The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meryasanti jamin, 2021-07-02 21:40:33

2021 KMK T4 PPT

2021 KMK T4 PPT

SMK MEROTAI BESAR TAWAU, SABAH
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

2021

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
TINGKATAN 4 / JUN

BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)
(40 MARKAH)

JAWAB SEMUA SOALAN

1.
Air hangat air bertapis,
Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak melawan?

(Dipetik daripada Nilai Insan)

Nyatakan ciri puisi pada petikan beserta contoh. [4 markah]
[4 markah]
2. Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

(Dipetik daripada Nilai Insan)

Berikan dua contoh gaya Bahasa beserta contoh.

Mungkin subang panjang berkilat itu akan tersentak kiri kanan apabila Dol mendendangkan
suara, nada, dan iramanya bersama dengan loncatan kukang dan kadang-kadang kedua-dua belah
kakinya.

Memang hebat senatakan dan kilauan itu apabila loncatan kukang memuncak; lebih-lebih lagi
apabila teriring pula dengan rambut panjang macam sarang tupai kena jolok itu.

Mengikut tinjauan kumpulan wartawan pop, memang rambut dan subang sebelah itulah
antara ciri yang memaknakan peribadi Dol sebagai penyanyi dalam kumpulan Mad Dognya.

(Dipetik dari cerpen 00000000000)

3. Nyatakan dua perwatakan Dol yang terkandung dalam petikan beserta contoh. [4 markah]

Virus-virus ini diutus dari langit global
4. percikan sampah dari jendela siaran

hibur sumbang dari pentas kayangan
libur songsang dari halaman maya

(dipetik dari Sajak Virus Dari Langit Global)

Nyatakan dua jenis gaya bahasa beserta contoh. [4 markah]

5.

Sesak nafasku seketika. Aku nyaris kehabisan ikhtiar. Tetapi aku tetap berpegang pada
prinsip selagi ada kemahuan, jalan keluarnya pasti akan datang.

“Fik ada tugasan untukmu.” Ujar Ketua Pengarang.
Aku terima tanpa banyak soal. Ketika pesawat Singapore Airlines itu mendarat dengan
selamat di Lapangan Terbang Changi, aku mengucap syukur berkali-kali. Aku belum bersedia
menjadi statistik mangsa kemalangan udara seperti yang berlaku di Taiwan ketika pesawat dari
syarikat penerbangan ini meletup di landasan

Jelaskan dua nilai murni yang digambarkan pada petikan. [Dipetik daripada Rindu Seorang Rafik]
[4 markah]

6.
Saya menyaman sebenarnya atas matlamat yang lebih utama yakni untuk memberikan

amaran kepada para pengendali pengangkutan awam seluruhnya. Semua ini adalah tentang
penumpang-penumpang individu kecil melawan syarikat korporat pengangkutan awam gergasi.
Kita sudah terlalu sering mendengar keluh-kesah daripada pelbagai pihak tentang betapa tidak
efisiennya perkhidmatan pengangkutan awam bukan hanya KTN, tapi juga yang lain-lain. Setelah
sekian lama, ternyata masih tak pernah ada pembaikpulihan perkhidmatan…

[Dipetik daripada Res Judicata]

Nyatakan dua pengajaran beserta contoh pada petikan. [4 markah]

7.

Ah, Rosa! Begitu emosi sekali dia mendedahkan rasa cintanya pada watan. Aku juga punya
rasa patriotik pada tanah air, tetapi bukan demikian cara aku menyuburkannya. Pertentangan
semangat cinta akan negara menegangkan ikatan seorang rafik dengan yang seorang lagi.

Ini telahanku.
Hanya kerana pulau itu. Siapa pun yang bakal mendominasi Pulau Batu Putih @ Pedra
Branca itu akan merealisasikan strategi ketenteraan semata-mata.

[Dipetik daripada Rindu Seorang Rafik]

Jelaskan dua persoalan beserta contoh yang digambarkan pada petikan. [4 markah]

8.

Saya menyaman sebenarnya atas matlamat yang lebih utama yakni untuk memberikan
amaran kepada para pengendali pengangkutan awam seluruhnya. Semua ini adalah tentang
penumpang-penumpang individu kecil melawan syarikat korporat pengangkutan awam gergasi.
Kita sudah terlalu sering mendengar keluh-kesah daripada pelbagai pihak tentang betapa tidak
efisiennya perkhidmatan pengangkutan awam bukan hanya KTN, tapi juga yang lain-lain. Setelah
sekian lama, ternyata masih tak pernah ada pembaikpulihan perkhidmatan. Justeru, saman say aini
adalah bagi kepentingan awam keseluruhannya, bagi menekan mereka agar efisyen.

[Dipetik daripada Res Judicata]
Antologi Kubentang Sehelai Peta

Jelaskan dua kritikan masyarakat beserta contoh yang digambarkan pada petikan. [4 markah]

9.

Aku tidak mahu tersilap lagi. Aku ingin memohon maaf pada Rosa. Aku sudah terbiasa dan
terlatih untuk menjadi seorang yang berterus terang. Aku punya Amanah yang perlu disampaikan
kepada setiap warga watanku. Aku hanya menyampaikan sesuatu yang benar. Lantas aku tidak
pantas berkias dalam bicaraku. Sifat kewartawananku memilih fakta-fakta bila, di mana, siapa,
mengapa, bagaimana dan apa dalam menyampaikan berita. Tidak cukup ruang untuk kuselitkan
emosi buat penyedap cerita.

[Dipetik daripada Rindu Seorang Rafik]

Jelaskan dua ciri keperibadian unggul Rafik yang digambarkan pada petikan.

[4 markah]

Di muka Dol pula, yang kedua menarik perhatianku selain rambutnya yang gerbang macam
sarang tupai kena jolok itu ialah subang diteliganya. Subang itu Panjang berjela-jela dan Cuma
10. untuk sebelah telinganya saja, meskipun kedua-dua telinga Dol itu ada lubang dihujung bawahnya.
Dan apabila garis dan warnaku menyentuh kertas untuk mempamerkan subang itu, kurasa subang
itu pun taka da apa-apa maknanya, selain makna luaran yang membawa kekosongan saja.

Mungkin subang panjang berkilat itu akan tersentak kiri kanan apabila Dol mendendangkan
suara, nada dan iramanya bersama dengan loncatan kukang dan kadang-kadang kedua-dua belah
kakinya.

[Dipetik daripada cerpen 00000000000]

Nyatakan dua sikap negatif Dol yang digambarkan pada petikan. Antologi Kubentang Sehelai Peta
[4 markah]

BAHAGIAN B (SOALAN ESEI) [6 markah]
(60 MARKAH) [6 markah]
[8 markah]
JAWAB SEMUA SOALAN
1. Berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik, jawab soalan berikut:

a) Jelaskan dua persoalan dalam cerpen.
b) Jelaskan watak dan perwatakan Rosa
c) Huraikan empat ciri keperibadian unggul pada watak Rafik.

2. Sila teliti puisi dibawah & jawab soalan diberi. [8 markah]
[6 markah]
Sepi syawal tanpa bonda [6 markah]

Rasa sendu
terkilan
kecewa
dan duka

semuanya terjaring
dalam relung hati
membiarkan lahar kesyahduan dan kesunyian
lalu terpancar pada arca wajah.

Kedamaian tiada lagi
sedang dahulunya
tika alunan bergema

akulah insan paling ceria
merenung redup matanya sebening embun pagi
menatap raut wajahnya setulus sinar Mentari

betapa di dada tuanya
teranyam kelongsong kesabaran

di hati penuh makna

Sunyi membungkam dalam diri
sepi diri tanpa bonda
kepiluan melamar jua
ibu,

kau masih dalam ingatan
memoriku sepi tanpa ibu.

Amylia Hussain

Berdasarkan sajak “Sepi Syawal Tanpa Bonda”,

a) Huraikan empat gaya bahasa pada sajak.

b) Terangkan tiga persoalan pada sajak

c) Terangkan tiga perasaan anak terhadap ibunya pada sajak.

3. Sila teliti puisi di bawah dan jawab soalan diberi.

Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Lain orang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.

Lain ulu lain parang,
Lain dahulu lain sekarang.

Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Berdasarkan puisi tradisional, “Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)” [8 markah]
a) Huraikan ciri pantun tersebut. [6 markah]
b) Terangkan tiga persoalan pada pantun. [6 markah]
c) Terangkan tiga pengajaran pada pantun.

------------------------------------------------------SOALAN TAMAT-----------------------------------------------------
Jika engkau tak sanggup menanggung penatnya belajar, maka anda harus berani untuk jadi bodoh seumur hidup

Disediakan oleh,

[Meryasanti Jamin]
Guru & KP KMK

@CIKGUsensei
PPTT4/21


Click to View FlipBook Version