PKUK 1133 Tugasan 2 PENGHASILAN PRODUK Claire Tee Wen Yee
@INTUISI @intuisi NAMA PENGHASILAN PRODUK SAYA MEMILIH PERKATAAN INTUISI SEBAGAI NAMA PRODUK KERANA SAYA RASA PRODUK INI DILENGKAPKAN DENGAN GERAK HATI, KREATIVITI DAN KESUKAAN MBPK SENDIRI. PROSES MENYIAPKAN PRODUUK INI ADALAH SESUKA HATI, TANPA BANYAK SEKATAN.
R A S I O N A L P R O D U K OBJEKTIF: Untuk meningkatkan kemahiran motor halus Untuk menguatkan otot jari jemari Untuk meningkatkan kemahiran manipulasi tangan Untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan Untuk meningkatkan tahap keberdikarian dalam melakukan aktiviti melibatkan penggunaan motor halus PENGGUNA: "INTUISI" ini digunakan oleh MBPK yang mempunyai tahap berkemungkinan motor halus sederhana.
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK “INTUISI” Cari gambar yang sesuai dalam talian 1. Cari gambar yang sesuai di google. 2.Lukis gambar Lukiskan gambar yang telah diubah suai sendiri di atas kertas putih
3.Lukis garisan di sekeliling setiap gambar Membolehkan MBPK mengoyakkan kertas mengikut gambar 4.Potong garis mengikut gambar Gunakan bilah untuk mengikut bentuk gambar untuk memotong garisan supaya memudahkan MBPK mengoyakkan kertas
5.Gunting garisan yang dilukis di sekeliling setiap gambar Menggunakan gunting untuk mengguntingkan garisan yang dilukis di sekeliling setiap gambar supaya tidak akan berlaku gambar keseluruhan kertas itu terkoyak kerana salah kekuatan MBPK. 6.Potong takuk kecil berhampiran tepi gambar dahulu Untuk memudahkan MBPK mengoyak kertas mengikut takuk itu
Kajian-kajian berkaitan ke arah penghasilan produk “intuisi” Digler (2012) menyatakan aktiviti mengoyak kertas dan menggunakan gunting dapat memperbaiki kemahiran motor kanak-kanak. Dokumen Standard Prasekolah (2017), menekankan beberapa kemahiran motor halus yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak awal persekolahan ialah menggunakan tangan untuk merenyuk, mengoyak bebas serta menggunting menghasilkan satu bentuk.
Menurut Intihar et al (2012), dalam buku yang berjudul Literary Pointillism hanya dengan menggunakan titik-titik kecil dan mata anda akan menggabungkan warna untuk mencipta warna yang terhasil. Menurut kajian Reynolds dan Wood (2017), “Lukisan ‘Cotton Bud’begitu mudah dan memerlukan hanya sedikit bahan sekali gus membantu untuk membangunkan kemahiran motor halus, tumpuan dan fokus. Aflahah (2018) menyatakan, teknik titik merupakan salah satu projek yang senang digunakan dan menyeronokkan bagi kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 6 hingga 10 tahun.
PRODUK INI DIADAPTASIKAN DARIPADA AKTIVITI MENGOYAK KERTAS DAN CAPAN PUTIK KAPAS (BIDANG MENGGAMBAR) @INTUISI Aktiviti mengoyakkan kertas melibatkan kemahiran pengawalan otot-otot kecil pada tangan dan jari-jari tangan untuk koordinasinya dengan mata. Aktiviti mengoyak kertas ini dapat membantu cara pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak agar menjadi lebih baik. Kemahiran menggunakan gerakan tangan dan jari dapat memberi manfaat jika kanak-kanak melakukan gerakan secara berterusan sehingga mereka dapat menulis dan melukis.
@INTUISI Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Dalam kajian penggunaan medium putik kapas sebagai teknik titik untuk meningkatkan kaedah mewarna daun pokok dalam kalangan kanak-kanak tahun 4 (2022), terdapat 2 kelemahan iaitu penggunaan masa yang agak panjang untuk menyiapkan lukisan kerana responden dikehendaki menghasilkan titik demi titik bagi mewujudkan rimbunan daun pokok. Putik kapas juga amat kecil dan sukar dipegang oleh responden yang berusia 10 tahun. Oleh itu, saya mengadaptasikannya dengan menggunakan kapas kerana saiznya yang lebih besar dan mudah dipegang. Kapas yang lebih besar ini juga dapat mengurangkan masa untuk menyiapkan lukisan kerana titiknya yang lebih besar.
PENGGUNAAN PRODUK “INTUISI” (DEMO PERBUATAN MBPK) Mengoyakkan gambar 1. MBPK mengoyakkan gambar yang telah dipotong dengan takuk dan bilah 2.melekat gambar MBPK melekatkan gambar yang telah dikoyak pada sekeping kertas putih mengikut kreativiti mereka
3.memegang kapas Arahkan MBPK untuk memegang kapas dengan klip supaya mudah memegang kapas 4.Gunakan kapas untuk mencelup pigmen MBPK mencelup pigmen warna yang mereka inginkan mengikut kesukaan dan kreativiti mereka
5.Kapas dicat pada kertas putih Kedudukan dan warna mewarna terpulang kepada kreativiti MBPK, tiada hadnya 6. kapas yang perlu dipegang bergantung pada saiz julat pewarna Jika mewarna di kawasan yang agak kecil, MBPK boleh menggunakan lebih sedikit kapas. Jika ingin mewarnakan kawasan yang lebih besar, ambil lebih banyak kapas.
7.Melukis garis mengikut bentuk gambar Menggunakan pensel untuk melukis garis mengikut bentuk gambar
IMPAK KE ATAS MBPK Untuk meningkatkan kemahiran motor halus MBPK Untuk memupuk kreativiti dan inovasi MBPK Apabila mengoyak kertas atau mencap putik kapas, MBPK harus menggunakan jari-jari mereka untuk mengendalikan gerakan tangan. Hal Ini melibatkan pemegangan dan kontrol motorik halus yang memperkuat otot-otot tangan dan jari mereka. Aktiviti ini melibatkan gerakan tangan dan jari yang halus dan terkoordinasi, yang dapat membantu meningkatkan kemahiran motorik halus. Aktiviti seni visual memberi ruang kepada MBPK berekspresi secara bebas dan tanpa sekatan. Mereka boleh menggambarkan idea, perasaan dan pemikiran mereka melalui karya seni mereka sendiri. Hal Ini menggalakkan pemikiran kreatif yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan atau batasan tertentu, membolehkan MBPK berfikir di luar kotak dan meneroka idea baharu. Untuk meningkatkan tumpuan MBPK Aktiviti seni visual dapat menciptakan suasana yang menenangkan dan memberikan kebebasan ekspresi. MBPK dapat menemukan kedamaian dalam aktiviti seni tersebut, yang membantu mengurangi stres dan meningkatkan fokus pada tugas yang sedang dijalankan.
Haziq. (2016, January 1). Implikasi Kaedah Tunjuk Cara dalam Meningkatkan Kemahiran Guntingan (Motor Halus) kanak-kanak Lima Tahun. Academia.edu - Share research. Trust your effort, you are opening a door that you still do not see Hoon, L. P. (2012, October 26). Seni visual: Teknik Capan. Pendidikan Seni Visual. Trust your effort, you are opening a door that you still do not see KEMAHIRAN MENGGUNTING DAN KESANNYA TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS KANAK-KANAK PRASEKOLAH. (2022, August 8). eJournal UPSI. Trust your effort, you are opening a door that you still do not see Syirah. (n.d.). Kreativiti Dan Inovasi. Scribd. Trust your effort, you are opening a door that you still do not see View of Aktiviti melukis meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. (2018). eJournal UPSI. Trust your effort, you are opening a door that you still do not see View of PENGGUNAAN medium cotton bud SEBAGAI TEKNIK TITIK UNTUK MENINGKATKAN KAEDAH MEWARNA DAUN POKOK DALAM KALANGAN kanak-kanak TAHUN 4. (2022, December 31). Trust your effort, you are opening a door that you still do not see Zulkiply yaakob. (n.d.). Perkembangan motor Halus Dan kasar kanak-kanak. Scribd. Trust your effort, you are opening a door that you still do not see RUJUKAN
LLAAMMPPIIRRAANN