BAHASA
MELAYU
KATA NAFI
NAMA :
KELAS :
Edit by : Fazie Yazin
KATA NAFI
1. Kata nafi ialah perkataan yang hadir dalam ayat untuk menafikan
sesuatu.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu :
bukan tidak
Kata Nafi Bukan
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa nama atau
frasa sendi nama.
Contoh
1. Saya bukan murid tahun lima. (FN + FN)
2. Tempat tinggal Leong bukan di bandar. (FN + FS)
3. Dia bukan daripada keluarga yang senang. (FN + FS)
4. Saravanan bukan pemain utama pasukan kita. (FN + FN)
5. Ahli bina badan itu hebat tetapi bukan dari Sarawak. (FN + FA)
6. Beliau menyatakan bahawa bilik ini bukan untuk guru. (FN + FK)
7. Beliau yang bukan doktor pakar berkhidmat di hospital ini. (FN + FK)
8. Saya amat bimbang kerana beliau bukan jurulatih professional. (FN + FA)
Kata nafi bukan boleh juga digunakan di hadapan frasa kerja dan
frasa adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud
pertentangan maklumat.
Contoh:
1. Dia bukan sahaja pandai, malah berbudi Bahasa. (FN + FA)
2. Beliau bukan hendak melawat ke Langkawi, tetapi ke Pulau
Tioman. (FN + FK)
Edit by : Fazie Yazin
Kata Nafi Tidak
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa kerja dan
frasa adjektif.
Contoh
1. Rumah tidak besar. (FN + FA)
2. Samad tidak dipilih mewakili sekolah. (FN + FK)
3. Ibu ke bandar walaupun masih tidak sihat. (FN + FS)
4. Pemain itu direhatkan kerana tidak cergas. (FN + FK)
5. Mereka yang tidak hadir ialah Ahlagan, Suhaili dan Kok Leong. (FN + FN)
6. Orang tua itu kurus kerana tidak makan nasi pada waktu malam. (FN + FA)
7. Pengawal yang tidak menjalankan tugas itu daripada pasukan mereka. (FN +
FS)
8. Dia ialah wakil tunggal sekolah kita yang tidak berjaya dalam pertandingan
itu. (FN + FN)
Edit by : Fazie Yazin
Latihan 1
Nyatakan sama ada penggunaan kata nafi bukan dan
tidak dalam ayat betul atau salah.
1. Pemain itu tidak dari Johor Bahru.
2. Beliau bukan memenangi pertandingan itu.
3. Mereka berbincang tidak tentang pelajaran.
4. Beliau bukan guru besar baharu sekolah kita.
5. Mereka tidak pandai mengambil hati ibu bapa.
6. Hadiah yang disediakan itu bukan untuk kamu.
7. Wanita itu tidak sahaja cantik, malah pintar juga.
8. Markah yang diperoleh oleh pelajar itu bukan tinggi.
9. Mata pelajaran Matematik bukan mata pelajaran
kegemarannya.
10. Dia bukan hendak pergi ke kantin, tetapi hendak ke
perpustakaan.
Edit by : Fazie Yazin
Latihan 2
Isi tempat kosong dalam setiap ayat di bawah dengan
kata nafi yang sesuai.
1. Kelab catur ______________________ pilihannya.
2. Beliau __________________ ke Sarawak, tetapi ke Sabah.
3. Walaupun rumahnya kecil, dia __________________ miskin.
4. Pelajar itu _________________ sahaja bijak, malah bersopan juga.
5. Dia ________________________ peserta yang memenangi pertandingan itu.
6. Hairul _________________ menghadiri kelas tambahan pada petang itu.
7. Mereka ____________________ memerlukan pakaian, tetapi memerlukan
wang.
8. Shazwan ______________________ pengawas sekolah, tetapi pengawas pusat
sumber.
9. Kejayaan dalam akademik sahaja __________________ menjamin masa
depan seseorang.
10. Surat itu _____________________ daripada Kementerian Pelajaran, tetapi
Kementerian Kesihatan.
Edit by : Fazie Yazin
Latihan 3
Garisi jawapan yang betul.
1. Tun Dr. Mahathir Mohamad ( tidak / bukan ) berasal dari negeri Perlis tetapi
Kedah.
2. Mereka datang ( tidak / bukan ) hendak bergaduh dengan Hassan tetapi
untuk bertanyakan khabar.
3. Basikal yang dijumpai di dalam semak itu ( tidak / bukan ) kepunyaan
adiknya.
4. Pemuda yang dituduh mencuri itu ( tidak / bukan ) takut kerana dia tidak
bersalah.
5. Suzaili tetap tersenyum walaupun dia ( tidak / bukan ) terpilih menyertai
pertandingan itu.
6. Suraj ( tidak / bukan ) mahu mendengar nasihat daripada abangnya.
7. Tong Seng ( tidak / bukan ) berani mengganggu budak itu selepas dia
dimarahi ibunya.
8. Puan Wong tidak kenal budak itu kerana dia ( tidak / bukan ) jirannya.
9. Duit itu ( tidak / bukan ) kepunyaan Anson.
10. Hanif terpaksa berpisah dengan kawan baiknya walaupun itu (tidak / bukan)
kemahuannya.
Edit by : Fazie Yazin