The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nasimah bt Abdul Jal UP(S), 2022-04-11 04:25:48

ebuletin siri 12022

ebuletin siri 12022

BIL. 1/ 2022 | JAN-MAC

E-BULETIN UPIPGKI

Rangkuman Peristiwa Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

SELAMAT DATANG : Isi Kandungan
PN. SAIDATUL
SELAMAT DATANG PN. SAIDATUL M.S 1
NADIAH BT SHAMSUDDIN NADIAH BT SHAMSUDDIN

PENCAPAIAN PERPUSTAKAAN M.S 2
M.S 3
ISI KANDUNGANTOP BORROWER JAN-MAC

7 Januari 2022 - Pn. Saidatul Nadiah binti MAJLIS SEJAMBAK BUDI M.S 4

Shamsuddin dilantik sebagai Ketua Pusat Sumber IPG TAMAT LATIHAN PELAJAR LATIHAN M.S 5
INDUSTRI SEPT 2021 - FEBRUARI 2022

Kampus Ipoh. menggantikan En. Mohamad Nurul Azmi SELAMAT DATANG PELAJAR LATIHAN
INDUSTRI MAC - JULAI 2022
bin Mat Nor @ Ahmad Nor yang bertukar ke Unit M.S 5 - 6

Pembangunan Latihan. MESYUARAT M.S 7 - 9

PAMERAN BERTEMA JABATAN/ UNIT M.S 10 - 14
2022

PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI M.S 15
TULANG BUKU M.S 16 - 24

PROGRAM/ BENGKEL

SUMBANGAN M.S 25 - 28

PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN M.S 29
KESELAMATAN & KESIHATAN M.S 29
PEKERJAAN IPG KAMPUS IPOH

UCAPAN ULANG TAHUN U-PUSTAKA
YANG KE-11

1

PENCAPAIAN PERPUSTAKAAN : Sidang Redaksi
TAHNIAH

4 Mac 2022 - Tahniah diucapkan kepada Pn. Penaung
Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menerima
Anugerah Webmaster Aktif 2021. Anugerah Dr. Yahya bin Osman
tersebut disampaikan oleh En. Mohd Khadri Pengarah IPG Kampus Ipoh
bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Ipoh semasa Perhimpunan Organisasi Penasihat
Bulan Mac 2022 dan Majlis Santunan Budi
yang telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman
IPG Kampus Ipoh. Unit Perpustakaan IPG Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh
Kampus Ipoh berasa bangga dan gembira
diatas pencapaian ini. Semoga anugerah ini Ketua Editor
menjadi inspirasi untuk pencapaian yang
lebih baik. Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin,
Ketua Unit Perpustakaan

Penolong Ketua Editor

Pn. Sabariah bt Khairuddin
Pustakawan

ISI KANDUNGAN

Editor

Pn. Nasimah bt Abdul Jal

Pereka Grafik

Pn. Nazariah nt Mat Mizar



SUMBANGAN

Membaca Sentiasa,PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN

KESELAMATAN & KESIHATAN
PEKERJAAN IPG KAMPUS IPOH

PENCAPAIAN : TAHNIAH

Intelektual Diperkasa

TOP BORROWER JAN-MAC

2

TOP BORROWER
JANUARI 2022

Tahniah diucapkan kepada Cik Tan
Wen Ooi ( Pensyarah Akademik, Unit
Pengajian Cina) kerana terpilih
menjadi Top Borrower bagi bulan
Januari 2022 .

TOP BORROWER
FEBRUARI 2022

2 Mac 2022 - Tahniah diucapkan
kepada Cik Catherine Lau Xiao Ying,
pelajar Unit T10 IPG Kampus Ipoh
kerana terpilih menjadi Top Borrower
bagi bulan Februari 2022.

TOP BORROWER
MAC 2022

5 April 2022 - Tahniah diucapkan
kepada Low Jing Huei, pelajar Unit T1
IPG Kampus Ipoh kerana terpilih
menjadi Top Borrower bagi bulan Mac
2022

Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa

3

MAJLIS SEJAMBAK BUDI : SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA
EN. MOHAMAD NURUL AZMI BIN MAT NOR @AHMAD NOR
DAN PN. ASROFAH BT ANUAS

7 Januari 2022 - Majlis Sejambak Budi meraikan sempena pertukaran En. Mohamad Nurul Azmi
bin Mat Nor @Ahmad Nor ke Unit Pembangunan Latihan manakala Pn. Asrofah bt Anuas ke Unit
Praktikum. Terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang bertugas di Unit
Perpustakaan. Semoga terus cemerlang di unit baharu.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

4

TAMAT LATIHAN : PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
SEPTEMBER 2021 - FEBRUARI 2022

11 Februari 2022 - Meraikan

hari terakhir pelajar Latihan

Industri (LI) di Perpustakaan

IPG Kampus Ipoh. Pn. Saidatul

Nadiah bt Shamsuddin (Ketua

Unit Perpustakaan)

merakamkan ucapan tahniah

kepada 4 orang pelajar LI

diatas kesungguhan,

komitmen dan kerjasama

sepanjang menjalani tempoh

latihan di Perpustakaan IPG

Kampus Ipoh. Turut hadir,

mantan Ketua Unit

Perpustakaan En. Mohamad

Nurul Azmi bin Mat

Nor@Ahmad Nor. Diharapkan

pembelajaran dan

pengalaman di Perpustakaan

IPG Kampus Ipoh dapat

dimanafaatkan oleh pelajar LI

untuk masa akan datang.

Tahniah dan terima kasih
kepada Cik Nurul Izzaty Izlyn
bt Kamaruddin, Cik Insyirah
Ahmad Zulkhairi, Cik Muhainie
bt Abdul Kadir dan Cik Nur
Syafiqah Mohd Sabri. Moga maju jaya dalam pengajian dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

5

SELAMAT DATANG : PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
MAC - JULAI 2022

2 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG

Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan

Cik Nur Atikah bt Ishak, pelajar latihan

industri dari UiTM Cawangan Negeri

Sembilan, Kampus Rembau. Pihak

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar

hati berkongsi ilmu pengetahuan dan

pengalaman dalam bidang

Kepustakawanan. Semoga kedua-dua pihak

mendapat manafaat bersama.

9 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh mengalu-alukan kedatangan Cik Nursyahirah
bt Mohamed Fesal, pelajar latihan industri dari
UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus
Rembau

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

6

MESYUARAT
UNIT PERPUSTAKAAN BIL. 1/2022

12 Januari 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Bil
1/2022 pada pukul 4.00 petang. Buat pertama kalinya mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn.
Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Pusat Sumber), yang baharu dilantik.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn.
Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan Kanan S22), Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu
Pustakawan S22) dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar (Pembantu Operasi).
Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang pada 2022 ini. Dalam
mesyuarat tersebut, Pengerusi juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan diatas kecemerlangan yang telah dicipta selama ini.
Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada tahun ini walaupun mengalami kekurangan seorang
kakitangan perpustakaan. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.45 petang.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

7

MESYUARAT
UNIT PERPUSTAKAAN BIL. 2/2022

25 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit
Perpustakaan Bil.2/2022 dan dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua
Unit Perpustakaan). Mesyuarat tersebut diadakan di Bilik Diskusi, Unit Perpustakaan. Dalam
mesyuarat tersebut telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan. Semoga semua
yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

8

MESYUARAT
JAWATANKUASA PERPUSTAKAAN BIL. 1/2022

24 Januari 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022 telah diadakan di
Perpustakaan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin dan
dihadiri seramai 15 orang pensyarah. Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang
dirancang. Semoga apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

9

PAMERAN BERTEMA
JABATAN/UNIT 2022 :
BERSAMA UNIT PENGAJIAN

CINA

28 Januari 2022 - Tahniah kepada Unit

Pengajian Cina, IPG Kampus Ipoh telah

merealisasikan Pameran Bertema

Jabatan/Unit yang pertama bagi tahun

2022. Pameran ini menyerikan sudut Seri

Refflesia dalam Unit Perpustakaan

sempena sambutan Tahun Baharu Cina

yang tidak lama lagi menjelang tiba.

Pameran ini menyerlahkan keunikan
kaligrafi Cina yang membawa maksud
semoga tahun Harimau yang disambut
memberikan harapan yang baik dan
kebahagiaan kepada semua. Pameran ini
juga memberi informasi berkaitan budaya
masyarakat Cina semasa sambutan Tahun
Baharu Cina.

Semua warga kampus dialu-alukan

berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus

Ipoh untuk merasai kemeriahan sambutan

Tahun Baharu Cina dan memahami budaya

masyarakat Cina di Malaysia melalui

artikel-artikel yang dipamerkan.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

10

PAMERAN BERTEMA JABATAN/UNIT 2022 : BERSAMA JABATAN
PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI (JPPI)

8 Februari 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit bagi tahun 2022 diserikan lagi oleh
pameran daripada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Ipoh.
Pameran ini bertemakan 'Penyelidikan dan Inovasi Mencetuskan Pengajaran dan
Pembelajaran Berkesan".
Dalam pameran ini JPPI membawa kita kepada pencapaian dalam penyelidikan dan inovasi
yang telah disertai. Antaranya ialah Sumbangan Konsultasi Sebagai Hakim dan Penceramah
Pertandingan Inovasi dan Kajian Penyelidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan IPG.
Selain itu, turut dipamerkan ialah Sijil-Sijil Pemenang Pertandingan Inovasi dan Penyelidikan,
penerbitan Jurnal Penyelidikan (ISSN : 2229-8495) dan Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh
2021-2025 (ISBN 9789670902937), Dokumentasi Skim Geran Penyelidikan Fundamental
(FRGS) (Anugerah KPM) serta banting program anjuran JPPI. Tahniah diatas pencapaian JPPI.
Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk
melihat sendiri pameran ini. Semoga para pengunjung mendapat input yang positif dari
pameran tersebut.

Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa
11

PAMERAN BERTEMA JABATAN/UNIT 2022 : BERSAMA JABATAN
KECEMERLANGAN AKADEMIK (JKA) IPG KAMPUS IPOH

21 Februari 2022 - Tahniah kepada Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Ipoh telah
menghasilkan pameran bertema Jabatan /Unit di sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan.
Pameran yang disediakan adalah bertemakan “AKADEMIK TUNJANG KECEMERLANGAN BAKAL
GURU”. Tema ini bersesuaian dengan penurunan tiga fungsi Pusat Kecemerlangan Akademik
(PKA) IPGM menjadikan IPG kampus sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi yang berautonomi dan
bertanggungjawab memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akademik berjalan
lancar dan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan. Peranan Jabatan Kecemerlangan
Akademik di IPG Kampus Ipoh berfungsi untuk mengurus, merancang dan menyelaras
pelaksanaan program akademik dengan lebih berkesan selaras dengan hasrat melahirkan guru
yang kompeten, berilmu dan kalis masa hadapan.
Antara bahan yang dipamerkan ialah bahan-bahan rujukan akademik berkaitan dengan Buku
Panduan Akademik PPISMP, PISMP dan PDPM, Buku Panduan Praktikum dan Buku Panduan
Pentaksiran. Selain itu, dipamerkan juga Buku Panduan Penyelidikan yang terdiri daripada 5
bentuk metodologi penyelidikan iaitu Penyelidikan Etnografi, Penyelidikan Eksp/Kuasi Eksp,
Penyelidikan Kajian Kes, Penyelidikan Tindakan dan Penyelidikan Tinjauan.

Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa

12

Bahan-bahan rujukan penyelidikan ini amat penting kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2018
yang ketika ini sedang melaksanakan penyelidikan. Turut dipamerkan ialah bahan digital
berkaitan dengan Unit Program Pengajian Akademik, Unit Program Pengurusan Akademik, Unit
Pembelajaran Digital, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik dan Unit Pengembangan
Profesionalisme Akademik.

Semoga pameran ini dapat memberi panduan yang jelas kepada para pengunjung dalam
penyediaan penyelidikan yang lengkap.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

PORTAL RASMI FACEBOOK BLOG YOUTUBE

TWITTER TIK TOK INSTAGRAM TELEGRAM

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

13

PAMERAN BERTEMA JABATAN/UNIT 2022 : BERSAMA JABATAN
HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)

9 Mac 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 minggu ini diserikan oleh pameran dari
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) yang bertemakan 'Memori Konvokesyen '.
Sebagai info; sehingga tahun 2019, Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia
dijalankan secara berpusat di IPGM dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit
Peperiksaan dan Penilaian kampus masing-masing. Bermula tahun 2020, Majlis Konvokesyen telah
diuruskan hampir sepenuhnya oleh IPGM dengan kerjasama Unit Peperiksaan dan Penilaian setiap
kampus. Oleh kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia, kini Majlis Konvokesyen IPGM juga
telah berubah 'wajah'. Suatu ketika dahulu, Majlis Konvokesyen juga pernah dijalankan di Kampus
Ipoh sendiri. Pameran ini membawa para pengunjung untuk merasai suasana Majlis Konvokesyen
IPGM yang pernah dijalankan di beberapa lokasi terkemuka seperti PICC dan MAEPS termasuklah
di Dewan IPG Kampus Ipoh yang tersergam indah. Jubah milik IPGKI, gambar-gambar dan
cenderahati semasa majlis tersebut menggamit memori yang indah dan diharapkan dapat
menjadi pembakar semangat kepada semua bakal guru di IPGKI untuk menamatkan pengajian
dengan jayanya dan melalui detik bersejarah masing-masing suatu hari nanti.
Kredit : Pn. Nisya Aqeela bt Mazlan, JHEP

Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa

14

PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI TULANG BUKU

Puisi Tulang Buku ialah puisi yang dicipta
dengan menggunakan judul dari tulang
buku untuk baris puisi.
Bimbingan mencipta puisi berdasarkan
judul tulang buku sila imbas QR Code ini :

Kredit : En. Shamsuddin bin Abu Bakar
(Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu)
Tarikh tutup pertandingan pada 14 Mac
2022.
Pertandingan terbuka kepada semua.
Pemenang akan diadili mengikut 4
kategori iaitu Pensyarah, Pelajar IPGKI,
Staf IPGKI dan Pelayar Maya FB.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Urusetia : [email protected]

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

15

PROGRAM 'ONE FUN DAY WITH KIDS'

20 Januari 2022 - Tahniah kepada semua

kakitangan di Unit Perpustakaan IPG

Kampus Ipoh, Pelajar Latihan Industri UiTM

Merbuk, Kedah dan Prasekolah Seri Mawar

di Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus

Ipoh diatas penganjuran program ini.

Tujuan program ini sejajar dengan Pelan

Strategik iaitu dalam aspek perkongsian

pintar. Ia selaras dengan inisiatif keenam

iaitu mewujudkan penglibatan dengan

pelbagai agensi media cetak dan digital

bagi menyebarluaskan informasi atau

maklumat. Justeru, karya-karya yang

dihasilkan dapat dimanfaatkan oleh

masyarakat dan memberi impak yang

besar kepada para pembaca.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan Ilmu

Pendidikan IPG Kampus Ipoh, En. Zulkufli

bin Mahayudin kerana sudi merasmikan

Program One Fun Day with Kids seterusnya

melancarkan buku cerita kanak-kanak

dalam Bahasa Inggeris yang ditulis sendiri

oleh Guru Prasekolah Seri Mawar, Cik Zety

Aziz. Tahniah dan terima kasih diucapkan

kepada semua yang terlibat.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

16

BENGKEL AUDIT PEMATUHAN MQA-04 SIRI 1

26 Januari 2022 - Syabas Pn. Saidatul

Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit

Perpustakaan) dan Pn. Nasimah binti Abdul

Jal telah menghadiri Bengkel Audit

Pematuhan MQA-04 Siri 1 dengan jayanya.

Bengkel tersebut di adakan di Dewan Seri

Melati, IPG Kampus Ipoh anjuran

Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan

Polisi, Jawatankuasa Pelaksana Akreditasi

dan Validitasi dengan kerjasama Unit

Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh.

Bengkel disampaikan oleh Dr. Fatimah

dan Pn. Wan Ziraiza Wan Ismail . Seramai

30 orang Pensyarah menghadiri bengkel

tersebut.

BENGKEL PENGGUNAAN
PANGKALAN DATA IPGM

DAN KPM

21 Februari 2022 - Tahniah warga kerja

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

kerana mengikuti Bengkel Penggunaan

Pangkalan Data IPGM dan KPM anjuran

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas

secara dalan talian. Bengkel

disampaikan oleh En. Yazid bin Ibrahim,

Perpustakaan Negara Malaysia.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

17

KURSUS PENGURUSAN LAMAN WEB UNTUK JABATAN/UNIT DAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

16 Februari 2022 - Tahniah Pn. Nasimah bt

Abdul Jal kerana telah menghadiri Kursus

Pengurusan Laman Web untuk Webmaster

Jabatan/Unit dan JPP dengan jayanya. Kursus

ini anjuran oleh Jawatankuasa Pengurusan

Laman Web dengan kerjasama Unit

Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh.

Kursus ini juga di adakan di Makmal Bestari,

IPG Kampus Ipoh dan disampaikan oleh En.

Mohd Zaki bin Jamaluddin serta dihadiri

seramai 16 orang pensyarah dan kakitangan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk

memantapkan lagi pengurusan laman web di

setiap jabatan dan unit.

PROGRAM BEDAH BUKU : ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA

31 Mac 2022 - Terima kasih Pn. Nasimah bt
Abdul Jal kerana telah menghadiri Program
Bedah Buku Aliran Pemikiran Semasa anjuran
Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Moral
dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan
IPG Kampus Ipoh. Program ini diadakan di Mini
Teater dan disampaikan oleh S.S. Dato' Haji
Zamri Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Program ini sangat bermanafaat kepada semua
masyarakat.

Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa

18

BENGKEL LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA : BERSAMA
UNIT W14 DAN W15

14 Mac 2022 - Alhamdulillah dan tahniah kepada Pn. Sharmila bt Siron (Pembantu
Pustakawan Kanan) kerana telah menyampaikan promosi penggunaan u-Pustaka
dengan baik dalam Bengkel Literasi Media & Maklumat Bersama Unit W14 dan Unit
W15 yang diadakan secara dalam talian. Beliau juga berkongsi penggunaan e-
Perpustakaan. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga merakamkan setinggi
penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Tejeri selaku mentor.
Diharapkan semua perkongsian ini memberi manafaat kepada semua pelajar

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

19

BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT

21-22 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit
Pembangunan Latihan telah menganjurkan Bengkel Menulis dan Menerbit dengan
jayanya. Bengkel ini diadakan di Dewan Seri Melati dan Mini Teater. Alhamdulillah,
bengkel ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Melalui bengkel ini, En. Shamsuddin bin Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu
sebagai penceramah telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada semua
pensyarah yang menghadiri bengkel. Beliau turut dibantu oleh Tn. Haji Abdul Rani bin
Hassan dan Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

20

BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT

PPnn. .SSaaididaatutul lNNaaddiaiahhbbt tSShhaammsusuddddinin(K(KeetutuaaUUnnititPPeerprpuustsatakakaaann) )mmeerarakakammkakannsesetitninggggi i
ppeenngghhaargrgaaaannkekeppaaddaappeesesertratakekerarannaabbeerjrajayayammeenngghhaaddiriiribbeennggkekel linini isesehhininggggaaddaappaat t
mmeenngghhaasisliklakann kakaryraya. . BBeelilaiauu jujuggaa tutururut t mmeerarakakammkakann ppeenngghhaargrgaaaann kekeppaaddaa sesemmuuaa
ppihihaakk yayanngg teterlrilbibaat t seseccaarara lalannggsusunngg ddaann titdidaakk lalannggsusunngg ddaalalamm mmeennggaannjujurkrakann
bbeennggkekel linini.i.
BBeelilaiauu jujuggaa mmeerarakakammkakann uuccaappaann tatahhnniaiahh kekeppaaddaa EEnn. . SShhaammsusuddddinin bbinin AAbbuu BBaakakar r
(p(peenncceerarammaahh) ) ddaann fafasisliltiatatotor r teterlrilbibaat t yayanngg tetelalahh bbeerjrajayaya mmeennjejenntitkik mmininddaa ppeesesertrata
uunntutukkmmuulalammeennuulilsi.s.TTididaakkluluppaajujuggaauuccaappaanntatahhnniaiahhkekeppaaddaasesemmuuaappeesesertratabbeerjrajayaya
mmeemmeeccaahhkekeppoommppoonnggbbaakakat tyayannggteterprpeennddaammddeennggaannmmeemmbbuuaat tppeenngghhaasislialannkakaryraya
uunntutukkddininilialai iddaanndditieterbrbitiktakannoolelehhUUnnititPPeerprpuustsatakakaaann. .
DDihihaararapp pproroggraramm inini i ddaappaat t teterurus s mmeennccaappaai i mmaatltalammaat t ddaann bbeerjrajayaya mmeemmbbeerirkiakann
ppeertratammbbaahhaannininfofoddaannininppuut tkekeppaaddaasesemmuuaa. .

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

21

BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

22

BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

23

BENGKEL TURNITIN

30 Mac 2022 - Kursus anjuran Unit Peperiksaan & Penilaian, Unit Perpustakaan dan
Jabatan Kecemerlangan Akademik telah diadakan secara Google Meet. Peserta
seramai 95 orang terdiri daripada pensyarah & staf dari semua Jabatan dan Unit di
IPGKI.
Penceramah terdiri daripada Pn. Saidatul Nadiah Binti Shamsuddin(Ketua Unit
Perpustakaan) dan Cik. Jami’ah bt Ismail (Pegawai Unit Peperiksaan dan Penilaian)
Objektif kursus ini adalah :
1. Memberi panduan kepada pensyarah IPG supaya dapat mengenal pasti isu
berkaitan dengan plagiarisme dan salah laku akademik yang mungkin timbul sekalipun
mereka telah ditempatkan di sekolah. Selain itu, mengurus dan mencegah perbuatan
plagiarisme dengan merujuk kepada prosedur dan dokumen semasa yang sedang
berkuat kuasa.
2. Mengurus dan mencegah perbuatan plagiarisme dengan merujuk kepada prosedur
dan dokumen semasa yang sedang berkuat kuasa.
Kredit : Cik Jami'ah bt Ismail

Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa

24

SUMBANGAN BUKU/TERBITAN BERSIRI JAN-MAC 2022

Terima kasih Cik Norfarahani bt
Mad Dahari (Unit T4)

18 Februari 2022 - Terima kasih diucapkan
kepada Cik Norfarahani bt Mad Dahari (Unit
T4) kerana menyumbangkan 3 buah buku
koleksi peribadi beliau untuk dijadikan
sebagai bahan bacaan dan rujukan di
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Moga
sumbangan buku ini memberi manafaat
kepada semua pengguna Perpustakaan IPG
Kampus Ipoh

Terima kasih Unit V8 dan
Mentor, Dr. Arulnathan

22 Februari 2022 - Unit

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

mengucapkan tahniah kepada

Kumpulan Inovasi QR Alphabet dari

Unit V8 (major Bahasa Tamil)

kerana telah berjaya menerbitkan

buku yang berjudul QR Alphabet

Tamil. Projek inovasi ini dibawah

bimbingan mentor V8, Dr.

Arulnathan Visurasam.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

25

SUMBANGAN BUKU/TERBITAN BERSIRI JAN-MAC 2022

Terima kasih En. Muhamad
Firdaus bin Mohamad

7 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt
Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG
Kampus Ipoh) berbesar hati menerima
sumbangan buku daripada En. Muhamad
Firdaus bin Mohamad, Pensyarah IPG
Kampus Ipoh.

Terima kasih Pelajar TESL
Unit V10 dan V11

24 Mac 2022 - Pn. Saidatul
Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit
Perpustakaan) merakamkan ucapan
tahniah kepada pelajar TESL Unit
V10 dan V11 kerana berjaya
menerbitkan sebuah buku yang
berjudul 'A REENACTMENT OF
PLAYS' di bawah bimbingan Dr.
Kanakambal a/p Velusamy dan Dr.
Kee Li Li.

Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa

26

SUMBANGAN TESIS 2022

Terima kasih Dr. Mohd Hafidz bin Osman

25 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan)
merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Mohd Hafidz Bin Osman diatas
sumbangan tesis kepada Unit Perpustakaan untuk dijadikan bahan rujukan. Tesis beliau
berjudul 'Kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian Terhadap Tekanan,
Kebimbangan dan Daya Tindak Kerohanian Dalam Kalangan Guru Pelatih'.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

27

SANITASI RUANG BACAAN
UNIT PERPUSTAKAAN

13 Januari 2021 - Unit Perpustakaan IPG

Kampus Ipoh telah membuat sanitasi

semua ruang di Perpustakaan. Terima

kasih kepada semua kakitangan

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang sudi

memberi sumbangan kewangan untuk

tujuan tersebut.

SUMBANGAN LIMAU SIMBOLIK
PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA

24 Januari 2022 - Terima kasih Unit
Pengajian Cina diatas sumbangan limau
sebagai simbolik perayaan Tahun Baharu
Cina.

SUMBANGAN KURMA SEMPENA
RAMADAN 1443H

28 Mac 2022 - Unit Perpustakaan
berbesar hati menerima sumbangan
kurma daripada Unit Pengajian Cina yang
diwakili oleh En. Ng Swee Huat dan Cik
Lam Seiw Tai sempena meraikan
kedatangan bulan Ramadan.

Terima kasih En. Ng dan Cik Lam

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

28

PELAKSANAAN AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN (JKKP) IPG KAMPUS IPOH DI UNIT PERPUSTAKAAN

31 Mac 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan telah di audit berikutan pelaksanaan
audit dalaman keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh Jawatankuasa Kecil Audit
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IPG Kampus Ipoh. Terima kasih Pn. Rafizah
bt Mohamed Salleh diatas pandangan positif yang diberikan sebagai panduan
penambahbaikan untuk akan datang

UCAPAN SEMPENA HARI ULANGTAHUN U-PUSTAKA YANG KE-11

31 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG

Kampus Ipoh berasa bangga apabila

terpilih untuk memberi ucapan sempena

hari ulangtahun u-Pustaka yang ke-11.

Unit Perpustakaan mendedikasikan

ucapan tersebut dalam video. Sila imbas

QR code untuk

ke pautan video.

Membaca Sentiasa,
Intelektual Diperkasa

29


Click to View FlipBook Version