KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB1114 NAMA: NURIN NAZIFA BINTI MAHADZIR ANGKA GILIRAN : 2022172310042 KELAS: PPS2-7 NAMA PENSYARAH: PUAN NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL
Takrif kesusasteraan melayu ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 Jenis, Bentuk, dan Ciri -prosa tradisional -prosa moden -puisi tradisional -puisi moden Fungsi sastera Melayu -hiburan -pendidikan -dakwah -kritikan sosial pantun syair Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam karya Puisi Tradisional
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
P E N G E N A L A N Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, perkembangan masyarakat yang pesat hari ini telah mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dalam kehidupan. Apa itu kesusasteraan Melayu ? Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Secara amnya, kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.
Jenis, bentuk, dan ciri kesusasteraan Melayu PROSA TRADISIONAL PROSA MODEN PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN
P R O S A TRADISIONAL Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional bermaksud serius dan abadi nilai nya, tertinggi mutunya, dan menjadi standard kepada yang lain , mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa. Prosa tradisional pula merupakan bentuk kesusasteraan yang masih kekal sehingga ke hari ini dan masih menjadi sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadann tingkah laku, atau pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar. Prosa tradisional berbeza dengan sastera lama kerana sastera lama bersifat sementara. Namun, prosa tradisional merupakan sastera yang bersifat diwarisi secara turun-temurun walaupun dari segi jangka masa sastera itu telah lama dihasilkan. Prosa tradisional juga merupakan hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Tujuannya adalah untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu. Prosa tradisional terbahagi kepada dua genre, iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan)
sastera rakyat Berdasarkan konsep sastera rakyat, sastera ditakrifkan sebagai hasil karyakarya yang kreatif termasuk dengan daya ciptaan imaginasi pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai world view itu sendiri. Masyarakat pula bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan bersifat primitif. Rakyat pula ialah orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu sistem kekeluargaan yang besar. Antara ciri sastera rakyat ialah sastera rakyat disebar dan diwariskan secara lisan. Selain itu, sastera juga bersifat tradisional dan lama, iaitu berada dalam sesuatu kebudayaan dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi. sastera rakyat juga wujud dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi. ia juga wujud dalam variasi yang berbeza serta bersifat anonimi iaitu menggunakan nama samaran atau langsung tiada nama pencipta.
M i t o s merupakan cerita yang dianggap benarbenar berlaku dan di anggap suci oleh empunya cerita dan masyarakat yang mendukungnya. mitos menceritakan kejadian alam semesta, manusia, binatang tumbuhtumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam. ciri-ciri mitos termasuklah dianggap benar-benar terjadi, peristiwa yang aneh, tetapi penting, dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat serta berlaku pada zaman lampau. Sastera rakyat (naratif) L e g e n d a cerita yang benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci. sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya masa lampau, tetapi masih ada hubung kait dengan masa silam. mitos dalam sastera melayu terdiri daripada tiga jenis, iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik. Mitos ini mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu terutama cara pemikiran yang bersifat mistik dan bersangkut paut dengan sesuatu yang rahsia serta magis.
c e r i t a r a k y a t Cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi. Cerita rakyat merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral atau sindiran Jenis cerita rakyat ialai ceita binatang. Cerita ini ditokohi oleh binatang yang memounyai gambaran sikap dan tingkah laku seperti manusia. Sastera rakyat (naratif) Sebagai contoh, cerita sang kancil menipu Gergasi yang mengisahkan kecerdikan sang kancil menggunakan helah untuk menghalau gergasi yang mengganggu ketenteraman tempat tinggal penduduk kampung. Cerita penglipur lara atau lipur lara juga antara kumpulan cerita yang digolongkan dalam cerita raakyat. Antara ciri-ciri cerita lipur lara ialah dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain dengan tokok tambah dan ianya menjadi milik masyarakat. Contoh cerita lipur lara ialah Hikayat Malim Dewa, Hikayar Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal. Jenis berikutnya ialah cerita jenaka iaitu cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan gembira bagi orang yang mendengarnya. Antara ciri-ciri jenis ialah adanya unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam kehidupan manusia. Cerita teladan juga merupakan cerita rakyat yang mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral dan pendidikan.
Sastera rakyat (bukan naratif) - Tulisan s a s t e r a i s t a n a sastera tulisan mula diperkenalkan setelah penerimaan islam sekitar abad ke -15 dan berkembang dalam istana. Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis iaitu Unsur Hindu , Islam dan Hindu-Islam Contoh sastera hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja Pasai Sastera undnag-undang pula dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran, dan susun lapis masyarakat lama. Genre ini terbahagi kepada du akumpulan iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Contoh sastera undnag-undang ialah Hukum Kanun Melaka Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang.
P R O S A M 0 D E N Menurut Annas Hj Ahmad (1988;152) , hasil karya sastera selepas tahun 1800 Maisihi digolongkan dalam sastera moden. Pembahagian dari segi masa ini sematamata bertujuan untuk memudahkan kita untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu. Sebagai contoh, sajak bebas pada hari ini merupakan satu penyimpangan daripada bentuk puisi lama seperti pantun dan syair. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan pengkarya sastera melayu Moden. Hasil karya beliau yang terkenal ialah Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Cerpen ialah gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Cerpen berkembang apabila kegiatan persurat kabaran Melayu mencapai zaman kegemilangannya sekitar tahun 1930-an. Cerpen kebiasannya berkisar mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama. Cerpen juga membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan mendalam kepada pembaca. Terdapat satu sahaja plot didalam penulisan cerpen dan plot itu berkembang dengan rapi, teliti dan tidak rumit.
Novel pula ialah prosa rekaan yang panjang yang didalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan. Istilah novel berasal daripada bahasa itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu. Novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Menurut Shahnon Ahmad(1972:4) novel merupakan satu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Novel merangkumi tiga faktor yang berkait iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi. idea yang tercetus daripada ketigatiga rangkuman ini bukan sahaja berkisar mengenai tahap kehidupan manusia bahkan boleh berlegar di sekitar kehidupan selain daripada manusia itu sendiri. Zaman kegemilangan novel melayu adalah pada tahun 1960-an iaitu tahuntahun mengisi kemerdekaan. Hasil karya dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti.
Drama juga digolongkan dalam prosa moden. Drama merupakan salah satu bentuk karya sastera yang penulis menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan serta dialog. Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan. Antara unsur yang mendukung sastera itu ialah skrip drama itu sendiri yang menjadi panduan kepada pengatah. Setelah skrip, pengarah memegang peranan penting untuk menyelaraskan pementasan drama tersebut. Bagi melakonkan cerita pelakon ataupun watak yang memegang setiap peranan yang ditulis dalam skrip juga dianggap penting dalam unsur pementasan drama. Selain itu, pentas ataupun paggung penting dalam sesuatu pementasan itu. Dalam melaksanakan pementasan beberapa unsur seperti cahaya, bunyi, pakaian, ataupun disebut kostum, tata rias dan penonton juga unsur-unsur yang penting dalam kesempurnaan bagi pementasan drama itu.
Puisi merupakan genre sastera yang terawal bagi semua bangsa di dunia. Manurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam puisi tradisional itu ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka teki, peribahasa, rubai, masnawi, dan sebagainya. p u i s i t r a d i s i o n a l
definisi merupakan puisi melayu lama yang terkenal menggambarkan pemikiran dan nilai pada tradisi masyarakat melayu mengekspresikan peranan dan sindriran. penyampaian bersifat nasihat dan ajaran agama p a n t u n digunakan sebagai wahana pendidikan dengan mengaplikasikan gaya bahasa kiasan dan sindiran menguji ketajaman minda seseorang untuk mendapatkan jawapan Mempunyai nilai yang sangat ditelusuri fungsi dua kerat empat kerat enam kerat lapan kerat dua belas kerat tiga puluh kerat bentuk
Jenis pantun nasihat, pantun budi, pantun cinta, pantun dagang, pantun persahabatan, pantun perkenalan, pantunteka teki, pantun jenaka, pantun peribahasa, pantun kiasan, pantun nasib, pantun anak, pantun kepahlawanan, dan pantun agama. p a n t u n mempunyai pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. rima atau bunyi di akhir adalah sama. setiap baris mempunyai 4 hingga 5 perkataan. setiap baris dalam pantun juga mempunyai 8 hingga 12 suku kata fungsi contoh pantun
s y a i r d e fi n i s i s y air m e r u p a k a n s e b u a h p uisi b e rla g u y a n g m u n c ul sejak zaman pra-islam semasa kedatangan islam di Tanah Melayu syair telah diubahsuai mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik pada ketika itu j e n i s s y air s eja r a h s y air p ujia n s y air a g a m a s y air r o m a n tik s y air t e k a t e ki fu n g s i dig u n a k a n u n t u k m e n didik p e m b a c a a g a r m e n g e n al sejarah serta memberikan nasihat dan pengajaran syair teka teki digunakan untuk menduga kepintaran seseorang dalam berfikir bagi memberikan jawapan yang tepat.
s y a i r c i r i d a n b e n t u k b e n t u k s y air t e rik a t s e tia p b ait t e r diri d a rip a d a e m p a t b a ris b u n yi rim a a k hir y a n g s a m a s e tia p b a ris t e r diri d a ri 8 - 1 2 s u k u k a t a s y air m e n g a n d u n gi c e rit a a t a u n a sih a t t e r t e n t u s elu r u h b a ris d ala m s y air m e m p u n y ai isi d a n tid a k m e m p u n y ai p e m b a y a n g s y air h e n d a kla h dib a c a hin g g a a k hir u n t u k m e n g e t a h ui c e rit a di dalam syair tersebut c o n t o h s y a i r
m e r u p a k a n s e b u a h p u i s i l a m a y a n g d a h u l u n y a d i b a w a o l e h s a s t e r a H i n d u M e n u r u t I s m a i l H a m i d (1 9 8 9) i s t i l a h g u r i n d a m b e r a s a l d a r i p a d a b a h a s a S a n s k r it . M e m p u n y a i b e n t u k d a n k e l a i n a n y a n g t e r s e n d i r i w a l a u p u n b e r a s a l d a r i p a d a b a h a s a a s i n g . g u r i n d a m d e fi n i s i G u r i n d a m m e m b e r i p e n g aj a r a n k e p a d a p e m b a c a d a n m e m b i m b i n g m a s y a r a k a t k e a r a h k e m e nj a d i a n i n s a n y a n g s e m p u r n a d a r i s e g i j a s m a n i d a n r o h a n i fu n g s i b e n t u k m e m p u n y a i b e n t u k b e b a s . t i d a k b e r p a s a n g a n a t a u b e r a n g k a p j u m l a h b a r i s d a n p e r k a t a a n t i d a k m e n e n t u t i d a k m e n g g u n a k a n i r a m a y a n g s a m a p a d a h uj u n g b u n y i t e r d i r i d a r i p a d a d u a b a r i s b e r p a s a n g a n d a n b e r i r a m a (t e r i k a t)
t e r d i r i d a r i p a d a d u a b a r i s d a l a m s e t i a p b a it . s e t i a p b a r i s t e r d i r i d a r i p a d a 1 0 h i n g g a 1 4 k a t a b a r i s p e rt a m a b e r f u n g s i s e b a g a i s y a r a t d a n b a r i s k e d u a p u l a s e b a g a i j a w a b s e t i a p b a r i s m e m p u n y a i k a it a n d a n h u b u n g a n s e b a b d a n a k i b a t g u r i n d a m c i r i - c i r i g u r i n d a m b e r k a it y a n g m e m p u n y a i t e k s b e r k a it a n t a r a b a r i s s a t u d a n d u a . m a h u p u n d e n g a n b a r u s e t e r u s n y a b e r k a it a n g u r i n d a m b e r a n g k a i y a n g m e m i l i k i k a t a y a n g s a m a p a d a d u a b a r i s . O l e h it u , s e l a i n b u n y i k o n s o n a n s a m a , k a t a a w a l j u g a m e m i l i k i p e r s a m a a n . j e n i s c o n t o h g u r i n d a m
S e l o k a Definisi Puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap. Menurut kamus Dewan, sekolah merupakan sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka seloka digunakan untuk memberi pengajaran dan panduan terhadap seseorang. Seloka juga terkadang bagi menyindir, mengejek, dan menempelak seseorang tanpa menyakitkan hati mereka setiap isi dalam seloka mempunyai maksudnya yang berpendidikan Fungsi
S e l o k a Jenis seloka sindiran seloka mengejek seloka menempelak seloka nasihat seloka pengajaran seloka khayal seloka gurau senda bentuk yang hampir sama seperti gurindam, talibun, atau teromba dari segi isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran, dan dalam nada jenaka puisi bebas dan terikat Bentuk
S e l o k a ciri-ciri merupakan puisi bebas atau tidak terikat digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair, atau perumpamaan. tidak mempunyai pembayang bilangan baris dalam setiap rangkap tidak tetap jumlah perkataan dan suku kata dalam sebaris tidak tetap rima akhirnya dalam serangkap tidak tetap contoh seloka
p u i s i m o d e n Puisi merupakan sebahagian daripada kesenian yang digunakan oleh manusia untuk menyatakan dan melahirkan sesuatu. Puisi menjadi sumber kreativiti manusia kerana baris-baris puisi dihasilkan dalam pelbagai bentuk untuk melahirkan pemikiran sesorang pemuisi. Puisi moden berbentuk bebas dan tidak mempunyai ciri-ciri yang khusus seperti bebas dari segi jumlah suku kata, baris dan pembentukan rima. sajak tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir seperti dalam puisi tradisional. puisi Melayu moden mempunyai nama penulis sebagai pengakuan hak ke atas sesebuah karya walaupun menggunakan nama samaran atau nama pena Puisi melayu moden mempunyai bentuk bebas mengikut selera penulis atau penyair.
p u i s i m o d e n Mengikut Muhammad Hj Salleh (1991), rentak dan perjalanan baris serta bait rangkap puisi moden lebih mengikut nafas, fikiran dan cara bertutur tidak disekat dan ditentukan panjangnya oleh peraturan lama seperti dalam pantun dan syair. Puisi Melayu moden membawa suasana serta pandangan terhadap yang lebih moden.
F U N G S I S A S T E R A M E L A Y U
H I B U R A N Keperluan menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokkan yang indah. Hiburan terhasil dari keindahann kata-kata yanng diungkapkan irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan. masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika.
P E N D I D I K A N Fungsi karya dalam pendidikan adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. karya sastera sebagai satu bahan yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyakarat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Sebagai contoh, cerita sang kancil dengan buaya cukup terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya untuk memasyarakatkan niali, unsur moral, dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat Tanpa sedar kita telah diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula perlu mengingati bahawa betapa burukknya sikap tidak mengenang budi.
D A K W A H Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah. medium atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa Bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah ternyata efektif atau keberkesanannya. Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Ruang dialektika yang terdapat dalam dunia kesusasteraan, menjadikannya mampu menemukan warna baru dalam rangka menyampaikan pesan suci Tuhan yang disebut dengan dakwah. Pertemuan antara agama dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya meletakkan agama sebagai sistem mengatur hubungahn antara manusia dengan lingkungan sekitar masih tetap berjalan sampai sekarang.
K R I T I K A N S O S I AL Sastera adalah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehiduan manusia daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia Sastera juga adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A.Samad Said dan Dharmawijaya. karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatau yang luar biasa tetapi perkara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.
M A N I F E S T A S I A K A L B U D I M A S Y A R A K A T M E L A Y U
Pengertian paling mudah ialah budi mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan, dan dorongan. Oleh hal yang demikian, budi dapat dilihat dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa dan gaya hidup. Manakala akal dan pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar. Manifestasi ini boleh dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup. P e n g e n a l a n Puisi tradisional merupakan satu elemen yang penting bagi mengungkapkan pemikiran dan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. Oleh itu, puisi tradisional ini dapat dikatakan sebagai cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu, serta pemikiran masyarakat melayu dahulu ketika berbahasa. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran, dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran, dan sikap seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai rupa.
pemikiran Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami sesuatu dengan menerokai pelbagai kemungkinan idea. membuat pertimbangan yang wajar untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dilauli. Menurut pandangan islam, akal berfungsi untuk memerhatikan tenaga supaya otak manusia bekerja dan beroperasi. perspektif pemikiran masyarakat melayu ini secara historikal akan mengungkapkan perkembangan Melayu dari aspek budaya selaras dengan alam pemikiran mereka. Alam pemikiran sosial merangkumi akal fikiran, akal budi, alam ilmu, yang diperlihatkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan
Aspek pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat dilihat melaluo sifat kesantunan. Menurut kamus dewan (1984), santun bermaksud halus budi bahasa atau ' berbudi pekerti' dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi. Pertuturan Berdasarkan tokoh Bahasa terkenal iaitu Awang Sariyan (2007) membuat takrifan kesantunan sebagai menggunakan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia. Menurut tokoh Nusantara iaitu Hamka (1887) pernah menyatakan bahawa kecantikan abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah atau pakaian.
Perlakuan Akal budi masyarakat melayu juga boleh dilihat melalui perlakuan seharian. Menurut Kamus Dewan (1984) perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat ya ng kaya dengan tingkah laku dan hemah yang baik. Misalnya, dalam adab melayan tetamu, masyarakat melayu mengutamakan dan mendahulukan tetamu walaupun mereka sibuk dengan urusan diri sendiri Gaya hidup Akal budi masyarakat melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup. Menurut Kamus Dewan, gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan kemampuan seperti mewah, sederhana dan sebagainya. Manakala kehidupan dapat didefinisikan sebagai perihal hidup. Dalam konteks gaya hidup akal budi dapat dilihat dalam kehidupan seharian.
aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam semula jadi iaitu buah nanas dan ubi. Nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Ubi cuba dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa segi luaran semata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan rendah diri. akal budi dalam pantun Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup yang mereka anuti. Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu. contoh pantun: Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang ; Puas sudah menanam budi, Emas juga di pandang orang
Pokok senduduk begitu penting dalam masyarakat Melayu. sebelum pokok langsat yang berbuah kuning, masyarakat seolah-olah bergantung pada pokok senduduk ini. Malangnya, apabila pokok langsat yang berbuah kuning ranum untuk dimakan, pokok senduduk seolah tidak berguna lagi kerana akan diinjak-injak ketika memetik buah langsat. Segala khasiat yang pelbagai dan menyeluruh dilupakan semata mata sedikit kenikmatan dan kemanisan buah langsat. Pantun juga sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan tersendiri. Keunikan pantun terletak pada pembayang dann maksud itu sendiri. sebagai contoh: Buah langsat kuning mencelah, senduduk tidak berguna lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Buah langsat kuning mencelah, senduduk tidak berguna lagi
Kalau dilihat pada maksud tersebut, tanduk juga menjadi simbol kekayaan dan kemewahan seseorang itu tetapi sebab nilai dan keindahan gading menyebabkan tanduk tidak lagi dipandang tinggi. Begitu juga dengan pantun lain yang tidak kurang hebatnya ialah mengungkap jarum sebagai peralatan penting dalam masyarakat Melayu. Kehidupan awal seorang kanak-kanak, pantun telah memainkan peranan penting iaitu sebagai lagu menidurkan anak-anak. Contoh pantun; Buah laju-laju, Sampai pohon sena; Apa dalam baju, Sekuntum bunga cina. dan Tepuk amai-amai Belalang kupu-kupu; Tepuk adik pandai, Upah minum susu, Susu lemak manis, Santan kelapa muda, Adik jangan nangis, Mak nak buat kerjs Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Nasihat juga menjaid landasan penting untuk menyampaikan pengalaman lalu dan berguna dalam kehidupan seharian dan juga prinsip agama. Nasihat disampaikan oleh orang tua daripada pengalaman panjang yang dialami mereka untuk disampaikan kepada generasi muda yang belum melalui kerumitan dalam hidup. contoh pantun: Ada kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian Kemudian dari pantun sindir dan ejakan, pantun menjadi alatan perasaan kasih sayang, cumbuan, dan segala yang berhubungan dengannya. Hal sedemikian menjadi ruang terbesar bagi pantun. Menurut Harun Mat Piah (1989) dalam kajiannya menyebutkan bahawan 75 peratus pantun Melayu ialah pantun cinta. Pokok jelutong getah jelutun, Buat getah burung merpati; Abang berpantun adik berpantun, Dalam patun mengikat hati. Oleh yang demikian, ruang kasih sayang tersebut daripada semu aruang pantun.
Dalam aspek akal budi, penulis iaitu Hamzah Fansuri mencipta syair bertujuan untuk membetulkan perjalanan hdup manusia di dunia ini demi kesejahteraan hidup rakyat. Selain itu, penyair menganjurkan agar kita sentiasa berfikir demi membtulkan iman. Hanya melalui iman yang mantap dan jalan tauhid yang betul sahaja menyebabkan kita berjaya di dunia dan akhirat. akal budi dalam syair Syairmerupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Syair juga dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu Sy'ir tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Syair juga ialah karya kretaif lisan genre puisi tradisional. Hamzah Fansui ialai seorang Penyair dan hasil karya beliau yang paling popular ialah syair perahu yang membawa banyak pemikiran agama iaitu lebih kepada ajaran tasawuf. Inilah gerangan suatu madah, Mengarangkan syair terlalu indah; Membetulkan jalan tempat berpindah Di sanalah i'tikaf di perbetul sesudah. (rangkap 1)
Sebuah lagi syair menarik untuk dikaji ialah Syair Bidasari iaitu syair bergenre romantik yang amat popular dalam masyarakat Melayu abad ke -18 dan ke-19. Syair bidasari ialah karya asli Melayu dan dikatakan berasal dari palembang berdasarkan bebrapa faktor linguistik. Syair bidasari ini pernah diangkat dan dijadikan sebuah filem dengan judul Bidasari yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965. Syairv ini berkisar pada Bidasari seorang puteri raja yang sangat csntik. Dia tidak tahu asal-usulnya kemudian diambil sebagai anak angkat oelh sepasang padang kaya. Rtau negeri yang cemburu akan kecsntikannya kemudiannya bersekongkol membuang Bidasari ke Hutan. Di sana dia dipertemukan dengan putera traja yang kemudian mengahwininya. Wahai muda, kenali dirimu, ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalahberapa lama hidupmu Ke akhirat jua kekal diammu. (rangkap 2) Dalam rangkap kedua ini penyair meminta kita mengenali diri sendiri. Apabila sudah mengenal hakikat diri, barulah kita dapat mengenali Allah yang mencipta kita. Selain itu, penyair mengibaratkan kehidupan manusia sama seperti sebuah perahu. Kita terpaksa melayari kehidupan dunia yang sementara ini penuh dengan pelbagai ujiann seperti perahu yang dipukul gelombang.
Begitu juga masyarakat Melayu sangat menghindarkan perbuatan fitnah dalam komuniti masyarakat. Fitnah itu sesuatau petbuatan yang sangat keji dan berbahaya, Malahan perbuatan ini akan menimbulkan huru-hara dan kerosakan dalam masyakarat sendiri.. Misalnya dalam teks sejarah Melayu telah diperikan betapa bahayanya fitnah sehingga merunthkan kerjaan Kesultanan Melayu Melaka di bawah Portugis pada tahun 1511. Contoh rangkap syair 'bahaya Fitnah' Sejarah Melayu teladan utama, Bahaya fitnah sudah menjelma Si kitol, mendeliar turut sama Difitnah Bendahara busuklah nama (rangkap 1) Dengarkan tuan suatu riwayat Raja di desa Negeri Kembayar Dikarang faakir dijadikan hikayat Supaya menjadi tamsil ibarat. (rangkap 1) Sifat rendah diri sangat terserlah dalam rangkap pertama di atas. Penyair membahsakan ganti nama dirinya sebagai fakir. Sikap masyarakat Melayu sering merendahkan diri sebagai suatu adab apabila berhubung dengan orang lain. Akal budi seperti ini sentiasa mengingatkan individu tidak berasa riak denagn kelebihan yang ada dalam diri.
Brgitulah tingginya pemikiran masyarakat Melayu dijelmakan dalam puisi tradisional Syair dalam meletakka sesuatu yang begitu tinggi nilainya iaitu ilmu. Sehingga dibandingkan ilmu itu tidak mampu dibeli atau digadai dengan nilai sebuah dunia dengan segala kekayaanya. Meletakkan sesuatu ditempat yang betul menunjukkan masyarakat sudah mempunyai suatu pemikiran yang tinggi dalam membandingkan keperluan dan keutamaan dalam menjalani kehidupan seharian. Puisi seperti syair menjadi pegngan dan pedoman kepada masyarakat Melayu sebagai suatu hala tuju hidup yang sempurna. Ilmu sangat penting dan dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu.n Malahgan ilmulah yang akan membezakan kedudukan seseorang. Syair kelebihan ilmu karya Za'ba membuktikan perkara tersebut. Ilmu ialah gemala sakti Sinarnya cerah cahaya sejtai, Asal puncanya lamun didapati, Suka bercerai sehingga mati harganya tidak dapat bernilaikan; sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besar suka digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan (rangkap 1 & 2)
Rujukan KESUSASTERAAN MELAYU. (n.d.). ADOC.PUB. Retrieved March 3, 2023, from https://smktta.files.wordpress.com/2010/11/sp_sastera.pdf Azman Rahmat et.al. (2022). _Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu_. Pustaka Al-Ehsan. Konsep dan Fungsi kesusasteraan Melayu: Manifestasi Akal Budi dalam Sebuah Pantun, Syair, Seloka dan Gurindam - Flip eBook Pages 1-11. (2022, April 1). AnyFlip. Retrieved March 3, 2023, from https://anyflip.com/jbtpa/cocy/basic
terima kasih