The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursakinah6874, 2022-12-20 02:45:25

KOLEKSI CERITA SERAM

KOLEKSI

DIKUMPUL OLEH:

NUR SAKINAH

MELATI

Melati ni dikatakan memang popular dalam kalangan pelajar UiTM Sabah.
Dia masih lagi menjadi penghuni tetap di kawasan asrama dekat sana.
Menurut sumber, tapak UiTM Sabah ni adalah kawasan perkampungan jin
suatu ketika dulu. Pihak UiTM telah membuat satu perjanjian dengan jin
di sana. UiTM boleh dibina di tapak tersebut dengan 3 syarat yang mesti
dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Senang cerita, 3 syarat ni adalah
dilarang buat di kawasan kampus. Kalau tidak, penghuni UiTM akan dapat
balasan.

Macam mana kisah Melati ini wujud? Baca perkongsian di bawah:
Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar
perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi
ada juga yang cakap, Melati potong urat nadi ditangannya dan
bersembunyi di dalam almari supaya tidak diketahui oleh sesiapa.
Macam-macam versi diceritakan tentang cara Melati ni bunuh diri. Tapi
realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang mengganggu setiap
pelajar di asrama UiTM Sabah.

Selalunya, ’dia’ ini akan mengacau bila exam dah nak dekat. Dulu, pelajar
perempuan pernah tinggal di blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg
berlaku banyak kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E
dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.
Lepas tu, setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana
telah dicabut oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki
ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah
diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui seorang perempuan pun.
Jadi, kita cuma akan nampak Melati melalui cermin.

Ada cermin atau tak, ’dia’ tetap ada kat situ.

MAK CIK KEREPEK

Kolej Senaja ini berada di UiTM Lendu, Melaka. Korang mesti pernah
dengar kisah ‘Mak Cik Karipap’ kan? Tapi kali ini berkisahkan tentang
‘Mak Cik Kerepek’ pula.
Cerita ini daripada senior UiTM Lendu yang kini bekerja sebagai Grab
driver.

Ceritanya macam ni:
Masa tu, setiap bilik ada empat orang penghuni. Lepastu masa senior
ni on the way nak tidur, tiba-tiba ada orang ketuk tingkap dan cakap,
“Nak, beli lah nak. Beli lah kerepek ni.”
Sedangkan bilik dia dekat tingkat empat. Macam mana mak cik
kerepek tu boleh ketuk tingkap jual kerepek pulak?
Lepas tu dia buat tak tahu, tapi suara mak cik tu makin kuat. Senior ni
takut sangat, dia pun turun dekat katil member dia. Selepas mak cik
kerepek keep on ketuk-ketuk tingkap, akhirnya satu bilik dengar
suara dia.
Sampai sekarang, misteri mak cik kerepek masih belum selesai dan
semua orang tak tahu siapa sebenarnya mak cik kerepek tersebut

TASIK TUN FATIMAH

Siapa je yang tak tahu Tasik Tun Fatimah kan? Port paling famous dalam kalangan
student dekat UiTM Lendu, Melaka.Macam-macam kisah yang berlaku dekat tasik
ni. Salah satunya adalah cerita yang akan dikongsikan di bawah daripada seorang
bekas pelajar yang bernama Pika.Benda ni berlaku sewaktu diploma kami di UiTM
Lendu. Kebiasaannya pada cuti weekend kami akan keluar ke bandar. Tak kisah la
tengok wayang ke, makan-makan ke. Saja isi masa lapang. Tapi kami hanya akan
sewa kereta di kawasan Kelemak (berhampiran Lendu) dengan seorang pakcik yg
memang dia offer rent car service.

Pada suatu malam, seperti biasa kami pulangkan kereta sewa di rumah pakcik itu.
Nak dijadikan cerita waktu tu memang sunyi sangat dan saya cuma menyewa
berdua. So termasuk pakcik tu ada tiga orang dalam kereta. Perjalanan dari
kelemak ke lendu ambil masa lebih kurang 10 minit. Pakcik tu memañg peramah.
Dalam kereta dok tanya itu ini. Kitorang memang layan je sebab dh kenal.
Tiba-tiba pakcik tu cakap“kenapa kawan awak yang belakang tu senyap ja dari
tadi?” dan aku pun “Gulp,sapa pulak dia nampak ni”. Aku tanya “siapa pakcik?”
Then pakcik tu jawab “tu sebelah kamu. Dok senyap ja dari tadi. Tak suka ke pakcik
bercakap je. Eh dia tunduk pula”.

Aku memang dah rasa lain macam. Kat belakang ni macam nak nangis dah jantung
memang laju habis dengan rasa meremang sebab mmg sunyi dan ada satu kereta
je. Kawan aku kat depan dah macam batu sebab dia cakap dia rasa something.
Dalam hati aku dah pikir perghh nak menapak lagi dari gate sampai hostel kena
lalu Tasik Tun Fatimah tu. Tasik ni pulak memang popular dengan ceritanya
tersendiri. Pakcik siap pesan lepas drop off, “kawan kamu tu ok tak” aku diam je
cakap terima kasih. Then nak tak nak memang kena redah bangunan lama UiTM,
tasik, masjid sampai la hostel aku Tun Senaja.

Kaki memang dah jalan laju habis. Sebelum sampai jambatan kat tasik tu, kiteorg
kena pass by satu pokok kabu yg tinggi. Aku memang tak pandang tapi aku tahu
pokok tu wujud kat situ. Then aku dengan member jalan laju-laju. Pastu tahu apa
aku dengar? Aku dengar entah dari mana suara lembut sahut nama aku dengan
kawan aku berulang-ulang. Aku nak lari tapi takut sampai tak tau nak buat apa.
Kawan aku pun jalan laju semacam sebab aku assume dia pun dengar benda yg
sama. Sampai aku tegur member tu “takda apa takda apa”.

Sampai je bilik berpeluh-peluh, mandi, solat dan tidur. Aku cerita kat member aku
besoknya sebab terlalu takut. Pengajarannya, jangan keluar sampai lewat malam
nanti ada yg ikut balik.


Click to View FlipBook Version