The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PADA MASA KINI (NURIZZATI,HARIZAH,NAJWA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurharizah0374, 2022-06-14 01:06:10

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PADA MASA KINI (NURIZZATI,HARIZAH,NAJWA)

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PADA MASA KINI (NURIZZATI,HARIZAH,NAJWA)

PENGAJIAN ISLAM
MPU23012

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PADA MASA
KINI

NAMA PENSYARAH: PUAN NAIMAH BINTI ISMAIL
NAMA KUMPULAN:
NURUL NAJWA BINTI ROSLAN (16DAT21F1009)
NURIZZATI BINTI AHMAD MUSTAFFA (16DAT21F1015)
NURHARIZAH BINTI HASSAN (16DAT21F1013)

ISI KANDUNGAN

Punca keruntuhan akhlak remaja pada masa kini
Isu –isu keruntuhan akhlak remaja
Langkah-langkah keruntuhan akhlak remaja pada masa kini
Kesan keatas masyarakat
Masalah akhlak umat Islam hari ini
Kesimpulan
Lampiran
Sumber rujukan

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PADA MASA KINI

PUNCA

Runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia
remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan
sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke
jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk
melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah

Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu
bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi,
kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap
anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan
sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk
mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa
sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah.

Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini, media massa
merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan
kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi sesorang terutamanya golongan remaja ke arah yang
negatif secara diam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan
oleh media massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk
meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan
remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi
dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak
mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan
mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka
lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.

Isu-isu Keruntuhan Akhlak Remaja

Isu Samseng Jalanan

Masalah sosial seperti aktiviti perlumbaan motosikal secara haram,oleh penunggang motosikal
yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai “mat rempit” bukanlah merupakan satu
isu yang baru gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan – jalan raya di negara ini. Selain itu,
ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang.Di samping itu, Minah rempit pula
merupakan seorang pelumba perempuan , atau teman wanita Mat Rempit,

Gejala Sosial

gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan
diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan
remaja dan belia. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan globalisasi yang melanda di seluruh

dunia. Konsep dunia tanpa sempadan yang pada awalnya ditumpukan kepada perkembangan
ekonomi telah menular dalam hampir semua ruang lingkup kehidupan manusia sejagat.

Penagihan dadah, seks bebas, rempit, isu bohsia, buli di sekolah, lari dari rumah, buang bayi,
rogol dan penganiayaan kanak-kanak

LANGKAH - LANGKAH MENCEGAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PADA MASA KINI

Antara peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai
kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada
masa seharian bersama anak-anak dengan memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, tanamkan nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-
prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak-anak.

Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga
keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan
keibubapaan Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang
bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal nyata untuk
dikembangkan dalam masyarakat.

Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan
akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa.
Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.

Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di
peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajar sekolah, disamping itu
mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan
disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak dalam
sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system pembentukkan disiplin pelajar.
Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan
ertikata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.

Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana
bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak
polis sebagai penyelesaian yang terakhir.

Kesan Ke atas Masyarakat

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu
sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Kiranya hal ini tidak
dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak
yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masaakan datang masyarakat kita akan hancur dan
keruntuhan akhlak remaja-remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu
kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah:
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai
akan bertahta di hati masyarakat. Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan
berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.

Masalah akhlak umat Islam hari ini

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak terbatas tanpa sebarang perasaan
malu.Seterusnya, mereka terlalu berani mengadakan perhubungan jenis secara haram dan seks
bebas dengan tiada berasa dosa terhadap perbuatan tersebut.Berkelaluan tidak senonoh antara
lelaki dengan perempuan di kalayak ramai atau pun di tempat trsembunyi.Sudah terlalu ramai
orang islam hari ini terlalu berani tanpa ada perasaan ragu sanggup melahirkan anak luar nikah
atau anak haram.Selain itu, golongn remaja islam yang melobatkan diri dalam kegiatan sumbang
seperti menyalahi undang –undang, lumba haram , gengstar , perasugut, menjual maruah diri dan
sebagainya.Akhir sekali, anak – anak kini sudah tidak menghormati lagi kepada ibu bapa , guru-
guru , orang tua da masyarakat sekeliling sehingga tiada perasan takut kepada mereka.

Kesimpulan

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang
begitu besar dalam masyarakat.Remaja merupakan asset utama negara pada masa akan datang
dengan memaikan peranan yang sangat penting dalam pembanggunan negara. Kesan jangka
panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu
bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.Akhlak merupaka peribadi dan
cermin didri bagi seseorang individu.Sekiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk ,maka
secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyi
akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,keluarga,masyarkat dan negara.
Pelbagai langkah yang boleh di ambil dan dilaksanakan , tetapi apa yang lebih penting ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di
kalangan remaja.Dengan kata lain ,walau apapun langkah yang perlu di ambil oleh mana-mana
pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa ,nescaya gejala ini akan sukar diatasi

LAMPIRAN

Sumber rujukan

https://www.google.com.my/search?q=gambar+main+game+berlebihan&tbm=isch&ved=2ahUKEwj
BjqH_rfr3AhUh_zgGHcMXBkwQ2-
cCegQIABAC&oq=gambar+main+game+berlebihan&gs_lcp=ChJtb2JpbGUtZ3dzLXdpei1pbWcQAzIFCA
AQgAQyBQgAEIAEMgUIABCABDIFCAAQgAQyBQgAEIAEOgQIIxAnOggIABAeEAgQDToECAAQAzoICAA
QgAQQsQM6BwgjEOoCECc6BAgAEEM6CwgAEIAEELEDEIMBOgYIABAeEAg6BAgAEA1Q8AdY73Fgn3Zo
InAAeACAAaMDiAGTDpIBCTcuNC4xLjAuMZgBAKABAbABBcABAQ&sclient=mobile-gws-wiz-
img&ei=vPmNYsHADaH-4-EPw6-Y4AQ&bih=635&biw=375&client=safari&prmd=ivn&hl=en-my

http://www.yeddah.net/bazli/MPU2313/nota/mpwbab12.pdf

http://harjin-bismillah.blogspot.com/2010/09/keruntuhan-akhlak-remaja.html?m=1

http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/02/punca-keruntuhan-akhlak-dalam-
kalangan.html?m=1

https://www.google.com.my/search?q=contoh+keruntuhan+akhlak+remaja&tbm=isch&hl=en-
my&client=safari&sa=X&ved=2ahUKEwij--
XWv5r4AhUd9jgGHaMcDY0QtI8BKAB6BAgBEDw&biw=375&bih=716&dpr=3#imgrc=vMQHxsJtT1w3
MM


Click to View FlipBook Version