SMSM
PASUKAN PENGAKAP
Kumpulan
Pengakap ke-24
Carta organisasi kumpulan
pengakap ke-24 tahun 2020
RANCANGAN AKTIVITI
PENGAKAP TAHUNAN
JADUAL KAWAD KAKI TAHUNAN
SMJK SIN MIN
JADUAL AKTIVITI SESI 2020 / 2021
KUMPULAN PENGAKAP KE-24
REKOD PENCAPAIAN PASUKAN BERUNIFORM
PENGAKAP ( 2018,2019,2020)
LOGO SCOUT
SEJARAH Kumpulan Pengakap ke-24 secara rasmi pada ulang tahun empat
KUMPULAN puluh lima. Laluan ini telah dialami dan berhadapan dengan inovasi
PENGAKAP dan pembaharuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Melihat
KE-24 kembali kumpulan pengakap pada masa yang lalu, hanya sembilan
anggota apabila ditubuhkan dan tidak mempunyai sebarang
peralatan pengakap. Kini, kumpulan pengakap ini mempunyai dua
ratus dan dua puluh enam anggota dengan bilik Pengakap yang
serba lengkap. Pencapaian Kumpulan Pengakap ke-24 di SMJK Sin
Min pada hari ini adalah hasil usaha ahli-ahli pengakap pada tahun
yang lalu.
Kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi adalah terletak pada
pemimpin dan jurulatihnya. Betapa bertuahnya Kumpulan Pengakap
ke-24 di SMJK Sin Min, dengan adanya kumpulan jurulatih Rovers
yang kuat untuk menemani kanak-kanak membesar, memberi
sokongan rohani, menegakkan kepercayaan sebagai seorang ahli
pengakap SMJK Sin Min, mewarisi semua pengetahuan dan
kemahiran berpengakap yang diketahui oleh mereka kepada
generasi yang seterusnya. Kredit dan jangkaan mereka akan sentiasa
dicetak dalam hati kami. Di samping itu, Kumpulan Pengakap ke-24
juga bertuah untuk menerima sokongan padu sekolah dan lembaga
pengarah yang sanggup menyumbang sebarang kos dan tenaga.
Tujuannya adalah untuk memenuhi semangat aktif ahli-ahli
pengakap untuk menyertai aktiviti tertentu. Di sini, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
datang bersama-sama untuk membantu Kumpulan Pengakap ke-24.
SEJARAH Dalam pada itu, Kumpulan Pengakap ke-24 sebabnya mempunyai
KUMPULAN kemuliaan pada hari ini tentu adanya kepimpinan setiap Ketua
PENGAKAP Kumpulan. Sejak Ng Jing Sen (Ketua Kumpulan tahun 2013 hingga 2015),
KE-24 Loh Ying Shuen (Ketua Kumpulan tahun 2016 hingga 2017), Ng Chea Lie
(Ketua Kumpulan tahun 2018), Chong Yi Jean (Ketua Kumpulan tahun
2019) sehingga Chong Yi Chian dan Lee Pei Wen (Ketua-ketua Kumpulan
tahun 2020 hingga kini), aktiviti pengakap dapat menjadi semakin
meningkat hari demi hari dan pentadbiran kumpulan pengakap juga
diuruskan dengan lancar dan sistematik di bawah kepimpinan mereka.
Kawasan persekitaran SMJK Sin Min banyak dipenuhi dengan jejak kaki
dan kenangan ahli-ahli pengakap. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini,
Kumpulan Pengakap Ke-24 telah menjalankan perlbagai aktiviti di
sekolah. Pada setiap tahun, kumpulan ini akan menganjur atau
menyertai hampir lima belas aktiviti pengakap. Antara aktivitinya,
ekspedisi pelancongan, pertandingan kawad kaki, Sambutan Tahun Baru
Cina, Hari Pengasas Pengakap dan sebagainya. Setiap aktiviti bukan
sahaja dapat melatih disiplin, kesabaran serta ketabahan ahli-ahli
pengakap, tetapi juga membolehkan mereka memahami bahawa
janganlah berundur apabila menghadapi segala kemunduran dan
pemarahan, sebaliknya haruslah berada dalam kapal yang sama dengan
ahli-ahli sepasukan mereka yang lain. Jika mereka dapat bekerjasama
dengan penuh permuafakatan, akhirnya tentu dapat menjadi pemimpin
yang baik, dapat melatih generasi ahli pengakap yang akan datang
supaya membolehkan generasi baru menjadi lebih kuat daripada
generasi lama lalu membawa prasangka kumpulan pengakap ke
hadapan, iaitu ahli kumpulan pada hari ini, pemimpin kumpulan pada
hari kemudiannya (MEMBERS OF TODAY, LEADERS OF TOMORROW).
SEJARAH Selain itu, Kumpulan Pengakap ke-24 sentiasa menganjurkan perkhemahan pada setiap masa
KUMPULAN percutian sekolah, iaitu perkhemahan latihan, perkhemahan kepimpinan, perkhemahan
PENGAKAP pengurusan dan perkhemahan percutian yang bertemakan berbeza. Perkhemahan percutian
KE-24 tersebut boleh merupakan kursus baru yang ditawarkan oleh kumpulan pengakap sendiri,
iaitu Perkhemahan STEAM + ACHIEVEMENTS atau Perkhemahan Pioneering. Jangan
memandang kesemua-semua perkhemahan hanya bertempoh selama lima hari empat
malam atau empat hari tiga malam, realitinya ialah setiap perkhemahan dapat memberikan
manfaat dan masa penghargaan yang gembira kepada setiap ahli kumpulan masing-masing.
Walaupun ahli jawatankuasa akan menimbulkan perselisihan faham dan mungkin beremosi
kerana perbezaan pandangan dan kesusahan kerja semasa menjalani persediaan
perkhemahan, tetapi selagi kami semua bersatu untuk melakukan perkara dengan penuh
perhatian dan bertolak ansur di antara satu sama lain, maka perkara yang dipandang sukar
pun dapat diselesaikan dengan begitu efisien.
Pada tahun 2012, Kumpulan Pengakap ke-24 juga mengadakan perkhemahan yang tidak
pernah muncul sebelum ini, iaitu Perkhemahan Latihan Seratus Tahun Sin Min demi
Sambutan Seratus Tahun Sekolah Sin Min. Perkhemahan Latihan Seratus Tahun Sin Min
merupakan titik perubahan yang terbesar bagi kumpulan pengakap tersebut dan titik
permulaan baru bagi ahli-ahli pengakap yang membolehkan mereka untuk terlibat semula
dengan aktiviti pengakap orthodox serta mempunyai pemahaman baru tentang pengetahuan
dan kemahiran berpengakap. Dalam perkhemahan ini, ahli-ahli pengakap mula membetulkan
sistem pengurusan dalaman dan mewujudkan imej yang lebih baik dalam diri sendiri.
Tambahan pula, Perkhemahan Latihan Seratus Tahun Sin Min adalah bertujuan untuk
menetapkan matlamat baru ahli-ahli pengakap di samping juga sebagai satu titik permulaan
bagi mereka untuk bergerak ke arah peringkat antarabangsa. Ekoran itu, Perkhemahan
Latihan Seratus Tahun Sin Min juga bermakna permulaan ekspedisi pelancongan. Ahli-ahli
kumpulan mula membawa beg pendakian lalu berjejak kaki langkah demi langkah di atas
jalan raya. 8 kilometer, 16 kilometer, 24 kilometer dan ekspedisi waktu malam. Mereka
berjejak kaki langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan dalam Ujian Lencana Pengakap
Muda. Sebaliknya, pengakap remaja menghadapi cabaran yang lebih sukar kerana mereka
perlu menjalani ekspedisi sepanjang 80 kilometer. Walaupun penjalanan ekspedisi tersebut
amat sukar, tetapi ia sangat menyeronokkan. Dengan berjejak kaki yang menyakitkan langkah
demi langkah ke hadapan, walaupun kesakitan, tetapi hati bagi setiap ahli pengakap banyak
dipenuhi dengan kepuasan. “Perasaan kejayaan begitu gembira dan seronok, tetapi apa yang
benar-benar membuat mereka tidak dapat dilupakan ialah proses penjalanan yang sukar
tersebut.” Sehubungan itu, Kumpulan Pengakap ke-24 juga telah menganjurkan sebuah
pameran tapak perkhemahan pada tahun yang sama. Pameran ini bukan sahaja menjadi titik
permulaan untuk menunjukkan kemajuan kumpulan pengakap kepada pihak sekolah, tetapi
juga bertujuan untuk memberi warisan kepada generasi yang akan datang, iaitu terus
membawa kumpulan pengakap ini memacu ke arah kecemerlangan.
SEJARAH Pada tahun 2013, Kumpulan Pengakap ke-24 telah menghantar wakil
KUMPULAN untuk menyertai pertandingan kebangsaan, iaitu Pertandingan
PENGAKAP Kemahiran Pengakap Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) dan
KE-24 malam unggun api. Untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan
tinggi, semua ahli pengakap berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk melakukan sebarang persediaan dan latihan dalam tiga bulan
sebelum pertandingan bermula. Kumpulan pengakap ini telah menyertai
pelbagai acara pertandingan seperti masakan rimba, masakan moden,
simpulan & ikatan, pendirian tapak perkhemahan, pelakonan drama,
tarian, kawad kaki dan sebagainya. Akhirnya, semua usaha yang
dilakukan oleh ahli-ahli pengakap tidak dianggap sia-sia sahaja kerana
Kumpulan Pengakap ke-24 telah berjaya memenangi Kejohanan
Keseluruhan di samping juga berjuara dalam beberapa pertandingan
individu dan mencapai keputusan yang sangat cemerlang. Antaranya,
ahli-ahli kumpulan telah menggunakan tarian tradisional Cina untuk
merangkul kejuaraan dalam pertandingan tarian. Selanjutnya, ahli-ahli
pengakap juga mempersembahkan tarian tradisional Cina tersebut
semasa Malam Bakat yang diadakan oleh SMJK Sin Min oleh sebab
keputusan yang cemerlang dicapai dalam pertandingan kebangsaan
yang disertai sebelum itu.
Pada tahun 2014, Kumpulan Pengakap ke-24 akhirnya mengembalikan
penganjuran perkhemahan kepimpinan pengakap selepas bertahun-
tahun kemudian. Kumpulan pengakap ini terpakai kembali kepada
konsep dan logo asal permulaan lalu bertolak semula dari titik
pertolakan tersebut. Ahli-ahli pengakap mula bertindak balas terhadap
aktiviti-aktiviti Messenger of Peace, "Keamanan bermula dengan saya".
Selain itu, kumpulan pengakap ini juga mengadakan malam unggun api
yang terbesar pada Hari Pengasas Pengakap dalam tahun yang sama.
SEJARAH Dari segi Lencana Pengakap, setiap ujian lencana pengakap mempunyai penguji
KUMPULAN tertentu yang bertugas terhadapnya. Penguji dan pemimpin tersebut rela
PENGAKAP mengorbankan masa berharga mereka untuk menjalankan tugasan mereka, melatih
KE-24 generasi yang seterusnya, bukan sahaja dapat membuka jalan yang lebih luas kepada
kumpulan pengakap, tetapi juga membangunkan imej kumpulan pengakap menjadi
lebih baik. Tentulah, ahli-ahli pengakap juga tidak menunjukkan kelemahan, satu demi
satu daripada mereka menunjukkan bakat dan menyumbangkan usaha mereka dalam
Ujian Lencana Pengakap lalu mencapai prestasi yang cemerlang. Pada masa yang sama,
Kumpulan Pengakap ke-24 juga telah berjaya mendidik beratus-ratus Pengakap Diraja
yang telah memberikan kemuliaan kepada kumpulan pengakap mahupun sekolah.
Tambahan pula, kumpulan jurulatih juga menggabungkan penilaian prestasi ahli-ahli
pengakap dalam tempoh tahun 2012 hingga 2013 untuk memberikan ganjaran kepada
ahli pengakap yang berprestasi tinggi melalui Anugerah “TROFI MASTER CHIAM” bagi
Pengakap Remaja Terbaik dan Pengakap Muda Terbaik pada tahun 2014. Pengakap
Remaja Terbaik ialah Teo Wei Jian manakala Pengakap Muda Terbaik ialah Ng Jing Sen.
Kumpulan Pengakap ke-24 berjejak kaki ke arah antarabangsa sejak tahun 2015 lalu
bercahaya di pentas antarabangsa. Kumpulan pengakap ini telah menghantar wakil-
wakil untuk menyertai Perkhemahan Jambori Pengakap Sedunia yang diadakan selama
empat tahun sekali pada tahun 2015 dan 2019. Pada tahun 2015, seramai 17 ahli
kumpulan pengakap telah mengambil bahagian dalam Perkhemahan Jambori Pengakap
Sedunia ke-23 di Jepun. Tujuh belas ahli pengakap tersebut bukan sahaja membawa
Kumpulan Pengakap ke-24 ke pentas antarabangsa buat kali pertama, tetapi juga
bertemu mesra dengan rakan-rakan pengakap dari seluruh dunia dan bertukar-tukar
lencana pengakap negara yang berbagai-bagai dengan mereka. Pada tahun 2019,
kumpulan pengakap ini telah menghantar seramai sembilan orang wakil kumpulan dan
tujuh orang jurulatih untuk menyertai Perkhemahan Jambori Pengakap Sedunia ke-24
di West Virginia, Amerika Syarikat. Dalam pekhemahan besar ini, ahli-ahli kumpulan
bergiat aktif untuk mengikuti rentak zaman, menggunakan peranti temu janji yang
diberikan oleh pihak penganjur, iaitu NOVUS untuk mengenali dan bertukar budaya
serta lencana pengakap dengan rakan-rakan pengakap dari negara lain. Di samping itu,
kumpulan pengakap juga menganjurkan Perkongsian Perkhemahan Jambori Pengakap
Sedunia untuk membolehkan guru-guru dan para pelajar datang untuk menonton lalu
dikongsi dengan kenangan perkhemahan di SMJK Sin Min pada 17 Ogos 2015 dan 25
Ogos 2019. Sebelum itu, kumpulan pengakap juga menganjurkan Majlis Penyerahan
Bendera Perkhemahan Jambori Pengakap Sedunia yang amat penting sekali.
SEJARAH Tidak dinafikan bahawa semua kejayaan ini adalah diperolehi oleh tangan ahli-ahli
KUMPULAN pengakap mereka sendiri. Untuk mengambil bahagian dalam Perkhemahan Jambori
PENGAKAP Pengakap Sedunia yang dianjurkan selama empat tahun sekali, mereka bergiat aktif
KE-24 untuk mengumpulkan dana dengan melalui penjualan biskut coklat, kek bulan, jualan
amal dan sebagainya. Pada masa yang sama, kumpulan pengakap juga bertuah kerana
dapat menerima bantuan kewangan daripada lembaga pengarah sekolah agar dapat
menuju ke pentas antarabangsa tersebut dengan lancar.
Kumpulan Pengakap ke-24 sentiasa yakin bahawa komunikasi antarabangsa akan
meluaskan ufuk pelajar dan meningkatkan pengetahuan kokurikulum mereka. Jadi, hal
ini telah mendatangkan aktiviti "Pengakap Sedunia, Satu Keluarga". Pada tahun 2017,
seramai tujuh puluh orang pelawat termasuklah ahli pengakap, guru dan pelajar dari
Hong Kong, Taiwan dan China telah melawat SMJK Sin Min lalu berkomunikasi dengan
ahli-ahli kumpulan. Pada tahun 2018, seramai empat belas ahli kumpulan pengakap,
seorang pengakap Rovers dan dua orang jurulatih telah dijemput ke Jinan, China untuk
menyertai Perkhemahan Karnival Wolf International China. Pada tahun 2020,
kumpulan pengakap dikunjungi oleh ahli-ahli pengakap dari negara Taiwan dan
rombongan lawatan mereka bergelar, “Perikatan Kumpulan Pengakap Daerah Xinying
Bandar Tainan-Lawatan Ke Malaysia 2020”
“Berbudi kepada tanah, pasti akan mendapat hasilnya”. Kumpulan Pengakap ke-24
telah banyak memenangi pelbagai anugerah dalam aktiviti kokurikulum dengan melalui
persembahan yang baik dan memang dipuji. Pada tahun 2015, kumpulan pengakap ini
telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan kawad kaki di sekolah. Pada tahun
2017, ahli-ahli pengakap memupuk semangat tidak berputus asa, kerjasama yang tinggi
dan amalan keras dalam latihan kawad kaki telah berjaya memenangi kejohanan
keseluruhan dan anugerah komander lelaki terbaik dalam pertandingan kawad kaki.
Pada tahun 2017 dan 2019, kumpulan pengakap turut dianugerahkan dengan tempat
ketiga dalam Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pasukan Beruniform Peringkat
Kebangsaan. Pada tahun 2018, kumpulan pengakap juga menonjolkan diri daripada
sepuluh pasukan beruniform lalu memenangi anugerah pasukan beruniform terbaik di
SMJK Sin Min. Di sini, kumpulan pengakap ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang telah menyokong dan membantu kami.
SEJARAH Akhir sekali, Kumpulan Pengakap ke-24 ingin berterima kasih kepada “Bapa Kami” yang
KUMPULAN merupakan seorang jurulatih kumpulan pengakap yang berpengalaman, iaitu Tuan
PENGAKAP David Chiam. Kami semua mengetahui bahawa tuan ketat dengan kami kerana tidak
KE-24 mahu kami berada di jalan yang salah. Kami juga mengetahui bahawa tuan telah
banyak menuntut kami kerana mahu kami melakukan segala perlakuan dan perkara
dengan baik, memimpin melalui teladan lalu memimpin generasi ahli pengakap yang
seterusnya. Kami juga memahami bahawa pemarahan tuan adalah berharap kami
berusaha untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Kami sangat bersyukur agar tuan
telah banyak menyumbang kepada kumpulan pengakap ini. Jika tiada tuan, maka tiada
Kumpulan Pengakap ke-24 pada hari ini! Tuan juga sering berkongsi kepada kami
tentang beberapa kebenaran dalam kehidupan, memberi sokongan rohani kepada
kami, mengajar kami sesuatu yang tidak pernah belajar dalam kelas, ketawa serta
bersenang-senang dengan kami dari semasa ke semasa dan membuat kami berasa
kegembiraan dan tanggungjawab sebagai seorang ahli pengakap. Setiap ahli dari
Kumpulan Pengakap ke-24 di SMJK Sin Min ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada tuan! Kesyukuran untuk mempunyai tuan.
Pada masa yang sama, kami juga ingin berterima kasih kepada semua jurulatih yang
sanggup mengorbankan masa masing-masing untuk memimpin ahli-ahli pengakap
kumpulan. Mereka ialah Tuan Melvin Teoh Wei Jian (jurulatih tahun 2015 hingga hari
ini), Tuan Song Ding Bang (jurulatih tahun 2015 hingga hari ini), Tuan Ng Chea Lie
(jurulatih tahun 2015 hingga hari ini) dan semua pengakap Rovers termasuklah Ng Jing
Sen, Lim Keat Hui, Low Chen Ping, Lee Kai Jia, Teo Pei Wen, Lim Hui Qi, Loh Ying Shuen,
Ng Yong Cheng dan Ho Zhi Xin. Oleh sebab Kumpulan Pengakap ke-24 mempunyai anda
semua, kami dapat memimpin ahli-ahli pengakap kumpulan langkah demi langkah.
Oleh sebab Kumpulan Pengakap ke-24 mempunyai anda semua, kami dapat belajar
pengetahuan dan kemahiran berpengakap yang berbagai-bagai. Oleh sebab Kumpulan
Pengakap ke-24 mempunyai ajaran dan warisan anda semua, dapatlah menjadikan
kami sebagai seorang pemimpin yang hebat pada hari ini. Kesyukuran untuk
mempunyai anda, semua ahli pengakap dari Kumpulan Pengakap ke-24 akan selama-
lamanya bergaul dalam hati!
SEJARAH Di sini, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua guru
KUMPULAN penasihat Kumpulan Pengakap ke-24, iaitu Encik Low Chean Keow.
PENGAKAP Terima kasih atas sokongan berterusan anda untuk memastikan aktiviti
KE-24 pengakap kami berjalan dengan lancar. Kumpulan pengakap ini juga
mengucapkan terima kasih atas usaha keras anda untuk bertugas,
menemani dan memastikan keselamatan kami dalam setiap aktiviti
pengakap. Kerja keras anda telah memberikan motivasi yang amat besar
sekali kepada kami, TERIMA KASIH!
LOGO SIN MIN
Terima Kasih
Ahli Kumpulan: Tan Jian Kee A18
Koay Teng Kai A18