The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatnazli04, 2023-07-17 04:26:53

Penggunaan bahasa kurang santun dalam kalangan masyarakat di media sosial.

Tugasan 2 BMMB1144

Keywords: isu kesantunan berbahasa,penggunaan bahasa kueang santun,BMMB1144

Tugasan 2 BMMB1144 Nama : Wan Muhammad Izzat Faris Bin Wan Nazli Kelas : PPS3-7 Nama pensyarah : Dr. Noor Hayati Binti Che Mat & Haji Shahariman bin Ahmad Kod kursus : BMMB1144


Definisi kesantunan berbahasa B MMB1 144 Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. Kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara kita. Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Dalam menjelaskan hal ini, Lakoff (1975) dan Bucholtz (2004) mengatakan bahawa prinsip kesantunan itu dibangunkan oleh sesebuah masyarakat dalam usaha untuk mengurangkan pergeseran dalam interaksi peribadi, sekali gus dapat dijadikan strategi untuk mengelakkan konflik (Leech, 1983).


Penggunaan bahasa kurang santun dalam kalangan masyarakat di media sosial


Contoh Berdasarkan contoh yang pertama dapat dilihat penggunaan bahasa yang kurang santun telah dilontarkan oleh seseorang kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid di platform Twitter. Penggunaan bahasa yang kurang sopan itu telah mewujudkan sikap yang tidak menghormati seseorang yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi. Contoh tersebut telah menunjukkan seseorang yang tidak menggunakan bahasa yang formal terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri malah turut menggunakan perkataan yang kasar dan tidak santun seperti "bagai penyamun dan pembohong". Fitnah yang dilontarkan itu boleh menggugat kermonian dan kedaulatan negara. Penggunaan bahasa yang tidak sopan


Penggunaan bahasa yang kurang santun ini wujud dalam diri seseorang pada masa kini kerana kurangnya pengetahuan dari segi kesantunan berbahasa. Salah satu sebab wujudnya sikap yang tidak beradab ini adalah disebabkan oleh faktor dalaman seseorang itu sendiri. Mereka yang kurang mendapat didikan serta perhatian keluarga akan menjadi seorang yang kurang beradab serta tidak tahu cara untuk menghormati orang yang lebih berpangkat. Selain itu, sifat benci terhadap seseorang juga menyebabkan penggunaan bahasa yang tidak sopan berlaku. Sikap serta emosi yang tidak baik boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir dengan lebih baik yang menyebabkan berlakunya bahasa tidak sopan. Justifikasi:1


Berdasarkan contoh kedua, terdapat satu contoh penggunaan bahasa yang kurang sopan oleh masyarakat di media sosial iaitu di platform TikTok. Dapat dilihat masyarakat yang menggunakan kata ganti nama diri yang kurang santun kepada individu yang lebih berpangkat. Kata ganti nama diri yang tidak santun ini telah menyebabkan seseorang itu dipandang tidak baik kerana pertuturan yang tidak menghormati orang lain. Penggunaan "ko" yang melambangkan sebagai kata ganti nama panggilan untuk Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah . Hal ini akan menyebabkan orang yang mendengarkannya menganggap perkataan yang dilontarkan adalah tidak sopan dan boleh menjatuhkan air muka beliau. Contoh Penggunaan kata ganti nama diri


Penggunaan kata ganti nama diri yang kurang sopan ini berlaku disebabkan oleh panggilan tersebut yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Namun, ada juga dikalangan mereka yang tidak dididik untuk bercakap sopan santun dengan orang yang lebih tua walaupun dengan keluarga mereka sendiri. Sikap ini akan mendatangkan pelbagai persepsi dalam kehidupan mereka kerana sikap tidak beradab. Kata ganti nama diri merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan kerana suasana yang aman dan ceria akan wujud sekiranya mereka mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Justifikasi:2


Contoh Seterusnya, perkara yang sering berlaku ialah penggunaan bahasa rojak. Bahasa rojak merupakan penukaran kod iaitu percampuran dua atau lebih bahasa dalam satu percakapan. Berdasarkan contoh yang diberi, terdapat sekumpulan pelajar yang sedang berbual menerusi aplikasi WhatsApp. Secara keseluruhan pelajar tersebut telah menggunakan bahasa rojak iaitu mencampuradukkan dua atau lebih bahasa dalam satu perbualan atau perhubungan. Penggunaan bahasa rojak ini telah berleluasa dalam kalangan masyarakat terutama bagi generasi muda sekarang. Contohnya, perkataan yang digunakan dalam perbualan tersebut ialah "Sape2 yg nk hntr hardcopy essei gapd, boleh pass kat aku". Pencampuran bahasa tersebut telah menyebabkan berlakunya penggunaan bahasa yang tidak sopan kerana penggunaan bahasa yang tidak mematuhi peraturan linguistik dalam bahasa Melayu. Tambahan pula, penggunaan bahasa singkatan juga dapat dikesan dalam perbualan itu seperti "hntr" , "bw" , "sbb" dan "yg". Ini juga termasuk dalam isu sosial. Penggunaan bahasa rojak


Penggunaan bahasa rojak yang semakin berleluasa pada masa kini adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran. Seseorang itu akan mudah terpengaruh dengan perkara yang ada di sekeliling mereka. Masyarakat pada masa kini, terlalu ingin mengikuti perkembangan semasa. Bagi mereka, penggunaan bahasa rojak merupakan salah satu perkara yang boleh dibanggakan kerana mereka akan dianggap sebagai seorang yang fasih berbahasa Inggeris. Kebiasaannya, bahasa rojak ini sering digunakan apabila seseorang itu tidak begitu mahir dalam sesuatu bahasa seperti bahasa Inggeris namun mereka tetap ingin menggunakan percampuran bahasa tersebut seolah-olah mereka mahir. Selain itu, perkembangan teknologi dan maklumat menyumbang kepada penggunaan perkataan singkatan dengan meluas. Bagi pengguna, penggunaan perkataan singkatan dalam dunia digital dapat menjimatkan masa dan ruang. Namun, terdapat kelemahan dalam penggunaan perkataan singkatan iaitu penerima salah tafsir perkataan singkatan tersebut. Justifikasi:3


Contoh Penggunaan bahasa yang terlalu mengikut emosi amatlah tidak digalakkan. Seseorang yang dalam keadaaan beremosi tidak sepatutnya berkomunikasi sosial sama ada secara maya atau fizikal. Sekiranya sesuatu komunikasi itu masih diteruskan maka akan berlaku perkara yang tidak diingini seperti keluarnya kata-kata kesat. Berdasarkan contoh yang diberikan, terdapat seorang netizen di Twitter yang memakai nama Injang telah mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dan tidak beradab seperti perkataan "pukimak" , "juboq lembu" , "celaka nakharam" dan "anak babi" akibat daripada ketidakpuasan hatinya. Sikap netizen itu yang terlalu mengikut emosi telah menyebabkan dirinya sanggup mengeluarkan kata-kata yang kesat seperti mencaci dan mencarut akibat ingin melepaskan perasaan marahnya. Penggunaan bahasa yang kurang santun ini sebenarnya telah menunjukkan keperibadian seseorang itu. Penggunaan bahasa mengikut emosi


Penggunaan bahasa yang kurang santun merupakan perkara yang tidak sepatutnya ada dalam diri seseorang. Emosi yang tidak stabil akan menjadikan seseorang itu hilang kawalan dalam berbicara. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu akan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kesat dan mencarut. Sikap dan emosi penutur itu juga merupakan punca wujudnya fenomena bahasa kurang santun ini. Kehebatan diri serta keegoan yang tinggi dalam diri seseorang itu punca situasi tegang boleh berlaku. Apabila sikap itu muncul dalam diri seseorang akan menyebabkan individu tersebut lebih cenderung dan sangat mudah untuk mengeluarkan perkataan yang kesat ketika berkomunikasi dengan orang lain. Mereka cuba untuk melepaskan perasaan marah dan tidak puas hati yang telah terpendam dalam diri mereka . Hal ini telah menjadikan seseorang itu lebih beremosi tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Justifikasi:4


Cadangan cara menangani isu kesantunan berbahasa Peranan ibu bapa Penggunaan bahasa yang kurang sopan ini merupakan salah satu daripada berlakunya komunikasi yang tidak baik. Penggunaan bahasa yang kurang santun akan menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara penutur dengan pendengar sama ada melalui lisan mahupun secara bertulis. Oleh itu, pelbagai cadangan yang boleh dibuat bagi menangani isu kesantunan berbahasa yang semakin lama semakin terhakis dalam kalangan masyarakat terutama bagi generasi muda pada masa ini. Peranan kerajaan Peranan media massa Peranan institusi pendidikan


Guru berperanan untuk melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi emosi, jasmani, fizikal dan rohani. Guru diberi tanggungjawab untuk memberikan penekanan kepada murid-murid dalam pelbagai aspek seperti aspek kemahiran lisan dalam kemahiran berbahasa. Dari aspek sosial yang perlu ditegaskan dan ditekankan oleh guru ialah mengenai aspek-aspek pertuturan yang bertatasusila. Lengkap serta tersusun. Nilainilai murni juga tergolong dalam perkataan santun. Oleh itu, pembentukan moral dan sahsiah yang baik dan elok juga perlulah diberi penekanan melalui aktiviti pengajaran pendidikan Islam dan moral. Hal ini daoat melahirkan masyarakat yang menjaga pertuturan yang santun terutama sekali bagi generasi muda pada masa ini. Peranan institusi pendidikan


Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita, ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak mereka sejak kecil. Melalui didikan ibu bapa yang berkualiti, maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri mereka. Ibu bapa seharusnya mendidik dan membimbing anakanak dalam membentuk cara berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sopan dan teratur. Ibu bapa juga disarankan untuk melakukan pemantauan terhadap aktiviti dan cara berkomunikasi anak-anak mereka. Apabila ibu bapa dapat mengesan unsur-unsur negatif dan bahasa kurang sopan dalam kalangan anak-anak mereka, ibu bapa tersebut harus mencegahnya secepat mungkin. Pembezaan antara bahasa sopan dan kurang sopan haruslah diperkenalkan kepada anak-anak sama ada dalam bentuk teguran mahupun nasihat. Peranan ibu bapa


Media massa berperanan untuk menyampaikan maklumat yang terkini kepada orang ramai terutama bagi media elektronik seperti televisyen, radio, telefon dan sebagainya. Media elektronik tersebut boleh menyiarkan rancangan-rancangan yang menggunakan bahasabahasa yang baik dan santun. Penyiaran bahasa yang santun di media massa mampu untuk mempengaruhi tahap pemikiran seseorang mengenai kepentingan serta kebaikan dalam menggunakan bahasa yang sopan dan beradab terutama apabila berkomunikasi dengan orang lain. Peranan media massa


Dalam usaha menangani fenomena isu kesantunan berbahasa dalam media sosial, kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk mengekang masalah ini. Pihak kerajaan boleh mewujudkan kempen-kempen yang dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik. Antara kempen yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah "Bulan Bahasa Kebangsaan" iaitu dilaksanakan pada bulan Oktober setiap tahun dan "Kempen Budi Bahasa, Budaya Kita" di media-media cetak dan elektronik. Tujuan kempen sebegini dilancarkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian. Pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk meletakkan syarat-syarat tertentu kepada stesen-stesen radio dan televisyen iaitu seperti perlu menapis bahan-bahan sebelum disiarkan dan mematuhi nilai-nilai budaya dan kesantunan bahasa Melayu. Oleh itu, tayangan yang menerapkan unsur-unsur kesantunan bahasa dan budaya yang baik akan menjadi ikutan masyarakat. Peranan kerajaan


Rujukan Asmah Haji Omar.2000. Wacana Perbincangan Perbahasan dan Perundingan. Dewan Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka. Awang Sarian.(2007). Bahasa sebagai jati diri bangsa: Isu, cabaran dan keupayaan pelastarian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lakoff, R. T., & Bucholtz, M. (2004). Language and women’s place: Text and commentaries. NY: Harper Colophom. Leech, Geoffrey. (1983). Principles of Pragmatics. New York: Longman. Abdullah Yusuf. 2010. HBML3403. Linguistik dan Sosiolinguistik. Selangor Darul Ehsan:: Meteor Doc.Sdn.Bhd


Click to View FlipBook Version