The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-44078738, 2021-10-28 16:18:27

BUKU PROGRAM DEKAT MEMBACA

BUKU PROGRAM DEKAT MEMBACA

29 OKTOBER 2021 (Jumaat)
SECARA DALAM TALIAN

ISI
KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA
SURAT
1 PENGENALAN PROGRAM
1
2 OBJEKTIF PROGRAM 2
2
3 DEKAT MEMBACA DAN MATLAMAT 3
4–6
4 ATUR CARA MAJLIS 7–8
9 - 14
5 UCAPAN ALUAN GB 15 - 17
18
6 UCAPAN ALUAN YDP 19

7 UCAPAN PERASMIAN PPD 20

8 SENARAI PEMENANG 21

9 LIRIK LAGU BUDAYA MEMBACA 22

10 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA

11 SENARAI JAWATANKUASA MAJLIS
PERASMIAN

12 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM DEKAT
MEMBACA

PENGHARGAAN

• PPD

13 • YDP
• PIBG

• IBU BAPA / PENJAGA

• SEMUA JK DAN GURU

“Be Different, Be Significant”

PENGENALAN
PROGRAM

Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan pusat mengakses maklumat yang
mengandungi pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital
yang diurus secara sistematik bagi menyokong kualiti pengajaran dan
pembelajaran.

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh,
bahkan penglibatan murid dalam program membaca nilam semakin
berkurangan disebabkan sukar mendapat bahan bacaan di rumah.

Dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi
pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru
menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Pengetahuan yang tinggi memerlukan genarasi yang membudayakan
membaca dijadikan amalan.

Terdapat tiga komponen dalam program NILAM iaitu membaca dan
merekod bahan bacaan, mengesahkan rekod dan mengumpul data serta
memberi pengiktirafan dan ganjaran. Komponen membaca dan merekod
bahan bacaan adalah melibatkan murid sementara komponen mengesahkan
rekod dan mengumpul data serta memberi pengiktirafan dan ganjaran
adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab guru.

“Be Different, Be Significant” 1

OBJEKTIF
PROGRAM

Program yang akan dilaksanakan ini antara lainnya mempunyai objektif
untuk:
• Meningkatkan tahap pembacaan murid melalui pelbagai sumber
• Menjadikan e- PSS SKRPI sebagai tempat mendapatkan bahan bacaan

secara atas talian dengan mudah
• Membudayakan amalan membaca dengan menjalani aktiviti membaca

secara atas talian dan merekod ke IQNILAM
• Meningkatkan kerjasama ibu bapa/ penjaga dengan menggalakkan anak-

anak membaca dan menyertai pertandingan.

MATLAMAT
PROGRAM

Program Dekat Membaca dan Pusat Sumber Maya dilancarkan bertujuan
memastikan hala tuju Program NILAM sekolah mempunyai garis ukur yang
jelas. Dengan itu, Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh mensasarkan
untuk menjadikan ePSS SKRPI sebagai laman utama untuk menjadikan
murid-murid minat membaca iaitu #SKRPIMembaca.

ENAM MATLAMAT DEKAT MEMBACA - ePSS SKRPI: 2
1. Capaian buku digital / e -buku/ youtube dan lain – lain.
2. Kepelbagaian program yang berterusan.
3. Pembangunan prasarana .
4. Kerjasama berterusan daripada PIBG dan ibu bapa serta pemimpin

setempat.
5. Kemenjadian murid yang kalis masa depan.
6. Pendidikan sepanjang hayat - amalan membaca sepanjang hayat.

“Be Different, Be Significant”

ATUR CARA
MAJLIS

Majlis Perasmian Pelancaran Program Dekat Membaca
Dan Pusat Sumber Maya
- ePSS SKRPI –

Tarikh : 29.10. 2021
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing

- Melalui Live Youtube

8.55 pagi : Pautan mula dibuka

9.00 pagi : Ucapan pembuka Pengacara Majlis
Bacaan doa
Nyanyian Lagu Negaraku

9.15 pagi : Persembahan pembuka Majlis
9.20 pagi
: Ucapan Guru Besar
Ucapan YDP PIBG
Ucapan perasmian Tuan PPD KIU
Encik Mohamad Hazawawi bin Yusof
(Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara)
Gimik pelancaran ePSS SKRPI
ucapan ibubapa / murid

9.55 pagi : Pengumuman pemenang

10.00 pagi : Bersurai - Lagu Budaya Membaca

*Sijil Kehadiran disediakan sesi akhir majlis

“Be Different, Be Significant” 3

UCAPAN ALUAN GURU BESAR

Yang berusaha, Encik Mohamad Hazawawi bin Yosuf
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara.

Yang berusaha,
En. Meor Mohammad Shariffudin bin Meor Yahya
Yang Dipertua PIBG SK Raja Perempuan,

Yang dihormati ,
Cik Ruziah binti Ab Majid
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, merangkap Pengerusi Projek Dekat
Membaca,

Puan Hjh. Roshilah binti Ariffin
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Sarala a/p Thangavelu
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan Jawatankuasa Program Dekat Membaca SK Raja Perempuan.

seterusnya barisan guru, ibu bapa/ penjaga dan murid-murid SK Raja
Perempuan yang dikasihi sekalian.

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Selamat pagi dan Salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan
Mohamad Hazawai bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, kerana
sudi hadir untuk menyempurnakan majlis perasmian Program Dekat Membaca
peringkat sekolah tahun 2021.

Saya selaku guru besar, merasa sangat bertuah dengan kehadiran tuan
seterusnya memberi penghormatan kepada kami warga SK Raja Perempuan
pada pagi ini. Tidak lupa juga kepada YDP PIBG yang baharu dilantik Encik Meor
Mohammad Shariffudin bin Meor Yahya dan semua ibu bapa SK Raja
Perempuan.

“Be Different, Be Significant” 4

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada barisan guru-guru SK Raja
Perempuan terhadap komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan Program
Dekat Membaca Peringkat sekolah dan semoga usaha murni ini diteruskan
walaupun banyak kekangan terpaksa dihadapi dalam mengharungi norma
baharu bersama-sama murid-murid.

Murid – murid dan tuan puan sekalian,

Bertepatan dengan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) telah
dilancarkan pada tahun 2020 dan Majlis Sambutan Dekat Membaca
Kebangsaan Sektor Pendidikan 2021 pada 15 Oktober 2021 dengan matlamat
menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Oleh itu, saya
sangat berharap murid-murid dan ibu bapa khasnya dapat sama-sama
berganding bahu menggalakkan dan seterusnya membudayakan amalan
membaca di kalangan murid-murid SK Raja Perempuan dapat merealisasikan
matlamat tersebut. Guru-guru di sekolah berusaha membina laman web yang
sesuai untuk memudahkan pencarian buku dan bahan bacaan secara maya
kepada murid-murid.

Warga SK Raja Perempuan yang proaktif,

Saya menyokong penuh usaha Pusat Sumber Sekolah SK Raja Perempuan
yang diterajui oleh Cik Ruziah binti Ab Majid, selaku pengurus projek Dekat
Membaca dalam mewujudkan gerbang tunggal kepada pelbagai sumber
maklumat melalui platform Pusat Sumber Maya iaitu e-PSS SKRPI.
Kepelbagaian sumber maklumat yang tersedia di dalamnya sama ada dalam
bentuk cetak atau digital boleh diakses pada bila-bila masa. Perekodan bahan
bacaan menjadi lebih mudah dan bersistematik. Pada masa yang sama,
jaringan komunikasi sekolah menjadi meluas dan dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh komuniti setempat ataupun di luar sekolah kita.

Selain itu, dengan kekangan akibat wabak pandemik Covid-19 telah
menyukarkan murid-murid untuk mendapatkan bahan bacaan di rumah.
Dengan adanya e-PSS SKRPI ini, semuanya tiada masalah. Semua murid dan
guru-guru boleh berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah SK Raja Perempuan
secara maya dan menyertai program-program dan aktiviti yang dirancang. Kita
hendaklah menyedari penyebaran maklumat pada hari ini semakin canggih dan
interaktif. Jadi kita perlu bergerak seiring dengan revolusi maklumat dan ilmu
pengetahuan.

“Be Different, Be Significant” 5

Sebagai mengakhiri ucapan ini, izinkan saya berkongsi serangkap pantun:

Buah berangan lebat di hujung,
Dahan patah jatuh ke paya,

Faedah membaca tidak terhitung,
Bangsa membaca bangsa berjaya

Saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah, YDP PIBG Encik Mior, ibubapa khasnya kerana memberi
sokongan dan galakan kepada murid – murid untuk menyertai pertandingan
dan menggalakkan anak – anak untuk melayari dan membaca. Tidak lupa
tahniah kepada semua pihak khususnya Jawatankuasa Kerja Program Dekat
Membaca kerana Berjaya membuat inovasi dalam penggunaan pusat sumber
sekolah secara maya dan pelaksanaan Program Nilam yang lebih interaktif dan
bersistematik.

Sekian, terima kasih,
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

“Be Different, Be Significant” 6

UCAPAN ALUAN YDP PIBG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Yang berusaha, Encik Mohamad Hazawawi bin Yusof
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara.

Yang berusaha,
Puan Fadzilah binti Abd Aziz,
Guru Besar SK Raja Perempuan

Guru – guru Penolong Kanan,

Timbalan Yang Dipertua PIBG SK Raja Perempuan,

Barisan guru, ibu bapa, penjaga dan murid-murid SK Raja Perempuan yang
dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah
Subhanahuwataala kerana di kesempatan pada pagi ini untuk kita sama-sama
menyertai majlis perasmian program Dekat Membaca dan pelancaran ePSS SK
Raja Perempuan Ipoh.

Terlebih dahulu saya bagi pihak PIBG SK Raja Perempuan ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih pada Tuan PPD kita, Encik Mohamad Hazawawi bin
Yusof kerana kesudian beliau melapangkan masa memberikan ucapan
seterusnya merasmikan program pada pagi ini. Di kesempatan ini juga saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah pada barisan guru dan
jawatankuasa program Dekat Membaca SK Raja Perempuan kerana kejayaan
mengadakan program seterusnya merealisasikan e-PSS SK Raja Perempuan. S

Sepertimana tuan – tuan, puan - puan, ibu bapa yang dihormati sekalian, kita
sedia maklum bahawa amalan membaca satu amalan yang baik yang perlu
diterapkan khususnya pada anak-anak kita sejak dari kecil lagi. Maka sebagai
pelengkap kepada usaha - usaha guru maka PIBG menyeru semua ibu bapa,
penjaga untuk menggalakkan anak - anak menyertai program dekat membaca
dan meneruskan usaha - usaha untuk menerapkan amalan membaca dalam
anak-anak kita pelajar SK Raja Perempuan, khususnya.

“Be Different, Be Significant” 7

Disamping itu juga, saya mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada ibu
bapa, kepada semua program yang dijalankan atau yang dianjurkan oleh pihak
sekolah SK Raja Perempuan diberi keutamaan untuk kita sama - sama
menjayakan program bagi memastikan kecemerlangan anak - anak SK Raja
Perempuan dikecapi secara bersama.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada. yang
terlibat khususnya pegawai pendidikan daerah, Encik Mohamad Hazawawi
kerana kesudian beliau memberi ucapan.

Sekian,
Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

“Be Different, Be Significant” 8

UCAPAN PERASMIAN

Yang berusaha, Puan Fadzilah binti Abd. Aziz
Guru Besar SK Raja Perempuan,

Yang berusaha,
En. Meor Mohammad Shariffudin bin Meor Yahya
Yang Dipertua PIBG SK Raja Perempuan

Yang dihormati ,

Cik Ruziah binti Ab Majid
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, dan
Merangkap Pengerusi Projek Dekat Membaca

Puan Hjh. Roshilah binti Ariffin
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Sarala a/p Thangavelu
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan Jawatankuasa Program Dekat Membaca SK Raja Perempuan.

seterusnya barisan guru, ibu bapa/ penjaga dan murid-murid SK Raja
Perempuan yang saya sayangi.

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Selamat pagi dan Salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana dapat

bersama-sama dengan warga SK Raja Perempuan Ipoh dalam satu majlis yang

ringkas tetapi majlis ini sesuatu yang sangat penting. Kerana ia memberi kesan

kepada proses jangka panjang iaitu bagaimana kita nak menguruskan program.

Bukan sahaja program. Menguruskan tabiat, budaya membaca. Dalam kerja

kuat kita sehari-hari. Jadi, untuk itu saya ucapkan tahniah kepada semua

jawatankuasa yang diterajui oleh Cik Ruziah kerana mengambil inisiatif ini

untuk memikirkan satu idea dan merancangkan membuat perancangan jangka

panjang ke arah pemantapan penggunaan perpustakaan dalam bentuk

perpustakaan maya. “Be Different, Be Significant”

9

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak yang saya sayangi sekalian,

Saya ingin berkongsi pengalaman dan juga pemikiran saya hasil daripada
pembacaan dengan semua hadirin berkaitan dengan “Di mana kita berada
sekarang?”. Kita berada di tahun dua puluh dua puluh satu. Dan kalau diikut
pada “World academic forum”, kita ada 9 tahun lagi untuk sama – sama sampai
kepada tahun 2030. Jadi, kenapa tahun dua ribu tiga puluh? Kerana dikatakan
tahun dua ribu tiga puluh ialah jendela kepada transisi untuk kehidupan yang
lebih dinamik, yang lebih berpaksikan kepada teknologi dimana pada tahun
dua ribu tiga puluh, jikalau kita lihat sekarang ini, murid-murid yang berada di
tahun 6, berumur 12 tahun. Pada dua ribu tiga puluh, mereka akan berumur
dua puluh satu tahun, iaitu tahun pertama ataupun tahun kedua di universiti.
Dan begitulah seterusnya, tahun 5 yang berumur dua puluh tahun, tahun 4
yang akan berumur sembilan belas tahun pada tahun itu. Jadi apa yang saya
nak kongsi dengan semua tentang menjaga anak. Kita mempunyai dua pilihan.
Sama juga untuk kekal macam ini dengan skrip lama, dengan penceritaan lama,
tetapi jangan kita mengharapkan satu kehebatan dan juga kecemerlangan
untuk lima tahun, sepuluh tahun, lima belas tahun lagi. Kita boleh berubah.
Jadi pilihan pertama kita kekal dengan penceritaan lama, cara lama. Tetapi kita
boleh pilih untuk mengikut arus kemajuan, permodenan dan juga
perkembangan teknologi. Jadi siapa yang boleh hidup, siapa yang boleh
menguruskan diri, siapa yang boleh menguruskan kerja mereka dengan lebih
efisien, dengan lebih baik, dengan lebih cemerlang pada tahun dua ribu tiga
puluh bergantung kepada apa yang kita buat sekarang ini. Apa peranan guru,
macam mana peranan murid, macam mana peranan pentadbir untuk
menyediakan generasi pada tahun dua tiga puluh.

Pada tahun ini, masyarakat kita dikatakan menghampiri apa yang dikatakan 10
“Super Society 5.0”. Yang bergerak sealiran dengan industrial revolution 4.0.
Industrial revolution ini ada tunjang -tunjangnya dan salah satunya berkaitan
dengan pendidikan. Bagaimana pendidikan main peranan untuk memastikan
kita relevan pada ketika itu. Jadi, peranan kita mesti relevan. Peranan kita mesti
up to date. Dan kita kena tunjuk minat kita, passion kita untuk menyediakan
perkara-perkara macam ini. Berbalik semula kepada Super Society 5.0.
Sekarang ni kalau semua perasan, kita sudah pun mula melaksanakan PdP
secara online (PDPR). Walaupun tahun lepas, banyak pihak berasa sangat tak
selesa sebab tidak biasa. Tetapi sebelum itu, kita sudah pun biasa dengan
elemen - elemen financial technology. Di mana kita membuat pembayaran
menggunakan telefon. Tiada lagi kaunter-kaunter di bank yang dibuka meriah
macam zaman dulu. . Kita ambil nombor, kita beratur. Semuanya online. Kalau

“Be Different, Be Significant”

kita pergi ke McDonald's, tidak ada lagi kita perlu beratur panjang untuk ambil
pesanan. Kita sampai, kita scan dan kita ambil pesanan disitu. Dan kita boleh
boleh buat pesanan sebelum itu lagi. Dan macam-macam. Jadi ini semua ni
ialah corak kehidupan “Super Society 5.0” dimana accessibility masyarakat
kepada maklumat, sangat tinggi. Dan yang kedua, maklumat, buku dan
sebagainya sangat banyak di dalam alam maya. Jadi, bagaimana adik-adik atau
anak - anak dapat menjadi pekerja yang hebat. Pada tahun dua puluh tiga
puluh ke atas bagaimana anak-anak boleh menjadi mahasiswa yang cemerlang
pada tahun itu, pada tahun dua ribu tiga puluh dan ke atas, ialah melalui
membaca, melalui penerokaan ilmu. Sebab itu kita digalakkan menguruskan
ilmu. Ada platform tertentu. Knowledge management, knowledge transfer,
knowledge sharing. Jadi, sebab untuk nak memastikan berlakunya peningkatan
kompetensi, peningkatan keilmuan siapa saja hendaklah melalui platform
perkongsian ilmu, pengurusan ilmu dan sebagainya. Tambah-tambah pula kita
sekarang ni ke arah proses digitalisasi dalam pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak yang saya kasihi sekalian,

Bukan bermakna apabila kita nak menjadi warga ataupun orang yang
berilmu perlu yang perlu membaca buku secara konvensional. Bukan. Banyak
ilmu kita boleh dapat. Dan sekarang ni. persoalan ataupun perkara-perkara
berkaitan dengan Internet of things sudah menjadi biasa pada semua orang.
Murid - murid ataupun kanak – kanak, kadang-kadang yang berumur tiga tahun
sudah pandai menggunakan internet. Kalau dibandingkan zaman saya dulu,
umur lima belas tahun pun tak reti naik bas. Tidak pandai. Nak menggunakan
telefon yang ada di sekitar pekan, rumah, itu pun takut, berdebar-debar. Takut
tak dapat dan takut untuk buka komputer, takut nak tekan, nak guna mouse.
Tetapi semua itu tak berlaku pada generasi sekarang. Jadi, peluang yang telah
disediakan oleh pihak sekolah untuk menyediakan perpustakaan e - maya ini
seharusnya disambut dengan penuh minat, dengan penuh passion oleh anak-
anak sekalian. Jadi saya ingin berkongsi dengan semua terutamanya dengan
anak-anak dengan satu cerita. Cerita ni cerita biasa. Yang berlaku sekarang ni
yang berlaku beberapa tahun lepas tetapi sangat memberi kesan kepada saya
dan juga kepada mungkin kepada orang yang membaca. Ataupun yang
mengikuti kisah ini.

Ada seorang kakitangan despatch di syarikat penerbangan Air Asia. Nama
dia Kugan Tangiisuran. Walaupun dia hanya bekerja sebagai dispatch tetapi
jauh di sudut hati dia, dia ada elemen - elemen kecemerlangan dalam diri dia.

“Be Different, Be Significant” 11

Jadi setiap hari dia melaksanakan tugas dia menghantar surat, dokumen
kepada mana-mana pegawai termasuk kepada CEO Air Asia, Tony Fernandez.
Jadi oleh kerana willing mentality sudah ada dalam diri dia, elemen
kecemerlangan dah ada dalam diri dia. Satu hari dia, dia bertanya kepada Tan
Sri Tony Fernandez. Boleh tak saya sebagai dispatch teringin untuk jadi pilot?
Tan Sri Tony Fernandez berkata boleh. Anda boleh jadi siapa saja yang anda
nak. Dengan syarat, anda mesti berusaha. Anda mesti berilmu. Anda mesti
tunjukkan minat, ghairah, passion untuk mencapai sesuatu. Dia kata saya akan
bantu. Saya akan bantu untuk anda capai cita - cita sebagai seorang pilot dan
AirAsia menunggu, mengalu - alukan kehadiran anda sebagai pilot. Jadi
bermula daripada itu Kugan Tangiisuran ini masuk kelas, mengikuti kursus dan
sebagainya. Kalau tak silap saya empat belas kali ujian untuk mendapatkan
lesen itu yang diduduki oleh Kugan Tangiisuran, dia gagal. Kalau tak silap saya
empat belas kali dia gagal. Tapi, dia bukan jenis orang yang berputus asa. Dia
ambil yang ke lima belas, lulus. Dan sekarang ni dia menjadi pilot kebanggaan
AirAsia. Jadi saya nak bagi tahu pada anak-anak khususnya dan juga kepada
guru-guru yang ada di SK Raja Perempuan di mana anda berada sekarang ni
bukannya titik terakhir. anda boleh lagi mengubah karier. Walaupun dalam
skop pendidikan kepada guru-guru. Mungkin ada di antara tuan-tuan dan
puan-puan yang ada di sini mungkin akan menjadi pengarah Pendidikan.
Mungkin menjadi pengarah di bahagian mana-mana di Kementerian
Pendidikan. Ataupun, ketua pengarah pendidikan Malaysia ataupun sesiapa
saja. Persoalannya, bukan halangan tetapi persoalannya ialah setakat mana
anda mahu setakat mana anda passion, tunjukkan passion, minat untuk
menjadi lebih berjaya. Jadi anak - anak semua, dalam keghairahan kita
mengejar ataupun mendapatkan ilmu. Saya nak ingatkan kepada anak-anak
khususnya dan juga kepada guru-guru sekalian, hadirin yang ada para sarjana
telah mencipta satu akronim yang sangat besar maknanya iaitu A.S.K. “A” ialah
attitude, “S” ini adalah skill, “K” ialah knowledge. Jadi kita boleh dapat skill,
kemahiran daripada mana – mana punca dan sumber seperti mengikuti kursus
di luar kampus, mengikuti kursus di mana – mana kita boleh memperolehi
knowledge atau ilmu pengetahuan, melalui pembacaan, melalui kelas – kelas
atau melalui discovery. Tetapi kemahiran ini tidak menjamin anda semua
menjadi orang yang hebat ini kerana ia bergantung kepada “A” iaitu attitude.
Jikalau attitude ini positif, atau senang dikatakan sikap tuan – tuan dan puan –
puan , sikap anak – anak sangat positif, membawa norma – norma positif,
norma masyarakat, norma di tempat kerja, norma di sekolah dan sebagainya,
semuanya positif, Insha- Allah ia akan menjadi panduan yang sangat baik untuk
anda menggunakan ilmu dan juga kemahiran dan menjadi orang yang berguna

“Be Different, Be Significant” 12

Dan orang yang hebat. Jadi saya tidak mahu nanti suatu hari murid yang sangat
cemerlang dalam akademik, menerima anugerah dekan setiap tahun di
university, kemudian, bekerja dengan gaji yang lumayan, sepuluh tahun lepas
itu dilantik menjadi pengerusi ataupun CEO ataupun direktor ataupun
pengurus di mana-mana syarikat ataupun pengarah, saya tidak mahu dengar
ada di antara tuan - tuan dan puan - puan dan anak – anak, dengan keilmuan,
dengan ilmu yang ada, dengan kemahiran tinggi telah melaksanakan kerja -
kerja yang tidak elok. Pecah amanah, salah guna kuasa dan malang lagi jikalau
akhirnya tuan - tuan, anak - anak mengakhiri karier sebagai pesalah dalam
penjara dan ataupun dibuang kerja, dikenakan tindakan tatatertib dan
sebagainya. Jadi, pastikan sikap sentiasa positif, open minded. Ingin Berjaya,
ingin melakukan yang baik. Godaan, cabaran memang banyak. Jadi, sebagai
contoh orang yang bekerja sebagai pengurus projek. Mungkin dia terdedah
dengan unsur-unsur rasuah. Mungkin ada syarikat - syarikat ataupun pihak -
pihak yang menawarkan ganjaran tertentu untuk dapatkan projek daripada
kita. Tapi kalau kita bersikap negatif, tidak memikirkan baik dan buruk
organisasi dan juga masa depan karier, kita akan terima. Jadi, biarlah tidak kaya
tetapi bersikap positif.

Jadi, saya bangga dengan apa yang diuruskan oleh sekolah ini. Dengan
diterajui oleh Puan Fadzilah dan projek ini pun disusun dan diuruskan oleh Cik
Ruziah, saya harap semua pihak guru, ibu bapa, anak - anak terutamanya,
sambut program ini dengan hati terbuka dan sikap yang positif supaya bukan
sahaja organisasi ataupun sekolah ini lebih cemerlang tapi lebih jauh daripada
itu. Kemenjadian murid di sekolah ini akan meningkat. Jadi dalam kita ghairah
menguruskan projek - projek seperti ini pastikan yang pertama kita positif,
yang kedua, komitmen semua pihak. Oleh itu, saya mohon sangat – sangat
kepada semua pihak kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk masuk sama
dalam organisasi SK Raja Perempuan, bukan dari bahagian pentadbiran tetapi
dalam bentuk komitmen terhadap proses kerja dan kerja buat untuk proses
keberhasilan murid dan juga untuk peningkatan imej sekolah. Jadi galakkan
daripada pihak tuan – tuan dan puan – puan dan ibubapa untuk memastikan
anak – anak meneroka ilmu, melakukan pembacaan secara maya amatlah saya
harapkan.

jadikalau kita lihat pada tahun 2012, 2010, 2008 suatu ketika dahulu, banyak 13
perkara yang orang kata mustahil, tetapi perkara yang mustahil dahulu sudah
menjadi kelaziman pada kehidupan kita sekarang. Contoh, pembelajaran
secara online, perbankan internet dan sebagainya. Mobile Employee, kita
berada di Ipoh, kita bekerja dengan syarikat di Amerika dan sebaagainya. Jadi,

“Be Different, Be Significant”

Kita sama – sama bergerak ke arah itu, itu walaupun kita berada dalam
kelompok khusus. tetapi adat budaya sebagai orang Malaysia yang bersikap
positif ia merupakan norma masyarakat yang baik. Akhir sekali, dengan rasa
rendah diri, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan program
dekat membaca dan melancarkan website pusat sumber maya Epss SK Raja
Perempuan Ipoh.
Tahniah kepada semua.

AssalamualaikumwarahmatullahiTaalawabarakatuh

“Be Different, Be Significant” 14

SENARAI NAMA PEMENANG

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PROGRAM DEKAT MEMBACA

PERTANDINGAN:
• JOM BACA DAN REKOD
• BACA RAKAM DAN HANTAR

1. PEMENANG KESELURUHAN TAHAP 1 3 DAHLIA

- SITI NUR' ASMA' BINTI MUHAMMAD IBNU AL
JOHAN

2. PEMENANG KESELURUHAN TAHAP 1 6 DAHLIA
- NUR QASEH ZULAIKHA BINTI ZULKIFLY

JOM BACA DAN REKOD 1 DAHLIA
1 DAHLIA
3. SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH TAHAP 1 1 DAHLIA

- AUNI SAFIYA BINTI MUHAMMAD AFZUL 2 DAHLIA
- DEENA SOFEA BINTI AHMAD ZULFADLI 2 DAHLIA
- NUR KHAIRAH BATRISYIA BINTI MOHD
2 DAHLIA
HAIRULNIZAM 2 TERATAI
- GABRIELLA A/P YOHVAN NYANA BALAN 2 TERATAI
- WAN NOOR QISTINA BALQIS BINTI WAN AHMAD 2 TERATAI
3 TERATAI
HISHARIZAL
- QIESYA AWLYA RAYNA BINTI AZHAR AGUS 15
- YUSRINA QISTINA BINTI MOHD YAZID
- IMAN AWFIYAH BINTI HISYAMUDIN
- NURSHAZIA ZAHRA BINTI MOHD SHAHRUL
- NURFARIHAH ZARIN MARISSA BINTI MOHD

HAMIZAN

“Be Different, Be Significant”

SENARAI NAMA PEMENANG 4 DAHLIA
4 DAHLIA
4. SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH TAHAP 2 4 TERATAI
5 DAHLIA
- AISYAH FAZHILAH BINTI AMIR 5 DAHLIA
- SITI FADZLINA BINTI AMIR 5 DAHLIA
- ALYA IRDINA MAZLAN BINTI MOHD AMRI 6 TERATAI
- A'EESHA HUMAIRA BINTI TAQI ABDULLAH 6 TERATAI
- JOSHEBA MARY A/P YOHVAN NYANABALAN
- ALICIA WONG WEI TENG 6 DAHLIA
- YUSRINA BATRISYIA BINTI MOHD YAZID
- NUR KHAALISHAH BALQIIS BINTI MOHD 5 DAHLIA

HAIRULNIZAM
- SITI NUR' SHARIFAH BINTI MUHAMMAD IBNU AL

JOHAN
- RAHDHIKKA A/P RAJAN

PERTANDINGAN BACA RAKAM DAN HANTAR 1 DAHLIA
2 TERATAI
5. SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH TAHAP 1 2 TERATAI
3 DAHLIA
- DEENA SOFEA BINTI AHMAD ZULFADLI 2 TERATAI
- IMAN AWFIYAH BINTI HISYAMUDIN
- ZARA AAFIYA AUNI BINTI SHAHRIZAN EFFENDI
- FATIN SAFIYYA BINTI AHMAD FUZIR
- NURSHAZIA ZAHRA BINTI MOHD SHAHRUL

6. SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH TAHAP 2 5 DAHLIA
5 DAHLIA
- JOSHEBA MARY A/P YOHVAN NYANABALAN 5 TERATAI
- RAHDHIKKA A/P RAJAN 5
- NURIN MIRZA QASRINA BINTI SHAHREN MOHD 6 TERATAI

REZA 6 TERATAI
- NUR KHAALISHAH BALQIIS BINTI MOHD
16
HAIRULNIZAM
- NUR ‘IZZATUL HUDA BINTI A’AZIS 6 TERATAI

“Be Different, Be Significant”

SENARAI NAMA PEMENANG

7. PENGHARGAAN KEPADA IBU BAPA MURID TERBAIK TAHAP 1
PUAN RUHAIDA BINTI MD RADZI

8. PENGHARGAAN KEPADA IBU BAPA MURID TERBAIK TAHAP 2
PUAN SUZANA BINTI SAID

9. PENGHARGAAN KEPADA KELAS TERBAIK TAHAP 1
KELAS 2 DAHLIA

10. PENGHARGAAN KEPADA KELAS TERBAIK TAHAP 2
KELAS 6 TERATAI

“Be Different, Be Significant” 17

LIRIK LAGU
BUDAYA MEMBACA

Semaikan dijiwa budaya membaca
Pasti bertambah ilmu yang ada
Bangsa dan usia bukan ukuran
Yang membezakan kebijaksanaan

Bacalah bacalah mari membaca
Mudah dilakukan di mana berada

Bacalah dengan mata dan hati
Dunia luas kita terokai

Beraneka jenis bahan bacaan
Yang bermanfaat pilihan utama
Orang berilmu dipandang mulia

Semaikan budaya membaca

Bacalah bacalah mari membaca
Jadikan membaca budaya kita
Jadikan membaca budaya kita....

“Be Different, Be Significant” 18

JAWATANKUASA
PELAKSANA

JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat : Puan Fadzilah binti Abd. Aziz
(Guru Besar)

Pengerusi Projek : Cik Ruziah Binti Ab Majid
(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Puan Pn. Hjh. Roshilah binti Ariffin
(Penolong Kanan Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Puan Sarala a/p Thangavelu
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha / Penyelaras : Puan Norashikin binti Shafiei
(Guru Perpustakaan dan Media)

Bendahari Puan Zarina binti Che Poh

JK Publisiti / Backdrop : Puan Noor Hayati binti Badri
Puan Sharma Izwarni binti Shoabani

JK ICT : Puan Hazliha binti Kassim
Puan Aidairyanti binti Mohammed
Yusoff

“Be Different, Be Significant” 19

JAWATANKUASA
PELAKSANA

Juruacara : Puan Nafizah binti Hasan
Puan Sharmmini Christina a/p Tharmaraj
Bacaan doa
Sijil / Hadiah : Ustaz Ahmad Jalaluddin bin Manap
: Puan Murniyati binti Yusuf
ICT
Puan Sharmmini Christina a/p Tharmaraj
Buku Program
Video / Gimik : Puan Aidairyanti binti Mohammed Yusof
Background / poster Puan Hazliha binti Kassim
Jurugambar
: Puan Fatin Liyana binti Ahmad Nadzri

Puan Sharma Izwarni binti Shoabani

: Puan Noor Hayati binti Badri

: Puan Norashikin binti Shafiei

“Be Different, Be Significant” 20

JADUAL PELAKSANAAN
PROGRAM DEKAT MEMBACA

Bil Aktiviti Tarikh Masa Tindakan

1 Bengkel Google 21.9.2021 2.30 ptg - 4.30 ptg Penyelaras dan JK
Site e-PSS SKRPI Teknikal

Bengkel Kenali

2 NILAM Dan sistem 23.9.2021 2.30 ptg - 4.30 ptg Penyelaras dan
1QNILAM - ePSS semua guru

SKRPI

Pemaufakatan Pagi Penyelaras dan
3 Kenali NILAM & 25 .9.2021 guru kelas

ePSS SKRPI

4 Pelancaran web 27.9.2021 7.30 pagi - 8.00 pagi Ajk pelancaran
site e-PSS SKRPI program
dan penutupan

5 Jom Baca dan 27.9.2021 Ikut kesesuaian masa Penyelaras, JK
Rekod. hingga murid Promosi , guru

Jom Baca dan 22.10.2021 kelas dan JK
Rakam Teknikal

Majlis Perasmian

6 dan Pelancaran 29.10.2021 9.00 pagi JK Majlis
Pusat Sumber Perasmian

Maya - ePSS SKRPI 21

“Be Different, Be Significant”

PENGHARGAAN

Jawatankuasa majlis perasmian Dekat Membaca dan
pelancaran ePSS SKRPI dengan berbesar hati ingin
merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada

Encik Mohamad Hazawawi bin Yusof,
(Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara)
YDP PIBG
Ibubapa / penjaga murid SK Raja Perempuan
Semua yang terlibat secara langsung / tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini

Terima Kasih

TAHNIAH!

“Be Different, Be Significant” 22

BUKU PROGRAM
MAJLIS PERASMIAN DEKAT MEMBACA DAN

PELANCARAN Epss SKRPI

LINK

SILA IMBAS
QR CODE

“Be Different, Be Significant”


Click to View FlipBook Version