The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshalina1, 2021-11-10 02:02:16

BUKU PROGRAM PIBG

BUKU PROGRAM PIBG

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021
KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM KATA ALU-ALUAN PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT TITLE A

Bismillahirahmannirrahim, TITLE B
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
TITLE C
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya segala perancangan dan usaha
yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dapat dilaksanakan pada hari ini secara maya. Terima TITLE D
kasih kepada semua ibu bapa yang hadir kerana kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ini menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi kolej untuk mencapai kecemerlangan dalam TITLE E
bidang teknologi, kemahiran, akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada para pensyarah yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat TITLE F
pada kali ini.

Hadirin Sekalian,

Tahun 2020 dan tahun 2021 merupakan tahun yang amat mencabar dan menguji kita khususnya dalam
mendepani pandemik Covid-19. Dalam menangani cabaran ini negara kita telah mengambil langkah
terkedepan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak pelaksanaan beberapa siri
PKP, semua Institusi Pendidikan telah diarahkan untuk menangguhkan operasi sama ada pentadbiran
mahupun aktiviti akademik masing-masing.

Apabila sekolah ditutup pastinya pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat
dilaksanakan. Namun begitu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak sekolah komited
untuk terus menyediakan akses pendidikan kepada semua pelajar khususnya para pensyarah di kolej ini.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan pensyarah yang telah
bertungkus-lumus untuk memastikan para pelajar mendapat akses kepada pendidikan sama ada secara
maya mahupun secara offline dengan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Terima
kasih juga kepada ibu bapa yang terus membantu pihak kolej dalam memastikan anak-anak terus
mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari rumah sepanjang pandemik ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bermula pada 1 hingga 30 Oktober 2021, Kolej Vokasional telah memulakan sesi pembelajaran secara
bersemuka dengan sistem penggiliran yang dimulakan oleh pelajar Diploma Tahun 1 dan Diploma Tahun
2. Seterusnya diikuti pula pelajar Tahun 2 SVM pada 1 November dan Tahun 1 SVM pada 22 November
nanti. Saya pasti ibu bapa tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di kolej. Keselamatan anak-anak
dan seluruh warga kolej menjadi keutamaan kami dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama semua pihak, anak-anak dapat
mengikuti pembelajaran di kolej ini dengan keadaan yang selamat.

Masa berlalu begitu cepat. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah dicipta oleh kolej ini. Kejayaan
dan kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum ini menggambarkan usaha para pensyarah yang
tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan
Kerjasama yang terjalin kukuh antara pensyarah dan ibu bapa selama ini diberkati Allah.

Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima sekali lagi
kepada seluruh warga PIBG kerana sentiasa menyokong pihak kolej mengadakan pelbagai
aktiviti serta sumbangan dalam bentuk tenaga dan kewangan. Sesungguhnya kecemerlangan
sesebuah kolej bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak
pentadbir mengurus kolej malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kehadiran ibu bapa
dalam majlis pada hari ini menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan
kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

Sekian,

EN. ABD HAFIDZ BIN PG ADNAN
Pengarah
Kolej Vokasional Beaufort

SLIDESMANIA.COM KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG TITLE A

Bismillahirahmannirrahim, TITLE B
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
TITLE C
Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul
pada hari ini dalam mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Beaufort, setelah sekian lama TITLE D
tidak bersua akibat pandemik covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Diharap kita semua
sentiasa dilindungi oleh Allah dan dijauhkan daripada segala kemudratan. TITLE E

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas TITLE F
kepada AJK PIBG kerana dapat menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini
walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugasan yang lain. Sesungguhnya
Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu untuk
berkongsi pendapat dan idea bernas dalam melonjakkan lagi kecemerlangan kolej.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya selaku Yang Dipertua PIBG bersama barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan
tugasan yang diamanahkan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan kami
sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak di kolej ini dan ingin sentiasa memberi yang terbaik
walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran. Sumbangan PIBG yang telah diberikan
oleh tuan-tuan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-
program kolej untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di kolej
ini. Oleh itu saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi
sumbangan kepada PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program kolej ini dapat dilaksanakan
demi pembelajaran anak-anak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan
tersebut bukan semata-mata wang ringgit sahaja tetapi kerjasama dan tenaga yang turut
disumbangkan kepada pihak kolej. Sepanjang saya memegang jawatan sebagai Yang
Dipertua PIBG di kolej ini bermula pada sesi 2017 – 2019 dan disambung semula bagi sesi
2019 – 2021, beberapa sumbangan dari segi masa dan tenaga bersama dengan kolej untuk
membaiki kemudahan di asrama iaitu pembinaan tangki, tandas dan tempat mandi untuk
keselesaan anak-anak kita. Selain itu, kita juga turut bersama pihak kolej dalam menjayakan
Program Ziarah Cakna iaitu program melawat pelajar terpilih yang memerlukan sumbangan
barangan keperluan dan wang dalam meringankan beban keluarga mereka dalam berhadapan
dengan situasi yang getir. Diharap akan lebih banyak program dan sumbangan daripada pihak
PIBG selepas ini dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan para pelajar di kolej ini.

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kolej bagi memastikan Kolej Vokasional
Beaufort terus melangkah kejayaan dan berharap agar semua AJK PIBG dapat meneruskan
usaha dengan lebih gigih lagi membantu pihak kolej dalam semua aspek sama ada dari segi
kewangan mahupun tenaga.

Sekian, terima kasih.

EN. WAN AFFANDI BIN WAN AHMAD
Yang Dipertua PIBG
Kolej Vokasional Beaufort

SLIDESMANIA.COM ATUR CARA MAJLIS SETNIATRLEAIAAJK

9:00 : Pendaftaran Ibu Bapa Pelajar dan Guru melalui pautan MINITTMITELSEYBUARAT LAPOTRIATNTLEAKCTIVITI
9:30 kehadiran
KETWITALNEGDAN
10:00 : Kata alu-aluan pengacara Majlis
: Bacaan Doa TUITSLUELE
11:00 : Ucapan Yang DiPertua PIBG
11:30 : Ucapan Pengarah SEKALUNTGITPLEENGFHARGAAN
: Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG Sesi
12.30
12:45 2019/2021
13:00
: Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (Pibg) Tahun
2020

 Ucapan Yang DiPertua PIBG
 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2019
 Laporan Aktiviti oleh Setiausaha
 Laporan Penyata Kewangan oleh Bendahari
 Membahaskan usul, jika ada
 Hal-hal lain
 Ucapan penangguhan

: Tayangan Montaj dan Cabutan Bertuah

: Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (Pibg)
Tahun 2021

 Ucapan Yang DiPertua PIBG
 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2020
 Laporan Aktiviti oleh Setiausaha
 Laporan Penyata Kewangan oleh Bendahari
 Membahaskan usul, jika ada
 Pembubaran AJK Sesi 2019/2021
 Pelantikan Pengerusi Sementara
 Pemilihan dan Pelantikan AJK Sesi 2021/2023
 Ucapan Yang DiPertua PIBG Sesi 2021/2023
 Pembentangan usul
 Hal-hal lain

: Ucapan penangguhan

: Cabutan Bertuah

: Sesi bergambar dan mesyuarat bersurai

SLIDESMANIA.COM SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA JAWSTAEITTNALANERKAAUIASA

JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG
TAHUN 2020 & 2021

BIL. JAWATANKUASA INDUK JAWATAN TITLE B
1 En. Wan Affandi Bin Wan Ahmad Yang Dipertua/Pengerusi
2 En. Abd Hafidz Bin Pg Adnan Penasihat/Pengarah TITLE C
3 En. Nordin Bin Akup Tim. Pengarah Akademik
Tim. Pengarah Sokongan TITLE D
4 En. Jiew Bin Yumpuk Akademik
Ketua Jaminan Kualiti TITLE E
5 Pn. Dg Fauziah Binti Ag Tahir Setiausaha Kehormat
6 Pn. Fadhilah Binti Tujin Pen. Setiausaha
Kehormat
7 Cik Fatin Nazira Binti Abd Salim Bendahari
Pen. Bendahari
8 Cik Nuzatul Shima Binti Lahudi Biro Perhubungan &
9 Pn. Fa’izah Binti Abdul Samad Kaunseling
Biro Pembangunan
10 Cik Farah Nurizzaty Binti Hamsudin Sahsiah
Biro Hal Ehwal Pelajar
11 En. Sumiran bin Satimin Biro Kerohanian
AJK Ibu Bapa
12 Pn. Maimunah Binti Appedulah AJK Ibu Bapa
13 En. Mohd Noor Hafiz bin Muhamed AJK Ibu Bapa
14 En. Azhan Bin Noordin AJK Ibu Bapa
15 En. Mohamad Sator Bin Matnor AJK Ibu Bapa
16 En. Kumpot Amat AJK Ibu Bapa
17 En. Rasul @ Rajol Kapulin AJK Ibu Bapa
18 En. Husain Bin Mohd Yusop
19 En. Donatus @ Jamaludin
20 En. Anuwar Bin Ambotang

TITLE F

SLIDESMANIA.COM SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA TITLE A

JAWATANKUASA NAMA TITLE B
KERJA
1. En. Abd Hafidz Bin Pg Adnan TITLE C
JAWATANKUASA (Penasihat/Pengarah)
PENGELOLA/ TITLE D
SAMBUTAN 2. En. Wan Affandi Bin Wan Ahmad (Yang di
Pertua/Pengerusi)
PENYELARAS
PROGRAM 3. Nordin Bin Akup (Timb. Pengarah Akademik)
4. Jiew Bin Yumpuk (Timb. Pengarah Sokongan
AJK JEMPUTAN/
PUBLISITI Akademik)
5. Dg Fauziah Binti Ag Tahir (Ketua Jaminan Kualiti)
AJK 6. AJK PIBG (Ibu Bapa / Penjaga)
PENDAFTARAN
AJK PERSIAPAN 1. Pn.Dg. Fauziah Binti Ag Tahir
TEMPAT (Ketua Jaminan Kualiti) (K)

AJK PENGACARA 1. Pn. Fadhilah Binti Tujin (Setiausaha Kehormat)
2. Cik Fatin Nazira Binti Abd Salim (Pen. Setiausaha

Kehormat)

1. Mohd Noor Hafiz Bin Muhamed (K)
2. Pn. Maimunah Binti Appedulah
3. Semua Koordinator Kelas

1. Nadiah Binti Yusof (K)
2. Hanipah Binti Seman
3. Noor Hashimah Binti Ibrahim

1. Fatwa Mulya Sari Binti Fatholla (K)
2. Rozita Binti Suhaini

1. Inra Darmensa (K)
2. Irma Naziela Binti Rosli

TITLE E

TITLE F

SLIDESMANIA.COM SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA TITLE A

JAWATANKUASA NAMA TITLE B
KERJA
1. Keegan Alfred Alim (K) TITLE C
AJK SIARAYA 2. Rian Michelle Jakery
3. Md Hasnool Ikram Bin Md Khazarir TITLE D
AJK 4. Rickie John Pudon
BANNER,PERALATAN & TITLE E
TEKNIKAL 1. Bryan Edren Godon (K)
AJK BUKU PROGRAM 2. Rozlan Bin Jipneh
3. Mohd Faez Ezaz Bin Abdullah
AJK PENCATAT MINIT
1. Norshalina Binti Mustaffa (K)
BACAAN DOA 2. Sharifah Athirah Binti Syed Ali
3. Norizzati Amirah Binti Bad Hamid
AJK HADIAH
1. Nur Anna Diana Binti Kamilan (K)
AJK PENGUMPUL DATA 2. Nurul Azlina Binti Osman
3. Norhayati Binti Asnih
AJK FOTOGRAFI
AJK DOKUMENTASI 1. Ust. Mohd Azuan Bin Mohamad Alias
AJK PENGISIAN AMALAN
BAIK 1. Suzirah Binti Kadir (K)
AJK TEKS UCAPAN 2. Raewyn Jonney
3. Audrey Natalie Binti Aming Suan

1. Muhammad Zarrin Bin Mohd Harris (K)
2. Normalah Binti Lahi
3. Muhamad Iqbal Bin Arjilan

1. Mohd Shaifull Bin Hasinin

1. Emdi Binti Birula (K)
2. Rozaimi Bin Mohamad

1. Felisca Leong (K)
2. Siti Nazirah Binti Wahid

1. Sazarinah binti Lapisik (K)
2. Dedriana David

TITLE F

SLIDESMANIA.COM MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2019 TITLE A

TARIKH : 06 APRIL 2019 MINITTMITELSEYBUARAT
TEMPAT : DEWAN TVET, KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT
MASA : 0900 PAGI
KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN YANG DISERTAKAN.

TITLE C

TITLE D

TITLE E

TITLE F

SLIDESMANIA.COM 4.1 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT TITLE A

4.1 Pengerusi mengulas perkara 4.1.1, berkenaan penggunaan telefon TITLE B
bimbit dalam kawasan kolej bagi pelajar SVM adalah tidak dibenarkan kerana
masih terikat dengan peraturan kolej dan peraturan Kementerian Pendidikan TITLE C
Malaysia yang sedang berkuatkuasa, manakala bagi pelajar Diploma diberi
kelonggaran tetapi dihadkan penggunaannya hanya di kawasan yang
dibenarkan sahaja.

4.2 Berkenaan perkara 4.1.3, Pengerusi menyatakan isu air di kolej kediaman
pelajar hampir berjaya diselesaikan dengan terlaksana projek pembinaan
tandas dan tempat mandi di blok lelaki dan perempuan.

4.3 Pengerusi turut mengulas perkara 7.8, berhubung pelajar tahun akhir
yang menginap di luar kolej dan berpeluang untuk masuk semula ke kolej
kediaman pelajar kerana kapasiti asrama yang semakin kurang disebabkan
pengambilan pelajar yang berkurangan pada tahun ini akibat penangguhan
sementara pengambilan tiga (3) program.

4.4 Pengerusi menambah lagi berkaitan perkara 7.9, terdapat ibu bapa yang
memohon rayuan agar anak-anak mereka dimasukkan ke kolej kediaman
pelajar, akan tetapi kebanyakan anak-anak tidak mahu tinggal di kolej
kediaman pelajar mungkin untuk hidup berdikari di luar. Pengerusi mahu ibu
bapa memandang dari sudut positif bahawa anak-anak mahu berdikari
sebagai persediaan menempuh OJT dan alam pekerjaan.

5. LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2017/2019 Laporan TITLE D
Setiausaha
5.1 Puan Fadhilah Tujin menyampaikan laporan aktiviti dan (Laporan penuh
sumbangan sepanjang tahun 2017-2018. Antara aktiviti-aktiviti dan dilampirkan
sumbangan PIBG yang telah dilaksanakan ialah: bersama minit
mesyuarat ini)
a) Sumbangan ke Karnival Voktek Zon Sabah & W.P.Labuan
di KV Kudat TITLE E

b) Program Ihya Ramadhan 1440H
c) Seminar Ibu Bapa
d) Sumbangan kepada Jelisha Johny Jerome
e) Sumbangan pelajar pertandingan nasyid starz di Selangor
f) Penyelenggaraan bilik mandi di blok perempuan
g) Sumbangan air mineral kepada asrama
h) Sumbangan program Unit Psikologi & Kerjaya
i) Majlis Anugerah Cemerlang 2018 (ACe TVET)
j) Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom ke

Sekolah 2019
k) KV Beaufort (KPM & PDRM)
l) Projek Pembinaan Tandas dan Tempat Mandi di Kolej

Kediaman Pelajar

5.2 Laporan Setiausaha ini telah dicadangkan oleh Puan Norpah binti TITLE F
Kalong untuk disahkan dan disokong oleh Encik Awangku Samsuh
bin Pgn.Hj.Matassan

SLIDESMANIA.COM 6. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN PIBG Laporan TITLE A
SESI 2017/2019 Kewangan
(Laporan penuh
6.1 Cik Nuzatul Shima Lahudi menyampaikan laporan kewangan PIBG dilampirkan
bagi Sesi 2017/2019 yang berakhir pada 31 Disember 2018. bersama minit
mesyuarat ini
6.2 Laporan kewangan ini telah dicadangkan oleh Encik Mohamad Sator
Matnor untuk disahkan dan disokong oleh Puan Siti Amnah Dinin.

7. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2017/2019 TITLE B

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG Sesi
2017/2019 atas kerjasama yang sangat baik. Beliau memohon maaf
jika ada salah dan silap sepanjang menerajui kepemimpinan PIBG.

8. PEMILIHAN PENGERUSI SEMENTARA TITLE C

8.1 Mesyuarat kemudiannya diambil alih sementara oleh Pengarah. TITLE D
Pengarah memaklumkan bahawa pemilihan AJK PIBG dalam
kalangan ibu bapa bagi Sesi 2019/2021 akan diadakan. Beliau turut TITLE E
memaklumkan mantan AJK bagi sesi yang lepas boleh dipilih semula
sebagai AJK. Beliau telah melantik Encik Jiew Yumpuk, sebagai TITLE F
pengerusi sementara bagi mengendalikan sesi pemilihan AJK
Ibubapa.

9. PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021

9.1 Encik Jiew Yumpuk memohon kerjasama daripada semua ahli
mesyuarat bagi memastikan kelancaran aktiviti. Beliau
menyatakan mengikut Perlembagaan PIBG, 22 orang ahli
termasuk Yang Dipertua PIBG perlu dilantik. Beliau meminta Puan
Fadhilah Tujin menjadi Setiausaha sementara untuk membantu
proses pemilihan AJK PIBG

9.2 Mengikut perlembagaan PIBG, jawatan Penasihat akan disandang
oleh Pengarah tanpa bertanding. Jawatan yang perlu dilantik
dalam kalangan ibu bapa adalah seramai10 orang iaitu:
i. Yang Dipertua
ii. Naib Yang Dipertua
iii. 8 orang AJK Ibubapa

9.3 Beliau memaklumkan bahawa AJK dalam kalangan Pensyarah
akan dilantik atas nasihat Pengarah.

9.4 Encik Azhan bin Noordin telah mencadangkan agar pucuk
pimpinan PIBG sesi yang lepas dikekalkan bagi sesi 2019/2021
dan cadangan ini disokong oleh Encik Mohamad Sator Matnor
telah dengan menambah cadangan di mana AJK PIBG yang anak
mereka sudah tamat pengajian boleh mengundur diri bagi
memberi peluang kepada ibu bapa lain yang mana anak mereka
masih belajar di kolej.

SLIDESMANIA.COM 9. PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021 TITLE A

9.5 Encik Wan Affandi bin Wan Ahmad memohon pertimbangan diberi TITLE B
kepada AJK PIBG sesi lepas yang tinggal jauh dari Beaufort agar
tidak lagi dikekalkan sebagai AJK PIBG untuk sesi yang baru. TITLE C
Beliau turut mencadangkan supaya hanya separuh dari AJK lama
dikekalkan dan separuh lagi AJK baru. TITLE D

9.6 Encik Rasul Kapulin menyatakan sokongan agar AJK yang lepas TITLE E
dikekalkan dan bagi AJK yang mahu mengundur diri adalah
dibenarkan. TITLE F

9.7 Encik Donatus@Jamaluddin telah mencadangkan supaya
cadangan untuk mengekalkan AJK yang lepas ditutup.

9.8 Encik Jiew meminta ahli mesyuarat untuk mengangkat tangan bagi
bersetuju atau tidak terhadap cadangan mengekalkan AJK PIBG
yang lepas sebagai AJK PIBG Sesi 2019/2021. 80 orang bersetuju
manakala 9 orang tidak bersetuju dengan cadangan itu. Beliau
dengan rasminya memutuskan berdasarkan keputusan suara
majoriti supaya kepemimpinan AJK PIBG yang lepas dikekalkan
sebagai AJK PIBG bagi Sesi 2019/2021. Beliau meminta semua
AJK untuk kembali ke tempat duduk masing-masing di hadapan.

10. PEMBAHASAN USUL

10.1 Mengurangkan harga makanan di kantin kolej :

 Pengarah memberi respon dengan menjelaskan syarikat
pengendali kantin dipilih melalui sebutharga yang ditawarkan.
Pemilihan juga berdasarkan rekod harga makanan. Harga
makanan ditetapkan oleh pengusaha kantin berdasarkan harga
semasa barang mentah di pasaran. Oleh itu, pihak kolej dan
pengusaha kantin perlu patuh terhadap harga yang telah
ditetapkan. Beliau menambah lagi, sebenarnya harga untuk
pelajar telah termasuk harga subsidi yang mana lebih murah
berbanding harga yang dibayar oleh guru atau pelanggan luar.
Beliau turut menyatakan pada akhirg tahun ini, pihak kolej akan
menawarkan sebutharga yang baharu.

 Pengerusi juga menambah dengan menyatakan lebih berbaloi
harga makanan di kantin berbanding di luar dan mencadangkan
kepada ibu bapa untuk mencuba sendiri makanan di kantin bagi
melihat sendiri situasi sebenar.

10.2 Susur gajah dari dewan makan ke Blok Akademik :

 Pengarah memaklumkan ini bukanlah keutamaan kolej pada
masa ini kerana merasakan ianya kurang berbaloi atas sebab
tidak tahan lama lantaran masalah tanah mendap yang masih
dihadapi oleh kolej ini.

 Pengerusi juga menambah adalah lebih baik amalan berjalan
kaki melalui susur gajah sedia ada walaupun agak jauh sedikit
kerana mendatangkan impak positif dari segi kesihatan.

SLIDESMANIA.COM 10.3 Menambahbaik keperluan asas di kolej kediaman dan bilik darjah: TITLE A

 Pengerusi memaklumkan PIBG telah menyumbangkan dana TITLE B
dalam projek penambahbaikan tandas dan bilik mandi di kolej
kediaman pelajar yang hampir 90% siap. TITLE C

 Pengerusi turut mengulas berkaitan usul menyelenggara tandas- TITLE D
tandas di blok atas kolej kediaman pelajar yang tidak dapat
digunakan akibat masalah bekalan air yang tidak sampai ke TITLE E
tingkat atas.
TITLE F
 Pengerusi juga menyatakan penyapu dan langsir telah disediakan
di setiap dorm pada awal tahun dan pelajar mesti menjaga
peralatan tersebut dan sekiranya hilang atau rosak, pelajar
seharusnya mencari alternatif sendiri.

 Pengerusi memberi respon berkenaan penyediaan mesin basuh
di kolej kediaman pelajar, beliau mencadangkan mesin basuh
syiling (coin laundry machine), tetapi perlu mengambil kira
keadaan bekalan air kolej. Selain itu, beliau mencadangkan
penggunaan servis dobi di lokasi berhampiran seperti di Bandar
Mingo, Beaufort Central, One Beaufort dan Beaufort Square.

 Pengerusi memaklumkan mesin cetak telah disediakan di
koperasi kolej sebagai maklumbalas kepada usul menyediakan
mesin cetak kepada pelajar.

 Pengarah memberi maklumbalas berkenaan keadaan kipas di
bilik darjah yang kebanyakannya berada dalam keadaan baik.
Masalah berpunca daripada pendawaian yang rosak disebabkan
struktur tanah yang mendap. Beliau memaklumkan pada 05 April
2019, pihak JKR telah menghantar kontraktor bagi proses
menyelenggara pendawaian elektrik di aras bawah dan aras 1
blok akademik dan beliau berharap proses tersebut selesai
sebelum 22 April 2019 kerana penilaian akhir bakal bermula pada
tarikh itu. Beliau turut memaklumkan bahawa sejumlah
RM150,000.00 telah diperuntukkan oleh KPM dan
dipertanggungjawabkan kepada pihak JKR bagi kajian tapak bagi
masalah tanah mendap yang menyebabkan kerosakan bangunan
kolej. Beliau turut berharap akan ada penyelenggaraan tanah dan
bangunan, selepas selesai kajian tapak tersebut selesai kelak.

11. PENANGGUHAN MESYUARAT

11.1 Pengarah mengucapkan tahniah kepada kepemimpinan baru Sesi
2019/2021. Beliau mengembalikan majlis kepada juruacara. Majlis
diteruskan dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada
AJK PIBG Sesi 2017/2019.

11.2 Encik Wan Affandi bin Wan Ahmad selaku YDP PIBG Sesi
2019/2021 telah membuat dua keputusan :
Membenarkan AJK yang ingin mengundur diri atas faktor telah lama
berkhidmat sebagai AJK selama beberapa sesi.
Melantik beberapa AJK baru untuk diserap masuk sebagai AJK
PIBG Sesi 2019/2021 iaitu ahli-ahli mesyuarat yang telah
menyokong agar kepemimpinan AJK PIBG yang lepas dikekalkan.
Hal ini memberi ruang kepada ibu bapa yang ingin menyumbang
idea atau cadangan bagi kepentingan kolej.

11.3 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG Sesi
2019/2021.

11.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM LAPOLRAAPNORAAKNTIVTI TITLE A

LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN YANG TITLE B
MELIBATKAN PIBG KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT BAGI

TAHUN 2019 HINGGA 2021

BIL NAMA AKTIVITI/ TARIKH SASARAN ANJURAN
SUMBANGAN
21 Mei 2019 Pelajar Yang Unit Psikologi LAPOTRIATNLEAKCTIVITI
1 Program Ziarah 9 Februari 2021 Terpilih Di Sekitar Dan Kerjaya
Cakna Beaufort
Unit Psikologi
2 Program Cope: Covid Semua Pelajar Dan Kerjaya
19 (Pengurusan Dan Warga Kvb
Emosi)

3 Program Road To Ojt 16 Dan 17 Semua Pelajar Unit Psikologi
Dan Kerjaya
Februari 2021 Dvm2

TITLE D

BIL MESYUARAT TARIKH/HARI TITLE E
1 Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Bil.1/2019 16 November 2019 (Sabtu)
2 Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Bil.2/2020 29 Februari 2020 (Sabtu)

TITLE F

SLIDESMANIA.COM LAMPIRAN GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI DAN TITLE A
SUMBANGAN MELIBATKAN PIBG KVB SESI 2019
TITLE B
HINGGA 2021
TITLE C
1. Program Ziarah Cakna (21 Mei 2019)
TITLE D
 Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar
TITLE E
Penyampaian Sumbangan Dari Pihak Upk Dengan Kerjasama Pibg, Unit
Penghayatan Islam Dan Baitulmal TITLE F

SLIDESMANIA.COM 2. Program Cope: Covid 19 (Pengurusan Emosi) TITLE A
(9 Februari 2021)

TITLE B

TITLE C

TITLE D

TITLE E

TITLE F

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F

16 FEB 2021

3.Program Road To OJT
(16 Dan 17 Februari 2021

SLIDESMANIA.COM

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F

17 FEB 2021

3.Program Road To OJT
(16 Dan 17 Februari 2021

SLIDESMANIA.COM

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F

4. Mesyuarat JK Pibg Bil.2/2020

SLIDESMANIA.COM

TITLE A TITLE B TITLE C LAPKORETWAITNALNEPGEDNANYATA TITLE E TITLE F

LAPORAN PENYATA KEWANGAN

SLIDESMANIA.COM

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F

LAPORAN PENYATA KEWANGAN

SLIDESMANIA.COM

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F

LAPORAN PENYATA KEWANGAN

SLIDESMANIA.COM

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F

LAPORAN PENYATA KEWANGAN

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM USUL TITLE A

USUL UNTUK DIBENTANGKAN:

BIL. NAMA IBU BAPA NAMA ANAK USUL TINDAKAN TITLE B

1. Hussin Jikri Mohamad Isyraq 1. Baik pulih kawasan
Adwa (Mta1) bangunan yang
tergantung.
TITLE C
2. Dari segi keceriaan
*tambahkan TITLE D
menanam pokok
hijau dan berbunga.
Cadangan 1 murid
1 pokok bunga.

3. Baik pulih
kemudahan murid
yang tinggal dalam
asrama

i. Almari murid
ii.Tandas
Iii. Masalah air

2 Jalinah Binti Muat Mohd Aiman Bin 1. Meningkatkan tahap

Mohd Ahmad keselamatan

(Mta) bangunan yang ada di

Kolej Vokasional

Beaufort

3 Richard Bin Robbie Rio 1. Kerosakan tandas di TUITSLUELE
Suibun Suibun (Mta) asrama lelaki perlu
kan pembaikan

TITLE F

SLIDESMANIA.COM SEKALUNG PENGHARGAAN TITLE A

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) TITLE B
Kolej Vokasional Beaufort
TITLE C
Mengucapkan
Jutaan terima kasih kepada : TITLE D
En. Wan Affandi Bin Wan Ahmad
TITLE E
(YDP PIBG KV Beaufort)
PESNTEGIKTHALALERUGFNAGAN
En. Abd Hafidz Bin Pg Adnan
(Pengarah KV Beaufort)

Para Pensyarah serta warga Kolej Vokasional Beaufort

Ibu Bapa , penjaga pelajar Kolej Vokasional Beaufort
Serta

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG

Kolej Vokasional Beaufort 2021

TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F
Template Created by: SlidesMania

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version