TENANG DIDIK ANAK KE SYURGA
Sempena cuti sekolah, jom mak-mak kita betulkan cara komunikasi dengan anak.
Cara kita didik anak mengenal Allah.
Contohnya:
Bila anak buat silap, kadang mulut kita mudah saja berkata, 'Jangan nakal, Allah tidak suka budak nakal.
Nanti masuk neraka. Neraka tu panassss'
Jika ayat begini, gambaran di minda anak adalah sesuatu yang tidak baik sebab perkataan 'nakal',
'neraka' dan 'panas'.
Jom kita ubah!
'Nak, jika selalu buat baik, Allah sayang, Allah hadiahkan kita Syurga. Best sangat Syurga tu. Minta
apapun Allah bagi. Jom nak, kita buat baik. Kita masuk Syurga sama-sama'
Ayat ini memberi gambaran yang indah-indah di minda anak sebab ayat 'buat baik' dan 'Syurga yang
best'. Sejuk telinga mendengar.
Bila gambaran keindahan sudah terpasak di minda, anak gembira berbuat baik. InsyaAllah!
Kurangkan ayat-ayat arahan, lebihkan ayat-ayat sentuhan dan positif.
Bila anak-anak bergaduh, tidak perlu cari siapa benar siapa salah. Nanti kita lagi stress. Lebih baik
katakan begini,
'Siapa minta maaf dengan adik-beradik, Allah sayang. Dia budak hebat, baik. Mama pun sayang sebab
mudah minta maaf'.
Terus dorong anak untuk memulakan sebuah kemaafan.
InsyaAllah, akan terlerai sebuah pergaduhan. Dan mereka bermaafan sambil berpelukan.
Bab 2: Didik anak tentang adab
Tadi pembantu saya hantar gambar Afif & Aqil sedang menyapu sampah di bawah menolong pakcik
pekerja am.
Saya kata, biarlah diorang bantu, tengok-tengok saja.
Bila saya balik, Afif bagitau,
'Mama, tadi kami ada tolong pakcik sapu sampah'
'Alhamdulillah, good'
'Mama, kami bagi pakcik tu buah langsat dengan mangga'
'Alhamdulillah, ok. Nanti mama catat dalam buku kebaikan. Cukup 10 buat baik, dapat satu
hadiah'Segan cakap, ini cara saya didik anak tentang akhlak dan adab.
Dengan orang tua, kena hormat. Siapapun dia, tukang kebun ka, pakcik pengawal kah, semua kena
hormat.
Beri apa yang boleh diberi.
Cara ini tidak terlalu teori, tapi praktikal. Cuma, kadang beli sekotak Apollo, terpaksa saya sembunyikan
separuh. Kalau tidak, mereka round satu quarters bagi Apollo dari rumah ke rumah. Sebab mereka baru
belajar memberi tanpa nanti.
Silibus, 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' belum masuk lagi. Hehehe
'Nak, tengok ini catatan kebaikan yang kamu bagitau mama, mama catat dalam buku ini. Kemudian
mama akan beri hadiah'
Perlahan-lahan mereka akan dapat gambaran sendiri kenyataan 'Buat kebaikan sekecil zarah, ada
malaikat mencatat. Jika timbangan kebaikan lebih berat, hadiahnya Syurga'
Lama-lama masuk dalam minda bawah sedar anak iaitu kena berlumba-lumbalah melakukan kebaikan
agar dapat masuk Syurga. InsyaAllah. Kita usaha yang terbaik saja buat anak-anak.
Dengan teknik ini, anak-anak sangat excited buat kebaikan kerana mahu masuk Syurga.
Teori ini ada dalam Al-Quran.
'Berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana sahaja kamu berada, pasti Allah akan
mengumpulkanmu semuanya. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu' (Surah Al-
Baqarah, 148)
Bab 3: Di mana adab kita?
Berlaku depan mata tengahari tadi di sebuah restoren, sedikit pertengkaran antara anak muda (muslim)
dan peniaga wanita (non-muslim).
Peniaga wanita itu berjalan dari meja ke meja menjual kerepek. Tiba di meja anak muda itu,
'Tidaklah saya mahu beli, mungkin digoreng dengan minyak b_ _ _'
'Saya pajak dari orang jawa ni, saya jual saja. Mau cari makan. Kalau tidak mau beli, tidak apa'
Itu saja yang dapat saya dengar.
Wanita itu berlalu pergi dengan kecewa.
Mungkin lebih baik anak muda itu hanya menggelengkan kepala tanpa berkata hal yang mendatangkan
kesedihan bagi orang lain.
Begitu jugalah isu boikot memboikot seperti yang sering kita dengar.
'Jangan beli itu, jangan beli ini. Boikot barangan diorang'
Bukankah ia memberi kegusaran pada pihak yang diboikot.
Begini, andai tidak mahu beli. Diam-diam tidak beli. Ia lebih harmoni kerana tidak saling memusuhi.
Ini tentang akhlak. Kita hidup di negara yang berbilang bangsa dan agama. Perlu saling menghormati.
Kita baru saja sambut merdeka, apa khabarnya dengan hati yang merdeka?
Maafkan saya. Mungkin isu ini agak sensitif. Maaf sekali lagi.
Teringat kata-kata ini,
'Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai
memaksa, memberi jangan sampai mengungkit'
Letak diri dalam diri orang lain, bagaimana perasaan bila mak kita dibuat begitu?
PENULIS:
FARRAWATI SABLI
PENULIS BUKU ‘ADA APA DENGAN UJIAN’