebagai panduan asas. Antar contoh prosan
moden ialah cerpen. Cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek.
Cerpen telah menarik minat pembaca keran dapat menggambarkanmemberi gambaran
tentang sesuatu zaman.cerpen kebiasaannya mengenai sesuatu peristiwa atau kejadianyang
memfokuskan kepada beberapa watak sahaja dan watak yang lain hanya sebagai
memperkukuhkan kewibawaan watak utama. Kewujudan protagonis dan antagonis
memeriahkan lagi cerpen ditambah lagi dengan permainan emosi yang dapat meningkatkan
lagi keterujaan pembaca.
4
Seterusnya, novel yang juga merupakan prosa moden yang di dalamnya diisi dengan kisah
kehidupan. Perkataan novel itu berasal dari perkataan novella daripada bahasa Itali yang
bermaksud benda kecil yang baharu. Jika dibandingkan dengan cerpen isi novel lebih panjang
sert mempunyai watak yang lebih ramai. Konflik yang berlaku juga lebih banyak serta
gambaran latar yang lebih teliti. Harun Aminurrashid telah menghasilkan novel bercorak
kemasyarakatan antaranya ialah Darah Kedayan(1947) serta Cinta Gadis Rimba(1947).
Novel bercorak semangat kebangsaan juga dihasilkan iaitu novel Pahlawan Rimba
Malaya(1946). Novel ini merungkaikan tentang semangat kebangsaan pejuang gerila Melayu
sewaktu menentang penjajahan Jepun. Tahun 1960-an merupakan zaman kegemilangan
novel melayu. Peraduan mengarang yang dilaksanakan telah berjaya melahirkan novel-novel
yang bernilai serta bermanfaat seperti Salina oleh A Samad Said Desa Pinggitan hasil nukilan
Ibrahim Omar. Peraduan ini juga telah melahirkan pengarang baharu yang amat berbakat
seperti Arena Wati dan Shahnon Ahmad.
Genre prosa moden juga termasuklah drama yang turut tergolong dalam suatu bentuk karya
sastera. Namun drama ini sedikit berbeza dengan cerpen serta novel kerana mesej yang
hendak disampaikan itu dilakukan dalam bentuk lakonan drama. Aspek penting dalam
penghasilan sesebuah drama ialah skrip serta yang menjadi panduan kepada pengarah.
Pelakon juga perlulah menjiwai watak yang diberikan sebaiknya supaya drama tersebut dapat
memberikan kesan kepada penonton. Bentuk drama yang tertua di Tanah Melayu ialah
wayang kulit yang amat terkenal di Kelantan. Terdapat empat jenis wayang kulit iaitu Wayang
Kulit, Wayang melayu, Wayang Gedek, dan Wayang Purwa.
3.3 Puisi Tradisional
Puisi Tradisional ini telah diamalkan dari dahulu sehinggalah sekarang. Bahasa yang
digunakan dalam puisi amat menyentuh rasa. Bahasa juga disusun dengan cukup indah dapat
dapat menggambarkan pancaran masyarakat Melayu. Puisi juga telah digunakan dalam
setiap aspek kehidupan seperti sama ada dalam bentuk hiburan, gurauan serta juga
digunakan dalam adat istiadat.(Mohd Rosli, 2013). Antara jenis puisi tradisional ialah pantun,
gurindam, syair dan seloka. Dalam bahasa Melayu terdapat dua kategori puisi iaitu puisi
terikat dan puisi bebas. Puisi dalam bentuk terikat yang paling ketara ialah pantun dan
gurindam. Pantun ialah pusi Melayu asli yang wujud di rantau alam. Pengucapan pantun
merupakan bentuk komunikasi yang menarik serta menyegarkan.
Sesuatu pantun mempunyai dua bahagian terdiri daripada pembayang dan juga maksud.
Pembayang membawa unsur bunyi yang akan mengikuti pada maksudnya nanti.(Alwi
5
Salim,1983). Bentuk pantun pula merujuk kepada bilangan baris seperti pantun dua kerat,
empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat serta pantun berkait.
Pantun yang agak kerap digunakan ialah empat kerat dan dua kerat. Kebiasaannya bagi
pantun empat kerat, baris satu dan dua akan menjadi pembayang manakala baris 3 dan 4
membawa maksud yang hendak disampaikan. Antara fungsi-fungsi pantun adalah untuk
mmeluahkan perasaan, ,menyedapkan cakap, sebagai nasihat, percintaan, perpisahan,
jenaka dan menyampaikan hasrat tersembunyi.
Gurindam pula ada yang mengatakan bahawa istilah tersebut berasal daripada bahasa
Sanskrit dan telah dibawa masuk ke tanah Melayu tetapi pengisiannya tidak seperti puisi
Sanskrit atau Tamil. Tetapi ia hanya merupakan pinjaman istilah sahaja Puisi jenis gurindam
dirujuk seperti ‘Gurindam Dua Belas’ yang dikarang oleh Raja Ali Haji, seorang ulama serta
sasterawan dari Istana Johor-Riau. Gurindam merupakan puis dua-dua baris , rima akhirnya
hendaklah sama serta tidak ada had perkataan bagi jumlah baris. Dalam setiap baris itu wujud
timbal balas antara baris pertama serta baris kedua.bahasa yang digunakan dalam gurindam
juga bernas dan serius yang menekankan isi kandungan berkaitan pengajaran, nasihat, serta
perasaan kasih dan sayang. Kadang-kadang turut mengandungi ciri puisi seperti aliterasi,
asonasi, serta gaya bahasa tertentu.
Antara puisi warisan Parsi yang paling terkenal adalah syair. Syair juga berlaku
perkembangan yang luas salam puisi Melayu Tradisional. Orang Melayu mula memanfaatkan
syair yang berasal dari bahasa Arab setelah berlakunya kedatangan Islam ke alam Melayu
serta disebarkan melalui pengkajian kitab terutamanya. Syair Arab seperti Fusus al-Hakan
dan al-Insan al Kamil juga telah dipelajari di Melaka. Syair terus berkembang pesat dalam
bahasa Melayu serta mampu mendukung pelbagai tema seperti yang bersifat falsafah
hinggalah kepada sejarah serta keagamaan. Syair Melayu mengandungi empat baris serta
rima akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’ ,’a’, suku katanya mengandungi empat hingga lima patah perkataan
(Muhd Mansur,1988). Syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun malah keempat-
empat baris merupakan maksud semuanya. Syair juga digunakan untuk mengemukakan
cerita, nasihat atu kisah keran syair merupakan pernyataan yang berlarutan.
Puisi Tradisional yang seterusnya ialah seloka. Seloka asalnya ialah perkataan ‘shloka’ yang
merupakan perkataan Sanskrit. Maksud ‘shloka’ ialah berjenaka, menyindir atau berseloroh.
Seloka mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila agama Hindu mula berkembang di Asia
Tenggara. Seloka merupakan sejenis puisi bebas sama ada dalam berangkap atau tidak. Jika
berangkap, barisnya serta perkataan dalam satu baris tidak ditentukan. Namun seloka
biasanya memerlukan beberapa rangkap dan baris bagi melengkapkan keseluruhan idea.
6
(Harun Mat Piah,1989). Segi bentuknya, seloka sama seperti puisi bebas seperti gurindam
atau teromba. Tetapi dari sudut isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain. Seloka lebih
menekankan aspek sindiran, ejekan dan kadang-kadang mengandungi perasaan berkhayal.
Puisi seloka juga digunakan untuk mengkritik perlakuan negatif masyarakat tanpa
menyinggung perasaan invidu sasaran.
3.4 Puisi Moden
Puisi Melayu moden merupakan sajak yang berbentuk karangan bebas, serta tidak terikat
jumlah barisnya, suku kata sebaris, rima dan rangkap tetapi masih menitikberatkan pilihan
kata bagi membawa kesan yang mendalam. Sajak merupakan satu-satunya puisi moden.
Sajak merupakan puisi baharu yang lebih terkenal dalam kalangan masyarakat dan dijadikan
pilihan kepada puisi tradisional. (Hasyim Awang, 1984). Sajak juga dapat ditakrifkan sebagai
luahan perasaan atau suara hati penyairnya. Ciri sajak yang baik ialah menggunakan bahasa
yang lebih baik, mengandungi nilai keindahan serta dapat melahirkan rangsangan kepada
perasaan. Puisi Melayu moden ini juga akan disertakan dengan nama penulis sebagai
pengakuan ke atas karya yang diciptanya sama ada menggunakan nama samara atau nama
pena berbeza dengan puisi tradisional yang merupakan milik bersama. Dapat disimpulkan
bahawa puisi Melayu moden merupakan karya yang mempunyai bentuk bebas mengikut
kemahuan dan selera penulisnya.
4.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
Siti Hajar Abdul Aziz menyatakan bahawa kesusasteraan Melayu merujuk kepada
penghasilan karya serta ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu.
Sastera bersatu dan juga berintegrasi dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contohnya,
dukun akan membacakan mantera yang menggunakan puisi yang indah. Sewaktu upacara
perkahwinan, ketika wakil pengantin perempuan berbicara dengan wakil pengantin lelaki,
sebenarnya disitu wujud adegan dramatik menggunakan bahasa yang indah dan menarik.
Kesusasteraan Melayu ini mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri dari aspek hiburan, alat
pendidikan, dakwah, dan kritikan sosial.
4.1 Aspek Hiburan
Hiburan merupakan fungsi asas bagi sesebuah karya sastera. Fungsi ini dapat dilihat dengan
lebih jelas dalam sastera lisan. Contohnya, nenek bercerita dengan cucunya. Kita juga sering
membaca buku komik serta menonton televisyen untuk menghiburkan hati dan menenangkan
jiwa. Keperluan dari aspek hiburan inilah yang telah menghasilkan karya sastera yang dapat
7
membawa keseronokan terhadap pembaca. Hiburan yang dimaksudkan disini adalah apabila
penggunaan keindahan kata-kata, irama atau rentak yang tersusun serta terdapat unsur
kelucuan. Novel serta cerpen telah menyajikan bahan bacaan yang tidak kompleks serta
ringan. Kebiasaanya pengakhiran sesebuah penceritaan itu dapat memberikan kepuasan
kepada pembaca yang memerlukan hiburan. Namun, diingatkan bahawa kategori hiburan
berbeza antara seorang pembaca.
Contoh unsur hiburan juga boleh dilihat dalam karya sastera rakyat iaitu cerita jenaka. Cerita
jenaka yang sudah diketahui ramai dan telah menceriakan wajah si pembaca ialah kisah Pak
Kaduk. Kisah ini menceritakan Pak Kaduk yang gila berlaga ayam. Pak Kaduk telah dicabar
untuk berlaga ayam dengan seorang raja malah raja tersebut meminta untuk ayamnya ditukar
dengan ayam Pak Kaduk. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pada hari
pertandingan Pak Kaduk memakai baju yang diperbuat daripada kertas untuk menunjukkan
kelainan walaubagaimanapun ayamnya tetap kalah dalam pertandingan. Pak Kaduk
menyangka ayamnya yang menang lalu bersorak girang hingga menyebabkan bajunya habis
terkoyak. Cerita ini dapat memberikan hiburan serta pengajaran kepada pembaca. Secara
halusnya, raja tidak patut terlibat dengan perbuatan yang dapat menggugat kedudukan
negara dan perlu menjaga perilakunya dengan sebaik mungkin.
4.2 Aspek Alat Pendidikan
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz antara fungsi kesusasteraan Melayu ialah sebagai alat
pendidikan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh para pedagang merangkumi bidang
ilmu seperti politik,sosiologi, ekonomi, dan agama telah diterjemahkan melalui kisah serta
cerita yang ditulis oleh mereka. Jadi kisah yang ditulis oleh merekadijadikan sebagai prosa
atau puisi yang turut diselitkan dengan unsur-unsur pengajaran serta nilai yang tinggi. Jadi,
jelaslah bahawa, masyarakat akan membaca kisah yang telah dikarang ini secara tidak
langsung kesusasteraan ini mampu menjadi bahan pendidikan.
Pada 1957, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan di negara kita bagi
membolehkan rakyat Malaysia menjiwai unsur kemanusiaan, kemasyarakatan, dan
kewarganegaraan. Dengan wujudnya pendidikan Kesusasteraan Melayu ini sebenarnya
dapat melahirkan masyarakat yang menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu serta
mampu untuk mengkaji keindahan karya sastera itu sendiri. Sastera ini juga berperanan untuk
membina insaniah dalam kehidupan sejagat. Hal ini selari dengan konsep membina modal
insan yang ditekankan oleh pemimpin. Sudah ramai rakyat Malaysia yang berjaya dalam
dunia sains dan teknologi namun mereka gagal dari segi nilai-nilai kemanusiaan. Hal ini
8
menyebabkan wujudlah perbuatan yang tidak bermoral seperti masalah maruah dan terlibat
dengan kerja terlarang. Melalui sistem pendidikan di peringkat sekolah, Kesusateraan Melayu
memainkan peranan sebagai bahan utama dalam perkembangan disiplin ilmu. Teknik
penulisan kreatif serta pengetahuan berkaitan dunia pendidikan juga didedahkan kepada para
pelajar.
4.3 Aspek Dakwah
Dakwah merujuk kepada proses penyampaian pesan suci kepada manusia yang
diperintahkan oleh tuhan dan tentu sahaja proses itu dilakukan oleh objek dakwah (Mad’u).
Islam turut menjunjung nilai-nilai kesusasteraan. Pertemuan antara agama serta
kesusasteraan ini sudah terlihat dalam realiti peradaban Islam yang menunjukkan bahawa
Islam merupakan agama Rahmatan Lil Alamin. Ali Mahfudh dalam Kitab Hidayatul Mursyidin
mentakrifkan dakwah ialah mendorong manusia untuk melakukan kebaikan serta mencegah
kemungkaran supaya seseorang itu dapat merasai kebahagiaan dunia dan akhirat. Fungsi
kesusateraan dalam dakwah adalah supaya pesanan-pesanan yang hendak disampaikan
kepada khalayak pembaca dapat dilaksanakan. Pesanan dijalankan melalui aneka bentuk
dan ragam estetika, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan serta metafora.
Perkembangan sastera Islam di Alam Melayu telah disebarkan dari pengaruh dakwah yang
kuat serta harakat pengislaman yang meluas antara abad ke-13 hingga 16M (Norizam
Jamian& Shaiful Bahri,2015).
Menurut Ismail Hamid, cerita yang terkandung dalam kitab suci al-quran serta kisah yang telah
digubah oleh pengarang Islam boleh dijadikan sebagai model dalam mewujudkan cereka
bercorak Islam. Ciri-ciri cereka Islam mestilah mengutamakan fungsi serta amanat cereka
tersebut. Imaginasi dalam menghasilkan karya sastera perlulah dibatasi supaya tidak
bertentangan dengan konsep Islam meskipun pengarang sastera Islam mempunyai daya
kreativiti yang estetik. Contohnya, gambaran watak tidak boleh terlalu sempurna kerana tiada
satu pun manusia yang sempurna di atas dunia ini kecuali Nabi Muhammad SAW. Teks-teks
sastera Islam juga bukan hanya mengisahkan cerita para nabi semata-mata malah juga
terbuka kepada bentuk cereka yang lain seperti puisi, novel, serta cerpen.
Contohnya, Hamzah Fansuri yang merupakan pengarang yang menggunakan bentuk syair
sebagai medium untuk menyebarkan ajaran Islam dengan lebih meluas. Karya yang telah
dihasilkan olehnya ialah Syair Dagang, Syair Fakir, dan Syair Perahu. Syair ini
mengetengahkan tentang kematian dan seksaan Allah SWT di akhirat kelak. Sajak yang
dikarang oleh Suhaimi Haji Muhammad juga mengisahkan keagamaan seperti sajak
9
“ Peringatan Kepada Manusia” yang mengajak supaya manusia sentiasa bertakwa kepada
Allah. Karya-karya seperti ini sebenarnya dapat mendidik serta memberi kesedaran akan
kesalahan yang telah dilakukan oleh manusia serta dapat memberi didikan akhlak kepada
pembaca. Hasil kesusasteraan Melayu ini sebenarnya dapat membentuk peribadi muslim
yang unggul kerana telah diselitkan dengan unsur kerohanian serta kisah para nabi yang
dapat memperkukuhkan keimanan seseorang. Jelaslah bahawa, martabat sastera perlulah
diperjuangkan dan dipertahankan supaya masyarakat yang berakhlak mulia dapat dibentuk
serta mewujudkan masyarakat yang harmoni (Ismail Hamid,1995).
4.4 Aspek Kritikan Sosial
Sastera merujuk kepada rakaman kehidupan yang menyelongkar dan menggali kehidupan
manusia daripada pelbagai sudut serta pandangan yang berbeza-beza. Segala nukilan yang
dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang terjadi dalam realiti kehidupan masyarakat.
Hal ini kerana sastera merupakan gambaran kepada kehidupan yang dijalani oleh masyarakat
seperti yang telah diperkatakan oleh A.Samad Said dan juga Usman Awang. Dalam
kehidupan yang melatari serta konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis ini akan
mempengaruhi tindakan serta tatasusila sama ada bagi tujuan menegur, menyampaikan
mesej, mahupun menegur. Dalam kehidupan bermasyarakat, setiap individu mempunyai
peranannya yang tersendiri namun, merka masih tidak dapat melaksanakan tugas dengan
sebaiknya disebabkan oleh hal-hal tertentu.
Contohnya, dua buah karya novel Harga Sebuah Maruah yang telah dihasilkan oleh Azizi
Abdullah serta Titis Darah Terakhir oleh Adhyat Helmy. Novel ini mengetengahkan konsep
perjuangan yang menggunakan watak dalam menyampaikan kritikan sosial meskipun
terdapat perbezaan dari aspek cara perjuangan. Novel Harga Sebuah Maruah Berdasarkan
konsep perjuangan yang mementingkan pertimbangan akal yang merujuk kepada frasa “tetapi
jangan sampai membelakangi undang-undang. Namun, konsep perjuangan yang berbeza
pula diperlihatkan dalam novel Titis Darah Terakhir. Berdasarkan kisah novel tersebut jelas
memperlihatkan bahawa pengorbanan dan pertumpahan darah diperlukan dalam perjuangan
menegakkan hak kita kepada Tanah Melayu.
10
5.0 Manifestasi Akal Budi dalam Sebuah Pantun, Syair, Seloka dan Gurindam.
Akal budi melambangkan setiap perbuatan, pemikiran serta sikap seseorang individuyang
menyokong keindahan, kebijaksanaan, serta kehalusan jiwa. Akal merupakan proses dimana
minda digunakan dalam mencari makna serta pemahaman terhadap sesuatu. Budi pula
mewakili tempat perasaan, keyakinan,kesedaran, dan dorongan. Terdapat empat aspek yang
dapat dilihat melalui manifestasi akal budi iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan, dan gaya
hidup. Pemikiran merupakan suatu proses menggunakan minda untuk mencari makna serta
terokai pelbagai kemungkinan idea. Pertuturan pula merujuk kepada aspek kesantunan iaitu
berbudi pekerti serta menghindari sebarang konflik sewaktu berkomunikasi. Perlakuan pula
merujuk kepada keperluan masyarakat Melayu untuk menjaga tingkah laku dengan baik dan
berhemah. Bagi melengkapkan akal budi masyarakat Melayu, aspek gaya hidup perlulah
disertakan. Gaya hidup disini merujuk kepada konteks kehidupan seharian merangkumi
agama serta kepercayaan, kekeluargaan, dan adat istiadat(Kamus Dewan,1984).
5.1 Akal Budi dalam Pantun
Pantun ini telah digunakan sejak zaman dahulu hingga kini bagi menyampaikan pemikiran
serta perasaan. Pantun bukan hanya wujud dalam kata-kata yang kosong namun setiap bait-
bait perkataan mempunyai makna yang tersendiri (Ungku Aziz,2011). Oleh itu, menerusi
sebuah pantun yang dihasilkan, pembaca dapat mengenali struktur bangsa, akal budi, serta
pemikiran. Amalan berpantun ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu,
mereka sering berbalas-balas pantun sesama mereka sebelum wujudnya surat-menyurat.
Contoh pantun:
Kalau bertanak dengan menggulai
Mengacau gulai pecah isinya
Kalau gelak nak jangan mengilai
Kalau mengilai rendah budinya.
Pantun diatas mengisahkan tentang adab serta perilaku diri seseorang( Norazimah Zakaria,
2017). Pantun tersebut menegah seseorang supaya tidak ketawa dengan kuat bahkan
mengilai. Jangan mengilai ditekankan kerana ia memberi gambaran tentang adab yang tidak
sopan serta perlu dihindari. Sikap ketawa yang berlebihan dan mengilai sekuat hati ini
menggambarkan diri seseorang yang riak serta mempunyai harga diri yang rendah pada
pandangan masyarakat. Hal ini juga bersesuaian dengan perintah agama yang mengah kita
11
daripada sifat yang takbur dan sombong. Apabila melakukan sesuatu perkara, jangan
dilakukan secara berlebih-lebihan nanti akan membawa padah. Contohnya, apabila
mengacau gulai jangan dikacau acap kali, nanti pecah pula isinya.
Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga ditanam orang,
Puas sudah ditabur budi,
Emas juga dipandang orang.
Berdasarkan pantun tersebut, dapat kita lihat bahawa pemilihan pembayang buah nanas dan
juga ubi. Seperti yang sudah kita ketahui, nanas ini warnanya kuning apabila masak dan
baunya harum. Jadi disini, nanas disamakan dengan emas yang menyebabkan orang tertarik
dengannya serta ingin mendapatkannnya. Tetapi berbeza pula dengan ubi yang merujuk
kepada orang yang sangat berbudi namun tidak suka menonjolkannnya, jadi hal ini sinonim
dengan ubi, meskipun berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Dapat disimpulkan bahawa
akal budi dalam pantun ini mengajar masyarakat supaya tidak perlu mengejar serta
menyanjung benda atau orang yang istimewa serta gah dari luaran kerana belum tentu
mereka akan sentiasa bersama kita susah dan senang. Tetapi hargailah orang yang sentiasa
berbudi dan merendah diri serta sentiasa menolong kita dalam apa jua keadaan.
5.2 Akal Budi Dalam Syair
Syair ialah bentuk puisi tradisional hasil kepunyaan serta ciptaan orang Melayu yang telah
mendapat pengaruh dari Arab dan Parsi. Syair juga seperti pantun yang merupakan karya
kreatif lisan genre puisi tradisional. Syair mula diperkenalkan oleh orang Arab dalam
menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat Melayu namun syair telah diubahsuai dari
acuan tradisi Arab kepada kepada acuan asli masyarakat Melayu. Contoh Syair:
Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur;
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga;
Ialah sungai ia telaga,
Laut yang luas ialah juga.
12
Berdasarkan syair Kelebihan Ilmu hasil tulisan Za’Ba, beliau ada menyatakan bagi yang duka
ia penghibur. Ilmu itu sebenarnya dapat menghiburkankan hati yang sedang serabut atau
gundah disamping dapat membantu memahami perkara dengan lebih jelas (Zurakintan Abdul
Razak & Che Ibrahim Salleh,2015). Kandil pula bermaksud lampu atau pelita yang akan
menemeni kita di alam kubur. Walaupun kita dilamun ilmu, ia tidak akan menghanyutkan kita
namun, kita akn sentiasa bergerak ke arah kebaikan yang membantu kita meningkatkan
amalan. Rangkap seterusnya juga ada menegaskan lagi bahawa orang yang berilmu akan
memperoleh ganjaran pahala kerana menuntut ilmu ialah perkara yang dituntut agama. Ilmu
juga diibaratkan sungai dan telaga bermaksud ilmu sama seperti air yang menjadi keperluan
untuk kelangsungan hidup. Lautan yang luas pula menunjukkan ilmu itu luas sekali bidangnya,
tidak terhad kepada beberapa perkara sahaja.
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.
Berdasarkan syair tersebut, dapat disimpulkan bahawa, penyair seorang yang mempunyai
sifat yang sangat rendah diri. Hal ini terserlah dalam rangkap pertama iaitu apabila penyair
membahasakan dirinya sebagai fakir. Fakir merupakan perkataan yang berasal daripada Arab
yang membawa makna miskin. Namun jika dibandingkan fakir merupakan tahap yang lebih
rendah berbanding miskin, untuk membeli keperluan harian pun masih tidak mencukupi.
Seorang fakir telah mengarang syair ini supaya dijadikan teladan. Dapat disimpulkan disini
bahawa masyarakat Melayu sudah sinonim dengan sifat merendah diri apabila berhubung
dengan orang lain.
5.3 Akal Budi dalam Seloka
Perkataan asal seloka ialah shloka dari bahasa Sanskrit yang bermaksud seloroh, menyindir,
atau berjenaka. Seloka berkembang di alam Melayu seiring dengan siring dengan kedatangan
agama Hindu di Asia Tenggara. Seloka bercorak karangan berangkap serta mengandungi
unsur jenaka, serta ejekan. Antara seloka yang terkenal ialah Seloka Pandai Pak Pandir.
Seloka ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bersifat lurus bendul. Kebanyakkan
masyarakat dunia juga mempunyai genre cerita lelucuan sebagai contoh ‘Three Stooges’ dari
Amerika Syarikat dan ‘Mr Bean’ dari British yang menjadi pilihan orang ramai. Contoh seloka
Pandai Pak Pandir:
13
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
Seloka ini bertujuan untuk berjenaka dan berhibur tetapi juga wujud sindiran. Akal budi
manifestasi yang terdapat dalam seloka ialah menyindir sesorang yang mengutamakan orang
lain. Sepatutnya hubungan kekeluargaan yang perlu diutamakan terlebih dahuludan
bukannya orang luar yang tidak mempunyai pertalian darah. Hal ini jelas ditunjukkan dalam
frasa ‘anak dipijak’ namun orang luar yang tiada hubungan diutamakan seperti ‘dagang
dijinjing’. Baris ‘hartanya habis badan tergadai’ bermaksud Pak Pandir tidak pandai
menguruskan hartanya sehingga badan sendiri tergadai. Tidak pandai menguruskan harta
boleh bermaksud dia boros berbelanja ataupun seorang yang sentiasa berjudi. Mendengar
guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan menunjukkan kritikan terhadap individu yang
mudah terpengaruh dan mendengar kata pihak lain. Akhirnya menyebabkan kerugian kepada
diri sendiri. Keseluruhan isi seloka ini banyak menyindir sikap masyarakat Melayu yang
mempunyai banyak kelemahan. Hal ini perlu diberi teguran supaya tidak berlanjutan hingga
ke generasi seterusnya.
14
5.4 Akal Budi dalam Gurindam
Pada tahun 1846, Raja Ali Haji telah memeprkenalkan “Gurindam Dua Belas” yang
merupakan suatu bentuk puisi Melayu tradisional. Gurindam ialah puisi yang mempunyai
pelbagai pengajaran serta terdiri daripada dua baris ( Kamus Dewan, 1984). Gurindam
berasal daripada perkatan ‘iradam’ atau ‘kirandam’ dari Tamil yang membawa maksud puisi
secara terbuka serta idea yang diutarakan saling melengkapi dan mengandungi nasihat,
petua, dan pengajaran. Gurindan terkandung dua baris dalam satu rangkap serta rima
akhirnya ialah a,a. Antara contoh gurindam ialah gurindam malangnya bahasaku.
Bahasa orang dipuja dipuji,
bahasa sendiri dicerca dikeji.
Berdasarkan tajuk, malang disitu bermaksud suatu yang sangat menyedihkan. Malang itu juga
terjadi disebabkan oleh diri sendiri atau orang lain yang melakukannya. Jadi disini, yang
membuat malang bahasa adalah pemilik atau penutur bahasa itu sendiri. Konteks perjuangan
bahasa, bahasa orang dipuji dipuji bermaksud bahasa orang dipandang tinggi secara
berlebih-lebihan, tiada cacat cela, dan juga taksub dengan bahasa luar. Puji pula
menunjukkan semuanya baik dan bagus, tiada nampak buruknya, tapi bahasa sendiri yang
digunakan banyak salahnya. Bahasa sendiri dicerca dikeji pula bermaksud, bahasa sendiri
berada di tahap paling rendah, malah sering dipandang hina dan juga diabaikan.
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Apabila banyak mencacat orang
Itulah tanda dirinya kurang
Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sahajalah umur
Gurindam Dua Belas ini mengandungi pemikiran berkaitan pesanan terhadap pembaca
kearah kebaikan serta mengandungi pengajaran. Apabila anak tidak dilatih dan dididik dengan
baik sejak kecil, kelak nanti akan menjadi beban kepada ibu bapa. Seterusnya, rangkap
Apabila banyak mencacat orang, itulah tanda dirinya kurang bermaksud sekiranya kita asyik
mencela atau menghina orang sebenarnya hati kita yang busuk yang sentiasa melihat
15
kekurangan orang lain dan tidak sedar bahawa kita sendiri pun ada kekurangan. Jika lebih
banyak tidur berbanding melakukan sesuatu berfaedah, waktu hidup berlalu dengan sia-sia.
Sepatutnya kehidupan perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat supaya kehidupan masa
depan lebih cerah.
6.0 Kesimpulan
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kesusasteraan sememangnya wujud keistimewaan serta
keunikannya yang tersendiri. Karya kesusasteraan Melayu tradisional juga banyak
memainkan peranan yang penting terutamanya dalam menyampaikan mesej yang seterusnya
dapat menjana pemikiran serta kebijaksanaan masyarakat. Para pengarang juga telah
mencurahkan pandangan serta ilmu kepada si pembaca untuk mengubah cara hidup serta
mengambil pengajaran supaya dapat membentuk masyarakat yang berilmu dan juga
mempunyai jati diri yang tinggi. Pelbagai ilmu yang telah dibentangkan oleh kesusasteraan
Melayu yang boleh diserap dan dicerna oleh masyarakat. Kesusasteraan Melayu ini perlu
perlu dihidup dan dicipta supaya ia terus berkembang serta tidak pupus ditelan zaman.
Pandangan serong berkaitan tentang sastera tradisi yang merupakan sastera lamayang tidak
akan berkembang perlu diubah supaya kesemua genre serta karya Melayu akan terus
disanjung serta dinamik.
16
7.0 Rujukan
Alwi Salim (1983) Puisi Melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hasyim Awang (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Fajar Bukti Sdn. Bhd.
Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka
Hasri Rajali (2013). Keunikan dan keistimewaan kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1984). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Rosli (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu
Norizam Jamian & Shaiful Bahri (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah
komunikasi massa: suatu analisis,31(2)
https://www.researchgate.net/publication/324061714_Kesusasteraan_Melayu_Tradis
ional_Sebagai_Wadah_Komunikasi_Massa_Suatu_Analisis_Traditional_Malay_Liter
ature_as_a_Medium_of_Mass_Communication_An_Analysis
Norazimah Zakaria (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. Jurnal
Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2).
Ungku Aziz (2011). Pantun dan kebijaksanaan akal budi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh (2015). Pemikiran Melayu tentang ilmu dan
adab dalam puisi Melayu tradisional. International Journal of the Malay World and
Civilisation 3(2), 121-129.
17