AHLI KUMPULAN PELAJAR SEMESTER SATU
Yogaashiny Sivakumar
(08DIN20F1004)
Zulaikha Addryna Binti Zulkifli
(08DIN20F1003)
Badriyah Binti Badruttaman
(08DIN20F1002)
Muhammad Imran Bin
Azman (08DIN20F1017)
PENGENALAN
Leftenan Adnan Bin Saidi dilahirkan pada tahun 1915 di
kampung beliau iaitu Kampung Sungai Ramal,Kajang.Beliau
menghembuskan nafas terakhir beliau pada 14 Februari
iaitu pada tahun 1942.Beliau berkhidmat untuk negara
selama tujuh tahun iaitu daripada tahun 1935 hingga 1942
dan Leftenan Muda adalah pangkat tertinggi yang beliau
dapat capai selama dalam tempoh ketenteraan beliau.
Leftenan Adnan Bin Saidi merupakan seorang tentera
atau dikenali sebagai Askar Melayu yang berjuang demi
negara dan menentang Jepun dalam Pertempuran Pasir
Panjang Singapura.Beliau merupakan anak sulung daripada
dua orang adik beradik iaitu Ahmad Saidi dan Amarullah
Saidi.Beliau mendapat Pendidikannya di Pekan Sungai
Ramal dan mengambil aliran Bahsa Inggeris.
Pada tahun 1933, beliau memasuki Rejimen Askar Melayu
iaitu pada umurnya yang berusia 18 tahun dan pada tahun
1936 beliau dinaikkan pangkat ke peringkat Sarjan.Pada
tahun 1937 pula,beliau dilantik untuk mewakili plantunya
dalam perbarisan memberi hormat di London. Tidak lama
selepas itu, Adnan sekali lagi dinaikkan pangkat kepada
Kompeni-Sarjan-Mejar dan dihantar ke Singapura untuk
kursus latihan pegawai.
PLOT FILEM LEFTENAN ADNAN
Dalam filem Leftenan Adnan ini, terdapat perlbagai babak yang
menunjukkan bahawa peranan etika dan peradaban dalam
mendokong tanggungjawab social. Filem ini menceritakan tentang
kehidupan pejuang tanah air iaitu Leftenan Adnan dalam
memperjuangkan negaranya yang tercinta. Cerita ini bermula apabila
seorang anak yang bernama Adnan bin Saidi gemar bersilat bersama-
sama adiknya iaitu Ahmad dan Amarullah di halaman rumah mereka
kerana perkara ini sudah menjadi etika mereka sekeluarga sejak
Adnan kecil lagi. Adnan juga sering memperlihatkan sikap
kepahlawanan dan tanggungjawabnya walaupun ketika membantu
mahupun ketika bermain. Adnan mendapat pendidikan awalnya di
sekolah Inggeris di Sungai Ramal kerana Pak Saidi berpendapat
bahawa penentangan zaman sekarang berdasarkan pengetahuan
yang setanding dengan orang Inggeris.
Selepas tamat pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih
mengajar di sekolah Sungai Ramal tetapi Adnan tidak minat bekerja
sebagai guru kerana dia bercita-cita untuk menjadi askar. Disebabkan
oleh kesungguhan dan minat Adnan dalam mengejar cita-citanya,
Adnan memohon untuk memasuki pasukan Askar Melayu. Adnan
dan beberapa orang rakannya nekad keluar dari kampung untuk
pergi ke kem Latihan ketenteraan di Port Dickson dan akhirnya
diterima menjadi askar. Adnan menujukkan kesungguhannya
sehingga terpilih sebagai rekrut terbaik dan berjaya diserapkan ke
dalam pasukan Askar Melayu. Bukan itu sahaja, Adnan juga telah
menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan. Tidak lama kemudian,
Adnan telah dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan
kerana adabnya yang baik dan disiplin yang ditonjolkan semasa
menerima Latihan ketenteraan.
Perkembangan cerita ini bermula apabila berlakunya Perang Dunia
Kedua dimana Jepun bersedia mula mendarat di Kota Bharu. Leftenan
Adnan yang ditugaskan sebagai ketua dan kumpulannya daripada Kompeni
C diarahkan ke Pasir Panjang dan Bukit Chandu bagi menyekat kemaraan
tentera Jepun. Adnan bersikap tenang ketika memujuk penduduk kampung
untuk berpindah dengan memeritahu kepada penduduk kampung tentang
risiko mereka dan akhirnya mereka bersetuju. Di Pasir Panjang Leftenan
Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India. Beliau juga berjaya menggunakan kepakarannya menembak
mati beberapa orang tentera Jepun sehingga berjaya memaksa tentera
Jepun untuk berundur. Namun begitu, kedatangan semula pasukan
tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam
Kompeni C berjuang mati-matian sehingga kehabisan peluru.
Pertahanan di Bukit Chandu semakin meruncing namun disebabkan sikap
keberanian Askar Melayu, mereka tetap berjuang tidak menyerah kalah
kerana sikap patriotik yang tertanam dalam diri mereka dalam
menyelamtkan Tanah Air yang tercinta. Namun sayangnya, semua Askar
Melayu terkorban kerana mereka kehabisan peluru. Leftenan Adnan juga
tercedera dan beliau telah ditawan lalu diserkup dengan guni oleh Tentera
Jepun. Tentera Jepun menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah
itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertalu-talu oleh setiap tentera
Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Walapun kesudahan filem ini berakhir dengan kematian, namun filem ini
berjaya menyentuh hati dan perasaan penonton kerana sikap Leftenan
Adnan dan Askar-askar melayu yang berusaha bermati-matian dalam
memperjuangkan Tanah Air daripada dijajah oleh Jepun. Penonton juga
menyedari bahawa sifat nekad, kesungguhan dan minat Leftenan Adnan
dalam mengejar cita-citanya mendorong beliau dalam melaksanakan
tanggungjawab.
Nilai Filem Leftenan Adnan
Nilai yang terdapat dalam filem Leftenan Adnan ini
antaranya ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Leftenan
Adnan amat menyayangi isterinya, Sophia dan dua orang
anaknya, iaitu Mokhtar dan Zainuddin. Selain itu, nilai
kerajinan. Contohnya, semasa di sekolah rendah lagi,
Adnan rajin membantu ibu dan bapanya.
Seterusnya, nilai bertanggungjawab. Contohnya, Pak
Saidi sanggup berbasikal untuk menghantar anaknya ke
sekolah yang terletak di pekan pada setiap hari. Di
samping itu, nilai bekerjasama. Contohnya, Penduduk
kampung bekerjasama untuk tidak member maklumat
kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak –
anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Nilai kegigihan juga ada di dalam filem ini. Contohnya,
Pak Saidi gigih menyara keluarga dengan bekerja di
kebun, bersawah, dan menorah getah. Akhir sekali, nilai
kebijaksanaan. Contohnya, Leftenan Adnan bijak
mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India yang memakai turban ketika menyerang
askar Melayu di Pasir Panjang.
SIKAP POSITIF TERHADAP ISU ETIKA DAN PERADABAN
Antara sikap positif yang terdapat dalam filem Leftenan Adnan dari
segi perspektif etika dan peradaban adalah sikap sering mengingati jasa
dan pengorbanan para pewira yang telah mengorbankan nyawa demi
mencapai kemerdekaan. Contohnya, koperal Yaakub yang masih hidup
telah menceritakan kisah Leftenan Adnan yang telah mati untuk
mempertahankan tanah air yang tercinta. Selain itu, Adnan cedera parah
tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya
berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Dengan ini, keberaniannya
menunjukkan bahawa telah menaikkan semangat juang orang-orangnya
demi bertahan bersungguh-sungguh.
Seterusnya, sikap positifnya yang terdapat dalam filem ini dari segi
etika dan peradaban ialah Adnan menggalas tanggungjawab memimpin
Regimen Askar Melayu Kompeni C di Pasir Panjang dan Bukit Candu
dengan mempertahankan keselamatan negara. Contohnya, beliau
bersama-sama pasukannya berjuang bermati-matian sehingga kehabisan
senjata dan berakhir dengan kematiannya yang sungguh tragis. Leftenan
Adnan juga berani memimpin pasukannya untuk mempertahankan Bukit
Candu. Misalnya, keberanian Leftenan Adnan dan Askar Melayu yang lain
ketika mempertahankan negara menjadi buah mulut pihak rakan dan pihak
musuh.
Tambahan pula, kegigihan Adnan yang berlatih untuk memperoleh
kejayaan juga menjadi salah satu sikap positif dari segi perspektif etika dan
peradaban. Adnan gigih berlatih bersyarah dalam bahasa Inggeris di
sekolahnya walaupun rakan-rakanya seperti Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy mentertawakan Adnan kerana beliau belum fasih berbahasa
Inggeris namun Adnan tidak patah semangat. Di samping itu, Leftenan
Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk
memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air bagi menunjukkan
semangat berpatriotiknya.
PENUTUP
Semasa penjajahan Jepun,ia telah mengakibatkan Penduduk
Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di
bawah pemerintahan Jepun. Selain itu, peniaga-peniaga Cina
mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan kerana
takut dengan keganasan Jepun manakala bagi penduduk kampung
pula,mereka dijadikan hamba dan mangsa kepada tentera Jepun
dan penduduk kampung mula hidup dalam serba
kekurangan.Penduduk Pekan Sungai Ramal juga terpaksa mengalas
perut dengan memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh
dijadikan sebagai alas perut mereka.
Akhirnya, Pada 15 Ogos 1945, Jepun telahpun menyerah kalah
dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Selepas daripada
jajahan Jepun, rakyat mula kembali dengan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian.
Isteri kepada Adnan Bin Saidi iaitu, Sophia bekerja di sawah dan
menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah
Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan
semula mengajar di sekolah itu.Pada hari pertama memulakan tugas
di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan
akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami
isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah
berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit
leukimia dan meninggal dunia