MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA SESI AKADEMIK 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN BELIMBING DALAM Tarikh : 15 Januari 2024 (Isnin) Masa : 2:15 petang - 4:00 petang Tempat : Makmal Komputer, SKBD HADIR: 1. MOHD ZABIDI BIN DAUD GURU BESAR SKBD 2. MOHAMAD AZMI BIN RASIP PK PENTADBIRAN 3. SUHAILAH BINTI MAMAT PK HEM 4. SUZIEYANA BINTI ABU KASIM PK KOKURIKULUM 5. NORA HASNI BINTI ABDUL RANI PK PPKI 6. NURULHUDA BINTI JAMAR SU MESYUARAT GURU 7. AIDA BINTI MOHD ROSLAN 8. AIMAN HAKIMIN BIN MOHD SALEH 9. AKMAL BINTI SHAFIE 10. AMIRUL IRFAN BIN WISAM 11. AZRUL AMINURASHID BIN MOHD ALI 12. EMA MALISA BINTI MOHD KAMAL 13. FAKHRUDDIN BIN SHARIFUD-DIN 14. FARIDAH HARIANI BT ABD HADI 15. FARIDAH NURUL 'UYUN BINTI ABDUL LATIP 16. HAMIDAH BINTI ABDUL RAZAK 17. HERMAN SHAH BIN GHAZALI 18. ISMANINA BINTI ISHAK 19. JUNAIDAH BINTI MERAH@SHAMSUDDIN 20. KHAIRULLIZA BINTI SHAFIEI 21. KU FWU YUAN 22. MAISARAH BINTI THAMBY CHIK 23. MAZNAH BINTI ISMAIL 24. MOHD AFFIE BIN ARIFIN 25. MUHAMMAD ASRAF BIN SUHAIMI 26. MUHAMMAD BIN JAAFAR 27. MUHAMMAD HAFIZ FADLY BIN MAT KAMAR 28. MUHAMMAD HAFIZZUL BIN AZALI 29. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD JANI 1
30. NOR AINI BINTI HASHIM 31. NOR ALIFAH BINTI OTHMAN 32. NORAKMAR AZLINA BINTI KAMALUDIN 33. NORASIKIN BINTI SENIN 34. NORHIDAYAH BINTI ABDULLAH 35. NUN ZARIAH BINTI BENJAMIN 36. NUR MIZA LIYANA BINTI MD LATEF 37. NUR SHAHIDA BINTI MOHAMAD YUSOF 38. NURULHUDA BINTI JAMAR 39. ROHAIDA BT MOHAMED@AHMAD 40. ROSEMAWATI BINTI SHAFIE 41. RUHILAH BINTI ABD KARIM 42. SITI NUR NADZIRAH BINTI MAT ZAINUDIN 43. SOPANA A/P KALAICHELVAM 44. SYAFIQAH BINTI MAT YUSOF 45. YUSRI BIN AHLAN TIDAK HADIR (BERSEBAB): 1. HILMI BIN MOHAMAD MURTADZA RAWATAN DIALISIS 2. NORIZAN BINTI ISMAIL KPJ DAMANSARA 3. PUSPA A/P GOVINDAN CUTI SAKIT 4. WAN ROSHUAMAN BIN WAN AHMAD TIDAK SIHAT URUS SETIA: 1. NURULHUDA BINTI JAMAR 2. MUHAMMAD HAFIZZUL BIN AZALI 3. SITI NUR NADZIRAH BINTI MAT ZAINUDIN 4. FAKHRUDDIN BIN SHARIFUD-DIN 2
AGENDA MESYUARAT 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. En. Mohd Zabidi bin Daud, Guru Besar SK Belimbing Dalam (SKBD) selaku tuan pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Guru Kali Ketiga dan terakhir bagi Sesi Akademik 2023/2024. Tuan Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran Pn. Nor Alifah binti Othman, Guru Bahasa Arab yang berpindah masuk dari SK Parit Melana berkuatkuasa 15 Januari 2024. 1.2. Pengerusi juga menunjukkan penghargaan dan rasa syukur kerana mendapati sekolah berjalan lancar, hasil mesyuarat yang lepas. Beliau turut menyuarakan rasa terima kasih kepada semua guru atas perkongsian wadah, maklumat, dan cadangan yang baik. Ia merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan positif yang diberikan oleh semua guru. 1.3. Beliau juga menggariskan pentingnya usaha bersama dalam mencapai kejayaan, dan menyatakan bahawa sesuatu kejayaan yang dihasilkan melalui usaha sendiri lebih bermakna. Ia sebagai dorongan kepada semua ahli mesyuarat untuk terus berusaha dan bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama. Tindakan : Makluman 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1. Minit Mesyuarat Guru Kali Kedua Sesi Akademik 2023/2024 telah disahkan tanpa sebarang pindaan. 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1. Tiada 4. TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4.1. MEMPERKUKUHKAN JARINGAN DAN JALINAN 4.1.1. Pengerusi berharap pada tahun 2024, melalui kerjasama yang erat antara SKBD, sekolah-sekolah lain, komuniti luar, dan sektor swasta, Jaringan dan Jalinan yang terbentuk memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan mutu pendidikan di SKBD. Peluang yang tercipta dari hubungan ini memberikan ruang yang lebih luas kepada murid, guru, dan sekolah secara keseluruhan. Sebagai contoh, kerjasama dalam pertandingan bola sepak sebagai permainan persahabatan dengan sekolah-sekolah lain tidak hanya memupuk semangat sukan, tetapi juga memperluaskan jaringan pergaulan dan kerjasama di kalangan murid SKBD. 3
4.1.2. Pentingnya jalinan dengan ibu bapa murid tidak boleh diabaikan. Sumbangan kewangan dan tenaga kerja dari pihak ibu bapa tidak hanya menjadi sumber daya SKBD, tetapi juga membina jalinan yang kukuh antara sekolah dan komuniti. Melibatkan komuniti luar dengan aktif membantu membina jaringan yang lebih luas, mencipta platform pertukaran idea, dan menambahkan pengalaman murid. Tindakan : Semua guru 4.1.3. Bagi menghargai usaha bersama dan kerjasama yang berjaya, pihak yang terlibat, termasuk ibu bapa murid dan sekolah-sekolah lain, harus dianugerahkan Sijil Penghargaan Jaringan dan Jalinan. Pengiktirafan ini bukan hanya sebagai tanda terima kasih, tetapi juga sebagai dorongan untuk terus mengukuhkan Jaringan dan Jalinan tersebut demi peningkatan kualiti unggul pendidikan di SK Belimbing Dalam. Tindakan : PK Hal Ehwal Murid 4.2. PERKONGSIAN DAN KOLABORASI 4.2.1. Pengerusi dengan tegas menggalakkan semangat perkongsian dan kolaborasi di kalangan guru-guru SKBD, dengan memberi contoh positif melalui pelibatan Cikgu Aiman, seorang guru catur yang secara sukarela membantu pasukan bola sepak walaupun kepakarannya terletak dalam bidang catur. Hal ini dapat mencipta iklim kerja yang positif dan harmoni di kalangan jurulatih serta merangsang pertumbuhan profesional dan semangat kerja berpasukan. Tindakan : Makluman 4.3. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 4.3.1. Pengerusi menjelaskan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKBD kali ke-47 yang dijadualkan pada 7 Februari 2024 (Rabu) telah diprogramkan agar tidak mengganggu waktu rehat guru pada hari Sabtu. Mesyuarat ini dijadual pada sebelah pagi sebelum berlangsungnya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKBD. Tindakan : Makluman 4.3.2. Senarai tugas jawatankuasa kerja bagi mesyuarat tersebut dibentangkan oleh Pn. Maznah binti Ismail selaku Setiausaha PIBG SKBD. Beliau juga menerangkan perjalanan tentatif mesyuarat tersebut dan memaklumkan pada tahun ini tiada peruntukan untuk menjalankan aktiviti cabutan bertuah. Tindakan : Makluman 4
4.3.3. Guru yang bertugas pada mesyuarat tersebut akan hadir bersama sebagai ahli mesyuarat. Manakala sebahagian guru lagi akan berada bersama dengan murid untuk menjalankan aktiviti mewarna di dalam kelas. Tindakan : Setiausaha Kurikulum 4.4. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBD 4.4.1. Senarai tugas jawatankuasa kerja dan tentatif bagi Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKBD bagi Sesi Akademik 2023/2024 dibentangkan oleh Cik Ismanina binti Ishak, Setiausaha Kurikulum. 4.4.2. Pada tahun ini sebanyak 178 Anugerah Mata Pelajaran Terbaik bagi semua mata pelajaran teras tahun 1-6 dan Sejarah bagi tahap 2. SKBD juga menyediakan hadiah bagi Terbaik Keseluruhan serta Anugerah Kehadiran Penuh bagi setiap kelas, Anugerah Kokurikulum (Kebangsaan) dan Tokoh Anugerah Khas Kecemerlangan. Tindakan : Makluman 4.4.3. En. Mohamad Azmi bin Rasip, PK Pentadbiran memaklumkan majlis tersebut dijangka akan bermula seawal 10:50 pagi setelah tetamu mesyuarat dan murid-murid selesai rehat dan mengambil tempat. Murid tidak dibenarkan makan di kali lima longkang sekolah bagi mengelakkan hal yang tidak diluar jangka. Tindakan : Semua Guru 4.4.4. Sijil Anugerah Mata Pelajaran Terbaik mula boleh dicetak selepas guru mata pelajaran melengkapkan senarai penerima anugerah pada pautan yang diberi sebelum atau pada 22 Januari 2024. Tindakan : Semua Guru Kelas 4.4.5. PK Pentadbiran juga berharap kedudukan penerima anugerah dan pemberian sijil dan hadiah selari dengan pengacara majlis bagi memastikan kelancaran majlis nanti. Tindakan :JK Hadiah & Sijil dan JK Pengurus Penerima Anugerah 5. PENGURUSAN KURIKULUM 5.1. PK Pentadbiran SKBD meminta proses PdP berterusan berlaku walaupun Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi Tahap 2 dan Pentaksiran Cilik Pintar Tahap 1 telah selesai untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran. Tindakan :Semua Guru Mata Pelajaran 5
5.2. Keputusan Ujian SEGAK dan BMI 5-9T hendaklah dikunci masuk dalam SPPB KPM Modul SEGAK & BMI 5-9T dengan kadar segera bagi mengelakkan gangguan dalam sistem walaupun tarikh akhir pengesahan keputusan adalah pada 29 Februari 2024. Tindakan : Guru PJPK 5.3. PENGURUSAN PANITIA 5.3.1. Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) dan One Page Project Manager (OPPM) Panitia untuk Sesi Akademik 2024/2025 perlulah disiapkan sebelum 2 Mac 2024 untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama Sesi Akademik 2024/2025. 5.3.2. Semua perkara berikut hendaklah dilengkapkan dan dihantar: 5.3.2.1. Laporan Aktiviti Kurikulum Sesi Akademik 2023/2024 5.3.2.2. Carta Organisasi Panitia 5.3.2.3. Minit Mesyuarat Panitia terakhir 5.3.2.4. Anggaran Perbelanjaan PCG Panitia Sesi Akademik 2024/2025 Tindakan : Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran 5.4. Semua guru diingatkan untuk menyediakan nota minta bagi meminta kelulusan Guru Besar sebelum membuat pembelian dengan pihak pembekal. Tindakan : Makluman 5.5. PK Pentadbiran berharap guru-guru bersedia menerima teguran dari pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), PPD, atau JPN tanpa memberi alasan. Sikap terbuka dan positif diinginkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Teguran dianggap sebagai panduan konstruktif untuk memperbaiki prestasi dan kecemerlangan sekolah. Tindakan :Semua guru 5.6. Bagi Sesi Akademik 2024/2025 semua kelas akan disusun atur supaya Pembelajaran Abad-21 (PAK-21) dilaksanakan. Pelaksanaan PAK-21 melibatkan pendekatan yang lebih luas dan menyeluruh daripada sekadar penggunaan alat atau teknik tertentu seperti i-think, parking lot, atau traffic light. Susunan tempat duduk yang menggalakkan interaksi, kerjasama, perbincangan terbuka, dan pemilihan kedudukan yang sesuai dapat memainkan peranan dalam membentuk lingkungan pembelajaran yang akhirnya meningkatkan perkembangan murid secara holistik. Tindakan :Semua Guru Kelas 6
6. PENGURUSAN HEM 6.1. Pn. Suhailah binti Mamat, GPK HEM membentangkan aktiviti secara ringkas yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat: HARI & TARIKH PERKARA 24.01.2024 (Khamis) 7:35 pg - 1:20 th Perkhemahan Unit Beruniform Enam guru akan menguruskan murid tahap 1 sementara Unit Kokurikulum menjalankan aktiviti di padang bersama dengan murid tahap 2. 29.01.2024 (Isnin) 8:00 pg-11:00 pg Hall of Fame Ceremony Dirasmikan oleh En. Muhammad Zulhijri Bin Sabtu, KPP HEM JPNM. Anugerah Sahsiah Unggul setiap kelas diwakili seorang murid lelaki dan perempuan. Manakala Anugerah PIKAT dan ABC diberikan kepada kelas yang kehadiran tertinggi dan kelas kondusif. 30.01.2024 (Selasa) 01-02.02.2024 (Khamis/Jumaat) Proses Pemulangan Buku Teks Diadakan 3 hari di Bilik BOSS bersama dengan murid dan guru kelas mengikut jadual yang disediakan oleh Unit SPBT. 31.01.2024 (Rabu) 11:15 pgi Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Untuk murid tahun 1-6 termasuk PPKI sahaja. Seorang penjaga akan hadir mengambil BAP di kelas anak masing-masing. 05-06/02.2024 (Isnin/Selasa) Penyerahan Dokumen & Fail Peribadi Murid Tahun 6 Sesi Akademik 2023/2024 Termasuk Slip PAJSK, Buku Kesihatan Murid, Sijil-sijil Kokurikulum Tindakan : Makluman 7. PENGURUSAN KOKURIKULUM 7.1. Sehingga 15 Januari 2024, lima kelas yang mengisi data Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK). Guru lain diminta mengisi sedikit demi sedikit walaupun tarikh akhir pengisian adalah pada 29 Februari 2024 (dan 31 Januari 2024 untuk tahun 6). Tindakan : Semua Guru Kelas Tahap 2 7
7.2. Sebanyak 327 pengisian yang telah dibuat dalam pautan diberikan untuk mengisi nama murid sebagai peserta mewakili pertandingan sehingga bulan November 2023. Belum ada sebarang penambahan pengisian untuk keterlibatan murid pada Disember 2023 dan Januari 2024. Tarikh akhir pengisian adalah pada 28 Januari 2024 bagi memudahkan PK Kokurikulum susun atur mengikut kelas bagi tujuan pengisian data PAJSK. Tindakan : Semua Guru Pengiring 7.3. Semua perkara berikut hendaklah dilengkapkan dan dihantar dalam kumpulan sembang telegram “KOKU SKBD 23/24” : 7.3.1. Fail Unit Kokurikulum - Kehadiran Murid dan Analisis 7.3.2. Laporan Tahunan Unit Kokurikulum Sesi Akademik 2023/2024 7.3.3. Laporan Pertandingan Sesi Akademik 2023/2024 7.3.4. PINTAS dan OPPM Unit Kokurikulum Sesi Akademik 2024/2025 Tindakan : Semua Ketua Penasihat BBU, Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan 7.4. PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBD 7.4.1. Perkhemahan Unit Beruniform SKBD akan diadakan pada 25 Januari 2024 (Khamis), bermula jam 7:30 pagi sehingga 5:00 petang. Oleh itu Perjumpaan Kokurikulum Unit Badan Beruniform pada 16 dan 23 Januari 2024 merupakan peluang untuk setiap unit memilih dan melatih peserta pertandingan. 7.4.2. Senarai tugas jawatankuasa kerja dan tentatif bagi Program Perkhemahan Unit Beruniform SKBD bagi Sesi Akademik 2023/2024 dibentangkan oleh En. Azrul Aminurashid bin Mohd Ali, Penyelaras Unit Badan Beruniform SKBD merangkap Ketua Kem Komandan. 7.4.3. Aktiviti di sebelah pagi merupakan Pertandingan Dalaman Unit Sukan dan Permainan masing-masing selepas aktiviti senamrobik yang disertai semua warga SKBD dan sarapan pagi murid tahap 2. Manakala murid tahap 1 akan dikawal selia dengan aktiviti yang dirancang oleh Unit HEM. 7.4.4. Pertandingan Antara Unit Badan Beruniform bermula selepas Solat Zohor Berjemaah di Dewan SKBD. Lima pertandingan yang disediakan ialah Kawad Kaki, Bantu Mula, Ikhtiar Hidup, Pasang & Buka Khemah, dan Ikatan & Simpulan. 8
7.4.5. Unit Kokurikulum SKBD menjemput Perasmi Penutupan Program, En. Mohd Hanif Bin Omri, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Melaka. Oleh itu semua guru diminta berpakaian lengkap (atau t-shirt) Unit Beruniform masing-masing . 7.4.6. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk membantu murid dalam meningkatkan markah PAJSK dari segi kehadiran dan pelibatan . Tindakan : Semua Guru Penyelaras Unit Beruniform 8. HAL-HAL LAIN 8.1. Pautan Senarai Penerima Anugerah Sahsiah Unggul hendaklah dilengkapkan segera sebelum bermulanya Majlis Hall of Fame pada 29 Januari 2024 (Isnin). 8.2. Buku Kehadiran Murid RMT yang telah dikemaskini perlulah dikembalikan pada Penyelaras RMT dengan kadar segera. Tindakan : Semua Guru Kelas 8.3. Pelancaran MyMobile Planetarium (MPP) akan diadakan pada Hari Pertama Pembukaan Semula Sekolah Sesi Akademik 2024/2025 pada 11 Mac 2024 (Isnin) bermula jam 7:30 pagi. Borang penyertaan murid akan diberi melalui pautan Google Form untuk disebar luas dalam kumpulan sembang Whatsapp kelas masing-masing. Tindakan :Penyelaras Program MPP 8.4. Tandas murid yang Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk kerja-kerja penyelenggaraan tandas didapati tersumbat sehingga bertakung dan melimpah keluar. Tindakan : Penyelaras 3K - Tandas 9
9. PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:00 petang. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Tarikh dan masa mesyuarat berikutnya akan dimaklumkan kemudian. Disediakan oleh: Disemak oleh: (NURULHUDA BINTI JAMAR) (MOHD ZABIDI BIN DAUD) Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SK Belimbing Dalam SK Belimbing Dalam 10