e-Buletin UPIPGKI
BIL. 2 / 2022 ( APRIL - JUN )
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"
PENCAPAIAN M.S 3
TOP BORROWER M.S 5
LAWATAN PENANDA M.S 6
ARAS
PROGRAM LUAR YANG
DIHADIRI M.S 12
SUMBANGAN BUKU/
TERBITAN BERSIRI/TESIS
M.S 13
MESYUARAT UNIT M.S 16
PERPUSTAKAAN
SANITASI UNIT BUKU BAHARU TERBITAN IPG
PERPUSTAKAAN
KAMPUS IPOH
M.S 17 M.S 18
SIDANG REDAKSI DARI MEJA KETUA EDITOR
Penaung Bismillahirahmanhirahim
Assalamualaikum wtw dan salam
Dr. Yahya bin Osman sejahtera kepada semua pembaca
budiman.
Penasihat Alhamdulillah, syukur ke hadrat
En. Mohd. Khadri bin Fazil Rahman Illahi dengan izin-Nya Unit
Perpustakaan dapat meneruskan
menerbitkan e-Buletin UPIPGKI .
Ketua Editor Tahniah kepada semua team atas
komitmen yang baik sepanjang
Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin menyiapkan e-buletin UPIPGKI Bil.
2/2022 ini dengan jayanya .
Penolong Ketua Editor Diharapkan kerjasama ini
Sabariah bt Khairuddin dikekalkan agar Unit Perpustakaan
dapat merealisasikan matlamat.
Akhir sekali, saya berharap e-
Editor buletin ini memberi manafaat
kepada para pembaca.
Nasimah bt Abdul Jal
Penyelaras
Sharmila Siron
Pereka Grafik
Nazariah bt Mat Mizar
Ikuti kami di media sosial yang berikut
e-Buletin UPIPGKI Bil. 2/2022 (April- Jun) 2
PENCAPAIAN
Pemenang Pertandingan Bookface :
Tahniah Cik Ameera Sabeela bt
Shohor
5 April 2022 - Unit Perpustakaan
menyampaikan hadiah kepada pemenang
Pertandingan BookFace iaitu Cik Ameera
Sabeela bt Shohor Ameera Shohor dari Unit
T7. Tahniah dan terima kasih Cik Ameera
diatas penyertaan pertandingan anjuran
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
The Ultimate Ramadhan Quiz :
Tahniah Cik Nur Atikah bt Ishak
20 Mei 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh merakamkan ucapan setinggi-tinggi
tahniah kepada Cik Nur Atikah bt Ishak
(pelajar Latihan Industri) kerana mendapat
tempat ketiga (Kategori Pensyarah/staff
Muslim) dalam The Ultimate Ramadhan Quiz
anjuran Highly Immersive Program IPG
Kampus Ipoh. Penyampaian hadiah telah
disampaikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh semasa
Perhimpunan Pelajar Bagi Bulan Mei 2022 dan Majlis Santunan Budi bertempat di
Dewan Seri Tanjung. Perhimpunan tersebut telah disiarkan secara langsung di
platform youtube https://youtu.be/kQk50IFsSU4
Tahniah kepada semua pemenang iaitu Pn. Besira Bibi , En. Mohamad Nurul Azmi
Mat Nor , Tan Ai Lee, Ooi Soo Yuan, Cik Raguna Arumugam
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 3
Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang Peringkat IPG Kampus Ipoh :
Tahniah Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin
24 Mei 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan setinggi-
tinggi tahniah kepada Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin atas Anugerah Khas
Perkhidmatan Cemerlang peringkat IPG Kampus Ipoh bagi tahun 2021. Anugerah
tersebut telah disampaikan oleh Dato' Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed, Ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2021 & Jalinan Mesra Aidilfitri 2022 yang telah berlangsung di
Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.
Moga moment indah ini menjadi inspirasi dan penyuntik semangat dalam kalangan
pegawai dan kakitangan di Perpustakaan untuk meningkatkan prestasi pada masa
akan datang.
Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 4
TOP BORROWER
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 5
PROGRAM ANJURAN UNIT
PERPUSTAKAAN & KOLABORASI
BERSAMA JABATAN/UNIT
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
21 April 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan dapat melaksanakan
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dengan jayanya.
Di peringkat Institusi Pendidikan Guru Kampus Ipoh, program ini telah
dilaksanakan pada jam 10.30 pagi - 10.40 pagi di Dewan Seri Tanjung
atas faktor kesesuaian masa dan tempat siswa/siswi iaitu selepas
berlangsungnya Program Bicara Warkah Cinta Tuhan. Pada masa yang
sama, Program Jom Baca juga dilaksanakan dalam kalangan peserta
Bengkel Vaksin Diri Melalui Terapi Kreatif di Mini Teater dan anak-
anak didik Prasekolah Seri Mawar serta pengunjung di Perpustakaan IPG
Kampus Ipoh.
Unit Perpustakaan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih diatas
kerjasama Jabatan Pengajian Agama Islam dan Moral (JAPIM) , Unit
Psikologi dan Kaunseling , Jabatan Ilmu Pendidikan dan seterusnya
semua warga kampus yang menyertai dan menyokong pelaksanaan program
ini walau di mana pun berada.
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah disiarkan secara
langsung di platform Youtube pada minit ke 1:58:32
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 6
Pertandingan Mewarna Sempena Jom Baca Bersama Untuk
10 Minit
21 April 2022 - Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ,
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Prasekolah Seri
Mawar telah menganjurkan Pertandingan Mewarna dalam kalangan anak-
anak didik di Prasekolah Seri Mawar.
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada adik
Siti Areej Balqis (Tempat Pertama), adik Muhd Aish Ibrahim (Tempat
Kedua) dan adik Haura Dayana (Tempat Ketiga).
Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh En. Ahmad
Jalalulail bin Abd Manab, selaku Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu
Pendidikan.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Norzety bt Abdul Aziz, Pn.
Shamsiaton bt Ilyas, Pn. Sabariah bt Khairuddin dan Pn. Nazariah bt
Mat Mizar atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang
pertandingan ini berlangsung.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 7
Pertandingan Gambar Menarik Sempena Jom Baca
Bersama Untuk 10 Minit
Jom Baca Bersama-sama Sempena 6- Letakkan tanda pagar
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Semua warga IPG Kampus Ipoh dan #jombacaipgki2022
warga Maya Perpustakaan IPGKI #malaysiamembaca
seluruh Malaysia. #bangsamembacabangsaberjaya
Walau apa pun yang anda lakukan #jombacabersama10minit2022
berhenti sejenak dan Jom Baca #bangkitbaca #bersyukur
Bersama secara serentak iaitu:
Tarikh tutup : 21 April 2022
1⃣- Pada 21 April 2022 tepat Jam 4.00petang
pukul 11.00 pagi (Khamis)
2⃣- Di mana-mana anda berada. Adakah gambar anda yang kami
3 - Klik like / tanda suka pada cari?
paparan poster Jom Baca 10 Minit
di media sosial Perpustakaan IPG Gambar & kapsyen menarik melalui
Kampus Ipoh undian Like terbanyak akan
4 - Muat naik gambar anda membaca menerima hadiah misteri daripada
bersama buku/e-buku/bahan bacaan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
yang lain di FB/IG/TWITTER/TIKTOK
ke media sosial sendiri. Jom sertai kami!!
5- Tagged media sosial
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
bersama kapsyen yang menarik.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 8
Program WORLD
#QuranHour
26 April 2022 - Unit Perpustakaan
IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama
JAPIM telah menganjurkan Program
WORLD #QuranHour dengan jayanya.
Program ini bertemakan Bangsa
Berbudi dan penyayang. Dengan
membawa misi Surah Al-Sajdah,
sesi tadabur disampaikan oleh Dr.
Saidah bt Haris @Harith dan
Ustazah Noracyhan bt Mohamad
Bakri. Alunan ayat suci Al-Qur'an
dibacakan oleh saudara Mohd
Farhan bin Mohd Fuzi, Unit V12.
Peserta terdiri daripada kalangan
kakitangan IPG Kampus Ipoh dan
pelajar Unit V12, V13 dan V14.
Program ini diadakan di Ruang
Bacaan Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh dan disiarkan secara
langsung melalui platform
Facebook Perpustakaan. Program
ini sangat bermaafaat kepada
semua peserta.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 9
Pameran Bertema
Jabatan/Unit 2022 : Jabatan
Teknologi Pendidikan dan
Multimedia, IPG Kampus Ipoh
22 Jun 2022 - Tahniah kepada
Jabatan Teknologi Pendidikan Dan
Multimedia, IPG Kampus Ipoh telah
menghasilkan pameran bertema
Jabatan/Unit di Sudut Seri
Refflesia, Unit
Perpustakaan.Bertemakan
"Pendidikan Digital" dengan
memberi penekanan kepada
pendidikan digital sebagai
pendedahan kepada warga pendidik
berkenaan teknologi dunia
pendidikan era masa kini. Pameran
ini menerapkan elemen yang ada
dalam Sekolahku SEJAHTERA seperti
elemen seronok, eksplorasi dan
rasionalisasi bagi pemangkin
semangat guru-guru dan murid
menyediakan diri ke alaf baharu.
Semua pengunjung dialu-alukan ke
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
untuk mendapatkan maklumat
tentang kaedah digital yang
dipamerkan.Semoga pameran ini
memberi inspirasi kepada
pengunjung justeru memberi impak
dalam melakar kerjayaan yang
lebih cemerlang dan gemilang pada
masa akan datang.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 10
LAWATAN PENANDA ARAS
Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Arkib Negara Malaysia
(JANM) Cawangan Negeri Perak
31 Mei 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah membuat lawatan
penanda aras ke Jabatan Arkib Negara Malaysia (JANM) Cawangan Negeri
Perak. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan
kepada semua kakitangan Perpustakaan dan pelajar latihan industri
dalam proses pelupusan buku/dokumen dengan lebih jelas. Diharapkan
perkongsian pihak JANM Cawangan Negeri Perak dapat membantu
meningkatkan kecekapan pengurusan di Perpustakaan. Terima kasih
kepada JANM Cawangan Negeri Perak atas layanan baik yang diberikan.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 11
PROGRAM LUAR YANG
DIHADIRI
Bual Bicara : Betulkan Yang
Biasa, Biasakan Yang Betul
28 Jun 2022 - Unit Perpustakaan
IPG Kampus Ipoh telah menghadiri
Program Bual Bicara : Betulkan
Yang Biasa, Biasakan Yang Betul
bersempena dengan Dekad Membaca
Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri
Perak. Program ini telah diadakan
di Auditorium Kompleks Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara
negeri Perak. Program tersebut
menampilkan 3 orang panel yang
tidak asing lagi iaitu Dr.
Norhazlina Hussin, En. Baljeet
Singh a/l Piara Singh dan En.
Chai Loon Guan manakala En. Azhar
bin Osman (Ketua Jabatan
Kecemerlangan Akademik IPG Kampus
Ipoh) selaku moderator. Program
ini juga telah disiarkan secara
langsung melalui Facebook
Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri Perak
https://fb.watch/dW9oLnI05t/ dan
Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka
https://youtu.be/ZB0wCi-v8Dc
Semoga apa yang dikongsikan panel
program ini dapat dimanafaatkan
oleh penonton.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 12
SUMBANGAN BUKU /
TERBITAN
BERSIRI/TESIS
Terima Kasih
Puan Selina Liew
8 April 2022 - Unit Perpustakaan
IPG Kampus Ipoh merakamkan
ucapan terima kasih kepada Pn.
Selina Liew, mantan pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG
Kampus Ipoh kerana telah
menyumbang sebuah buku bahasa
Cina sebagai bahan bacaan dan
rujukan di Perpustakaan.
Terima kasih Pn. Selina
Terima Kasih dan Tahniah
Jabatan Bahasa
21 Jun 2022 - Unit Perpustakaan
merakamkan ucapan setinggi-
tinggsi tahniah kepada Jabatan
Bahasa IPG Kampus Ipoh atas
penerbitan buku dan ebook yang
berjudul Poetry by heart :
within and beyond IPGKI /edited
by Dr. Kee Li Li and Pn. Wan
Ziraiza bt Wan Ismail.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dalam penerbitan
buku ini.
Terima kasih atas sumbangan buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan
di Perpustakaan
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 13
Terima Kasih
Unit T10, T11 dan T12
23 Jun 2022 - Unit Perpustakaan
IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan
tahniah kepada siswa guru Unit
T10, T11 dan T12 kerana berjaya
menerbitkan buku berjudul "Ciri
Guru Profesional 2022. Tidak lupa
juga ucapan tahniah kepada
pensyarah pembimbing iaitu En.
Azlan bin Lin.
Terima kasih atas sumbangan buku ini sebagai bahan bacaan dan
rujukan di Perpustakaan . Sumbangan tersebut disampaikan oleh
Saudara Muhammad Hafizal bin Shahrudin bagi mewakili Unit T10, Unit
T11 dan Unit T12. Turut hadir En. Zulkufli bin Mahayudin (Ketua
Jabatan Ilmu Pendidikan) dan Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi (Pensyarah
Cemerlang Khas C).
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 14
Terima Kasih
dan Tahniah
23 Jun 2022 - Unit Perpustakaan
merakamkan ucapan setinggi-
tinggi tahniah kepada semua
pelajar Unit T kerana berjaya
menghasilkan kajian tindakan
dalam bidang masing-masing.
Terima kasih atas sumbangan
kajian tindakan sebagai rujukan
pengguna di Perpustakaan IPG
Kampus Ipoh.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 15
MESYUARAT UNIT
PERPUSTAKAAN
Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 3/2022
8 Jun 2022 - Unit Perpustakaan telah mengadakan
Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 3/2022 di Bilik
Akses, Perpustakaan. Mesyuarat ini membincangkan
strategi tugas semasa dalam kalangan staf dan
pelajar latihan industri di Perpustakaan. Diharapkan
perbincangan ini dapat menambahbaik sistem
pengurusan di Perpustakaan.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 16
SANITASI UNIT
PERPUSTAKAAN
Sanitasi Unit Perpustakaan
10 Jun 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
telah mensanitasi semua ruang yang terdapat di
Perpustakaan bagi usaha memastikan penggunaan
Perpustakaan sentiasa selamat dari penularan covid-
19.
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 17
BUKU BAHARU
TERBITAN IPG KAMPUS
IPOH
e - B u l e t i n U P I P G K I B i l .2 2 / 2 0 2 2 ( A p r i l - J u n ) 18