NOTA SENI REKA TANDA TINGKATAN 4 & TINGKATAN 5
SUKATAN MATAPELAJARAN VOKASIONAL SENI REKA TANDA
1. ASAS REKA BENTUK
2. MUKATAIP
3. PAPANTANDA GORESAN PERSPEK
4. PAPAN TANDA VINIL
5. SEMBURAN CAT
6. CETAKAN SKRIN UNTUK FABRIK DAN PERSPEK
7. SEMBURAN ANGIN (AIRBRUSH)
8. PAPAN TANDA BERLAMPU
9. MEMASANG PAPAN TANDA VINIL / BERLAMPU
10. REKA BENTUK BANTUAN KOMPUTER (CAS)
11. KEUSAHAWANAN
MODUL 1 : ASAS REKA BENTUK
UNSUR-UNSUR SENI
I. GARISAN
II. JALINAN
III. RUPA
IV. BENTUK
V. RUANG
VI. WARNA
1.1 : RODA WARNA = Merah, Biru, Kuning.
1. Warna asas (Primer/Utama)
2. WarnaKedua (sekunder) = Kombinasi dua warna asas
3. Warna Ketiga ( Tertier ) = Kombinasi satu warna asas dan satu warna sekunder
Cara Membuat roda Warna
1. Membuat dimensi roda warna mengikut ukuran dengan tepat dan kemas
2. Bancuhkan warna asas, warnakan pada ruang/petak yang betul dengan kemas dan seragam.
3. Bancuhkan campuran kombinasi 2 warna asas ( Sekunder), warnakan pada ruang/petak yang betul
dengan kemas dan seragam
4. Bancuhkan campuran kombinasi 1 warna asas dan satu warna sekunder ( tertier ), warnakan pada
ruang/petak yang betul dengan kemas dan seragam
5. Untuk tujuan pengemasan semburkan cat kilat pada roda warna yang telah siap.
MaShi_MPV_RT 1
1.2 :LOGO
Sifat Logo yang baik 2
1. Direka seringkas mungkin
2. Mempunyai identiti tepat untuk sesuatu organisasi
3. Sebagai hak milik dari segi undang-undang (Registered trademark)
4. Dapat menyampaikan penerangan tentang asal, nilai dan kualiti.
5. Menggunakan warna yang minimun (dua atau tiga warna)
Jenis-jenis logo
1. Logo Huruf.
2. Logo Representasi
3. Logo Huruf dan Representasi
4. Logo Simbol
Contoh Logo yang sesuai/ sempurna
1. saiz bersesuaian dengan logo
2. warna latar belakang logo dan penghurufan yang kontras
3. logo simbol yang digunakan berkaitan dengan penghurufan.
4. Muka taip yang sesuai digunakan (mudah dibaca)
4. kedudukan logo simbol dan penghurufan dalam keadaan simetri.
Contoh Logo yang tidak sesuai / tidak sempurna
1. Penggunaan simbol yang terlalu besar
2. huruf dan simbol yang tidak seimbang
3. penggunaan warna yang tidak sesuai
4. simbol yang tidak berkaitan dengan penghurufan
MODUL 2 : PENGENALAN KEPADA TANDA TULIS
REKA LETAK PENGHURUFAN (KAIN RENTANG)
Prosedur membuat kain rentang
Buat reka bentuk tata letak tulisan kain rentang dengan menggunakan komputer.
Cetak rekaan kain rentang tadi pada tranferansi.
Rentangkan kain pada dinding dan klipkan .
Panca rekaan tadi menggunakan “OHP” pada kain rentang
Laraskan imej pada kain rentang supaya imej tepat/tidak kabur
Lakar imej yang terbentuk pada kain dengan mengunakan pensil
Tanggalkan kain rentang tadi dan hamparkan pada meja kerja.
Warnakan kain rentang tadi mengikut warna yang sesuai.
Biarkan ia kering
MaShi_MPV_RT
Kaedah membuat kain rentang
Menggunakan “OHP”
Menggunakan cetakan skrin
Menggunakan stensil
Menekap di atas kain rentang yang telah siap
Menggunakan “injet ploter”
Jenis Muka Taip
Serif
San Serif
Text
Skrip
Dekoratif
Penjagaan Berus Tanda Tulis
Jangan tinggalkan warna kering pada bulu berus
Basuh berus tanda tulis setiap kali selepas digunakan.
Keringkan bulu berus tanda tulis sebelum disimpan di dalam kotak.
Urut dengan sedikit minyak bagi mengelakkan bulu berus bersepah.
Jangan berdirikan berus dengan bulu ke bawah untuk menggelakkan bulu berus bengkok.
Berus yang menggunakan cat minyak mesti disapu petroleum jelly selepas dibersihkan dengan
turpentin
Penjarakan Huruf
Penjarakan Visual
Penjarakan Mekanikal
.Kesan Bayang Dan Garis Rupa
Redupan blok dianggap cahaya bersudut 45 darjah pada huruf. Tebal redupan adalah 3/4 tebal
huruf
MaShi_MPV_RT 3
.Teknik Pemindahan
Penggunaan projektor paras atas adalah satu kaedah yang mudah dan cepat untuk
memindahkan dan memperbesarkan tata letak.
.Penggunaan Projektor Paras Atas (OHP)
Semasa menggunakanmprojektor, langkah berikut perlu dipatuhi:
Kedudukan latar belakang atau skrin mestilah tegak dan selari dengan projektor
Imej diunjurkan bersudut 90 darjah kepada skrin. Unjuran tidak tepat menghasilkan imej
herot.
Saiz imej bergantung kepada jarak antara projektor dan latar belakang. Jika jarak dekat imej
akan kecil dan jika jarak jauh imej akan besar.
Memastikan kejituan pembesaran dengan mengukur ketinggian unjuran.
Untuk unjuran yang jelas permukaan pentas kaca dan kanta mestilah bersih dan kering.
MaShi_MPV_RT 4
MODUL 3 : GORESAN DAN KERJA PERSPEK
3.1 Prosedur membuat papan tanda goresan perspek
Potong perspek mengikut ukuran yang diberi.
Buat reka bentuk grafik mengunakan komputer atau secara manual
Cetak reka bentuk pada kertas.
Pindahkan rekabentuk dari kertas pada perspek dengan imej terbalik mengunakan kertas karbon
/ KOTAK CAHAYA
Potong imej menggunakan pisau grafik mengikut warna yang hendak dispray dahulu. Utamakan
warna gelap dahulu kemudian warna yang cerah.
Semburan cat secara berperingkat sekurang-kurangnya tiga lapisan cat.
Biarkan ia kering.
Tanggalkan imej yang terpotong pada perspek.
Ulang langkah 6 dan 7 sehingga semua bahagian telah disembur dengan cat mengikut warna
yang dikehendaki
Langkah kerja memotong perspek dengan betul
Tandakan ukuran dan buat garisan pada perspek dengan mengunakan pembaris .
Dengan menggunakan pembaris besi, letakkan ditepi garisan dan potong dengan menggunakan
pisau pemotong perspek.
Potong dengan perlahan dan tekanan yang sederhana.
Potong berulang-ulang sehingga kedalaman pemotongan 1/3 daripada ketebalan perspek.
Letakkan garisan pemotongan ditepi meja yang bersudut tepat dan patahkan
Kikir pada tepi perspek untuk kemasan.
MaShi_MPV_RT 5
MODUL 4 : PAPAN TANDA VINIL
Prosedur membuat papan tanda vinil
Potong polikarbonat mengikut ukuran yang diberi.
Buat reka bentuk grafik menggunakan komputer atau secara manual.
Potong vinil mengikut saiz polikarbonat tadi atau mengikut imej.
Tanggalkan lapisan plastik pada polikarbonat dan bersihkan.
Sembur air sabun pada permukaan polikarbonat tadi sehingga rata.
Tanggalkan kertas pada pelekat vinil.
Lekatkan vinil tadi pada permukaan policarbonat.
Dengan menggunakan skuji tolak gelembung udara pada permukaan vinil tadi sehingga rata.
Lap dan biarkan ia kering
Letakkan pelekat pada belakang kertas rekabentuk menggunakan “spray mount” dan biarkan ia
kering seketika.
Potong vinil menggunakan pisau grafik pada lakaran rekabentuk tadi.
Tanggalkan vinil yang tidak diperlukan.
Bersih dan kemaskan papan tanda vinil tersebut
Perspek
Warna - jernih/lutsinar (untuk kerja imej terbalik)
- putih legap dan warna lain ( papan tanda biasa)
- putih telus cahaya ( papan tanda berlampu atau bercahaya)
- emas atau perak ( untuk huruf)
Vinil / Stikers
Papan tanda biasa - vinil legap (dilekat pada perspek, aluminium, colour bond, cermin)
Papan tanda berlampu - vinil lutcahaya ( dilekatkan pada twin-wall polycarbonate
Vinil boleh bertahan 5 tahun jika terdedah pada cahaya matahari atau diletakkan diluar
MODUL 5 : PAPAN TANDA SEMBURAN SEMBURAN CAT
MaShi_MPV_RT 6
Langkah keselamatan semasa membuat semburan cat
Gunakan “mask” topeng pernafasan semasa membuat semburan cat.
Pakai pakaian yang sesuai
Pakai sarung tangan
Pakai kasut keselamatan
Suis “on” exzos fan dan buka tingkap bagi membolehkan peredaran udara
Jangan bermain semasa membuat semburan cat.
Pastikan rakan anda berada jauh dari kawasan semburan.
Memberi tumpuan semasa membuat kerja semburan cat.
Prosedur membuat papan tanda semburan cat
Membuat semburan cat pada latar belakang papan tanda
Potong zink mengikut ukuran yang dikehendaki.
Gosok permukaan zink dengan kertas pasir dan bersihkan.
Pasangkan kompresor dan periksa sambungan supaya dipasang dengan betul
Sambungkan hos angin pada tolok angin dan spray-gun.
Campurkan cat dengan tinner 1:1 mengikut kesesuaian kelikatan cat, dalam takungan cat dan
kacau sehingga rata.
Isikan ¾ penuh takungan cat pada spray-gun dan ketatkan.
Semak tekanan angin (tolok angin) 45psi - 55psi
Uji dan laras semburan sehingga mendapat atomization yang sesuai.
Buat semburan cat pada zink secara berperingkat-peringkat.
Biarkan ia kering
Cuci spray-gun selepas digunakan dengan menggunakan bahan pelarut.
Bersihkan peralatan selepas kerja
Keluarkan angin dari tangki kompresor setelah selesai kerja.
Langkah kerja membuat semburan cat pada imej dan penghurufan
Reka bentuk imej dan penghurufan dengan menggunakan komputer atau manual.
Potong vinil mengikut imej atau penghurufan dengan menggunakan plotter atau secara manual.
Bersihkan permukaan panel dan tampalkan vinil dengan menggunakan air sabun.
Laraskan imej dan penghurufan mengikut tata letak yang bersesuaian.
Ratakan vinil dengan menggunakan skuji.
Biarkan ia kering.
Sediakan peralatan membuat semburan cat
Buat semburan cat pada panel dengan kaedah yang betul. Sekurang-kurangnya tiga lapisan.
Biarkan ia kering
Tanggalkan vinil menggunakan penyepit/pisau dengan berhati-hati.
Bersihkan dan buat kemasan pada tepi papan tanda semburan cat.
MaShi_MPV_RT 7
Jika semburan tidak seimbang, kemungkinan sebab berikut
· Kekurangan cat di dalam taking
· Kedudukan taking serong
· “nozzle’ tersumbat
· Paip penyedut longgar atau rosak
· Seal yang rosak
· Campuran cat terlalu pekat
· Lubang angin pada takung tersumbat
· Paip peyambung rosak atau tersumbat
· ‘Seal’ pada jarum rosak atau longgar.
MaShi_MPV_RT 8
MaShi_MPV_RT 9
MODUL 6 : CETAKAN SKRIN UNTUK FABRIK
Langkah kerja semburan
Mereka Bentuk Hasil Kerja
Memindahkan Hasil Kerja Pada Kertas Surih
Membina Dan Memasang Skrin Kepada Kerangka
Menyapu Foto Emulsi Pada Skrin
Mendedahkan Imej Pada Skrin Foto Emulsi
Jenis Pencelup Dan Dakwat
Mencetak Imej Yang Ada Pada Skrin Ke Fabrik Atau Perspek
Membersihkan Skrin
Langkah kerja memasang sutera saring pada kerangka
Potong sutera dengan ukuran yang tepat dan basahkannya
Renggangkan skrin sutera pada bingkai dan klipkan dengan teknik yang mengikut urutan yang
betul
MaShi_MPV_RT 10
Langkah menyapu foto emulsi pada skrin sutera
Sediakan campuran foto emulsi dan sensitizer dengan nisbah 10:1 ( dilakukan di dalam bilik
gelap dengan bantuan cahaya merah.
Ratakan campuran emulsi ke atas skrin sutera dengan menggunakan screen coater
Keringkan skrin sutera yang telah disapukan dengan campuran foto emulsi menggunakan
pengering rambut atau kipas angin
Langkah kerja membuat bingkai
Potong kayu mengikut ukuran yang ditentukan.
Potong sudut 45° pada hujung kayu
Sambung kayu sehingga menjadi segiempat tepat dan pakukan.
Gosok dengan kertas pasir sehingga licin pada tepi kayu
Langkah kerja membuat pendedahan imej ke atas skrin foto emulsi
Ambil kotak cahaya dan letak kertas surih yang telah dihitamkan imejnya di atas cermin kotak
cahaya.
letak skrin foto emulsi atas kertas surih tersebut
tutup skrin dan kertas surih tadi dengan kain yang bewarna hitam atau gelap
buka lampu kotak cahaya mengikut waktu yang ditetapkan.
setelah sampai waktu yang sesuai, matikan lampu kotak cahaya dan sembur skrin foto emulsi
dengan pancutan air yang kuat dan tajam untuk mendedahkan imej
setelah imej telah terdedah, jemur skrin foto emulsi itu sehingga kering.
MaShi_MPV_RT 11
Langkah mencetak imej pada fabrik atau plastik
potong fabrik dan letak skrin foto emulsi atas fabrik itu dan pencelup pewarna (dye) atas skrin
foto emulsi
ratakan pencelup warna itu dengan sekuji
setelah imej telah dicetak, keringkan hasil cetakan dengan pengering rambut atau menjemur di
tengah panas.
Prosedur membuat kerja membuat cetakkan skrin
Mereka bentuk hasil kerja menggunakan komputer atau manual.
Memindahkan hasil kerja pada kertas surih atau tranferansi.
Menghitamkan imej
Buat bingkai menggunakan kayu yang dipotong mengikut ukuran.
Basahkan kain sutera dan klipkan kain sutera tadi pada bingkai mengikut turutan supaya kain
sutera tadi menjadi regang.
Bancuh foto emulsi dan sensitiser mengikut nisbah 10:1 (dilakukan dalam bilik gelap)
Uji bancuhan tadi menggunakan bingkai yang lain untuk mengukur masa yang tepat untuk
pendedahan cahaya.
Menyapu dan meratakan campuran foto emulsi dengan kemas pada skrin sutera.
Keringkan dengan menggunakan pengering “hairdryer”
Letakan hasilkerja reka bentuk tadi pada kotak berlampu.
Letakkan skrin sutera pada imej tadi.
Dedahkan pada cahaya mengikut masa yang ditentukan.
Semburkan dengan pancutan air yang sederhana pada imej sehingga imej terbentuk pada skrin
sutera.
Jemur hingga kering.
Bentangkan kain di atas meja dan regangkan.
Letakkan cetakan skrin tadi pada permukaan kain dan letakkan perwarna (Fabrik dye).
Ratakan perwarna tadi menggunakan skuji.
Angkat cetakan skrin dan biarkan imej kering.
Jenis pencelup / dye
Bagi cetakan di atas kertas gunakan pencelup skrin kertas atau warna poster atau warna air
Bagi cetakan di atas kain gunakan jenis pencelup kain (fabric dye)
Bagi cetakan di atas plastik, kaca, perspek dan kulit gunakan dakwat khas iatu dakwat pv (poli
vinyl)
Bagi proses mencetak di atas kain dan mendapatkan kesan timbul pada imej yang dicetak
gunakan pencelup (emboss dye)
Bagi proses biasa mencetak tetapi untuk mendapatkan kesan lebih baik dari pencelup warna kain
(fabric dye) gunakan pencelup (rubber dye)
Bagi proses mencetak huruf dan pemukaan fabrik yang gelap gunakan pencelup atau dakwat
tanpa warna (white reducer)
Pencelup warna yang digunakan hendaklah pekat. Terdapat dua jenis pencelup utama iaitu boleh
dicuci dan dilarutkan dengan air dan pencelup warna berminyak yang memerlukan spirit jernih
(wood spirit) untuk mencampur atau mencairkannya yang bertujuan utk cuci skrin
Pencelup pv hendaklah menggunakan bahan kimia pembantut retarder bertujuan untuk
memperlambatkan masa pencelup itu kering dan juga boleh digunakan untuk mencuci skrin
sebagai bahan penanggal.
MaShi_MPV_RT 12
MODUL 7 : SEMBURAN ANGIN (AIR BRUSH)
Peralatan utama
Handpiece
Kompressor
Penapis
Jenis-jenis handpiece
Gravity feed
Bottom feed
Side feed
Jenis kompressor
Kompressor diaphgram
Kompressor piston
Penapis angin
Penapis between line
Langkah membuat semburan angin
Sediakan peralatan semburan angin dengan tekanan angin pada 35-40 psi
Pindahkan gambarajah pada bod ilustrasi
Melekat ‘masking film’ pada gambarajah
Memotong garisan gambarajah dengan pemotong grafik
Menyembur gambarajah mengikut lapisan ‘masking film’
Langkah membuat semburan pada sfera
potong ilustrasi bod, lukis petak dan lukis sfera di dalamnya.kemudian tampal masking Film atas
bod tersebut
potong masking film mengikut garisan bulatan
buka masking film bahagian bulatan yang telah dipotong tadi
tentukan kesan pengcahayaan pada bulata, semburkan tona cerah berdekatan arah cahaya
semburkan tona gelap mengikut bentuk bulatan pada bahagian yang jauh dari cahaya
sembur secara ringan dan secara berhenti-henti pada bahagian gelap dan cerah dalam bulatan.
buang semua masking film bila semburan kering.
Langkah menyelenggara alatan semburan angin
Pastikan hand piece dicuci setiap kali digunakan
Elakkan daripada cat kering dalam takungan hand piece
Spray regulator, tip dan head hendaklah dibuka dan direndam dalam cecair pembersih sehingga
baki warna yang melekat terkeluar.
Jarum mestilah dijaga dengan baik, dicuci dan dibersihkan dengan kain lembut atau kertas tisu.
Apabila jarum dimasukkan, sebaiknya meletakkan jari tengah di tepi lubang jarum dan masukkan
pelahan-lahan.
Alat hand piece yang telah dicuci dengan cecair pembersih hendaklah dibilas dengan air sebelum
disimpan. Ini mengelakkan daripada hakisan ammonia pada logam hand piece.
Paras minyak dalam kompresor hendaklah sentiasa diperiksa. Tambah minyak jika perlu.
MaShi_MPV_RT 13
MODUL 8 : PAPAN TANDA BERLAMPU
Langkah kerja membuat papan tanda berlampu
Menyediakan huruf dan grafik pada panel Tanda jenis tembus cahaya pada kepingan perspek
atau polikarbonat
Membuat kerja kimpalan arka ringan dalam penyediaan rangka papan tanda berlampu
Membuat keja pendawaian lmpu pendaflour
Memasang panel tanda kepada kerangka
Memasang papan tanda berlampu
Langkah kerja membina kerangka PTB
Mulakan kerja dengan menyediakan dua kerangka penghujung mengikut ukuran dengan tepat
Pastikan sudut kerangka adalah tepa 90 darjah.
Ukur dan potong tiub keluli mengikt panjag keseluruhan rangka
Lakukan kerja kimpalan arka untuk menyiapkan kerangka berkotak
Menyediakan penyokong tetengah untuk memasang katu beloti
Klip 25mm dipasang pada kayu beloti untuk memegang tiau lampu pendafflour
Kerangka dicat kemas dengan lapisan cat asas dan lapisan cat penghabisan
Menutup sisi dan belakang kerangka dengan kepingan zink @ colorbond dengan rivet.
MaShi_MPV_RT 14
Langkah kerja membuat pendawaian pendaflour
Memasang komponen ditempat yang disediakan ( pada kayu beloti bahagian dalam
kerangka PTB)
Membuat pendawaian komponen mengikut cara pendawaian litar yang betul
Membuang tebatan kabel dan pengakhiran pengalir di punca komponen
Pembumian pada kerangka
Kesempurnaan pemasangan tiub berlampu
Membuat ujian keterusan
JANGAN MEMBERI BEKALAN ELETRIK pada lampu pendafflour yang siap didawai tanpa
pengetahuan guru
MaShi_MPV_RT 15
MODUL 10 : MEMASANG PAPAN TANDA
Kerja memasang panel tanda pada kerangka
Kepingan panel diletak atas kerangka untuk mendapatkan saiz yang sama
Bingkai alluminium sudut L diukur dan dipotong mengikut saiz permukaan hadapan kerangka
Pada empat penghujung kerangka dikemaskan dengan tanggam serong
Pada tiga sisi kerangka, bingkai alluminium dirivet tetap,
Kecuali sisi penghujung dipasang skru supaya panel perspek boleh digerakkan keluar dari
kerangka.
Langkah kerja memasang papan tanda berlampu
Memilih tempat yang sesuai untuk memasang papan tanda
Tanda kedudukan braket pada permukaan tembok rata, pastikan bahawa kedudukan lintang
antara braket adalah sama aras
Mematuhi langkah keselamatan semasa menggunakan tangga da gerudi impact
Pilih mata gerudi mansory’ yang sesuai untuk saiz ‘expansion bolt’ yang digunakan
Papan tanda diletakkan pada braket yang telah siap dipasang
Pastikan bahawa papan tanda yang dipasang adalah kukuh.
MaShi_MPV_RT 16
MODUL 11: PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN
Apa itu Rancangan Perniagaan (Business Plan)
1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau
projek yang hendak dijalankan.
2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat
dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan,
ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan
Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
Statistik
Data ekonomi
Data perdagangan
Penyelidikan pasaran
Keusahawanan
Penubuhan perniagaan
1. Langkah penubuhan milikan tunggal
2. Kebaikan milikan tunggal
3. Borang pendaftaran perniagaan
Rancangan perniagaan
1. Maksud rancangan perniagaan
2. Tujuan mernyediakan rancangan perniagaan
Pemasaran
Keluaran - menentukan jenis jenis keluaran yang dapat diterima oleh pengguna
Harga - menentukan harga yang berpatutan
Agihan - menentukan saluran agihan yang sesuai bagi keluarannya supaya sampai kepada
pengguna akhir.
Promosi - mengadakan strategi untuk mempromosikan barangan keluarannya
Keluaran - saiz dan bentuk mestilah menarik minat pengguna
Reka bentuk
Warna - warna pembungkusan mestilah menarik dan cantik
Pembungkusan - dibungkus dengan indah dan menarik serta memudahkan pengguna
Jenama - senang disebut, senang diingati dan mudah dikenali
Jaminan Pengeluar - kegunaan mestilah ditepati jaminannya
Kualiti - barangan berkualiti memberikan kepuasan pengguna
MaShi_MPV_RT 17
Harga
Jenis keluaran
Kos pengeluaran
Persaingan
Undang-undang
Strategi penentuan harga
Saluran agihan Pengguna
Pengeluar
Pengeluar Peruncit Pengguna
Pengeluar
Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna
Pengeluar
Pemborong Peruncit Pengguna
Pengguna
Ejen Pemborong Peruncit
Promosi
Pengiklanan - memperkenalkan melalui media massa
Publisiti - menyampaikan maklumat dalam bentuk berita dalam media massa
Promosi - mewujudkan serta meluaskan pasaran serta menambahkan jualan
Promosi jualan - membuat demonstrasi serta jualan langsung
Jualan langsung - mempromosikan barangan dari rumah ke rumah
Agensi Yang Membantu Usahawan
Memberi bimbingan dan latihan
- Pusat Latihan Belia (PLB)
- Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
- Majlia Amanah Rakyat (MARA)
Menyediakan kemudahan insfrastruktur atau prasarana
- Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
Menjalankan kajian dan penyelidikan untuk membantu usahawan
- SIRIM
Membantu kewangan dalam bentuk pinjaman
- Majlia Amanah Rakyat (MARA)
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)
- TEKUN
Pemberian taraf perintis
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
MaShi_MPV_RT 18