MINIT MESYUARAT
PENGURUSAN BIL
4/2021
15 JULAI 2021
SMK KUBANG TELAGA, BACHOK,
KELANTAN
TARIKH MINIT MESYUARAT
MASA
TEMPAT MAJLIS PENGURUSAN BIL 4/2021
: 15 JULAI 2021
: 3:00 PETANG
: KEDIAMAN MASING-MASING
KEHADIRAN:
Hadir:
1. Pn Noriah binti Jusoh (Pengetua)
2. En. Rosli bin Jusoh (PKP)
3. Hj Ismail bin Che Leh (PKHEM)
4. Hjh Nik Hanizah binti Nik Lah (PKKO)
5. Pn Sariah binti Yusoff (GKB)
6. Hjh Al ‘Alawiah binti Ismail (GKSS, Setiausaha..)
7. En Md Nazari bin Jaafar (GKSM)
8. Hj Mat ‘Arof bin Deraman (GKTV)
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Pengetua memaklumkan sekiranya sekolah akan dibuka, KPM akan
memaklumkan 2 minggu lebih awal
1.2 Pengetua juga menyatakan bahawa semua pentadbir perlu peka dengan tadbir
urus sekolah
1.3 Pengetua bersama-sama PKP dan PKHEM menguruskan hal sekolah.
1.4 GK menguruskan pdpr dan bidang akademik manakala PKKO menguruskan hal
berkaitan dengan kokurikulum
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima dan mengesahkan minit mesyuarat Bil.
3/2021
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Perkara 4.3 : Isu ini sedang dilaksanakan. Pentadbir yang terlibat sudah
memantau guru-guru di bawah seliaan.
a. PKP – 2 orang
b. GKB – 5 orang
c. GKSM – 4 orang
d. GKSS – 5 orang
e. GKTV – 3 orang
f. Pengetua - 4 orang
1
3.2 Perkara 7.0 : Isu telah diselesaikan. Agihan wang kwapm telah berjalan mengikut
jadual. Baki wang yang belum diagih sebanyak RM3900 telah disimpan dalam peti
besi di bilik pengetua. 1 orang pelajar tidak dapat dikesan. Duit lebihan akan
diserahkan semula selepas Hari Raya Aidil Adha.
4.0. SOP Buka Sekolah Tingkatan 5
4.1. SOP Kantin
4.1.1 Melibatkan murid-murid tingkatan 5 seramai 90 orang
4.1.2 Teruskan SOP yang telah dilakukan sebelum ni, labelling dan tempahan
makanan untuk pelajar sekiranya perlu
4.2. SOP Dalam Kelas
4.2.1 Memastikan terdapat senarai nama murid dan pelan kedudukan murid dalam
kelas
4.3. Catatan Khas Untuk Murid
4.3.1 Catatan dibuat mengikut SOP yang telah ditetapkan sebelum ini.
4.3.2 Murid mengambil suhu di pintu masuk sekolah dan menulis suhu di ruangan
catatan suhu di kelas masing-masing.
4.3.3 Buku/Catatan suhu ditampal bersama di buku kawalan kelas
4.4. Buku Kawalan Kelas
4.4.1 Buku kawalan kelas akan disediakan oleh cikgu Yunus
4.4.2 Ada ruangan untuk ditampal catatan suhu murid
Tindakan: PKHEM/Cikgu Yunus
5.0 Jadual Tugasan Guru dan Pembantu Makmal
5.1. Jadual bergilir
5.1.1 PKHEM akan menguruskan jadual giliran bertugas guru dan pembantu
makmal
5.1.2 Jadual bertugas guru termasuk guru-guru tingkatan 5 kerana kebanyakan guru
lain BDR
5.2. Penyediaan kerusi di depan tandas
5.2.1 Untuk memudahkan guru/ pembantu ,makmal bertugas menjaga kawalan
murid ke tandas
5.2.2 Selipar akan disediakan untuk masuk tandas untuk menghadkan pelajar ke
tandas
2
5.3. Penyediaan pelan
5.3.1 Perbaharui pelan sedia ada
6.0 Penjadualan guru (bersemuka dan pdpr)
6.1 Penyediaan jadual bergilir-gilir antara BDR dan bersemuka
7.0 Pembelajaran Kaedah Modul ( Tingkatan 4&5)
7.1 Penyediaan Modul bagi murid-murid tingkatan 4 dan 5 disediakan oleh guru-guru
pada masa cuti ini.
7.2 Guru-guru wajib menyediakan modul tersebut
7.3 Pastikan modul yang terancang yang mempunyai tarikh dan tempoh masa
7.4 Di peringkat PPD telah dibentuk Task Force di kalangan Guru Cemerlang untuk
merakamkan pdpr melalui Youtube
8.0 SOP guru & Staf
8.1. Berada di meja masing-masing
8.1.1 Guru-guru dan staf mesti berada di meja masing-masing dan dilarang
berpindah tempat duduk
8.1.2 Pengetua meminta supaya diperkasakan semula pelan kedudukan guru yang
telah dibuat sebelum ini
8.2. Makan di tempat masing-masing
8.2.1 Guru-guru dan staf juga diminta makan di meja masing-masing
8.3. Tiada potluck/ masak-memasak
8.3.1 Begitu jua potluck dan masak-memasak tidak dibenarkan sama sekali
8.4 Cadangan jika guru selesai kelas boleh balik ( ikut kesesuaian )
8.4.1 Sekiranya bersesuaian, guru dibenarkan balik awal
8.4.2 Begitu juga dengan penuraian pelajar, akan dilakukan secara berperingkat
8.4.3 Jaga akan mengawal di pagar semasa waktu balik pelajar
9.0 Hal-hal lain
9.1 PKP menyatakan jadual pdpr dan bersemuka nanti, akan menggunakan jadual
sedia ada
9.1 PKP akan berbincang dengan SU Jadual Waktu, En Bahya sekiranya ada
perubahan
9.2 PKHEM memaklumkan tentang katil-katil yang rosak di asrama.
9.3 Pengetua memaklumkan, sekiranya sekolah dibuka, pelajar asrama akan
berulang alik.
9.4. Buat masa ini, asrama tidak akan dibuka kerana tidak selamat
9.5 PKKO pula memaklumkan bahawa perjumpaan Kokurikulum dalam talian
melibatkan semua pelajar termasuk tingkatan 5
3
9.6 Hadiah dan sijil peringkat sekolah akan disediakan kepada pelajar
9.7 GKB memaklumkan tentang pelajar cicir dan sudah dimaklumkan kepada GBK
untuk tindakan selanjutnya
9.8, GKSS akan menguruskan Modul Gemilang Sejarah. 31 buah Modul telah d
9.9. Pengetua memaklumkan bahawa peruntukan Program Ten Ten sebanyak
RM150 telah digunakan untuk Modul Gemilang .
9.10 GKTV memaklumkan tentang dapatan daripada bicara pentadbir bahawa ada
pelajar yang berkongsi 5 orang untuk 1 telefon.
10.0. Rumusan dan ucapan penangguhan
10.1 Pengetua menyatakan supaya guru kanan menjadi pemudah cara kepada guru-
guru lain.
10.2 Semua kerja buat hendaklah diikhlaskan kepada Allah.
10.3. Pengetua berpesan supaya jaga kesihatan dan jangan stress
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:15 petang
Disediakan oleh,
Urus Setia
Mesyuarat Majlis Pengurusan Sekolah
17 Julai 2021
4