The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rahsia Bijak Urus Ujian Dengan Asmaul Husna

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farrawatisabli, 2019-09-01 11:08:52

INGIN HIDUP TENANG

Rahsia Bijak Urus Ujian Dengan Asmaul Husna

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

1

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

2

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

ISI KANDUNGAN 1-7
Surat Cinta Buatmu Sahabatku! 8-9
Bab 1: Bila ujian datang silih berganti 10-13
Bab 2: Bila tidak dapat apa yang kita mahu 14-16
Bab 3: Bila tertekan dengan masalah rumahtangga 17-19
Bab 4: Bila hati disakiti 20-21
Bab 5: Bila sabar itu sukar 22-24
Bab 6: Bila tertekan dengan bebanan hutang 25-26
Bab 7: Bila berada dalam keadaan takut dan cemas 27-28
Bab 8: Bila ‘struggling life’ 29-30
Bab 9: Bila hidup dengan pelbagai persoalan 31-32
Bab 10: Bila hidup dalam keadaan berdosa
Bahagian 2: Formula Bijak Urus Tekanan Dari Al-quran 33-33
Bab 11: Formula SS (Syukur dan Sabar) 34-34
Bab 12: Mencari redha Allah 35-36
Bab 13: Redha dengan ujian 37-38
Bab 14: 10 cara tenang untuk menang 39-39
Bab 15: 10 prinsip sangka baik dengan ujian 40-41
Bab 16: 10 cara urus tekanan dengan bijak dari Al-Quran 42-42
Bab 17: Ketika gagal, bagaimana hendak bangkit? 43-43
Bab 18: Petua tenang sepanjang hari 44-45
Bab 19: Man Jadda Wa Jadah 46-47
Bab 20: Kisah benar depresi

PENUTUP

3

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli
Surat Cinta Buatmu Sahabatku!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH….!

SAHABAT TENANG YANG DIKASIHI KERANA ALLAH,

Terima kasih kerana mengizinkan diri anda untuk mendapatkan ebook ‘INGIN HIDUP
TENANG’.

Pastinya, Allah SWT Yang Maha Baik telah menggerakkan hati anda untuk
mendapatkan hadiah kecil dari saya yang diilhamkan menulis ebook ini. Sungguh,
saya hanya hamba Allah yang sungguh jauh dari kesempurnaan tidak akan mampu
menghasilkan karya ini tanpa pertolongan-Nya.

Terima Kasih Ya Rabb!

Saya teringat pesan guru saya, Coach Zie dalam FB live sehari sebelum Hari Raya
Aidiladha, iaitu ketika hari wukuf di Arafah.

‘Ketika kita menunggu untuk sempurna, ia bermakna kita menunggu untuk
selamanya. Jangan pernah merasa diri kecil kerana kita diciptakan hebat, punya bakat
yang luar biasa. Manusia dahagakan motivasi setiap masa, maka jadikan diri kita
perantara untuk motivasi itu. Jangan pernah menunggu sempurna untuk melakukan
apa yang anda ingin lakukan yang bernama kebaikan. Kerana tiada istilah sempurna
pada kita manusia yang penuh dengan kekurangan ini. Teruskan terbang tinggi,
teruskan memasang impian yang tinggi. Jangan pernah bertangguh apapun niat baik
kita kerana mungkin hari ini hari terakhir kita di dunia ini. Jika mahu berkongsi,
buatlah sekarang, jangan bertangguh!’ (Coach Zie, 9 Ogos 2019)

Oh, saya tersentap! Masih banyak perkara yang tertangguh-tangguh. Sedang esok,
kita tidak tahu apa akan terjadi. Tiada jaminan untuk kita masih boleh melihat mentari.
Atas kesedaran ini, saya tidak mampu menangguh lagi untuk menulis dan
menerbitkan satu lagi karya berkenaan dengan tekanan hidup.

Saya yakin dan percaya, ramai mengalami tekanan hidup masa kini melalui respon-
respon saya terima dari pelbagai sumber sepanjang tiga tahun bergelar penulis.

Tentang tekanan!

4

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Tentang depression, stress, anxiety!
Sakit mental! Ujian ini terlalu sakit, bagaimana hendak bangkit?
Kenapa hati tidak tenang!
Kenapa aku diuji?
Bagaimana menguruskan tekanan?
Tolong kami, bantu kami, kami perlu ilmu untuk keluar dari gelora ini.
Sahabatku, ada kisah yang ingin saya sampaikan untuk renungan kita bersama.

Ini kisah Angela. Dia sedang berada di sebuah daerah yang gelap menyebabkan dia
selalu sedih dan menangis. Orang-orang yang berada di daerah itu selalu mengecam
apa yang Angela lakukan. Ini menyebabkan beliau selalu merasa ‘down’. Satu hari
Angela mengambil keputusan untuk berpindah ke daerah yang lebih indah, cantik dan
terang-benderang. Beliau ingin bahagia, berjaya dan tenang. Namun, dalam
perjalanan menuju ke daerah itu, beliau tersesat. Beliau tercari-cari siapa yang boleh
membantunya untuk sampai ke daerah yang ingin dituju. Beliau berhenti,
bersendirian dengan beban yang berat di bahunya.

Datang seorang kawan A, Angela mengadu padanya.

Lalu kawan A berkata, ‘Kau sabarlah, pasti ada jalan’.

Kawan A berlalu meninggalkan Angela yang masih terkapai-kapai mencari jalan
keluar.

Keesokan harinya, datang kawan B, Angela pun mengadu kepada kawan B.

Dan kawan B berkata, ‘Jangan putus asa, ini semua ada hikmahnya. Teruskan
mencari jalan, kau pasti berjaya. Cepat move on. Serahkan segalanya kepada Tuhan’

Angela melangkah lagi dalam keadaan badannya sudah lemah. Jalannya longlai.
Selangkah demi selangkah dia berjalan.

Pada hari ketiga, Angela terjumpa kawan C, Angela mengadu kepada kawan C.

5

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Kawan C mendengar dengan tekun apa yang Angela sampaikan. Kemudian, beliau
menghulurkan tangan kepada Angela yang sudah lemah, meminjamkan bahunya
untuk Angela bersandar bagi meringankan bebanan. Kawan C memeluk Angela, dan
berkata, ‘Ayuh, kita bersama-sama mencari jalan untuk keluar dari Daerah Kegelapan
ini hingga sampai ke Daerah Kebahagiaan. Kuat Angela, sikit saja lagi, jangan risau,
aku tidak akan tinggalkan kau. Aku juga begini dulu, aku memahami kamu’

Dan mereka berjalan bersama-sama sehingga satu batu.

Akhirnya, mereka sampai ke Daerah impian. Daerah Kebahagiaan, Ketenangan dan
Kejayaan. Alhamdulillah!

Angela Yang Baru, ‘Yang Sukses Tenang Dan Bahagia’
Siapakah Angela?
Angela dalam kisah ini adalah ibu saya yang merupakan seorang pejuang Bipolar
Disorder, iaitu salah satu penyakit mental sejak 28 tahun yang lalu.
Dan saya adalah sahabat C, yang berjuang membawa ibu tersayang untuk mencapai
ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Alhamdulillah, segala-galanya adalah kehendak Allah dan berlaku atas keizinannya.
Terima kasih Ya Allah, aku dapat membawa keramat hidupku untuk keluar dari Daerah
Kegelapan ke Daerah Ketenangan.
Sahabat, ‘You are not alone’. Kita sama-sama kuat ya! Ayuh, pegang tanganku, kita
bangkit bersama! Jom! ‘Jadi seperti tiram di lautan, walau hebat dipukul gelora, tetap
bertahan, malah menghasilkan mutiara yang bernilai satu hari nanti’

6

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

“Berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana sahaja kamu berada, pasti Allah
akan mengumpulkanmu semuanya. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa atas setiap

sesuatu” (Surah Al-Baqarah, 148)

ANGELA adalah ‘turning point’ dalam perjuangan saya ini! Inilah hadiah buat Angela
a.k.a IBU TERSAYANG!
1) 7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup (2016)
2) Terima Kasih Ujian (2017)
3) Ada Apa Dengan Ujian (2018)
4) Ingin Hidup Tenang (Latest!) (2019)

Semoga Allah SWT merahmati usaha ini. Aamin.

Sahabat C anda!
Farrawati Sabli
1 September 2019 (1 Muharram 1441)

7

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 1: Bila ujian datang silih berganti
As-Sami’ (Yang Maha Mendengar)
Al-Basit (Yang Maha Melapangkan)

Ketika dirimu hampir rebah dalam masalah, iya lelah, namun kau jangan mengalah.

Ketika dirimu disakiti, iya sakit, namun kau harus bangkit.

'Oh, aku tidak tahan sis dengan ujian ini'.

Eh, kau kena bertahan, dan terus berjalan.

'Aku sedih, bukan ini yang aku mahu'

Tapi kau harus belajar untuk terima.

Saya pernah berada dalam tekanan yang dahsyat satu ketika dahulu. Tiga masalah besar
datang dalam satu masa. Berat untuk ditanggung. Fasa awalnya, saya menangis. Saya
mempersoalkan, ‘mengapa aku diuji sebegini teruk?’. Puas saya menangis, namun, tidak
nampak jalan penyelesaian untuk keluar dari masalah itu.

Fasa kedua, saya sudah penat menangis. Saya mula memujuk hati untuk menerima setiap
apa yang berlaku. Perlahan-lahan saya rasakan cahaya yang malap bertukar menjadi
terang. Oh, itu jalan penyelesaian. Iya, ada pintu yang sedang terbuka di hadapan sana.
Dan, saya jalan terus, tidak mahu lagi undur ke belakang.

Fasa ketiga, saya menangis lagi. Namun, tangisan ini bukan lagi kerana ujian yang berlaku.
Ini adalah tangisan kesyukuran atas apa yang berlaku.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Terima kasih Ya Allah!

Terima kasih Ujian!
Kerana ujian-Mu, aku adalah ‘Aku Yang Sekarang, Bukan Aku Yang Dulu’

Kini, walau aku diuji lagi, aku mampu tenang dalam tekanan atas izin-Nya. Alhamdulillah!

Apakah rahsia untuk bangkit walau sakit dalam ujian?

Sahabat,
Rahsianya adalah ‘Power Of Surrender’. Namun, kena fahami betul-betul ya. Bukan
bermaksud berputus asa dalam hidup. Bukan. Power Of Surrender maksudnya, kita
mengakui keterbatasan kita sebagai manusia yang lemah untuk selesaikan masalah kita.
Iya, kita tidak akan mampu hadapinya sendiri tanpa pertolongan Allah.

La hawla wala quwwata illah billah (Tidak ada daya upaya kita selain dari pertolongan Allah).

8

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Berat mana pun ujian yang melanda saat ini, cari Allah dahulu. Mengadu kepadaNya. Dari
sekecil-kecil masalah, sehingga sebesar-besar masalah. Talk to Allah. Dia As-Sami’ (Yang
Maha Mendengar). Luahkan segala masalah kepada Allah, Dia Al-Basit (Yang Maha
Melapangkan)

Barangkali, sejauh ini kita berjalan, kita seringkali lupakan Dia, namun ingatlah, Dia yang
memberi ujian, Dialah juga yang memberi jalan penyelesaian.

Jom, kita berhenti dahulu baca ebook ini, dan kita berdoa. Mengadu pada-Nya tentang
kemelut ujian yang sedang melanda.

‘Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia
berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia)
sebagai khalifah (pemimpin) di bumi’ (Surah An-Naml, 62)

Bagaimana sahabat? Tenang kan? Maniskan senyumanmu saat ini ya. Tahniah!

Jom kita bercontoh dari Nabi Sulaiman yang selalu berdoa kepada Allah,

“Wahai Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-
Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, dan
aku membuat kebaikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan
rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”

(Surah Al-Naml, 19)

9

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

BAB 2: Bila tidak dapat apa yang kita mahu
Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)
Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihi)
Al-Wakil (Yang Maha Menguruskan)

Mengeluh tidak menyelesaikan apa-apa. Mengeluh hanya menambah beban.
Berhentilah mengeluh dan segera bertindak! Usah terlalu dikesali apa yang kita belum

capai, sebaliknya bersyukur terhadap apa yang dimiliki.

Kita selalu mendengar luahan ini dari orang sekeliling,

‘Cita-cita aku ni mahu jadi akauntan, tapi sekarang jadi guru’

‘Aku mahu sambung belajar hingga peringkat PHD tapi tiada geran penyelidikan. Tangguh
dulu, sekarang aku jadi konsultan hartanah’

‘Aku dulu pensyarah, sekarang konsultan kecantikan’

‘Aku dulu bercinta dengan A, alih-alih berkahwin dengan B’

Selalu terjadi begini kan?

Lain yang kita rancang, lain yang terjadi.

Dalam kes saya, dulu belajar sains 10 tahun di Universiti, cita-cita ingin menjadi pensyarah
sains, tapi tidak dapat apa yang saya mahu itu. Sebaliknya saya dapat apa yang tidak
pernah terlintas di fikiran ketika belajar dahulu.

Maksudnya apa?
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu padahal ianya tidak baik bagi kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui’ (Surah Al-Baqarah, 216)

Kadang-kadang, punca tekanan itu adalah apabila kita terlalu memaksa diri untuk
mendapatkan apa yang kita mahu. Kita sangat struggle untuk mendapat ‘itu’. Namun, tidak
dapat-dapat. Kita kejar lagi, ia terlepas. Allahu!

Ketahuilah, sebenarnya Allah mahu hadiahkan kita ‘ini’, iaitu sesuatu yang lebih baik. Iya,
kita seringkali merancang dengan cita-cita, sedangkan Allah Ar-Rahman (Yang Maha
Pemurah) Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihi) merancang dengan cinta.

‘Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang’

(Surah Ali Imran, 54)

Sahabat,

10

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Tenanglah! Acapkali kita tertekan kerana terlalu memikirkan apa yang belum kita miliki,
sehingga kita terlupa apa yang telah kita miliki. Tenang ya! Ada sesuatu yang lebih baik
sedang menunggumu. InsyaAllah!

Sekarang, renungkanlah apa yang telah anda miliki. Lihat, sudah banyak nikmat Allah telah
bagi.

Syukuri apa yang telah kita miliki, ia lebih menenangkan.

Sentiasa husnuzon kepada pencipta kita. Dia, Al-Wakil (Yang Maha Menguruskan).

“…Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya
dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya

jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah),
sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah mencukupkan
baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan

kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”

(Surah Al-Talaq, 2-3)

11

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 3: Bila tertekan dengan masalah rumahtangga
Ar-Rasyid

(Yang Maha Pemberi Petunjuk Kebenaran)
Al-Barr

(Yang Maha Sumber Segala Kebaikan)

“Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian Dia datangkan pula
guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari di mana matahari. Oh... rupanya Allah

mahu hadiahkan kita pelangi.”

Disebabkan kita ini lemah, mana mungkin kita dapat tahu hikmah sesuatu perkara
yang berlaku.

Sungguh, Allah itu Maha Tahu. Sabarlah sedikit dan yakinlah. Hikmah Allah itu lebih
indah daripada sangkaan kita kepada-Nya.

“Dan sesungguhnya, Kami telah menggilirkan hujan itu di antara mereka agar mereka
mengambil pengajaran, tetapi kebanyakan manusia tidak mahu bersyukur, bahkan
mereka mengingkari”

(Surah Al-Furqan, 50)

Saya teringat di satu program pengurusan tekanan, ada seorang peserta sampai agak
terlewat, sudah separuh perkongsian dia terlepas.

Namun, saya perasan, walau baru saja sampai, air matanya bergenang. Lalu, dia menangis
ketika terapi syukur. Mungkin terlalu banyak perkara dia simpan-simpan dalam hati yang
menyebabkan dia selalu stress.

Ketika hendak balik, dia jumpa saya.

'Syukur saya datang hari ini, kadang saya rasa tidak mampu lagi handle ujian yang saya
hadapi ini'

Beliau pun menceritakan kisahnya dan saya tekun mendengar.

'Cerita saja, as long as you trust me'

Oh, masalah rumahtangga. Berat sungguh.

'Lama-lama saya sedar puan, bila kita selalu stres, anak-anak kena tempias. Kasihan anak
saya selalu kena marah walau kesalahan-kesalahan kecil saja'

'Inilah ujian saya Puan, terima kasih kerana sudi mendengar. Sekarang perlahan-lahan saya
terima ujian ini bila saya mula cari majlis ilmu, mula mencari buku-buku agama, dan
berkawan dengan orang-orang yang dapat membimbing'

12

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Alhamdulillah, kesedaran untuk perbaiki diri, cari ilmu dan guru itu datang dengan sendirinya
kepada beliau.

Saya berkata kepadanya,

'Benar, minta kekuatan dari Allah. Kita usaha saja. Allah beri kita ujian sekali dengan pakej
kekuatan. Pasti mampu jadi kuat macam Asiah isteri Firaun. Mungkin berkat kesabaran ini,
jalan untuk Allah hadiahkan Syurga. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui'

Dan, kami berpelukan.

Selagi hidup, masalah tetap akan datang bertandang. Namun, yakinlah akan tetap ada jalan
penyelesaiannya.

Seringkali, tekanan itu mungkin berpunca bila kita terlalu sibuk mahu mengubah ‘dia’,
namun, ‘dia’ tidak mahu berubah. Sungguh sukar untuk mengubah orang lain untuk menjadi
seperti apa yang kita inginkan, maka ubahlah dulu apa yang ada dalam dirimu. Untuk
mengubah ‘dia’, serahkan kepada Ar-Rasyd (Yang Maha Memberi Petunjuk Kebenaran)

'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali
kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka'

(Surah Ar-Ra'd, 11)

Dalam hidup ini banyak kali kita menangisi ujian yang datang. Ada masa kita rasa tidak
mampu lagi berdepan dengan ujian ini.
Menangis!
Kenapa aku diuji?
Kadang kita mahu berlari hingga ke hujung dunia agar tiada lagi masalah datang.
Penat kita berlari meninggalkan masalah di dunia ini, namun masalah tetap ada.
Lalu bagaimana?
Berlarilah kepada Tuhan-Mu yang mencipta.
Bukankah dia Al-Barr, Yang Maha Sumber Segala Kebaikan.
Tapi masalahku tidak selesai lagi?
It's ok. Yang selesai ketika itu adalah hatimu yang semakin tenang. Dengan tenang, kita
senang dan menang, atas izinNya.
Apa yang perlu aku lakukan?
Kembali kepada Allah.

13

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

'Hanya dengan mengingati Allah, hati jadi tenang' (Surah Ar-Ra'd, 28)

Bertasbih kepada Allah.

'Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak
ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti
tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia Maha Penyantun, lagi Maha Pengampun'

(Surah Al-Isra', 44)

Kawan,

Besar manapun masalahmu ketika ini, ingatlah Allah Maha Besar dari segalanya.

Kawan, kuat ya, Syurga itu mahal!

14

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 4: Bila hati disakiti

As-Sobru
(Yang Maha Penyabar)

Lebih baik kita tidak disukai kerana menjadi diri sendiri, daripada disukai tetapi kita
hidup dalam keadaan berpura-pura.

Tidak semua orang akan suka dengan apa yang kita buat, tapi pasti akan ada juga
orang yang suka dengan apa yang dilakukan. Teruskan sahaja. Inilah kehidupan.

'Saya sudah buat yang terbaik. Tapi tidak dihargai, malah diperli lagi. Stres berhadapan
dengan 'orang-orang' begini'

Saya hanya mendengar, biarkan dia meluah perasaannya sambil menangis. Daripada
disimpan-simpan, baiklah dilepaskan. Sekurang-kurangnya lega sedikit masalah yang
menyesakkan dada itu.

Teringat Ustaz Aagym selalu pesan,

'Andai kita buat sesuatu untuk mengharapkan pandangan manusia, kita pasti akan stres.
Namun, buatlah sesuatu itu demi mengharapkan pandangan Allah. Kita pasti akan tenang'

'Bagaimana kak? Sakit betul berdepan dengan orang yang selalu menyakiti ni. Seksa'

'Faham dik. Mungkin ada hadiah Allah mahu bagi kau ni. InsyaAllah!’

Solusinya ada dalam Surah Al-Nahl, ayat 126-128.

'..Jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang
ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah lebih baik bagi
orang yang sabar. Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan
Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap mereka dan jangan bersempit dada
terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang
yang bertakwa dan orang-orang yang beramal soleh'

'Hadiah dari ujian disakiti itu, hatimu lebih kuat. Ada dua pilihan dik, balas atau terus sabar.
Beginilah kehidupan, kita tidak akan mampu puaskan hati semua orang'

'Jika memilih untuk sabar, ada tawaran hebat dari Allah dik'

'Tawaran apa kak?'

‘Syurga’

“Sesungguhnya, mereka yang beriman dan beramal soleh, Kami tidak akan mensia-siakan
pehala orang yang melakukan amalan baik itu. Mereka itulah yang memperoleh Syurga
‘Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, (dalam syurga itu) mereka diberi perhiasan
gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal,

15

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

sedang mereka duduk sambil bersandar di atas pelamin-pelamin yang indah. Itulah sebaik-
baik pahala dan tempat beristirehat yang indah” (Surah Al-Kahf, 30-31)

Kawan, sabar itu indah.

Kita ada Allah dan selamanya Dia tidak akan tinggalkan kita.
Suburkan sabarmu, ada ‘offer’ yang indah dari As-Sobru (Yang Maha Penyabar).

Sabar tanpa batas

“Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan
tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku (yang
bertindak) terhadap orang-orang yang mendustakan, yang memiliki segala

kenikmatan hidup, dan berilah mereka penangguhan sebentar”

(Surah Al-Muzammil, 10-11)

“Katakanlah (Muhammad), ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman!
Bertakwalah kepada Tuhanmu’. Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia
ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang

yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”

(Surah Az-zumar, 10)

Hati disakiti lagi? Maafkanlah.
Ketahuilah memaafkan tidak akan dapat mengubah masa lalu tetapi dapat memudahkan
masa hadapan.
Kentalkan Jiwamu, usah goyah dengan perasaan kerana dari situ kita akan temui
ketenangan selepas memberi kemaafan.
Pedihnya disakiti, namun pedih lagi bila menyimpannya di dalam hati.
Ia meragut ketenangan.
Bila nampak orang yang menyakiti, hati gelabah. Mahu mengelak atau mendekati. Lidah
kelu, hati meronta.
Aduh, sakitnya menyimpan perasaan itu. Kenapa tidak dilepaskan sahaja?
Semudah MAAF! Pujuk hati, ‘Aku maafkan kamu’
Aku juga tidak sempurna, ‘Aku maafkan kamu’
Aku juga mudah terlepas kata tanpa aku sedar ia menyakiti hati saudaraku, ‘Aku maafkan
kamu’

16

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Maaf! Sesudah itu, ketenangan yang hilang sebentar, telah kembali.
Alhamdulillah… ia amat membahagiakan

17

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli
BAB 5: Bila sabar itu sukar

As-Syahid (Yang Maha Menyaksikan)
Al-Hadi (Yang Maha Memberi Petunjuk)

Jika semua yang kita kehendaki sudah dimiliki, belajarlah erti SYUKUR.
Jika semua yang kita impikan belum lagi tiba, belajarlah erti SABAR
Jika setiap doa kita belum dikabulkan,belajarlah erti SETIA

Tetaplah sangka baik dengan Allah kerana kau akan temui manis itu ada di akhirnya.
Siapa yang dapat membaca Takdir?
Ya… tiada.

Percayalah… apa yang Allah takdirkan itu baik-baik belaka.

'Ingat senangkah mahu sabar sis, kalau sis di tempat saya, sis mengeluh juga dengan ujian
saya ni. Setiap malam saya menangis mengenang nasib yang menimpa. Lepas satu, satu
ujian datang'
Dear,
Memang berkata tentang sabar itu mudah, semudah dizahirkan dengan kata-kata.
Iya, aku sabar. Aku redha. Semudah itu.
Tapi kenapa hati tidak tenang? Masih mengeluh. Sukarnya sabar dan syukur.
Ustaz Yusuf Mansor kata, 'Upgrade keyakinan kita kepada Allah. Yakin saja pada Allah'
Bertanya pada diri, 'Di mana letaknya Allah di hatimu?'
Lalu, pujuklah hati, apa saja ujianmu, pilihlah untuk kembali kepada Allah dulu.
Ujian hidup memang tidak akan pernah habis.
Kita harus bijak memilih, kerana hidup ini adalah pilihan.
Teringat satu kata-kata,
Ketika kita hampir putus asa, pilihlah untuk terus melangkah.
Ketika kita keliru dengan takdir, pilihlah untuk percaya itulah yang terbaik.
Ketika kita kecewa, pilihlah untuk bersyukur.
Ketika hidup ini penuh dengan dugaan, pilihlah untuk berserah.

18

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Perkara yang indah dalam hidup tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali ia dapat
dirasai dengan hati.

Sebab itu kita boleh lihat ada orang tenang dalam ujian, dan ada yang tidak tenang.

Yang tenang, pilihan mereka adalah sabar, syukur & usaha tanpa jemu.

Hari ini, apakah pilihan kita?

Berdoalah tanpa jemu, Allah tidak akan pernah jemu mendengar doa kita. Dia As-Syahid
(Yang Maha Menyaksikan), Al-Hadi (Yang Maha Memberi Petunjuk)

Berdoalah, Dia Dekat!

‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan

permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.
Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-

Ku, agar mereka beroleh kebenaran’ (Surah Al-Baqarah, 186)

Berdoalah, Dia akan kabulkan!
‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu’

(Surah Al-Ghafir, 60)

19

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 6: Bila tertekan dengan bebanan hutang

Ar-Razzak – Yang Maha Memberi Rezeki
Al-Fattah – Yang Maha Membukakan
Al-Ghanniyu – Yang Maha Kaya

Al-Mughni – Yang Maha Memberi Kekayaan

Yakinlah bahawa apabila Allah mengambil sesuatu daripada genggamanmu, itu
bermakna DIA sedang membuka tangan yang satu lagi untuk memberikan sesuatu

yang tidak pernah engkau sangka.

Percayalah dengan janji Allah. DIA tidak akan pernah mengecewakanmu.
“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat
menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka
Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Dan Dialah yang berkuasa atas hamba-hamba-

Nya. Dan Dia Mahabijaksana, Maha Mengetahui” (Surah Al-An’am, 17-18)

'Aku cemburu tengok kawan-kawan lain sis, kaya dan berjaya. Aku ni, mungkin sudah
takdirnya hidup dalam kemiskinan. Hutang aku keliling pinggang. Aku selalu kecewa dengan
Tuhan'
‘Masya-Allah, berapa umur kamu sekarang dik?'

'Masuk 32 tahun, banyak benda aku rancang tapi asyik gagal saja. Aku putus asa, biarlah
hidup dalam miskin macam ni'

Dear,

Mungkin masalah ini hanya sebab salah faham tentang Tuhan. Dia tidak pernah berhenti
cukupkan keperluan kita. Di negara kita, belum ada orang yang mati kelaparan.

Maksudnya apa?

Allah bagi kita rezeki yang cukup. Tiada istilah miskin.

Jom rujuk Al-Quran,

'Dan sesungguhnya Dialah yang memberikan kekayaan dan kecukupan'

(Surah Al-Najm, 48)

Tugas kita menjemput rezeki dari Allah Yang Maha Kaya, Dia Ar-Razzak (Yang Maha
Memberi Rezeki), Al-Fattah (Yang Maha Membukakan), Al-Muqit (Yang Maha Memberi
Kecukupan), Al-Mughni (Yang Maha Memberi Kekayaan).

20

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bangkitlah, mintalah pada-Nya. Jangan meminta pada manusia.

Berhenti mengeluh, atur strategi baru dan libatkan Allah dalam setiap urusanmu.

Dia Maha Baik, dan atur rezeki kita dengan sebaiknya. Walau kita selalu mahu cepat,
namun Dia akan beri di waktu yang tepat, InsyaAllah. Sabar ya!

Teruskan meminta pada Allah! Teruskan memberi pada manusia!

Zikir Mujarab Untuk Luas Rezeki Dan Lunas Hutang

Berdasarkan Surah Ali Imran, ayat 26-27.

“Wahai Tuhan Pemilik Kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang
Engkau kehendaki, dan Engkau menarik kekuasaan daripada sesiapa pun yang Engkau

kehendaki. Engkau memuliakan sesiapapun yang Engkau kehendaki dan Engkau
menghinakan sesiapapun yang Engkau kehendaki. Di tangan (kekuasaan) Engkaulah segala

kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Engkau memasukkan malam ke dalam siang dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam.
Dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati ke
dalam yang hidup. Dan Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa
perhitungan”

Ingin kaya, mohonlah kepada Yang Maha Kaya.

“Milik-Nyalah apa yang ada di bumi. Dan Allah benar-benar Maha Kaya, lagi Maha Terpuji”
(Surah Al-Hajj, 64)

Kawan, mungkin juga masalah rezeki ini apabila kita tidak faham sumber rezeki. Mungkin
selama ini kita terlalu fokus kepada usaha mencari rezeki, sedangkan dalam al-Quran, ada
lapan jalan rezeki. Ia adalah:

1) Rezeki yang dijamin

“Dan tidak satupun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin
Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua
(tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)” (Surah Hud, 6)

2) Rezeki yang tidak terduga

“…Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.

21

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan
ketentuan bagi setiap sesuatu” (Surah At-Talaq, 2-3)

3) Rezeki kerana anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi
rezeki kepada mereka dan kepadamu. Membunuh mereka itu sunggah suatu dosa yang
besar” (Surah Al-Isra’, 31)

4) Rezeki kerana istighfar

“Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh,Dia
Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,
Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu
dan mengadakan sungai-sungai untukmu” (Surah Nuh, 10-12)

5) Rezeki kerana menikah

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-
orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan karuniaNya.
Dan Allah Mahaluas (pemberianNya), Maha Mengetahui” (Surah An-Nur, 32)

6) Rezeki kerana bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azab-Ku sangat berat”

(Surah Ibrahim, 7)

7) Rezeki kerana sedekah

“Barang siapa menginfakkan hartanya di jalan Allah, maka Allah melipatgandakan ganti
kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah
kamu dikembalikan” (Surah Al-Baqarah, 245)

“Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji
yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah
melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Lagi Maha
Mengetahui” (Surah Al-Baqarah, 261)

8) Rezeki kerana usaha

“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan
sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi
balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada
Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)” (Surah An-Najm, 39-42)

22

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli
Bab 7: Bila berada dalam takut dan cemas

Al-Haqqu (Yang Maha Benar)
As-Somadu (Yang Maha Diharapkan/Diperlukan)

Terlalu banyak perkara tidak dijangka dan tidak dipinta namun ia tetap terjadi.
Semuanya rahsia Allah dan berlaku kerana dengan izin-Nya.

Lantas di saat hati yang sedang gelisah, ucapkanlah:

'La Haula Wala Quwwata Illah Billah’,

Kuatlah untuk menghadapi apa yang mendatang. Allah itu penuh rahsia, yang
rahsianya amat istimewa buat aku, kamu dan dia.

Jemputan ceramah jam 8.00 pagi, dan saya sampai jam 8.10 pagi kerana tersesat jalan
menuju ke sekolah itu.

Masuk dewan, murid sudah menunggu.

'Assalamualaikum & Selamat Pagi Puan'

Saya senyum, dan jawab salam itu bagi menyembunyikan perasaan cemas kerana terlewat
itu.

Ketika aktiviti menulis impian, saya selitkan sebuah renungan.

'Adik-adik, cuba bayangkan anda berada di tepi pantai yang indah. Anda lihat ada sebuah
sampan kecil di lautan biru. Sampan itu terumbang ambing mengikut arah angin. Kadang ke
timur, kadang ke barat, ke utara & selatan. Sampan itu tidak tahu ke mana arah hendak
dituju. Akhirnya karam di lautan dan terdampar di tepi pantai'

'Adik-adik, cuba bayangkan pula sebuah kapal besar di tengah lautan. Ada nakhoda yang
membawa kapal itu menuju ke destinasi. Jika ada gelora yang melanda, kapal itu mampu
bertahan. Ada strategi menangani masalah yang datang, ada peta dan kompas. Akhirnya,
kapal besar itu berjaya tiba ke destinasi yang dituju'

'Adik-adik, tuliskan impian anda di sebuah kertas. Impian UPSR, impian ke mana mahu

sekolah menengah. Ke mana selepas graduasi? Mahu kerja apa? Kena pasang impian
besar’

Beginilah kehidupan. Setiap hari kita akan berdepan dengan ujian. Namun, andai kita punya
impian yang besar, kita seperti kapal besar itu, mampu hadapi setiap masalah yang datang
tanpa diundang. Dan paling penting kita harus berpaksi kepada peta dan kompas dalam
kehidupan.

Apakah peta dan kompas dalam hidup kita?

23

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Jadikan Al-Quran sebagai panduan. Amalkan.

Agar kita tidak terumbang-ambing dalam hidup, dan sampai kepada matlamat yang ingin
dituju. InsyaAllah!

Lalu, apakah korelasi cerita sesat, lambat, cemas, impian hidup, sampan kecil, kapal besar
itu?

Sekali lagi, jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Tatkala kita cemas, takut, dan resah. Allah kata dalam Al-Quran,

'Dan, Kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira bagi orang-orang yang sabar'
(Surah Al-Baqarah, 155).

Maka, bersabarlah! Dia As-Sobru (Yang Maha Penyabar).

'Puan, kami takut, UPSR tidak lama lagi'

'Ingatlah, hanya mengingati Allah hati menjadi tenang' (Surah Al-Ra'd, 28)

Berdoalah!

'Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia
berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia)
sebagai khalifah di bumi?' (Surah An-Naml, 62)

Segalanya ada dalam Al-Quran.

'Tenang adik-adikku, orang tenang akan senang menjawab soalan peperiksaan. Bila
senang, InsyaAllah anda akan menang'

Begitulah, tenang dalam tekanan!

Kawan, apalagi tekanan hidupmu di dunia ini? Bukalah, Al-Quran, jawapan ada di dalamnya.

Al-Quran adalah kalam Allah, petunjuk jalan untuk kita berjalan dengan tenang di muka bumi
ini.

Terima Kasih Ya Rabb! Engkau Al-Haqqu (Yang Maha Benar), As-Somadu (Yang Maha
Diharapkan/Diperlukan.

Ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut

Dia (Zakaria) berkata, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah
dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam

berdoa kepada-Mu, ya Tuhanku’

(Surah Maryam, 3-4)

24

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 8: Bila ‘struggling life’
Al-Khaaliq (Yang Maha Mencipta)

Al-Mukmin (Yang Maha Pemelihara Keamanan)
Ar-Raqib (Yang Maha Mengawasi)

Sesuatu yang terjadi itu telah ditetapkan, ikhlaskan diri untuk menerimanya. Andainya
takdir itu ditolak sedang ia tetap hadir, di situ akan lahirnya sebuah penderitaan.

Terimalah ketetapan dari Tuhan-Mu itu. Percayalah, kau mampu hadapi!

Selepas berusaha, serahkan secara total kepada Allah Al-Khaaliq (Yang Maha Mencipta)
untuk mengatur hidup kita. Namun, ada orang yang menghadapi kehidupan yang sangat
‘struggle’.

Apa sebabnya?
“Biarkanlah Aku (yang bertindak) terhadap orang yang Aku sendiri ciptakannya. Dan Aku
berikan baginya kekayaan yang melimpah. Dan anak-anak yang selalu bersamanya. Dan
Aku berikan kelapangan (hidup) seluas-luasnya. Kemudian dia ingin sekali Aku
menambahnya. Tidak boleh! Sesungguhnya dia telah menentang ayat-ayat Kami (al-quran).
Aku akan bebankannya dengan pendakian yang payah” (Surah Al-Muddasir, 11-17)

Kadang-kadang kita tidak sedar kita sedang menghadapi 'struggling life'.

Apa maksudnya?

Mudah marah

Mudah mengeluh

Rezeki sendu dan cepat keluar

Masalah bertimpa-timpa

Penat

Bosan

Suka bertangguh

Semuanya menyebabkan 'energi' kita rendah, dan kita dapat pakej 'struggling life' seperti
diatas.

Maka, sebab itulah kita kena selalu audit diri kita.

Banyak perkara yang perlu kita audit, sehingga kita tiada masa untuk audit diri orang lain
dalam kata lain (membawangkan orang lain).

25

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

InsyaAllah! Bila kita mengikut arus panduan kehidupan seperti yang termaktub dalam Al-
Quran, kehidupan kita lebih tenang dan senang. Rezeki pun datang!

Andai melawan arus, disitulah 'struggling life' berlaku.

Serahkan kepada Allah, Dia Al-Mukmin (Yang Maha Pemberi Keamanan), Ar-Raqib (Yang
Maha Mengawasi).

“Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada
sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat, Lagi Maha Perkasa”

(Surah Al-Syura, 19)

26

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 9: Bila hidup dengan pelbagai persoalan

Ringankanlah dirimu menerima apa yang sudah menjadi kehendak-Nya. Dia akan
membuka jalan keluar dari kesulitan. Wahai yang Maha memiliki hati, ajarkan kami

tentang keikhlasan….

“Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang
apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan
bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri. Lambung
mereka dari tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh
harap, dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka. Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka
iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap

apa yang mereka kerjakan” (Surah As-Sajdah, 15-17)

Mengapa aku diuji?

‘Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah
tertulis di dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya, itu semua
mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang hilang daripada kamu,
dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak
menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri’ (Surah Al-Hadid, 22-23)

Apa juga ujianmu, serahkan kepada Allah SWT. Dia Al-Baari’ (Yang Maha Membentuk),
Al-Khabir (Yang Maha Mengetahui Rahsia).

Bagaimana keluar dari masalah?

‘Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (nama-Nya)
sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. Dialah
yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikat-Nya (memohon keampunan untukmu),
agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Dan Dia
Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman’ (Surah Al-Ahzab, 41-43)

Yakini Allah Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihi), As-Salam (Yang Memberi Kesejahteraan),
Al-Muhaimin (Yang Maha Memberi Perlindungan)

Apa yang perlu aku lakukan ketika aku diuji?

‘Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya, dan Dia memberinya rezeki yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan
ketentuan bagi setiap sesuatu’ (Surah At-Talaq, 2-3)

Ya Allah, Engkau memberi ujian, Engkau juga yang memberi jalan keluar. Engkau Al-Fattah
(Yang Maha Membukakan), Ar-Razzak (Yang Maha Memberi Rezeki),

Al-Ghanniyu (Yang Maha Kaya), Al-Mughni (Yang Maha Memberi Kekayaan)

27

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Apakah aku kuat dengan ujian ini?
‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya’

(Surah Al-Baqarah, 286)

Mohonlah kekuatan kepada Al-Qawiyyu (Yang Maha Kuat)

Siapa yang boleh aku harapkan untuk membantuku?
‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin
Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk
menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) dan ingatlah, Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu’ (Surah At-Taghabun, 11)

Yang boleh membantumu hanya Al-Alim (Yang Maha Mengetahui)

28

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 10: Bila hidup dalam keadaan berdosa
Al-Ghaffur (Yang Maha Pengampun)

At-Tawwab (Yang Maha Menerima Taubat)

“Apabila kamu sedang gundah, sedih dan kerisauan sedang menyesakkan dadamu,
maka senyumlah, kerana kesedihan yang kamu rasakan tersebut kemungkinan adalah

penghapus dosa dan kesalahanmu.

Apabila kamu terbaring di atas tilam putih, maka senyumlah, kerana sakit yang
menimpa kamu adalah pencuci dosa dan membersih kesalahan-kesalahan kamu.
Senyum juga adalah ubat bagi hatimu dan sesuatu yang boleh membuatkan kamu

kembali dekat dan semakin dekat kepada Tuhan.

Apabila kamu dianiaya dan dihina oleh orang lain, maka senyumlah, kerana kamu
adalah orang yang teraniaya bukan orang yang menganiaya. Panjatkan puji syukur

kepada Allah s.w.t yang telah menjaga diri kamu hingga kamu tidak berada pada
posisinya dan ia pula tidak berada pada posisi kamu.”

(Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni)

Bila audit diri sendiri dan mengenang dosa lalu, menitis air mata.

Celah mana kita ini hebat andai Allah buka aib kita.

Allahuakbar!

Jom kita perbanyakkan audit diri, bukan audit orang lain.

Syukur, Allah masih beri peluang untuk taubat, menangisi dosa lalu.

Astagfirullahalazim!

Astagfirullahalazim!

Astagfirullahalazim!

Air mata gugur menangisi dosa lalu adalah proses membersihkan hati. InsyaAllah, kita
beroleh hati jadi tenang.

Terima kasih Ya Allah!

Aku hamba yang berlumur dosa, ingin kembali kepada-Mu.
“…Inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang sentiasa
bertaubat kepada Allah dan memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya). Iaitu orang-
orang yang takut kepada Allah Yang Maha Pengasih, sekalipun tidak kelihatan olehnya dan

29

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

dia datang dengan hati yang bertaubat, masuklah ke dalam Syurga dengan aman dan
damai. Itulah hari yang abadi” (Surah Qaf, 32-35)

Namun, sebagai hamba yang lemah, hamba yang khilaf, terlalu mudah kita tergelincir dalam
dosa.

Syukur andai cepat tersedar.

Muhasabah lagi,

Memohon ampun.

Selalu ujianlah membawa kita kembali kepada Allah.

‘Ya Tuhan, kami ingin kembali kepada-Mu. Engkau Al-Ghaffar (Yang Maha Pengampun),
At-Tawwab (Yang Maha Menerima Taubat)’

Lalu, apa kata Allah?

“Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan kembalilah
kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu,
kemudian kamu tidak ditolong” (Surah Az-Zumar, 53-54)

Terima kasih ujian!
Terima kasih Ya Rahman, Ya Rahim. Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Pada ‘istighfar’, ada ketenangan.
Ketenangan itu rezeki.

Panduan doa taubat

“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu,
dan cucu-cucu kami (juga) umat yang berserah diri kepada-Mu dan

tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah dan terimalah
taubat kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat,

Maha Penyayang”

(Surah Al-Baqarah, 128)

30

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

BAHAGIAN 2: Formula Bijak Urus Tekanan Dari Al-quran

Bab 11: Formula SS (Syukur dan Sabar)

“Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan
janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah bersama orang-
orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah, 152-153)

Ya Allah. Engkau Ya Syakur. Jadikan kami hamba yang bersyukur!

Ya Allah. Engkau Ya Sobur. Jadikan kami hamba yang bersabar!

Sungguh, kami ingin mencari redha-Mu Ar-Rasyid (Yang Maha Pemberi Petunjuk
Kebenaran)

31

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 12: Mencari redha Allah
Kadang-kadang kita rasa seperti sudah jauh kita berjalan.
Kita berjalan menuntut ilmu.
Kita berjalan mencari ketenangan di sana sini.
Banyak tempat kita berguru, menuntut ilmu.
Namun, kenapa jiwa masih terasa kosong?
Apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini?
Kita minta pekerjaan, Allah beri.
Kita minta jodoh, Allah beri.
Kita minta anak, Allah beri.
Minta kereta, minta rumah, semuanya Allah beri.
Lalu, apa lagi yang kita cari?
“Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir
dan miskin dan orang-orang dalam perjalanan. Itulah lebih baik bagi orang-orang yang
mencari keredhaan Allah dan mereka itu orang-orang yang mendapat kejayaan dan
kesejahtaraan” (Surah Ar-Rum, 38)
Rupa-rupanya, ketenangan hakiki itu kita akan temui sekiranya kita mencari keredhaan
Allah, dalam apa juga kita lakukan.
Pada redhanya Allah, ada kejayaan dan ketenangan yang menanti.
Andai bukan di dunia, pastinya di akhirat nanti.
Dia Al-‘Adl (Yang Maha Adil)
Jom, kita cari keredhaan Ilahi.
Jiwa tenang, itu yang pasti!

Antara cara untuk mencapai keredhaan Allah:

Memberi makan kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan

“Dan berikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang
ditawan. (Sambil berkata), “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah
kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan terima kasih
dari kamu. Sungguh, kami takut akan azab Tuhan pada (ketika) orang-orang berwajah
masam penuh kesulitan” (Surah Al-Insan, 8-10)

32

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 13: Redha dengan ujian

Ada seorang sahabat saya, diuji dengan sakit. Tiba-tiba teringat dia tadi, dan saya pun
mesej bertanya khabar.

'Aku ni, begini-begini lah. Umur saja makin bertambah'

Dia bagi ikon smile-smile lagi.

Beliau diuji kemalangan pada tahun 2004, mendapat kecederaan tulang belakang C4 & C5.
Disebabkan itu, dia hilang upaya kekal dari paras dada hingga kaki.

Terakhir saya lawat tahun lepas di rumahnya, tidak lekang oleh senyuman. Saya sajalah
menahan-nahan air mata melihat keadaannya.

Kini, masuk 15 tahun beliau terlantar dan dijaga oleh ibunya.

'Syukur Farra, ada mama uruskan saya sepenuhnya. Saya redha dengan segala ketentuan
Allah ini'

Allahuakbar, begitulah kuat seseorang itu apabila redha dengan takdir.

Keluhan walau ada, mungkin ditahan. Hari-hari yang dilaluinya hanya diatas katil, menunggu
malam bertukar siang, siang bertukar malam selama 15 tahun.

Benarlah, pada redha ada syukur & sabar.

Itulah kekuatan.

Kawan, sehebat apapun ujian,
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya’

(Surah Al-Baqarah, 286)

Pakej Allah bagi cukup lengkap.

Ujian - sabar - syukur = Redha

Semua yang berlaku adalah 'bersebab', dan hanya Dia yang tahu insan pilihannya untuk
diuji. Tiada perkara yang berlaku tanpa izinNya.

Teringat kisah Nabi Ayub as yang menderita atas penyakit kulit yang kronik. Walau seluruh
anggota badannya sakit, namun hati dan lisannya tidak pernah berhenti zikir dan mengingati
Allah.

Dalam Al-Quran menjelaskan,
“Dan ingatlah kisah Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, (Ya Tuhanku), sungguh aku
telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang
penyayang. Maka Kami kabulkan doanya, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya
dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan (Kami lipatgandakan jumlah mereka)
sebagai suatu rahmat dari Kami, dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang
menyembah Kami” (Surah Al-Anbiya, 83-84)

33

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Kisah Nabi Ayub as menyedarkan kita bahawa dunia ini hanyalah ladang akhirat, sementara
kewajipan seseorang ialah bersabar terhadap setiap cubaan yang dideritainya di dunia,
kemudian bersungguh-sungguh ketika menunaikan hak Allah SWT dan bersabar dalam
keadaan senang mahupun susah.

Sahabat, apakah ujian anda hari ini? Masihkah lagi mengeluh?

Redha atas apa juga takdir yang Allah SWT tetapkan. Dia Al-Muqtadiru (Yang Maha
Menentukan).

34

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 14: 10 cara tenang untuk menang

#1

Jangan terlalu fikirkan hasil, tenang. Usaha. Bila kita tenang, aura lebih terserlah. Hargai
usaha dan serah pada Allah swt. Hati kita dalam genggaman-Nya.

#2

Bebaskan diri dari penghargaan manusia, jangan merasa hebat. Dia yang Maha Hebat yang
menjadikan diri kita hebat. Jika kita niat untuk buat baik, Dia akan balas dengan kebaikan.
InsyaAllah!

#3

Jangan terlalu rasa bersalah, ia akan melemahkan 'energy' kita. Taubat dan perbaiki
kesilapan.

#4

Kita tahu dunia ini tempat ujian, markahnya nanti di Padang Mahsyar. InsyaAllah, kita akan
tenang kerana sentiasa ingat ada mengumpul banyak bekalan untuk dibawa pulang.

#5

Dunia bukan tempat berlumba, tetapi untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk fokus
dicakap orang baik, tetapi perlu menjadi orang yang baik. Bukan sebab hendak tunjuk hebat
tapi ia ibadah. Sentiasa periksa ketulusan hati.

#6

Maksimakan ikhtiar. Atur strategi dan taubat terus menerus. Sentiasa tenang, pasti ada
jalan. Sebab rezeki susah kerana terhalang oleh dosa. Jadi banyakkan taubat, Allah akan
membuka rezeki tanpa disangka.

#7

Hidup harus lurus, harus ada ketulusan dn keikhlasan. Andai tiada, usaha kita tidak menjadi
amal kebaikan.

#8

Ketika kita mahukan sesuatu, bertenanglah untuk menghadapi prosesnya. Setiap satu doa,
Allah akan jawab.

#9

Tiada orang yang lebih hebat dan kuat tanpa mengatasi masalah. Jika mahu naik kelas, kita
mesti mengatasi masalah. Ubah definisi masalah menjadi positif.

35

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

#10

Mengeluh hanya menambahkan masalah. Tangani dengan rasa syukur,banyak beramal,
sedekah dan berdoa. Tenangkan hati yang gelisah. Masalah itu, Sang Pencipta yang izinkan
ia berlaku.

36

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 15: 10 prinsip sangka baik dengan ujian
1. Tidak akan bergerak sesuatu zarah itu jika bukan dengan izin-Nya.
2. Tidak mungkin Tuhan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
3. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya
4. Bila berlaku sesuatu, muhasabah diri. Sebelum salahkan orang, salahkan diri sendiri
dahulu.
5. Cari pengajaran dalam setiap perkara.
6. Jika Allah kata jadi, jadilah, Kun Fa Ya Kun
7. Tidak ada yang mustahil bagi Allah swt
8. Allah swt mengikut sangkaan hambaNya
9. Tidak ada daya upaya kita, selain dari pertolongan Allah swt
10. Man Jadda Wa Jada, siapa berusaha pasti berjaya.

37

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 16: 10 cara urus tekanan dengan bijak dari Al-Quran

1) Sangka baik

‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu padahal ianya tidak baik bagi kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui’

(Surah Al-Baqarah, 216)

2) Perbaiki diri, cari ilmu dan guru

‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri
yang mengubah apa yang ada pada diri mereka’ (Surah Ar-Ra’d, 11)

3) Sabar

‘Dan Kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘innalillahi wa inna ilaihi
rajiun’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali’

(Surah Al-Baqarah, 155-156)

4) Yakin, kita pasti mampu hadapi

‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya’

(Surah Al-Baqarah, 286)

5) Beriman dan hanya mengharapkan pertolongan Allah

‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin
Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk
menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) dan ingatlah, Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu’

(Surah Al-Taghabun, 11)

6) Berhubung dengan Allah SWT

‘Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia
berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia)
sebagai khalifah (pemimpin) di bumi?...’ (Surah An-Naml, 62)

7) Takwa dan tawakal kepada Allah SWT

‘Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya, dan Dia memberinya rezeki yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan
ketentuan bagi setiap sesuatu’ (Surah At-Talaq, 2-3)

38

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

8) Berdoa

‘Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka
sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa
kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar
mereka beroleh kebenaran.’ (Surah Al-Baqarah, 186)

9) Bersyukur

‘Sekiranya kamu bersyukur, pasti kami menambah (nikmat) kepadamu’ (Surah Ibrahim, 7)

10) Kembali kepada Allah SWT

‘Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang tenteram dengan mengingati
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram’ (Surah Al-Ra’d,

39

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 17: Ketika gagal, bagaimana hendak bangkit?
#1
Jika mahu menangis, cukup seminggu
#2
Jika gagal 10 kali, bangkit untuk kali ke 11
#3
Proses mesti betul, agar hasil betul
#4
Jangan bergantung dengan orang lain
#5
Kita harus bahagia dengan apa yang kita ada
#6
Berhenti salahkan orang lain
#7
Muhasabah diri
#8
Sungguh-sungguh cari ilmu
#9
Tanya diri sendiri, pasti ada sebabnya
#10
Disiplin, dan buat yang terbaik sehingga habis

40

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 18: Petua Tenang Sepanjang Hari

1) Bangun tidur, baca doa 'Alhamdulillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin
nushur' (Segala puji bagi-Mu ya Allah, telah menghidupkan kami setelah kami mati
(membangunkan kami dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dibangkitkan).

2) Berdoa dulu dan bersyukur.

'Syukur Ya Allah, aku ada satu hari lagi untuk beramal dan memberi manfaat buat orang
lagi. Syukuri apa yang telah anda miliki.

3) Walaupun banyak masalah, jangan fikir masalah. Besarkan Allah, masalah jadi kecil.
InsyaAllah!

4) Bangun tidur, jangan terus capai telefon dan buka FB, wasap, insta dan sebagainya.
Sebab bila kita terbaca berita yang membawa kemarahan, boleh jadi sepanjang hari kita
akan marah.

5) Kurangkan menonton sinetron pergaduhan suami isteri, boleh jadi kita juga akan
bergaduh suami isteri.

6) Pagi-pagi dengar motivasi yang merangsang minda. Sarapan pagi itu penting, sarapan
rohani juga teramat penting dikala menghadapi hari-hari yang membuatkan kita selalu
tertekan.

7) Programkan minda dengan perkara positif sebelum tidur dan ketika bangun dari tidur.
Sejam pertama selepas bangun tidur amat penting untuk kawal diri agar positif.

8) Beri nasihat kepada orang lain, anak-anak dan rakan-rakan di FB. Aktiviti ini sebenarnya
menasihati diri kita sendiri. Jangan terlalu sok-sok baik pula, nanti orang krik-krik. Jadi diri
sendiri sahaja. Be humble!

9) Hidup ini pilihan. Pilihlah untuk cari ketenangan, bukan kekacauan.

10) Ingatlah Allah, jiwa akan tenang (Surah Ar-Ra'd, 28)

41

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 19: Man Jadda Wa Jadah

“Sungguh usahamu memang beraneka macam. Maka barang siapa memberikan (hartanya
di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga),
maka akan Kami mudahkan baginya menuju kemudahan (kebahagian)” (Surah Al-Lail, 4-7)

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan
diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke
dalam syurga-Ku” (Surah Al-Fajr, 27-30)

“…Dan Allah berfirman, ‘Aku bersamamu.’. Sesungguhnya, jika kamu melaksanakan solat
dan menunaikan zakat, serta beriman kepada rasul-rasul-Ku, dan kamu membantu mereka,
dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik. Pasti akan Aku masukkan ke dalam
syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai” (Surah Al-Maidah, 12)

Action Plan:

1) Ingat Allah dengan solat malam dan baca al-quran

“Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari,
kecuali pada sebagiannya (tidak sepenuh malam). Iaitu separuh daripadanya atau kurang
sedikit daripada itu. Atau lebih daripada (seperdua), dan bacalah al-Quran itu dengan
perlahan-lahan. Sesungguhnya, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan
pada waktu itu) lebih memberi kesan” (Surah Al-Muzammil, 1-6)

2) Ingat Allah setiap masa dengan berzikir

(Surah Al-Muzammil, 20)

Inspirasi kematian yang menghidupkan jiwa

Ini antara bait-bait kata Allahyarhamah Faziani Rohban di rancangan Nona April lalu.

"Saya tidak membenci dan memarahi orang yang menghina saya, malah saya berterima
kasih sebab hinaan itu saya jadikan kekuatan dan cabaran. Selepas mengharungi pelbagai
cabaran, alhamdulillah, tahun ketiga baru orang kenal Dnars Skincare"

"Masa saya susah, saya mempunyai impian jika Allah beri rezeki, saya nak tolong orang
susah. Saya nak bawa ramai orang ke Mekah. Saya nak tolong anak-anak yatim. Saya nak
tolong itu ini. Dan Alhamdulillah, saya dapat realisasikan semua angan-angan saya. Semua
impian itu saya telah buat dan tiada tertinggal satu pun."

"Jadi, anggaplah semua cabaran dan dugaan itu sebagai tangga untuk kejayaan"

Dipetik dari: Lensa Nona Lifestyle: Rumah Faziani Rohban, Pengasas Dnars Skincare

Saat semua impian Allahyarhamah tercapai, Allah menjemputnya pulang ke Rahmatullah. Di
bulan yang mulia, dalam perjalanan menyerahkan zakat.

Kebaikan yang selama ini disembunyikan, satu persatu diceritakan oleh orang-orang yang
pernah dibantunya. Allahuakbar!

42

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Kawan,

Bila mendengar impian Allahyarhamah, jom sama-sama kita audit semula impian kita.

Andai Allah beri kita rezeki kekayaan satu hari nanti?

Adakah impian kita itu hanya untuk manfaat diri sendiri atau lebih kepada mahu tolong orang
lain?

Tepuk dada, tanya iman.

Al-Fatihah!

Semoga husnul khatimah hendaknya.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan
dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami" (Surah
Al-Anbiya', 35)

Inilah kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa kita yang juga bakal jenazah. Mati itu pasti!
“Janganlah kamu mengatakan bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka)
telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya”

(Surah Al-Baqarah, 154)
‘Hidup’ yang dinyatakan dalam ayat ini adalah hidup di alam lain yang bukan merupakan
alam kita ini, tempat mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah, dan hanya
Allah yang mengetahui keadaan kehidupan di alam tu.

43

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Bab 20: Kisah benar depresi

Pertama: Mahu terjun bangunan kerana depresi

'Saya tidak mampu lagi. Ada suara-suara dengar di telinga suruh saya terjun bangunan.
Suruh saya ambil pisau dan tikam diri. Tolong sis! Tolong!'

Tidak lama, dia letakkan telefon. Saya telefon semula dan bercakap dengan ibunya. Ibunya
kata sudah empat hari anaknya itu tidak tidur.

Ohhh, mungkin dia sudah mula halusinasi. Maka, pot pet pot pet bagi nasihat pun tidak lut
lagi di hatinya. Ketika ini, bukan kepakaran saya lagi, kita serahkan kepada yang lebih
pakar.

Segera saya jumpa dan memujuknya ke hospital mesra.

Satu kerja yang bukan mudah untuk membawanya ke hospital. Perlu taktik yang betul
kerana dia sudah berkeadaan 'abnormal'.

'Ya Allah, lembutkan hatinya. Permudahkan urusanku membantunya'

'Mahu baik kan, mahu tenang kan. Mari ikut saya ke hospital. Kita minta ubat. Saya pun
mahu jumpa Dr juga, saya pun tidak tenang. Kita sama saja ni. Kita sama-sama minta ubat
dengan Dr supaya kita tenang'

(Terpaksa tipu sunat, demi untuk membantunya)

Akhirnya, berjaya dibawa ke Hospital Mesra Bukit Padang.

Diberi suntikan.

Diberi ubat.

Dan dia direhatkan di wad.

Setahun kemudian, kami berjumpa lagi. Wajahnya ceria. Semakin cantik.

'Kak, saya terima ujian sakit saya 'schizoprhenia' ini. Setiap hari saya makan ubat. Perlahan-
lahan saya tenang dan selalu bersyukur. Terima kasih banyak kak, setiap hari saya buka FB
dan baca posting kakak, banyak bantu saya untuk tenang'

Allahuakbar!

Termenangis pula kerana saya rasa bantuan ini kecil saja. Rupanya besar maknanya pada
'dia'.

'Terus tenang ya. Walau jarang dapat jumpa, I will always beside you. I love someone yang
berjuang dengan depression. Tidak mengalah dan terus usaha. Ini semua aturan Allah dik'

Kami berpelukan.

Inilah antara sebab saya tidak boleh berhenti menulis di FB dan terus berusaha terbit buku.

44

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Kawan,

Kita semua berdepan dengan tekanan hidup. Andai tidak diurus dengan baik, tekanan itu
boleh menjadi penyakit mental seperti kemurungan, anxiety dan bipolar.

Menurut statistik, tahun 2020, penyakit mental dijangka semakin meningkat di Malaysia.

Jadi, sama-sama kita beringat dan membantu kepada mereka yang memerlukan.

Bila ada saudara-saudara, kawan-kawan atau adik beradik yang mengadu masalah stress.
Jangan ambil mudah, ada ketikanya kita tidak boleh bertangguh untuk membawa mereka ke
hospital.

Mereka tidak gila, bukan juga saka atau buatan orang, tapi tengah mengalami
'neurotransmitter' yang tidak stabil. Solusinya ada pada pakar psikiatri di hospital.

45

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

Kedua: Putus asa dalam hidup

'Salam sis, saya betul-betul stress. Lebih baik saya mati dari hidup macam ini'

Saya tarik nafas panjang sebelum membalas wasap itu.
Pertama sekali, saya kena dengar dulu kenapa dia stress. Cuba masuk ke dalam kasutnya
dan berjalan sama-sama untuk merasai sendiri apa yang dia rasa.

Oh, begitu. Allahuakbar, sedih kisahnya.
Mujur tidak terus menghakimi pada awalnya.
Tidak menuduh, 'Apa ni ada masalah tidak ingat Tuhan, terus mahu mati'

Dan, tidak juga terus berkata,
'Sabarlah. Ada hikmahnya'
Ada sesetengah kes, bukan itu yang mereka mahu.
Mereka mahu bimbingan untuk keluar dan bagaimana berdepan dengan masalah itu.

Tentang sabar, dia sudah puas bersabar. Sebab itu dia cari seseorang yang membimbing.
Dan aku dipilihnya.

Pagi tadi gembira bila dia mesej,
'Sis, alhamdulillah. Saya sudah buat step pertama iaitu bangun tahajud. Terima kasih
banyak aa'

Syukur!
Jom dear, kita terus jalan bersama, sehingga jumpa cahaya kebahagiaan itu ya. Allah yang
pertemukan kita walau hanya di alam maya.
Kuat ya! Aku juga begitu. Semoga niat membantu ini tidak tersasar dari keikhlasan. Walau
ikhlas itu belum tentu sempurna.

46

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

47

INGIN HIDUP TENANG: Rahsia Bijak Urus Tekanan Dengan Asmaul Husna Farrawati Sabli

TAHNIAH KERANA ANDA TELAH MEMBACA E-BOOK INI!

Alhamdulillah, terbitnya ebook Ingin Hidup Tenang ini adalah selepas melalui
beberapa proses semakan sebelum diterbitkan agar menjadi terbitan yang berkualiti
dan memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Namun, manusia itu lemah dan
kemampuannya terhad, sedangkan Allah SWT Maha Sempurna.

Seperti firmanNya yang bermaksud,

“Allah hendak memberi keringanan kepada kamu, sedangkan manusia itu diciptakan
dalam keadaan lemah.”

(Surah al-Nisa’, 28)

Sehubungan dengan itu, penulis yang merupakan penerbit sendiri mengalu-alukan
pihak tuan/puan untuk memaklumkan padanya sekiranya terdapat kesalahan atau
kekeliruan yang dijumpai dalam buku ini.

Segala maklumbalas mengenai buku ini boleh dihantar ke alamat email:

[email protected]

Sekian, Terima Kasih

SAHABAT….

Hasil jualan ebook ini adalah untuk diinfakkan ke tabung ‘Ingin Hidup Tenang’ di
mana tujuan penubuhan tabung itu adalah untuk membantu orang-orang tertentu
yang telah kehilangan pekerjaan akibat ‘depression’.

Tahniah kerana anda adalah salah seorang penyumbang dalam tabung ini. Semoga
anda dikurniakan rezeki yang berlipatkali ganda, diberi ketenangan dan kebahagiaan
hidup dunia dan akhirat.

Sudilah kiranya anda menghadiahkan saya testimoni agar lebih ramai lagi orang yang
dapat kita bantu.

Satu lagi, bersama jaga amanah dan akad dalam ebook ini. Tidak dibenarkan
menyebarkan ebook ini secara percuma kepada orang lain.

Boleh kan sahabat?

Sekiranya anda ingin infak lagi ke Tabung Ingin Hidup Tenang, boleh hubungi saya di
talian 0143533543 atau email [email protected].

INFAK ke akaun:
160148889834 (Farrawati Sabli)
Maybank
(Infak Tabung Ingin Hidup Tenang)

48


Click to View FlipBook Version