SUKAN RAKYAT
BY
LIEW REN JIE 6R1
Suatu ketika dahulu masa senggang sangat sinonim dengan permainan tradisional. Tanpa gajet dan
TV, masyarakat kita menghabiskan masa yang terluang dengan bermain sukan rakyat. Jika diimbau
kembali zaman kanak-kanak, pada setiap petang, kita berkumpul untuk bermain bersama kawan-
kawan di padang, halaman rumah mahupun taman permainan kan. Walaupun sukan rakyat dan
permainan tradisional yang dimainkan pada ketika dahulu tidaklah secanggih permainan di
smartphone kita pada masa kini, namun ia tetap seronok sehingga menjadi kenangan manis buat
kita, kan? Okay, disini admin akan share kan sukan-sukan rakyat yang pernah popular pada masa
Konda Kondi
Konda-kondi adalah sukan yang
dicipta sebagai salah satu cara untuk
masyarakat berhibur dan bergembira
setelah penat bekerja. Permainan ni
mudah saja, hanya dua batang kayu,
satu panjang satu pendek; dan lubang
kecil yang digali di tanah saja
diperlukan. Konda kondi ini juga
dikenali sebagai Perik Mata kerana ia
memerlukan fikiran yang tajam dan
kekuatan pemain. Haa, kenapa perlu
fikiran yang tajam? Sebab korang
perlu memikir arah yang selamat untuk
menguis kayu supaya tak dapat
ditangkap pihak lawan yang
mengelilingi korang. Jadi siapa yang
main ni masa kecil mesti bukan saja
kreatif malah aktif kan?
Galah Panjang
Galah panjang antara sukan rakyat yang
memerlukan gelanggang. Garis-garis akan
dilakar atas tanah kosong dengan 2 lajur
dan beberapa baris bergantung kepada
bilangan pemain. Permainan ni
memerlukan seorang ketua atau ‘ibu’ yang
bertanggungjawab mengawal ‘anak’ dari
pihak lawan yang mengawal gelanggang.
Tapi pada masa yang sama ‘ibu’ juga perlu
melindungi dirinya. Kalau si ‘anak’ dapat
ditangkap lawan, si anak berhenti bermain.
Tapi kalau si ‘ibu’ pula yang ditangkap,
habis seluruh anak-anaknya pun tamat
permainan sekali. Jadi pilihlah ketua yang
betul ya!
Baling Tin / Baling selipar
Permainan baling tin ini dimulakan dengan
menyusun tin-tin kosong dengan susunan
empat, tiga, dua dan satu bermula dari
bawah. Baling selipar pula, menyusun
selipar dalam bentuk piramid/ Pemain-
pemain dibahagikan sama rata kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan
pelontar. Kumpulan pelontar akan
memulakan permainan dengan melontar
selipar untuk menjatuhkan piramid itu.
Sekiranya ia runtuh, pasukan pelontar akan
lari untuk mengelak balingan selipar dari
pasukan penyerang. Dalam masa yang
sama, pasukan pelontar perlu menyusun
semula tin atau selipar ke susunan asal.
Sekiranya berjaya menyusun semula, maka
kumpulan pelontar mendapat satu mata.
Permainan ini memerlukan strategi dan juga
kepantasan pemain. Pasukan yang paling
hebat biasanya akan mempunyai penyusun
dan pelari terpantas dalam satu kumpulan.
Gasing
Tahukah korang, maksud gasing ialah “gah
berpusing”? Gasing adalah satu permainan
tradisional yang popular sehingga kini. Biasanya
gasing dimainkan selepas musim menuai. Ada
dua jenis permainan gasing iaitu gasing uri dan
gasing pangkah. Yang paling popular di
kalangan kanak-kanak di zaman dahulu
semestinya gasing pangkah. Bulatan akan
dilukis di atas tanah dan pemain akan
membaling gasing masing-masing. Gasing
siapa ‘dipangkah’ sehingga keluar gelanggang
akan kalah serta gasing yang paling lama
berpusing di dalam dikira pemenang.
Disebabkan gasing ini diperbuat dari kayu,
banyak juga insiden dimana gasing terbelah dua
apabila dipangkah. Ini membuatkan
pertandingan gasing pangkah lebih mengujakan.
Gasing pangkah pula kini lebih popular dengan
orang dewasa di pantai timur. ia memerlukan
kesabaran dan ketahahan kerana gasing siapa
paling lama berpusing akan menang. Kalau nak
tahu, permainan gasing uri ni boleh berlangsung
lebih dari dua jam sebab begitulah lamanya
gasing tu berpusing!
Tuju Guli
Permainan guli ini amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Permainan guli ini
juga dikenali sebagai Kelereng, yang merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh
kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Dalam permainan ini, guli akan diletakkan dalam lubang yang
digali dan setiap pemain akan cuba menjentik guli itu keluar dari lubang. Jumlah jentikan guli tertinggi
dikira pemenang. Permainan ini biasanya dimainkan di tempat yang teduh dan pada musim panas. Ini
kerana untuk permainan guli ini ia memerlukan tanah yang kering untuk mengali lubang. Pada musim
hujan permainan guli ini tidak sesuai dimain kerana tanah akan lecak dan menyebabkan permainan guli
tidak seronok.Benda paling seronok dalam bermain guli semestinya mengumpul bilangan guli yang
banyak dan cantik. Setiap pemain mesti ada satu guli kesayangannya yang bukan saja cantik tapi paling
berkesan dalam ‘menembak’ guli lain. Betul tak?
Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut
atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan
ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara
individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau
lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul
batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat.
Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-
objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu
Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat
pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang
dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat
lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Go
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan
oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di
dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan
strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai
undang-undang permainan yang mudah. Go
hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan
putih.
Xiang Qi
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan
oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama
dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya
digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula
dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi
merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam),
peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur)
daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan
"istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
Yo-Yo Cina
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua
cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang
panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat
pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung
kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar
tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina
tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan
tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina
dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan
dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi
kelajuan yo-yo.
SEKIAN TERIMA KASIH