The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS GRADUASI SMK GAMBANG CALON SPM 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HANISA BINTI MOHD.YUSOF KPM-Guru, 2024-01-04 06:46:19

MAJLIS GRADUASI SMK GAMBANG CALON SPM 2023

MAJLIS GRADUASI SMK GAMBANG CALON SPM 2023

Dirasmikan oleh :


3.00 petang : Pendaftaran Para Tetamu : Sesi Bergambar : Perarakan Masuk Guru dan Murid : Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah : Bacaan Doa : Ucapan Wakil Murid : Ucapan Aluan Pengetua SMK Gambang EN HELAN WAHYUDDE B MOHAMED ALI : Ucaptama & Perasmian oleh YDP PIBG EN SAIFUL IZUAN BIN MOHD NONG : Pengisytiharan Graduasi oleh PK Pentadbiran : Tayangan Video Montaj : Penyampaian Sijil dan Anugerah - Sijil Graduasi Sesi I - Sijil Graduasi Sesi II - Anugerah Tokoh Murid SPM 2023 : Penyampaian Cenderahati kepada YDP PIBG : Pengisytiharan Penangguhan Graduasi oleh PK Pentadbiran : Jamuan Makan 5.00 petang : Majlis Bersurai ATURCARA MAJLIS


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Terlebih dahulu marilah kita melafazkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat meraikan para pelajar calon SPM 2023 dalam Majlis Graduasi Tingkatan 5 SPM 2023 SMK Gambang Kali ke-3. Saya berasa gembira melihat para pelajar dan guru-guru hari ini secara bersemuka dapat menghadirkan diri dalam majlis graduasi ini. Hal Ini tidak mungkin akan menjadi realiti jika tidak kerana dedikasi, usaha semua warga sekolah. Saya ucapkan tahniah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pentadbir SMK Gambang kerana mengundang saya ke majlis gilang-gemilang ini untuk menyampaikan ucapan perasmian, dan seterusnya menyampaikan sijil graduasi dan anugerah kepada para graduan. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua para pelajar SPM 2023 yang bersama kita di dalam dewan ini kerana mereka akan menerima pengiktirafan yang sangat besar lagi bermakna pada hari ini. Saya difahamkan jumlah pelajar SMK Gambang yang bakal menduduki SPM 2023 ialah seramai 50 orang. Saya berharap para pelajar telah pun bersedia menduduki SPM 2023 dan seterusnya dapat mengekalkan kecemerlangan SMK Gambang dalam SPM. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga SMK Gambang terutamanya kepada pendidik dan pentadbir yang telah berusaha gigih tanpa mengenal jemu demi kejayaan anak bangsa. Usaha tersebut telah terserlah dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajar SPM 2022. Diharapkan kejayaan ini dapat dikekalkan oleh pelajar SPM tahun 2023. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Di bawah kepimpinan dan pentadbiran En Helan Wahyudde bin Mohamed Ali selaku pengetua SMK Gambang, kita berharap boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Di samping kerjasama semua pihak yang ingin melihat SMK Gambang berada di puncak bagi merealisasikan visi SMK Gambang iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Graduasi Calon SPM 2023, SMK Gambang Kali Ke-3. Sekian, terima kasih. EN SAIFUL IZUAN BIN MOHD NONG YDP PIBG SMK Gambang


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Pertama sekali, marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita bersama-sama berkumpul untuk menjayakan Majlis Graduasi Calon SPM SMK Gambang kali Ke-3 dalam suasana yang penuh gemilang ini. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha En Saiful Izuan bin Mohd Nong, YDP PIBG SMK Gambang yang tidak pernah jemu untuk bersama-sama dalam apa-apa jua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama dengan hadirin dan anak-anak pada hari ini. Sudah menjadi harapan saya agar Majlis Graduasi pada hari ini dapat berjalan dengan lancar. Hadirin hadirat yang dihormati, Walaupun SMK Gambang telah lama ditubuhkan, namun majis seumpama ini baru sahaja dilaksanakan untuk kali ketiga pada tahun ini. Justeru, jutaan terima kasih sekalung budi kepada pihak dan individu yang bermurah hati menyumbang derma untuk menjayakan majlis yang besar maknanya kepada para Graduan ini. Penganjuran majlis seumpama ini adalah bertujuan untuk memberi suntikan motivasi dan peringatan agar para pelajar dapat meningkatkan kesiapsediaan diri dari aspek psikologi di samping kesedian intelek untuk menghadapi Peperiksaan SPM seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Sesungguhnya, mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM adalah penting sebagai platform bagi meneruskan hasrat anak-anak pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu kita menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi agar kumpulan Graduan ini akan melakar kecemerlangan diri dalam bidang akademik dan sahsiah seterusnya meletakkan nama SMK Gambang di puncak jaya, InshaAllah. Oleh itu, ingatlah bahawa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sememangnya tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Hanya dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa serta doa yang tidak putus-putus, anak-anak pelajar akan mencapai kejayaan yang diimpikan. Kami para guru sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Hadirin Sekalian, Berkat kesungguhan dan kesabaran serta semangat juang yang tinggi sepanjang berada di SMK Gambang, maka pada hari ini pelajar Tingkatan Lima akan menerima Sijil Graduasi. Untuk makluman para hadirin, sijil ini diberikan kepada semua pelajar Tingkatan Lima bagi menghargai segala komitmen, kerjasama dan penyertaan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan aktiviti-aktiviti lain. Atas rasa bangga dengan komitmen dan kejayaan mereka, pihak sekolah ingin menzahirkannya dalam suasana yang lebih selesa dan sempurna seperti majlis yang kita adakan pada hari ini. Moga majlis yang penuh berkat ini akan menjadi pendorong yang lebih kuat kepada para Graduan agar pada suatu hari nanti hasrat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading seterusnya menggenggam segulung ijazah akan terlaksana. Para Graduan dan Para Hadirin Yang Dihormati, Sebagai penutup bicara, sekali lagi saya merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Saiful Izuan bin Mohd Nong yang sudi merasmikan majlis kita pada hari ini. Ribuan terima kasih juga kepada semua guru yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini seterusnya kepada para Graduan, tahniah sekali lagi atas kejayaan anda semua. Sekian, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. EN HELAN WAHYUDDE B MOHAMED ALI Pengetua SMK Gambang


PENGENALAN SMK Gambang merancang menjayakan Majlis Graduasi pada tahun ini dengan penuh gemilang seiring dengan pencapaian SMK Gambang yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini. Keputusan SPM 2022 yang cemerlang baru-baru ini telah mengharumkan nama SMK Gambang di peringkat daerah Kuantan dengan pencapaian terbaik GPS 3.84. Berdasarkan kepada sistem meritokrasi, pelajar perlu berlumba-lumba bersaing untuk mendapat kursus pengajian yang terbaik di IPT. Persaingan yang semakin sengit ini mula terasa bermula SPM 2009, sistem pemarkahan A+ telah diperkenalkan. Ianya selaras bagi memastikan hanya pelajar yang benar-benar berkualiti sahaja layak mendapat tempat di IPT dan diberi peluang mendapat biasiswa. Kesinambungan daripada itu, SMK Gambang berusaha memastikan graduan yang lahir daripada sekolah ini bukan sahaja cemerlang dari segi pencapaian akademik tetapi turut berkemahiran generik seperti pemikiran lateral, kritis, kreativiti dan keupayaan berkomunikasi yang setanding dengan pencapaian sekolah-sekolah dalam daerah Kuantan. Pengalaman suka duka dan pahit manis sepanjang alam persekolahan ini akan tetap menjadi lipatan sejarah. Mereka bakal melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi demi mengenggam cita- cita idaman. Justeru itulah, Majlis Graduasi ini terus dirancang dan diberi suntikan baru bagi membugarkan emosi Calon-calon SPM 2023 di bawah satu majlis yang amat bermakna dan kondusif untuk dikenang sepanjang zaman .


MATLAMAT 1. Mewujudkan persaingan positif dalam kalangan pelajar supaya berdaya saing melakukan yang terbaik sepanjang berada di sekolah ini. 2. Memberi penghargaan kepada semua tenaga pengajar dan warga SMK Gambang yang sentiasa berusaha menaikkan taraf SMK Gambang sebagai salah sebuah sekolah terbaik dalam daerah Kuantan. OBJEKTIF Matlamat utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada semua calon SPM 2023 untuk rasa dihargai dan meningkatkan konsep kendiri mereka sebagai persediaan akhir menjelang peperiksaan SPM 2023.


JAWATANKUASA INDUK Pengerusi EN HELAN WAHYUDDE B MOHAMED ALI (Pengetua) Naib Pengerusi I PN NORILAH BT ADAM (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi II EN JOHARI B BUDIN @ MAHASAN (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi III EN MOHAMAD AMIRUZAN B MOHAMAD IMRAN (Penolong Kanan Kokurikulum) Penyelaras PN SITI NUR FARAHANA BT AZMAN (Penyelaras Tingkatan 5) Setiausaha PN NURUL AKMA BT DERAMAN (Guru Bimbingan Kaunseling SM) Naib Setiausaha PN ROSEHAIDA BT ISMAIL (Setiausaha Kurikulum) Bendahari PN MESLIAH BT MD SARION


JAWATANKUASA PELAKSANA PENGACARA MAJLIS SLAID POWERPOINT GRADUASI Pn Nurashikin Nabila bt Abd Ghafar (K) Cik Nur Hanisah bt Mohd Hassan En Mohamad Yusof b Sharif MONTAJ PENYAMBUT TETAMU Pn Hasmira bt Ramli (K) Semua Barisan Pentadbir Pn Nur Suhada bt Abd Ghani PERSIAPAN TEMPAT SAMBUTAN En Muhammad Zahid b Che Hamat (K) Pn Mesliah bt Md Sarion En Azhar b Sabtu HADIAH / CENDERAHATI PERSIAPAN PENTAS, BACKDROP & BANNER Pn Nur Syahirah bt Che Hamzah (K) Pn Haslina bt Zakaria (K) Pn Tan Kim Foo Pn Hasliza bt Abdullah Pn Rosmanira bt Mohamad Pn Salinda bt Kasdan Pn Nur Hafizah bt Zahari Pn Norita bt Hamzah Pn Norashikin bt Abd Karim JAMUAN Pn Noryana bt Saari Pn Zainab bt Muda (K) Pn Wan Normaliza bt Wan Abdullah BUKU PROGRAM Pn Elizatulzana bt Abdul Najib Cik Hanisa bt Mohd Yusof


JAWATANKUASA PELAKSANA SIJIL DOA Pn Awanis bt Hamid (K) En Barawi b Jeraie Pn Nur Amira Farhana bt Suhaimi PENDAFTARAN PENGURUS PESERTA Pn Nor Hayatie bt Shafie (K) Pn Geetha a/p Balasubramaniam (K) Pn Wan Rohaniza bt Wan Hasnan Pn Farhana bt Rashid SIARAYA & MUZIK LATAR JUBAH En Mohd Sanusi b Jusoh (K) Pn Kelinah anak Ayok (K) En Noor Azhar Ahmad b Jaafar Cik Noriah bt Mohamad Pn Nurulhuda bt Mohd Hadi FOTOGRAFI / DOKUMENTASI En Izwan Harith b Mohd Kamarul Ariffin (K) Pn Nur Adina bt Abdullah


PENERIMA SIJIL & ANUGERAH


GRADUAN TING 5 SPM 2023 NO NAMA PELAJAR KELAS GRED PURATA 1 MUHAMMAD HABIB ALWI BIN KARDI 5 GEMILANG 1.00 2 SAID SYAZWAN BIN SAID ROSNIZAM 5 GEMILANG 1.22 3 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD NOOR 5 GEMILANG 1.75 4 AIDA SYAHIRAH BINTI ABDUL MUNTALIB 5 GEMILANG 2.22 5 CHONG LEE 5 GILAP 2.38 6 NUR FARAHANNA QISTINA BINTI MOHAMAD ZAIPULLIZAN 5 GEMILANG 2.56 7 NABIELA YUHANIS BINTI MOHAMAD DOL 5 GEMILANG 2.67 8 AHMAD ZAIMI BIN RAHIN 5 GEMILANG 3.33 9 NURIN NAZURA BINTI MOHD NAJIB 5 GEMILANG 4.00 10 SYARIFAH SYAHZANAN BINTI SYED MOHAMAD NOR 5 GEMILANG 4.22 11 AKMAL HIJAS BIN NOR AZMAN 5 GEMILANG 4.38 12 AFIFF ASYRIFHAINI BIN ASNIRUL AZRULHAINI 5 GEMILANG 4.44 13 AIMAN DANISH BIN MOHD ZAIN 5 GEMILANG 4.75 14 NURUL LIYANA SYAZWANI BINTI ABD RAZAK 5 GILAP 5.00 15 NUR ALYAA NASUHA BINTI MUHAMMAD ZULKIFLEY 5 GILAP 5.13 16 MUHAMMAD HAQIMI DANIAL BIN MOHD NORHISYAM 5 GILAP 5.25


GRADUAN TING 5 SPM 2023 NO NAMA PELAJAR KELAS GRED PURATA 17 MUHAMMAD HAIKAL BIN NORAZALI 5 GILAP 5.63 18 MUHAMMAD FAHRIN BIN NORDIN 5 GILAP 5.86 19 MUHAMMAD ADIEB BIN HAMIDON 5 GILAP 5.88 20 ARIF DANISH BIN SAIFUL IZUAN 5 GILAP 6.00 21 MUHAMMAD SYAHIRAN BIN KAMALUDIN 5 GILAP 6.00 22 SYAKIR NAJMI BIN ZULHAIDI 5 GILAP 6.13 23 MUHAMMAD RAFIEQ HAMIZAN BIN MOHD ROSLAN 5 GEMILANG 6.25 24 MUHAMMAD ASYRAF MARZUQI BIN MAZLAN 5 GEMILANG 9.00 25 MUHAMMAD HAZIQ IZZAT BIN MOHD HANIZAN 5 GILAP 6.63 26 MUHAMMAD ISMAT BIN ABDUL HAMID 5 GILAP 6.75 27 MUHAMMAD AIRIL HARIS BIN MOHD IRUWAN 5 GIGIH 6.83 28 NOR FARISYA ALIEYA BINTI MOHD RIDZUAN 5 GIGIH 7.00 29 WONG LAI WAN 5 GIGIH 7.17 30 NG JING YI 5 GIGIH 7.67 31 MUHAMMAD DANISH FAHMI BIN SAIFUDEEN 5 GILAP 7.75 32 DURATUN HASANAH BINTI ABD RAHMAN 5 GILAP 7.86


GRADUAN TING 5 SPM 2023 NO NAMA PELAJAR KELAS GRED PURATA 33 NUR ALEEYA MAISARAH BINTI ABD RAHMAN 5 GILAP 7.88 34 LIEW MEI TING 5 GIGIH 8.00 35 NURSYAFIQHA SYAHIDAH BINTI SAID ZIN 5 GIGIH 8.29 36 MOHAMMAD IRFAN HAKIMI BIN MOHD NOOR 5 GILAP 8.43 37 HARITH ONG DANIEL BIN AHMAD ONG 5 GIGIH 8.67 38 MOHAMAD FARISH BIN MOHD FIRDAUS SALVARAJAH 5 GIGIH 8.67 39 AMIRUL AKMAR BIN ABDULLAH 5 GILAP 8.71 40 TAM POH YEE 5 GILAP 9.00 41 IZLAN HYQAL BIN HASLIZAN 5 GIGIH 9.00 42 KAVIYARASAN A/L THINAGARA RAJ 5 GIGIH 9.00 43 MUHAMMAD HAZIQ IKHWAN BIN MOHD DIN 5 GIGIH 9.00 44 MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN MUHAMAD LOTPI 5 GIGIH 9.00 45 MUHAMMAD NAZRUL HAIQAL BIN MOHD KHAIDIR 5 GIGIH 9.00 46 ZAQWAN AFIQ ZAINAL ABIDIN 5 GIGIH 9.00 47 PUTERI ELLYA QISTINA BINTI MOHAMMAD RIDHZUAN 5 GIGIH 9.00


Anugerah TOKOH MURID SPM 2023


SEKALUNG BUDI Jawatankuasa Pengelola Majlis Graduasi Tingkatan 5 Tahun 2023 SMK Gambang merakamkan ucapan sekalung budi dan terima kasih kepada : YDP PIBG SMK Gambang EN SAIFUL IZUAN BIN MOHD NONG Barisan Pentadbir dan Guru-Guru Semua Murid Tingkatan 5 2023 Serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi Kali Ke -3 SMK Gambang.


GIGIH GILAP GEMILANG ~ SMK GAMBANG SENTIASA MARA KEHADAPAN Thank You


Click to View FlipBook Version