MIA DAN MASA LALUNYA BUKU CERITA KANAK-KANAK OLEH: NIK NUR HALISA BINTI NIK MAT
Pada suatu pagi yang hening, sedang asyik aku menyiapkan urusan kerja tiba-tiba aku terpandang ke luar tingkap. Fikiranku mula melayang dan merasa kosong. Aku juga tidak pasti apa yang aku fikirkan. Pandanganku mula terpaku pada sepasang budak perempuan yang sedang bermain di luar. Mereka kelihatan sangat gembira. Aku mula teringatkan sesuatu. Hana. Ya, aku sangat rindukan dia. Mia: Hana, di manakah engkau sekarang? Aku rindu dengan kenangan kita bersama sewaktu kecil dahulu.
Fikiranku mula mengimbau kembali pada suatu ketika dahulu iaitu aku dan Hana merupakan kawan baik di sekolah mahupun di rumah. Terdapat juga guru yang mengatakan bahawa kami ini seperti kembar. Manakan tidak kehulu dan kehilir bersama-sama setiap masa. Malahan, kami juga tinggal di kawasan taman perumahan yang sama. Jadi, sudah tentu pergi ke sekolah pun bersama-sama. Hana: Mia, jom balik sama-sama petang ni. Mia :Boleh, nanti kita singgah kedai Pakcik aiskrim tu ya. Hana: Wah, nak nak!
Hana : Mia, tengah buat apa tu? Mia :Ish awak ni terkejut saya, ni saya tengah siapkan kerja sekolah. Kerja yang Cikgu Amira suruh kita buat tadi tu. Hana : Tapi yang itu lambat lagi kan kena hantar. Jom kita pergi main sekarang. Mia : Ish asyik main,main,main sahaja awak ni. Hana : Hehehe jom la Mia. Mungkin selepas ini kita sudah tidak boleh bermain bersama-sama lagi. Mia : ya lah, jom kita pergi bermain. Namun,kata-kata terakhir oleh Hana sebentar tadi tidak senang bagiku.
Pada malam itu, Mia mengajak aku untuk menginap di rumahnya. Lalu,aku terus sahaja bersetuju. Ibu bapaku juga memberi keizinan kepadaku untuk tidur di sana. Bintang-bintang di langit begitu cantik pada malam tersebut. Mia : Cantiknya, bintang pada malam ini! Hana: Betul itu Hana. Jarang sekali kita dapat tengok bintangbintang seperti ini. Mia : Mia, boleh saya bertanya sesuatu? Kenapa saya tengok awak sejak kebelakangan ini pucat sahaja? Hana : Oh, tiada lah. Saya penat sahaja ni. Biasalah, saya kan orang yang jenis tidak gemar makan sayur. Mia : Oh, betul juga tu. Hahahahaha. Banyak cerita yang kami luahkan pada malam itu. Tidak kurang juga dengan gelak tawa kami. Namun, tanpa aku sedari itu merupakan petanda awal yang ditunjukkan oleh Hana tetapi aku tidak mengambil cakna.
Hana: Mia, saya nak kita belajar sama-sama. Berjaya pun samasama. Mia : Saya pun mahu berjaya sama-sama dengan awak. Nanti kita boleh banggakan ibu dan ayah kita. Hana : Janji? Mia : Ya, saya tidak akan lupa janji kita. Awak jangan tinggalkan saya tau. Hana terdiam. Dia hanya tersenyum dan memberikan pandangan yang kosong kepadaku. Dia seolah-olah ingin mengatakan sesuatu namun tidak diungkapkan jua.
Keesokan paginya, aku terdengar perbualan antara Hana dan ibunya. Puan Laila : Hana, ibu mahu kamu terus kuat dan bersemangat ya. Hana : Tapi kenapa sampai perlu berpindah ibu? Tidak boleh ke kalau kita terus tinggal kat sini sahaja? Puan Laila : Kalau boleh ibu pun tidak mahu kita berpindah tapi kita terpaksa Hana. Kata doktor Maria, kesihatan kamu semakin merosot dan kamu perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Hana : Hana tidak mahu ibu. Hana tetap nak tinggal kat sini! Puan Laila : Dengar cakap ibu,Hana. Ibu yang buat keputusan. Semua ini demi masa depan kamu juga. Hana : Ibu ni memang tidak faham perasaan Hana. Tanpa sebarang kata, Hana terus berlalu dengan linangan air mata. Puan Laila hanya mengeluh perlahan.
Aku tergamam. Sungguh, aku tidak menyangka bahawa Hana sebenarnya mempunyai penyakit yang agak serius. Air mataku mengalir. Selama ini, banyak sebenarnya tanda-tanda yang telah ditunjukkan oleh Hana namun aku hanya abaikan sahaja. Aku berharap aku dapat membantunya tetapi aku tidak terdaya melainkan hanya dengan berdoa untuk kesembuhannya. Mia: Besar sungguh ujian awak, Hana. Saya harap saya dapat bantu awak.
Mia : Mama, esok sudah bermula cuti sekolah. Kita tidak mahu pergi bercuti ke? Puan Su: Nasib baik Mia bagitahu mama. Mama pun sudah lupa sebenarnya. Apa kata kita balik kampung? Sudah lama kita tidak menjenguk atuk dan nenek di kampung sana. Mia : Boleh juga tu mama. Seronoknya dapat balik kampung. Boleh makan buah-buahan kat dusun hehehe. Mia mahu kemas baju sekarang lah. Tidak sabar rasanya. Puan Su hanya menggeleng kepala dan tersenyum sahaja apabila melihat telatah anak bongsunya itu.
Seminggu kemudian, aku dan keluargaku pun pulang ke rumah setelah tamatnya cuti persekolahan. Hatiku terdetik untuk pergi menjenguk Hana di rumahnya. Sekaligus untuk menceritakan pengalaman menarik aku sepanjang di kampung. Mia: Assalamualaikum. Hana ooo Hana. Setelah 10 minit berlalu, Hana masih tidak munculkan diri. Jiran Hana: Kamu ini cari siapa? Mia : Makcik, tahu tak Hana dan keluarganya pergi ke mana? Sudah lama saya tunggu di sini tetapi tiada orang pun yang menyahut. Jiran Hana : Mereka telah berpindah sejak dua hari yang lalu. Mia : Baiklah, terima kasih Makcik. Saya balik dulu.
Aku mengurung diri di dalam bilik seharian. Hatiku retak. Tanpa sebarang kata-kata dia terus pergi meninggalkanku. Apakah dia tidak menganggap aku sebagai kawan baiknya? Puan Suraya : Mia, jom makan. Makan malam sudah siap ni. Jangan biarkan perut tu kosong. Nanti kamu juga yang sakit. Mia : Mia rindukan Hana. Puan Suraya : Kamu bersabarlah. Mungkin dua atau tiga hari lagi dia balik la tu. Mia : Tidak, dia memang sudah tinggalkan Mia.
Mia: Di taman permainan ini lah kita selalu bermain kan Hana. Banyak kenangan kita kat sini. Pulanglah Hana. Saya sentiasa tunggu awak balik. Tidak lama selepas itu,aku pun pulang ke rumah dengan kehampaan.
Aku tersedar daripada lamunanku. Tanpa sedar air mataku mengalir di pipi. Mia: Aduhai, sudah berapa lama lah aku terleka ni. Sudah lah kerja pun banyak lagi perlu disiapkan ni. Ni lah akibat kalau asyik berangan sahaja. Namun, dalam fikiranku aku berharap yang aku dapat bertemu kembali dengan Hana pada suatu hari. Walaupun mungkin dia sudah tidak mengenaliku lagiā¦
Hening Sunyi,senyap Terpaku Keadaan tidak bergerak-gerak Tidak mengambil cakna Tidak ambil peduli Tergamam Terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa Telatah Tingkah laku Kehampaan Perasaan kecewa GLOSARI
PENGHARGAAN Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih saya ingin ucapkan kepada pensyarah yang amat saya hormati iaitu Puan Hjh Khalidah binti Khalid yang berjasa kepada saya. Beliau banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Tidak lupa juga sokongan utuh yang diberikan oleh keluarga dan rakanrakan yang bersama-sama dalam menyiapkan tugasan tersebut. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan pentaksiran berterusan ini.