The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INOVASI i-JAWI (HURUF BERSAMBUNG JAWI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN NUR AUNI BINTI WAN MOHAMAD SHUKRI IPG-Pelajar, 2023-10-05 01:08:45

PROJEK INOVASI i-JAWI

INOVASI i-JAWI (HURUF BERSAMBUNG JAWI)

I-JAWI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 WAN NUR AUNI BINTI WAN MOHAMAD SHUKRI PENSYARAH : DR NIK ASILAH BINTI NIK ALI


ISI KANDUNGAN A. NAMA PRODUK INOVASI DIGITAL B. RASIONAL PRODUK INOVASI DIGITAL C. STRATEGI PENYELESAIAN D. PENGGUNAAN E. IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID


A NAMA PRODUK: I-JAWI


i-JAWI merupakan satu inovasi yang dicipta bagi membantu murid mengenalpasti huruf jawi yang boleh bersambung dan bagaimana bentuk huruf jawi ketika bersambung di hadapan, tengah dan belakang setiap perkataan. I-JAWI merupakan satu powerpoint interaktif yang mengandungi nota berkaitan huruf bersambung jawi, permainan dan juga latihan pengukuhan. i-JAWI juga bertujuan untuk merangsang minat murid terhadap pdp bidang jawi di sekolah. iJAWI ini sesuai digunakan oleh murid Tahun 1 dan Tahun 2 sekolah rendah. i-JAWI


B RASIONAL PRODUK


RASIONAL PROJEK Sewaktu melaksanakan praktikum fasa 1, saya mendapati bahawa sebahagian murid tidak dapat mengenalpasti huruf jawi yang boleh bersambung. Mereka menghadapi masalah dalam menulis perkataan jawi kerana mereka tidak dapat mengenalpasti bentuk huruf ketika bersambung di hadapan, tengah dan belakang perkataan. Oleh itu, saya melihat penulisan jawi mereka masih berada tahap yang lemah walaupun sudah berada pada tahap 2. Justeru itu, elemen interaktif ini diserap ke dalam PdP bidang Jawi agar pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat membantu murid menulis jawi dengan lebih baik. ISU/PERMASALAHAN UTAMA


RASIONAL PROJEK 1) Murid dapat mengenal huruf jawi yang boleh bersambung. 2) Murid dapat mengenalpasti bentuk huruf ketika bersambung di hadapan, tengah dan belakang perkataan. 3) Murid dapat memadankan huruf jawi tunggal dengan huruf bersambung. OBJEKTIF PROJEK


C STRATEGI PENYELESAIAN


STRATEGI PENYELESAIAN Permasalahan murid tidak dapat mengenalpasti huruf bersambung jawi memberikan idea kepada saya untuk menghasilkan sesuatu bagi menyelesaikan isu tersebut. Justeru itu, timbullah idea penghasilan produk i-JAWI ini. i-JAWI ini dihasilkan dalam masa 1 bulan. i-JAWI ini dibina melalui aplikasi Microsoft powerpoint dan anggaran kos penghasilan projek ini ialah sekitar RM20.00 IDEA REKA BENTUK Pemerhatian di sekolah (Praktikum fasa 1) Mengenal pasti masalah (murid tidak dapat mengenal huruf jawi yang boleh bersambung) Merangka projek i-JAWI Membuat penambahbaikan


KAJIAN PENGHASILAN PRODUK Jom Jawi : Meningkatkan Penguasaan Jawi di Kalangan Murid Sekolah Rendah Menggunakan Media Interaktif


KAJIAN PENGHASILAN PRODUK Teknologi Realiti Luaran (AR) dalam Pengajaran Jawi Abad 21 Kefahaman Al-Quran dan Jawi Melalui Permainan Bahasa Bermultimedia


Contoh Inovasi : FORMULA DI-SE-KE


Powerpoint interaktif menjadi salah satu platform bagi menarik minat murid sewaktu pembelajaran. Justeru itu, Microsoft Powerpoint dipilih dalam penghasilan projek ini. Cetusan idea i-JAWI ini adalah asli kerana belum terdapat powerpoint interaktif berkaitan huruf Jawi bersambung dipasarkan. IDEA PROJEK


D PENGGUNAAN


• Projek ini telah disebarluaskan kepada murid Tahun 1 dan Tahun 2 di sekolah rendah. • Kekerapan penggunaan projek ini adalah bergantung kepada tahap pencapaian murid. Semakin cepat murid menguasai tulisan jawi, semakin sedikit penggunaan iJAWI ini. • Penggunaan projek ini mengambil masa dalam tempoh 1 jam. PENGGUNAAN PROJEK • Keberkesanan projek dapat dilihat melalui pemerhatian. Hasil pemerhatian menunjukkan projek ini berjaya membantu murid mengenal pasti huruf jawi yang boleh bersambung, mengenalpasti bentuk huruf ketika bersambung di hadapan, tengah dan belakang perkataan dan menulis perkataan jawi yang mengandungi huruf bersambung. Selain itu juga, projek ini juga memberi keseronokan dan merangsang minat untuk belajar Jawi.


Aplikasi Instagram KAEDAH PROMOSI Aplikasi Tiktok


PENGGUNAAN i-JAWI


TESTIMONI MURID Saya suka guna i-JAWI … - Murid A Cikgu, bila kita nak belajar Jawi lagi? ……… - Murid B


E IMPAK TERHADAP PEMBELAJARAN MURID


Apabila i-JAWI digunakan,suasana pembelajaran amat memberangsangkan. Murid menunjukkan minat untuk belajar jawi dan dapat menumpukan perhatian dalam tempoh masa yang lebih panjang. Setelah mengenal pasti huruf-huruf jawi yang boleh bersambung, murid diminta membuat latihan pengukuhan dalam bentuk permainan dan worksheet. Pembelajaran aktif berlaku sewaktu sesi permainan. Penggunaan i-Jawi telah meningkatkan tahap kepuasan guru dan murid di samping membantu meningkatkan tahap pencapaian murid dalam bidang Jawi. IMPAK


Maklum balas produk inovasi menunjukkan bahawa inovasi yang dihasilkan adalah baik dan boleh digunakan dalam sesi PdP. Justeru itu, saya hanya melakukan sedikit penambahbaikan pada inovasi bagi memastikan produk tersebut dapat memenuhi keperluan murid di sekolah. MAKLUM BALAS PRODUK INOVASI


Revolusi Perindustrian 4.0 melibatkan pelbagai kemahiran seperti penyelesaian masalah serta pemikiran kritis dan kreatif. Projek i-JAWI ini dihasilkan berpandukan kemahiran IR4.0 di mana pembelajaran seseorang murid dibantu oleh teknologi yang canggih. Projek ini bersesuaian kerana i-JAWI ini merupakan satu Powerpoint interaktif dan fleksibel serta boleh menarik minat murid. i-JAWI yang mesra pengguna dan senang diakses juga dapat menggalakkan penggunaan yang meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk guru dan ibu bapa. KESAN TERHADAP PENCAPAIAN MURID DARI ASPEK IR 4.0


KESAN TERHADAP PERUBAHAN SIKAP Sebelum projek ini, suasana pengajaran dan pembelajaran Jawi lebih tertumpu kepada bahan maujud di dalam kelas. Jadi, murid sudah agak bosan dengan suasana pembelajaran sebegitu. Mereka kurang menumpukan perhatian, berbual dengan rakan dan sebagainya. Selepas penggunaan i-Jawi, murid dilihat semakin bersemangat dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Pembelajaran Jawi menjadi lebih seronok dan bermakna kepada murid. KESAN TERHADAP KEMAHIRAN SOSIAL Penggunaan i-Jawi telah meningkatkan pencapaian muridmurid. Hal ini menjadi dorongan mereka untuk terus berusaha. Penggunaan projek ini juga memberi kesan positif terhadap kemahiran sosial murid di mana kemahiran mendengar, bertutur dan berbincang dapat ditingkatkan. Pada awalnya, murid berebut-rebut untuk menjawab soalan dalam permainan namun setelah ditegur oleh guru, murid mengangkat tangan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang dikemukakan.


MARKAH KUIZ SELEPAS PENGGUNAAN i-JAWI MARKAH : 6/6


RUJUKAN Amanina Afynna. (2020). ‘FORMULA DI-SE-KE’. Koleksi Inovasi Digital Jilid 3. Azrulhizam Shapii, Zainal Rasyid Mahayuddin & Sabarina Othman. (2020). Jom Jawi: Meningkat Penguasaan Bahasa Jawi Di Kalangan Murid Sekolah Rendah Mengguna Media Interaktif. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 2, No. 3, 212-230. Nur Syamira, Maimun Aqsha, Ramlee Mustapha, Aisyah Sjahroni & Dedek Febrian. (2017). Kefahaman al-Quran Dan Jawi Melalui Permainan Bahasa Bermultimedia. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J). Volume 1(1) 41-53. Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Fitri Nurul 'Ain Nordin & Hafiza Abas. (2018). Teknologi Realiti Luasan (AR) dalam Pengajaran Jawi Abad 21. Proceeding of IC-ITS. 4th International Conference on Information Technology & Society. Wan Ali Akbar, Khadijah Abd Razak & Mohd Isa Hamzah. (2023). Penerokaan terhadap Pengetahuan yang Digunakan oleh Guru Inovatif Pendidikan Islam untuk Menghasilkan Inovasi Pengajaran. Akademika 93(2) 89-101.


Click to View FlipBook Version