MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.4/2020
Tarikh : 20 September 2020
Hari : Ahad
Masa : 1.45 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
1. Cikgu Hajah Poziah binti Aziz (Tuan Guru Besar)
2. Ustaz Sabri bin Mamat (GPK Pentadbiran)
3. Cikgu Lau Hoon Lan (GPK Hal Ehwal Murid)
4. Cikgu Rosman Abadi bin Abd Razak (GPK Kokurikulum)
5. Ustazah Hajah Nor Izani binti Abdullah (Setiausaha)
6. Cikgu Haji Aman bin Salleh
7. Cikgu Anizam binti Abd Rani
8. Ustaz Anuar bin Salleh
9. Cikgu Asilati binti Mohd Arif
10. Cikgu Azimah binti Abdul Nain
11. Cikgu Abdullah bin Mat Noor
12. Ustazah Che Wan Rubiah binti Che Wan Long
13. Cikgu Fadzilah binti Omar
14. Cikgu Ghazali bin Ahmad
15. Ustazah Haslinda binti Mohd Lazim
16. Cikgu Jawariah binti Abdullah
17. Cikgu Mohd Supian bin Alias
18. Ustaz Muhammad Fauzi bin Muhammad Nor
19. Cikgu Muhamad Azeri bin Abd.Razak
20. Cikgu Haji Mohammad Khairuddin bin Ali
21. Ustazah Nik Habsah binti Nik Yusof
22. Cikgu Hajah Noorliza binti Abdullah
23. Cikgu Nooruslaini binti Mamat
24. Cikgu Nor Hafizah binti Ismail
25. Cikgu Nor Yani binti Mohamad
26. Ustazah Norhayati binti Shari
1
27. Cikgu Raja Rosma Wati binti Raja Omar
28. Cikgu Raja Sharifah binti Raja Masnu
29. Cikgu Rosnidawati binti Othman
30. Cikgu Sahal bin Yunus
31. Cikgu Hajah Sharifah Noor Zita binti Syed Abdullah
32. Cikgu Noor Syaeda binti Chik
33. Cikgu Siti Zulina binti Ali
34. Cikgu Suhaime bin Suleiman
35. Cikgu Siti Isalmezai binti Ismail
36. Cikgu Wan Razidah binti Wan Endut
37. Ustazah Wan Safiah binti Wan Ismail
38. Ustaz Wan Shamsukardi bin Wan Aziz
39. Cikgu Hajah Zunaimah binti Hashim
Turut Hadir : (Pembantu Tadbir)
1. Puan Ramlah binti Muda (Pembantu Operasi)
2. Puan Tengku Hasnah binti Tengku Abdullah (Pembantu Pengurusan Murid)
3. Puan Norhayati binti Alias (Pembantu Pengurusan Murid)
4. Puan Nor Faizawati binti Nordin
Tidak Hadir : (Dengan izin)
1 Cikgu Masitah binti Yusof (Cuti sakit)
2 Cikgu Roselina binti Abd Hamid (Cuti sakit)
3 Ustazah Rubahizah binti Abdul Rahman
AGENDA 1
Ucapan Ustaz Mohd Sabri bin Mamat
(Pengerusi Mesyuarat/Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah serta mengucapkan terima
kasih dan tahniah kepada guru- guru yang terlibat kerana dapat hadir pada mesyuarat
kali ini.
1.2 Beliau juga mengucapkan rasa syukur kerana walaupun kita berhadapan dengan
pendamik covid-19 namun kita berjaya mengadakan 4 kali mesyuarat pada tahun ini.
2
AGENDA 2
Ucapan Cikgu Hajah Poziah binti Aziz
(Guru Besar)
2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana
dapat hadir pada mesyuarat pada hari tersebut.
2.2 Modul Perkembangan Pembelajaran 2 (MPP 2) telah selesai diduduki oleh semua murid
Tahun 6, Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru Tahun 6 yang
terlibat.
Makluman
2.3 Semua murid Tahun 6 2020 wajib menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
(PKSK) secara dalam talian. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan semua murid
Tahun 6 menduduki ujian tersebut.
Tindakan : Guru Tahun 6
2.4 Modul Perkembangan Pembelajaran 3 (MPP 3) menggantikan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) akan diadakan pada pertengahan bulan November 2020. Semua kertas
soalan akan disediakan oleh pihak jabatan.
Tindakan : Guru Tahun 6
2.5 Tuan Guru Besar memberi peringatan kepada semua guru agar mengambil cakna
berkaitan maklumat-maklumat yang diberikan oleh pihak jabatan sama ada PPD atau
JPNT.
Tindakan: Semua guru
2.6 Beliau juga turut memaklumkan kepada semua guru agar sentiasa mematuhi Standard
Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Tindakan: Semua guru
2.7 Menjawab persoalan daripada pihak ibu bapa berkaitan berapa lama tempoh mengambil
suhu murid. Beliau memaklumkan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) iaitu sehingga 31 Disember 2020.
Makluman
2.8 Tuan Guru besar turut memberi peringatan berkaitan Cuti Rehat Guru (CRK) adalah
bukan hak guru secara sepenuhnya. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi
3
dan keutamaan akan diberikan kepada guru-guru yang mempunyai masalah
kecemasan. Namun begitu pihak pentadbir amat bertimbang rasa meluluskan
permohonan cuti tersebut.
Makluman
2.9 Beliau turut memaklumkan, pada waktu pagi (3 kali seminggu ) beliau selaku Guru Besar
bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran akan menjalankan learning walk bertujuan
untuk membuat pemantauan kepada guru-guru.
Makluman
2.10 Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 4 akan diberikan penekanan dan persiapan awal agar
mereka semua dapat menguasai pembelajaran dengan lebih baik.
Tindakan: Semua guru
2.11 Tuan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah
mengisi maklumat berkaitan Guru Bestari dan Murid Unggul sebagaimana yang telah
diminta oleh pihak jabatan. Satu salinan eviden hendaklah diserahkan kepada Guru
Penolong Kanan Pentadbiran.
Tindakan: Guru terlibat
AGENDA 3
Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.1 Minit Mesyuarat bilangan 3/2020 telah dicadang terima oleh Cikgu Abdullah bin Mat Noor
dan disokong oleh semua ahli mesyuarat tanpa sebarang pindaan.
AGENDA 4
Perkara-perkara berbangkit
Tiada perkara -perkara berbangkit
AGENDA 5
Peperiksaan Akhir Tahun
( Ustaz Mohd Sabri bin Mamat - GPK Pentadbiran )
5.1 Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid Tahun 4,5 dan 6 akan diadakan pada pertengahan
bulan November. Tarikh dan jadual akan dimaklumkan dan diedarkan kepada semua
guru dan murid.
4
AGENDA 6
Post Morterm Modul Perkembangan Pembelajaran 2 (MPP 2)
(Cikgu Hajah Poziah bt Aziz - Guru Besar)
Keputusan MPP 2
Bil calon Mata Pelajaran A B C D E GPMP GPS
Bahasa Melayu 1 8 19 32 11 24 3.26
Bahasa Melayu 2 23 27 15 10 19 2.73
94 Orang Bahasa Inggeris 1 7 17 28 7 35 3.49 3.72
Bahasa Inggeris 2 2 4 7 17 64 4.46
Matematik 1 11 16 13 53 4.13
Sains 2 3 16 21 52 4.26
Bilangan Calon mengikut Bilangan A
Bil A+B+C+D Bilangan Murid
1 6A 1
2 5A1B 0
3 5A1C 0
4 4A2B 1
5 4A1B1C 1
6 4A2C 0
7 3A 2
8 2A 4
9 1A 15
10 0A 17
5
AGENDA 7
Hal-hal lain
7.1 Ustaz Mohd Sabri bin Mamat memaklumkan, semua Ketua Panitia hendaklah
memastikan kewangan yang diperuntukkan kepada panitia masing-masing hendaklah
dibelanjakan dengan sebaik-baiknya.
Tindakan: Ketua Panitia
7.2 Beliau juga memaklumkan semua guru hendaklah mengisi Deskripsi Tugas (JD) dalam
HRMIS masing-masing. Tarikh akhir pengisian adalah apada 28 September 2020. Guru-
guru boleh merujuk kepada video yang telah disediakan di dalam telegram sekolah
sebagai panduan. Sekiranya terdapat sebarang masalah boleh merujuk kepada Ustaz
Wan Shamsukardi bin Wan Aziz, Ustazah Nor Izani binti Abdullah, Cikgu Fazilah binti
Omar dan Encik Zaharuddin bin Sohok.
Tindakan: Semua guru
7.3 Beliau turut memaklumkan berkaitan Pengisian Borang Sasaran Keberhasilan Akhir
Tahun 2020, guru-guru hendaklah menggugurkan aktiviti-aktiviti yang tidak dijalankan
bersesuaian dengan keadaan pandemik covid-19. Satu salinan borang tersebut
hendaklah diserahkan kepada penilai masing-masing dan satu salinan kepada GPK
Pentadbiran sebelum 1 November 2020.
Tindakan: Semua guru
7.4 Beliau juga turut memaklumkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) berkaitan
Pembelajaran Abad ke -21 (PAK 21) akan diadakan pada hari Rabu, 24 September
2020. Ianya akan di sampaikan oleh Puan Hajah Rahimah bt Rani, Pegawai SISC+
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Makluman
6
PENUTUP
1 Ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir bagi menjayakan mesyuarat
pada hari tersebut dan berharap agar SKRB akan sentiasa cemerlang dan semua aktiviti
yang dirancang pada tahun 2020 dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
2 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 4.00 petang dan diakhiri dengan bacaan tasbih
kaffarah dan surah al-Asr.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
( NOR IZANI BT ABDULLAH ) ( MOHD SABRI BIN MAMAT )
Setiausaha Kurikulum Sekolah Guru Penolong Kanan Pentadbiran
7