The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wannorlaili82, 2021-06-20 22:29:59

ASAS REFLEKSOLOGI - P3

ASAS REFLEKSOLOGI - P3

TEMPAT KERJA
REFLEKSOLOGI

Tempat Kerja Refleksologi

 Tempat kerja atau ruang kerja ialah tempat
rawatan dijalankan tanpa sebarang gangguan
dan dilengkapi dengan bahan dan peralatan
yang sesuai. Terdapat dua jenis ruang kerja,
iaitu ruang kerja kekal dan ruang kerja
sementara.



Ruang Kerja Kekal SILA SALIN

 Setiap pengusaha pusat refleksologi bercita-cita
ingin memiliki premis kerja sendiri yang selesa dan
menarik. Refleksologi termasuk dalam bidang
perniagaan perkhidmatan yang menyediakan
perkhidmatan khusus kepada fizikal pelanggan.

 Jururefleksologi menggunakan kemahiran yang ada
untuk mengurut anggota badan pelanggan. Oleh itu,
faktor yang paling penting adalah keselesaan dan
kepuasan pelanggan.

Faktor yang perlu diambil kira
sebelum memiliki ruang kerja
kekal

Pemilihan lokasi yang strategik Reka bentuk dalaman yang menarik Pemilihan alatan yang tepat

Bahagian Ruang Kerja Kekal SILA SALIN

1. RUANG MENUNGGU

• Ruang menunggu ialah kawasan yang pertama dilihat oleh
pelanggan apabila masuk ke dalam pusat refleksologi.

• Kaunter perlu disediakan di ruang menunggu untuk pelanggan
mendapatkan maklumat, membuat tempahan perkhidmatan atau
membuat bayaran atas perkhidmatan yang telah diterima. Ruang
ini mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas.

2. RUANG URUTAN

Ruang urutan ialah ruang kerja utama bagi jururefleksologi. SILA SALIN
Di ruang urutan, jururefleksologi akan memberi
perkhidmatan refleksologi kepada pelanggan.

 Bahan dan peralatan ruang kerja kekal

a. Sofa

b. Kerusi refleksologi SILA SALIN
c. Carta refleksologi

d. Bahan bacaan

e. Katil urutan

f. Troli

Ruang Kerja Sementara atau Mudah Alih

Jururefleksologi perlu menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan
sahaja bagi memudahkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat.

SILA SALIN

Bahan dan peralatan bagi ruang kerja sementara adalah
seperti berikut:

• Tempat duduk atau kerusi mudah lipat

• Tuala besar

• Tuala kecil SILA SALIN

• Minyak asas, krim refleksologi dan bedak

• Cecair dan tisu basah antiseptic

• Sarung tangan pakai buang

• Kit urutan yang cukup untuk memuatkan bahan dan peralatan





SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version