BAHASA MELAYU STANDARD
BAHASA MELAYU KERTAS 2
SOALAN 4
A : CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
1. Huruf dan perkataan
a) Penggunaan huruf Jawi
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Tambahan
beberapa huruf lain untuk mencukupkan sebutan
bahasa Melayu, iaitu ca, nga, pa dan nya.
b) Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi
yang berkaitan dengan hukum Islam.
Contoh : Allah taala
Daulat
Wallahualam
A : CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
1. Huruf dan perkataan
c) Penggunaan bahasa istana:
- beradu ( tidur ) - santap ( makan )
- bersiram ( mandi) - mangkat (meninggal dunia )
- gering ( santap )
d) Terdapat kosa kata klasik
- berahi ( cinta )
- ceritera ( cerita )
- masyghul (sedih )
e) Penggunaan kata pangkal ayat
- Adapun - Hatta
- Alkisah - Maka
- Sebermula - Syahadan
- Arakian
A : CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
2. Sintaksis
a) Penggunaan ayat majmuk- ayatnya panjang
ala ayat Arab kerana menggunakan kata
hubung.
b) Ayat susunan songsang
c) Penggunaan ayat pasif
B : CARA MEMAHAMI / PROSES/ FORMAT MEMODENKAN
1. Jawapan yang ditulis mestilah dalam Bahasa Melayu Moden.
2. Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
3. Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat
ditukar.
4. Jangan menokok tambah butir-butir yang lain yang tiada
dalam petikan bahasa klasik.
5. Kata nama khas perlu dikekalkan.
6. Ketahui perbezaan di antara bahasa klasik dengan bahasa
istana ( tidak perlu ditukar).
7. Struktur ayat bahasa klasik bertentangan dalam bahasa moden.
Contoh :
Bahasa klasik : Maka berangkatlah baginda ke istana.
Bahasa moden : Lalu baginda berangkat ke istana.
Baginda tidak perlu ditukar kerana bahasa istana.
B : CARA MEMAHAMI/ PROSES/ FORMAT MEMODENKAN
8. Kekerapan menggunakan struktur ayat pasif dalan bahasa
klasik.
Contoh :
Bahasa klasik : Maka oleh diparang oleh Hang Tuah kepala
dua orang yang mengamuk itu terbelah dua.
Bahasa moden : Lalu Hang Tuah memarang kepala dua orang
yang mengamuk itu dan terbelah dua.
C : PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM
MENJAWAB SOALAN MEMODENKAN.
1. Senaraikan dulu watak-watak dalam petikan prosa klasik
tersebut. Pastikan anda berjaya mengenal pasti beberapa watak
yang mempunyai persamaan agar pemilihan kata ganti nama tepat
dan sesuai.
2. Nyatakan latar tempat iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan.
3. Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut
4. Buangkan perkataan klasik seperti perkataan klasik seperti maka,
arakian, syahadan, lah, pun, ataupun perkataan yang tidak perlu.
5. Perkataan klasik yang ada dalam petikan tersebut, perlu ditukar
kepada bahasa moden.
CONTOH SOALAN
BAHASA MELAYU STANDARD
CONTOH 1
Soalan 4 : BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan di bawah bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahawat dan Keris Kertala Sari. Maka sembah
Bendahara.
“ Inilah, tuan pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada dapat
membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia menentang matanya pun tiada dapat”. Maka segala
mereka pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa Sebentar nanti Laksamana akan datang membawa
syahawat dan Keris Kertala Sari. kemaluan dan Keris Kertala Sari.
Maka sembah Bendahara. “ Inilah, tuan pertandaan Bendahara menyembah, “Inilah bukti yang sebenarnya,
yang sungguh. tuanku.
Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada Pada pendapat patik, tiada seorang pun yang mampu
dapat membunuh penjurit itu. membunuh askar upahan melainkan Laksamana.
Janganlah membunuh dia menentang matanya pun Bukan setakat tidak dapat membunuh dia, bertentang
tiada dapat” mata juga mereka tidak mampu’.
Maka segala mereka pun masing-masing tunduk Mereka tunduk malu dan berlalu pergi.
kemalua-maluan, lalu kembali.
JAWAPAN :
Sebentar nanti Laksamana akan datang membawa kemaluan dan Keris Kertala Sari. Bendahara menyembah,
“Inilah bukti yang sebenarnya, tuanku. Pada pendapat patik, tiada seorang pun yang mampu membunuh askar
upahan melainkan Laksamana. Bukan setakat tidak dapat membunuh dia, bertentang mata juga mereka tidak
mampu’. Mereka tunduk malu dan berlalu pergi.
CONTOH 2
Soalan 4 : BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan di bawah bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
‘ Hai ibuku , ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu,
maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “ Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu,
bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka”.
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard
‘ Hai ibuku , ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” ‘Wahai ibuku di mana bapa pergi, aku tidak nampak?’
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, Setelah ibunya mendengar kata-kata anaknya itu,
maka ibunya pun menangis, seraya berkata, Ibunya terus menangis sambal berkata
“ Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang “Wahai anakku , seorang Melayu telah membunuh
Melayu, bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka”. bapa kamu yang bernama Laksamana Hulubalang
Ratu Melaka”.
Jawapan: ‘Wahai ibuku di mana bapa pergi, aku tidak nampak?’ Setelah ibunya mendengar kata-kata anaknya itu,
ibunya terus menangis sambal berkata, “Wahai anakku , seorang Melayu telah membunuh bapa kamu yang bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka”.
CONTOH 3
Soalan 4 : BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan di bawah bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-
kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah
pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahu lah
akan Kertala Sari datang itu. [ 6 markah ]
Dipetik dari Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Jawapan:
Setelah itu Laksamana memakai pakaian perajurit lalu berjalan. Pada malam itu, Susana menjadi kelam-kabut dan
hujan turun rintik-rintik. Kertala Sari berjalan masuk ke kota.Laksamana berbaring di tengah pasar itu.Laksamana
mendengar bunyi tapak kaki Kertala Sari yang sangat kuat. Laksamana mengetahui Kertala Sari akan datang.
SEKIAN
TERIMA KASIH
Daripada : Norafizah Mohammad Som