ELECTRICAL ENGINEERING DEPARTMENT
MPU23052 Sains Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam
BIL NAMA NO MATRIX
1. MUHAMMAD ZAID BIN AMIR YUSSOF 07DTK20F1015
2. HARIZ AIZAD BIN HAMRAN 07DTK20F1002
3. IRZANIE IKHWAN BIN ZAKRIN 07DTK20F1017
4. MUHAMMAD AIZAT SAFWAN BIN SAFRI 07DTK20F1019
Date of Submission: 29/10/2022`
LECTURER NAME : NURUL AIN BINTI MUDREH
PENDAHULUAN
Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya
ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi
khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang
mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut
diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.Kandungan mineral yang
tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang.
Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan
pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah
magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.
Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran
pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang makan
tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.
ISI DAN HURAIAN :
Maksud
Pokok kurma atau taamar ialah sejenis pokok palma yang ditanam secara besar-
besaran untuk mendapatkan buahnya. Oleh sebab sejarah penanamannya yang lama,
taburan asalnya tidak diketahui, tetapi mungkin berasal di suatu tempat
di wahah gurun di Afrika Utara, dan mungkin juga Asia Barat Daya. Ia
merupakan pokok bersaiz sedang, tinggi 15–25 meter, sering terkumpul dengan
beberapa pokok daripada suatu sistem akar tunggal, tetapi juga sering tumbuh secara
tunggal. Daunnya adalah pinat, panjang 3–5 m, dengan durinya di petiol dan
mempunyai sekitar 150 daun kecil; dedaun kecilnya sepanjang 30 sm dan selebar 2
sm. Bidang penuh pada silara berjulat daripada 6 hingga ke 10 m.
Kurma telah ditanam di Timur Tengah dan Lembah Indus selama ribuan tahun.
Terdapat bukti arkeologi penanaman kurma di Arab dari milenium ke-6 SM. Jumlah
pengeluaran tahunan tahunan dunia berjumlah 8.5 juta metrik tan, negara-negara di
Timur Tengah dan Afrika Utara menjadi pengeluar terbesar.
Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu
tahun. Pohon ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak
zaman silam dari zaman Mesopotamia ke zaman Mesir prasejarah seawal 4000 SM.
Terdapat bukti arkaeologi tentang penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000
SM (Alvarez-Mon 2006).Pada zaman berikutnya, suku Arab menyebar kurma di
sekitar Asia Selatan dan Tenggara, Afrika Utara, dan Sepanyol. Kurma diperkenalkan
di Mexico dan California oleh orang Sepanyol pada tahun 1765, sewaktu Misi San
Ignacio.Kurma menjadi popular di Malaysia pada tahun 1990an apabila diaspora
orang Mesir dan Iran yang duduk di Kuala Lumpur mula membawa dalam kuantiti
banyak buah kurma dari tanah air mereka.
Konsep
Buah kurma telah menjadi kelaziman pada bulan Ramadan, setiap rumah umat Islam
akan menyediakan buah kurma atau tamar untuk permulaan berbuka puasa seperti
mana sunnah Nabi Muhammad SAW.Amalan baik Rasulullah SAW disebabkan buah
kurma mengandungi banyak khasiat bagi membekalkan tenaga kerana terdapat gula
ringkas dikenali sebagai ‘fructose’ yang mudah
Bagi mereka yang berada di Arab Saudi dan negara Arab lain, sudah tentu dapat
berbuka puasa makan rothab atau kurma segar dan minum air zam zam penuh khasiat
‘mineral’ itu.Perlu dijelaskan bahawa istilah rhotab ialah buah kurma masak yang
belum kering. Tamar pula merupakan buah kurma sudah kering yang sering dieksport
terutama dari kebanyakan negara Arab di Timur Tengah.
Dalil al-Quran dan Hadis serta Maksud dan Huraian Ayat
1. Surah Maryam ayat 23 hingga 25
(23) Maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang
pohon tamar (kurma), ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan
menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
( 24 ) Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai
Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak
sungai.
( 25 ) Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah
tamar yang masak.
Huraian : Buah kurma menjadi makanan Maryam sewaktu akan kelahiran Nabi Isa
yang sarat menahan kesakitan bersalin sambil bersandar di bawah sebatang pokok
kurma.
2. Hadis Riwayat Muslim no.2046
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Aisyah sebuah keluarga yang tidak mempunyai kurma ahlinya akan kelaparan” (atau)
“Aisyah keluarga yang tidak mempunyai kurma ahlinya mungkin lapar.” Dia
mengatakan ini dua atau tiga kali.
Huraian : Rasulullah menjelaskan bahawa rumah yang tidak ada kurma di dalamnya
merupakan kelaparan bagi penghuninya kerana pengambilan buah kurma boleh
mencegah seseorang dari rasa lapar.
3. Hadis Riwayat al-Bukhari no.5445
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa makan tujuh butir kurma ajwa setiap pagi, tidak akan terkena racun dan
sihir pada hari dia memakannya."
Huraian : Sesiapa yang mengamalkan pengambilan 7 butir kurma ajwa pada setiap
pagi dapat menghindarkan seseorang daripada racun dan sihir pada hari tersebut.
5 HIKMAH/KELEBIHAN
Setiap kali menjelang Ramadan, buah kurma pasti akan menjadi popular dan buruan
ramai.Menurut kajian, permintaan terhadap buah kurma di Malaysia meningkat
menjelang bulan puasa. Namun, tahukah anda bahawa kurma ini sangat bagus untuk
dimakan sepanjang masa?
Salah satu kelebihan kurma ialah menguatkan memori.Kebiasaannya makanan
yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi,
tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk
meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di
peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka
untuk mengukuhkan memori.
Selain itu,iyanya juga baik untuk ibu mengandung / berpantang.Pernahkah anda
dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan
Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya. Menurut kajian, buah
kurma bagus untuk wanita hamil kerana akan memudahkan proses bersalin selain
akan mengurangkan masalah pendarahan. Selain itu, kurma juga akan memberikan
khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.
Seterusnya,Kurma juga baik untuk kesihatan Jantung.Tahukah anda, sebenarnya
kurma juga boleh mencegah masalah penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam
beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya.
Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu menguatkan jantung anda. Kajian
mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium, iaiatu membantu
mengurangkan risiko serangan strok.
Di samping itu,buah kurma baik untuk kesihatan tulang.Kandungan mineral yang
tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang.
Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan
pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah
magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.
Akhir sekali,kelebihan buah kurma dalam merawat masalah usus.Kandungan nikotin
di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus.
Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah
makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
PENUTUP
Buah kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi
saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang
makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.Kurma
juga dapat mengawal gula dalam darah kerana mempunyai kandungan fruktosa yang
baik untuk tubuh badan. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi yang ada dalam
buah.Kurma juga mengandungi antioksidan yang tinggi dikenali sebagai flavonoid.
Fungsi antioksidan ini dapat mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan
kanser.Kajian menunjukkan individu yang makan kurma dapat mengurangkan
inflamasi pada otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Ia juga dapat
meningkatkan daya ingatan.kurma juga mempunyai kadar estradiol dan flavonoid
yang tinggi.
RUJUKAN
https://quran.com/maryam
https://sunnah.com/muslim:2046a
https://sunnah.com/bukhari:5445