The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Impak Stratifikasi terhadap budaya sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR NISRIN AFRINA BINTI KAMARUDIN IPG-Pelajar, 2024-03-08 08:15:25

Tugasan 2 Sosiologi Dalam Pendidikan

Impak Stratifikasi terhadap budaya sekolah

PENTAKSIRAN BERTERUSAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP 3143 NAMA : NUR NISRIN AFRINA BINTI KAMARUDIN ANGKA GILIRAN : 2021202340435 NO KAD PENGENALAN : 030607010422 PROGRAM : PISMP AMBILAN : JUN 2021 KUMPULAN/ UNIT : PENDIDIKAN ISLAM / T2S2.06 NAMA PENSYARAH KURSUS : DR. ROSNINAH BINTI GHANI Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran 1.UJIAN 22/1/2024 31/1/2024 2.PENGHASILAN PRODUK 1/2/2024 5/3/2024 3.PERSEMBAHAN (INDIVIDU) 6/3/2024 15/3/2024 Jumlah Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah Tanda tangan Pelajar :NISRIN Tarikh: 5/3/2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 100


HALAMAN PENGAKUAN “Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan: Nisrin Nama Penulis: NUR NISRIN AFRINA BINTI KAMARUDIN Tarikh: 5 Mac 2024


Penghargaan Bismillah hirammanirahhim. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha berkuasa maha pengasih dan penyayang selawat Dan salam terhadap junjungan kita Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah dapat juga saya siapkan tugasan Pentaksiran Berterusan ini dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga buat pensyarah saya Dr. Rosninah Binti Ghani diatas kesudian membantu dalam proses menghasilkan Pentaksiran Berterusan ini. Alhamdulillah melalui tugasan Pentaksiran Berterusan ini banyak yang telah saya pelajari. Ianya memberi seribu satu pengalaman buat saya. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada keluarga, rakan seperjuangan serta pihak yang terlibat yang banyak memberikan bantuan dan sokongan secara langsung atau tidak langsung sepanjang menghasilkan kerja kursus ini, segala bantuan yang diberikan amatlah saya hargai. Saya juga berharap agar segala yang diusahakan membuahkan hasil dimasa akan datang. Inshaallah


SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN NUR NISRIN AFRINA BINTI KAMARUDIN


ISI KANDUNG 1.0 PENGENALAN 2 2.0 DEFINISI 4 2.1 DEFINISI STRATIFIKASI SOSIAL 5 2.2 DEFINISI INSTITUSI 5 2.3 DEFINISI BUDAYA SEKOLAH 5 3.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KEPADA BUDAYA SEKOLAH 6 3.1 KETAKSAMAAN LAYANAN 7 3.2 PENGKELASAN KELAS 8 3.3 AKSES PENDIDIKAN 9 4.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH DAPAT DIMANIPULASI UNTUK 10 MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 4.1 PERSEPSI GURU 11 4.2 PEMANSUHAN PENGKELASAN KELAS 12 4.3 GAYA PEMBELAJARAN 13 4.4 KERJASAMA SEMUA PIHAK 14 5.0 KESIMPULAN 15 RUJUKAN 16


1.0 PENGENALAN 2


Menurut (Sayuti et.al., 2016) Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, agama dan budaya.Kepelbagaian inimerupakan satu keunikan yang akhirnya membentuk masyarakat yang hidup bersatu padu. Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dilihat sebagai penyumbang kepada perpaduan dalam kepelbagaian budaya di Malaysia. Disebabkan kepelbagaian budaya ini wujudnya ciri kelas sosial dalam masyarakat yang semakin berkembang,Menurut (Khuzaniey Ismail 2017 )Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki, asal usul ras dan etnik. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Konsep kelas sosial ini tidak lepas daripada kejadian ‘social inequality’ atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat sistem strasifikasi. Akibat daripada pengelasan sosial ini, ia memberi kesan terhadap pendidikan pelajar. 3


2 .0 DE F INI S I 4


2.3 DEFINISI BUDAYA SEKOLAH Menurut (Mohd faiz Mansor et.al., 2011) Budaya sekolah ialah norma kehidupan di sekolah yang dapat mewujudkan budaya sekolah yang baik membantu mewujudkan generasi pelajar, keluarga dan pendidik yang bekerjasama untuk mencapai visi, misi dan aspirasi sekolah 2.2 DEFINISI INSTITUSI SOSIAL Menurut (Idrul hisham ismail et.al., (2024) institusi sosial merupakan pola tingkah laku sesebuah masyarakat dan menunjukkan peranan sosial dan norma sosial dan telah disusun untuk memuaskan kehendak atau fungsi sosial tersebut. Secara ringkasnya, institusi sosial merujuk kepada sesuatu yang terasas dalam masyarakat contohnya, institusi agama, perkahwinan dan kekeluargaan dan ekonomi. 2.1 DEFINISI STRATIFIKASI SOSIAL Menurut (Idrul hisham ismail et.al., 2024) Stratifikasi sosial bermaksud “Strata” iaitu tingkatan atau perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat berdasarkan kepada tahap sosialnya. Stratifikasi sosial ini telah membentuk hierarki pada struktur kehidupan manusia dan mewujudkan sistem lapisan sosial dalam sesuatu masyarakat. 5


3.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KEPADA BUDAYA SEKOLAH. 6


Ketaksamaan layanan kaum, kelas sosial rendah di Malaysia telah menjadi isu yang dibicarakan secara luas dalam beberapa tahun terakhir. Malaysia mempunyai populasi kaum yang berbeza dari tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina, dan India,Hal ini mendatangkan beberapa impak stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah. Menurut (Yong Hie Hie & Ku Hasnita Ku Samsu 2019 ) antara bentuk ketaksamaan layanan ini dapat dilihat daripada segelintir guru yang melakukan pengasingan murid mengikut latar belakang etnik, sosioekonomi dan agama demi pencapaian keputusan yang baik. Selain itu insiden seorang guru perempuan Cina mengeluarkan kata-kata kesat terhadap etnik tertentu yang dianggap telah menjejaskan reputasi guru sebagai agen perpaduan etnik (Saifulizam 2013). Sikap negatif seperti yang diterangkan di atas dapat menghalang guru dalam membentuk perpaduan etnik di sekolah serta terbentuknya stratifikasi dalam budaya sekolah. Akhir sekali, Dasar penempatan murid dalam kalangan anak guru ini perlu diperhalusi demi mengelakkan amalan pilih kasih serta mengelak berlaku konflik berkepentingan. Menurut ( Zuwati Hashim 2023 ) Sering terdengar rungutan ibu bapa mengenai pemilihan murid sama ada dalam perjawatan atau aktiviti akademik atau kokurikulum dengan amalan mendahulukan anak guru walaupun terdapat murid lain berkelayakan. Penempatan murid dalam kelas tertentu juga tidak terkecuali. Ini juga satu bentuk amalan diskriminasi mempersoalkan sejauh manakah pemilihan dan penempatan murid dilaksanakan dengan adil dan saksama. 3.1 KETAKSAMAAN LAYANAN 7


Menurut (Zuwati Hasim 2023) semasa temubual berita harian menyatakan wujudnya amalan diskriminasi sama ada disedari atau tidak dalam budaya sekolah. Antara impak stratifikasi sosial itu ialah amalan tadbir urus di sekolah kerana ia mempunyai ruang diskriminasi. Pengkelasan murid mengikut tahap pencapaian akademik boleh menyekat peluang dan hak sama rata murid.Sebagai contoh, apabila berlaku amalan pengkelasan ini, penyertaan murid dalam acara atau program tertentu, kebarangkalian lebih ramai murid diambil dari kelas mempunyai pencapaian yang baik. Menurut ( Zuwati Hashim 2023) amalan mengumpulkan pelajar berdasarkan keupayaan akademik menjadi faktor penyebab pencapaian pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa kurang memuaskan. Selain itu, ada keadaan guru cemerlang dan berpengalaman diletakkan di kelas cemerlang demi memastikan pencapaian prestasi cemerlang sekolah dapat dikekalkan.Ini jelas menyebabkan murid di kelas hujung kekal 'di hujung' tanpa kemajuan sedangkan murid ini mempunyai hak untuk maju dan mendapat pendidikan terbaik. Oleh yang demikian, segala bentuk diskriminasi tidak harus berlaku kerana sekolah adalah pusat atau agen perubahan perlu dihormati dan dilayan dengan adil, serta memastikan kebajikan semua murid terjaga. 3.2 PENGKELASAN KELAS 8


Menurut (Zuwati Hasim 2023) semasa temubual berita harian menyatakan wujudnya amalan diskriminasi sama ada disedari atau tidak dalam budaya sekolah. Antara impak stratifikasi sosial itu ialah amalan tadbir urus di sekolah kerana ia mempunyai ruang diskriminasi. Pengkelasan murid mengikut tahap pencapaian akademik boleh menyekat peluang dan hak sama rata murid.Sebagai contoh, apabila berlaku amalan pengkelasan ini, penyertaan murid dalam acara atau program tertentu, kebarangkalian lebih ramai murid diambil dari kelas mempunyai pencapaian yang baik. Menurut ( Zuwati Hashim 2023) amalan mengumpulkan pelajar berdasarkan keupayaan akademik menjadi faktor penyebab pencapaian pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa kurang memuaskan. Selain itu, ada keadaan guru cemerlang dan berpengalaman diletakkan di kelas cemerlang demi memastikan pencapaian prestasi cemerlang sekolah dapat dikekalkan.Ini jelas menyebabkan murid di kelas hujung kekal 'di hujung' tanpa kemajuan sedangkan murid ini mempunyai hak untuk maju dan mendapat pendidikan terbaik. Oleh yang demikian, segala bentuk diskriminasi tidak harus berlaku kerana sekolah adalah pusat atau agen perubahan perlu dihormati dan dilayan dengan adil, serta memastikan kebajikan semua murid terjaga. 3.3 AKSES PENDIDIKAN 9


4.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH DAPAT DIMANIPULASI UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 10


Antara cara membentuk budaya positif di sekolah ialah, menurut (Idrul hisham ismail et.al., 2024) guru seharusnya meningkatkan pembangunan tingkah laku. Hal ini demikian kerana guru merupakan salah satu agen sosialisasi terdekat dengan murid-murid, segala percakapan tindakan dan tingkah laku guru diperhatikan oleh murid. oleh itu, guru seharusnya membentuk peribadi yang positif dan melaksanakan tugas dengan tanggungjawab.Selain itu, Guru seharusnya menyebar ilmu kemasyarakatan, pembentukan sahsiah murid dan bukan menjadi perosak anak bangsa dengan mewujudkan perbezaan dari segi latar belakang, kaum dan sebagainya. Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu peranan mereka bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan am kepada pelajar tetapi guru juga berpeluang mempengaruhi pelajar tentang nilai, kesaksamaan, sikap, kepercayaan budaya antara kaum. Hal ini boleh diksanakan dengan baik melalui perancangan kurikulum yang baik dan sesuai untuk menerapkan nilai perpaduan. Contohnya, guru-guru melaksanakan aktiviti hari kebudayaan di sekolah bagi mewujudkan rasa sayang dan cinta serta menghormati budaya yang ada tanpa membezakan kaum yang ada di Malaysia ini. Selain itu, menggunakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan nilai-nilai dalam diri murid. Contohnya, dalam subjek Sejarah guru- guru boleh menerapkan semangat warganegara yang setia kepada negara dan memupuk perasaan bangga pada diri murid sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan. Oleh yang demikian, Guru yang berkualiti merupakan tonggak kepada kemajuan dan kegemilangan pendidikan. 4.1 PERSEPSI GURU 11


Menurut (Mohamad Raimi Abdul Rahim 2024 ) pemansuhan pengelasan kelas ini memberi ruang untuk pentadbir dan guru sekolah untuk mewujudkan satu persekitaran sekolah yang penyayang serta kondusif, yang mana para pelajar dapat berinteraksi dengan guru secara mudah ia juga mendorong pentadbir dan guru memikirkan kaedah untuk berdamping dengan murid, dan penglibatan aktif murid dari aspek kognitif dan emosi dalam PdP, merancang aktiviti sekolah, dan mereka bentuk persekitaran sekolah. Melalui persekitaran demikian, murid lebih bermotivasi untuk belajar dan seterusnya lebih cenderung untuk mendapat pencapaian yang lebih tinggi dalam pentaksiran dalam bilik darjah. Selain itu, amalan mengumpulkan murid pelbagai kebolehan berada dalam satu kelas menjadikan murid yang berprestasi tinggi boleh membantu murid yang berprestasi rendah. 4.2 PEMANSUHAN PENGELASAN KELAS 12


Salah satu cara untuk mewujudkan budaya sekolah yang positif ialah guru memberi tumpuan kepada gaya belajar setiap pelajar dan memastikan semua pelajar dilayan dengan adil tanpa mengira tahap kebolehan atau kebolehan mereka. Metodologi ini merupakan anjakan paradigma yang sesuai untuk memenuhi tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memenuhi objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Objektif ini termasuk mengurangkan jurang pencapaian pelajar, seperti yang dinyatakan dalam surat siaran bilangan 14 Tahun 2018 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menyatakan bahawa penilaian guru terhadap murid-murid adalah holistik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Pedagogi Terbeza menurut (Zurina Mustaffa et.al., 2021) adalah pedagogi yang mempunyai elemen pengajaran yang melibatkan semua pelajar secara menyeluruh, tanpa mengira sama ada pelajar itu mempunyai tahap penguasaan pembelajaran yang cemerlang atau tidak. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa kaedah pengajaran ini relevan dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran 4.4 KERJASAMA SEMUA PIHAK 13


4.1 PERSEPSI GURU Bagi mengekalkan budaya positif di sekolah,pihak pentadbir terutamanya Pengetua harulah komited dalam menjadi pemimpin sekolah untuk menggalas kebertanggungjawaban dan iltizam untuk membawa perubahan kepada sekolah Menurut (Idris Jala 2011 ) Fasiliti sekolah bukan alasan. Kemudahan yang ada di sekolah ini tidak banyak bezanya. Sungguhpun peralatan seperti komputer, papan putih digital dan bangunan serba canggih mampu mengubah persekitaran pembelajaran, ia bukanlah faktor penentu terhadap mutu pendidikan yang dicatatkan di sekolah Jelas, tiada kemudahan istimewa di sekolah cemerlang berbanding dengan sekolah biasa, namun keputusan yang dicapai merupakan perkara penting. Selain itu, guru seharusnya tiada alasan untuk tidak mengajar sepenuhnya dalam kelas murid dan guru tidak boleh berdolak-dalih dalam melaksanakan kurikulum yang sudah ditetapkan serta terus komited dalam memberikan pendidikan kepada murid-murid agar mereka ini terus mendapat pendidikan yang sama. Di samping itu, Pencapaian dan sahsiah pelajar tidak terletak di bahu guru semata-mata.malah ibu bapa juga harus memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak, Akhir sekali Kesukaran pasti timbul sekiranya pelajar tiada keinginan untuk belajar. Oleh itu, pengetua, guru dan ibu bapa wajar menumpukan perhatian kepada pelajar. Harus diingat nama yang akan dijulang ialah nama pelajar itu. Transformasi sebuah sekolah bermula dengan pengetua sekolah, namun, amanah ini bukan dipikul oleh beliau seorang. Saat obor transformasi itu dinyalakan oleh pengetua, lantas pihak guru dan bu bapa dan pelajar bersungguh-sungguh menggalasnya, hanya kecemerlangan yang akan menanti. 14


09 Kesimpulannya,tidak dinafikan impak stratifikasi amat mempengaruhi budaya sekolah seperti ketidaksamaan layanan, pengkelasan kelas dan akses pendidikan dan implikasi ini sangat mempengaruhi gaya kehidupan pelajar, pembentukan sahsiah diri mereka dan pencapaian mereka dalam akademik. Akan tetapi Menurut (Khuzaniey Ismail 2017 ) seluruh sistem dalam masyarakat akan berfungsi sekiranya masing-masing memainkan peranan penting sebagai contoh sekolah dan guru yang mempunyai aspirasi untuk memartabatkan sistem pendidikan dan memberi usaha yang terbaik dari aspek pendidikan kepada pelajar, ibu bapa mempunyai interaksi yang baik untuk perkembangan akademik anakmereka dan pelajartidak kira latar belakang dapat bergaul mesra antara satu sama lain. Jelaslah disini walaupun terdapat konflik dalam masyarakat, akan tetapi interaksi dan fungsi masyarakat sangat diperlukan bagi mengatasi masalah ini. 5.0 KESIMPULAN 15


Click to View FlipBook Version