The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meryasanti jamin, 2021-10-10 07:44:05

2021 KMK T4 PENSUM 2

2021 KMK T4 PENSUM 2

SMK MEROTAI BESAR TAWAU, SABAH [4 markah]
PENTAKSIRAN SUMATIF 2 [4 markah]
OKT/2021

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
TINGKATAN 4

BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)
(40 MARKAH)

JAWAB SEMUA SOALAN

1.
Bawa denak bersangkar rotan,
Di dalam semak sangkut di dahan,
Dahan sedepa tempat gantungan;
Nilai anak kerana ketaatan,
Nilai emak kerana asuhan,
Nilai bapa kerana tanggungan.

(Dipetik daripada Nilai Insan)

Nyatakan dua gaya bahasa pengulangan pada petikan beserta contoh.

2. Katakanlah kau ada…
Emas bertimbun,
Ataupun beras berguni, berkampit, berkarung,
Wang penuh di gedung, padat di kantung.

Tetapi jika ditabur habur, diborosi,
Semuanya segera juga akan habis pergi.

(Dipetik daripada Nilai Insan)

Berikan dua ciri puisi beserta contoh.

Sesak nafasku seketika. Aku nyaris kehabisan ikhtiar. Tetapi aku tetap berpegang pada
prinsip selagi ada kemahuan, jalan keluarnya pasti akan datang.

“Fik ada tugasan untukmu.” Ujar Ketua Pengarang.
Aku terima tanpa banyak soal. Ketika pesawat Singapore Airlines itu mendarat dengan
selamat di Lapangan Terbang Changi, aku mengucap syukur berkali-kali. Aku belum bersedia
menjadi statistik mangsa kemalangan udara seperti yang berlaku di Taiwan ketika pesawat dari
syarikat penerbangan ini meletup di landasan

[Dipetik daripada Rindu Seorang Rafik]

3. Nyatakan dua pengajaran yang terkandung dalam petikan beserta contoh. [4 markah]

Rasa sendu
4. terkilan

kecewa
dan duka
semuanya terjaring
dalam relung hati
membiaskan lahar kesyahduan dan kesunyian
lalu terpancar pada arca wajah.

(dipetik dari Sajak Sepi Syawal Tanpa Bonda)

Nyatakan satu Nada sajak beserta contoh. [4 markah]
5.

Bertahun-tahun lamanya kami bekerja di kawai Maru yang didaftarkan di Kobe. Kapal
raksasa itu milik Tuan Kawai. Dia telah menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Dia lebih
kenal ombak gelombang Jepun dari pesisir Hokkaido hingga ke Pulau Parece Vela di Selatan
daripada mengenal daratan.

Dia menjadi kaya raya sejak berumur awal tiga puluhan, kekayaannya yang
membolehkannya untuk hidup senang-lenang di Tokyo, Osaka dan Kyoyo kalau dia mahu.

[Dipetik daripada bab Prolog:Kawai Maru]

Nyatakan dua watak Tuan kawai yang digambarkan pada petikan. [4 markah]

6.
Saya menyaman sebenarnya atas matlamat yang lebih utama yakni untuk memberikan

amaran kepada para pengendali pengangkutan awam seluruhnya. Semua ini adalah tentang
penumpang-penumpang individu kecil melawan syarikat korporat pengangkutan awam gergasi.
Kita sudah terlalu sering mendengar keluh-kesah daripada pelbagai pihak tentang betapa tidak
efisiennya perkhidmatan pengangkutan awam bukan hanya KTN, tapi juga yang lain-lain. Setelah
sekian lama, ternyata masih tak pernah ada pembaikpulihan perkhidmatan…

[Dipetik daripada Res Judicata]

Nyatakan dua nilai murni beserta contoh pada petikan. [4 markah]

7.

Peluang untuk menemuinya makin tipis. Aku perlu terbang ke The Hague mengikuti
delegasi dari Wisma Putera. Itu arahan yang aku terima. Kes tuntutan bertindih ke atas pulau-pulau
Sipadan & Ligitan diputuskan pada 17 Disember ini. Liputannya menjadi tanggungjawabku. Aku
teringin sekali berkongsi berita ini dengannya.

Ah, Rosa! Di mana engkau pada saat aku memerlukan seorang rafik?

[Dipetik daripada Rindu Seorang Rafik]

Jelaskan dua pola fikir positif Rafik beserta contoh yang digambarkan pada petikan.

[4 markah]

8.

Selain menyediakan tempat berlindung yang sederhana dengan wang pampasan itu, Pak
Mid juga menggunakannya untuk membiayai persekolahan anak-anaknya. Dia cukup berbangga
kerana dengan titik peluh usahanya sendiri, dia dapat melaksanakan tanggungjawabnya
menyediakan kemudahan Pendidikan kepada anak-anaknya.

Bukan setakat itu tanggung jawab Pak Mid. Dengan terdirinya surau di kampungnya, Pak
Mid menyumbangkan sedikit daripada habuan pampasan yang diterima. Dia membelikan lima
puluh helai kain sejadah untuk surau.

[Dipetik daripada Namun itulah Hakikatnya]
Antologi Kubentang Sehelai Peta

Jelaskan dua ciri keperibadian unggul Pak Mid beserta contoh yang digambarkan pada petikan.
[4 markah]

9.

Mungkin subang panjang berkilat itu akan tersentak kiri kanan apabila Dol mendendangkan
suara, nada dan iramanya bersama dengan loncatan kukang dan kadang-kadang kedua-dua belah
kakinya.

Memang hebat sentakan dan kilauan itu apabila loncatan kukang memuncak, lebih-lebih
lagi apabila teriring pula dengan rambut panjang macam sarang tupai kena jolok itu.

Mengikut tinjauan kumpulan wartawan pop, memang rambut dan subang sebelah itulah
antara ciri yang memaknakan peribadi Dol sebagai penyanyi dalam kumpulan Mad Dognya.

[Dipetik daripada 00000000000]

Jelaskan dua pandangan terhadap watak Dol yang digambarkan pada petikan.

[4 markah]

Tetapi jika ditabur habur, diborosi,
Semuanya segera juga akan habis pergi.
10.
Walaupun beras, tak terbilang ulasnya,
Akan timpas juga, tak tinggal sebiji.

[Dipetik daripada seloka Boros dan Jimat]

Nyatakan dua kritikan masyarakat yang digambarkan pada petikan. [4 markah]

BAHAGIAN B (SOALAN ESEI) [6 markah]
(60 MARKAH) [6 markah]
[8 markah]
JAWAB SEMUA SOALAN

1. Berdasarkan cerpen Namun Itulah Hakikat, jawab soalan berikut:

a) Jelaskan tiga persoalan dalam cerpen.

b) Jelaskan dua nilai murni

c) Huraikan empat ciri keperibadian unggul pada watak Pak Mid.

2. Sila teliti puisi dibawah & jawab soalan diberi.

Nilai Insan (Pantun Enam Kerat)

Bawa denak bersangkar rotan,
Di dalam semak sangkut di dahan,
Dahan sedepa tempat gantungan;

Nilai anak kerana ketaatan,
Nilai emak kerana asuhan,
Nilai bapa kerana tanggungan.

Menjelang senja ke Kampung Panggas,
Mencari halia di dalam huma,
Untuk dicampurkan dalam adunan;

Nilai pekerja jalani tugas,
Nilai penyelia adil saksama,
Nilai majikan penuh keihsanan.

Pohon kuini di tepi pinggiran,
Tempat terkinja si anak rusa,
Pemburu mengepung sorak melolong;

Nilai penghuni mesra berjiran,
Nilai ketua bertimbang rasa,
Nilai sekampung tolong-menolong;

Hujan sereyat di tengah hari,
Menjemur lampin pinggir Kawasan,
Baju kemeja dijemur sama;

Nilai rakyat beretika diri,
Nilai pemimpin ada wawasan,
Nilai raja berbudaya agama.

Abdul Halim, R

Berdasarkan puisi “Nilai Insan (Pantun Enam Kerat)”, [8 markah]
[6 markah]
a) Huraikan ciri yang terdapat puisi. [6 markah]

b) Terangkan tiga nilai murni pada puisi.

c) Huraikan tiga gaya bahasa yang terdapat pada puisi.

3. Sila teliti puisi di bawah dan jawab soalan diberi.

Kubentang Sehelai Peta

Diatas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta ini mengalir diriku
pada diriku terbit sebuah rakit.

Di atas rakit ini kukayuh kenanganku
mudik ke hulu zaman kecilku
yang kuhabiskan di lumpur sawah
yang menyabarkanku di mata pancing.

Diatas rakit ini kurempuh kesulitan
menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah
meninggalkan ibu di anak tangga.

Di atas rakit ini kusanggah badai
yang turun pada zaman remajaku
antara mengasah bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan melayani hati.

Di atas rakit ini kukayuh usiaku
mudik ke hulu mencari diri
kumasuki petang yang tenang matang
mencari erti kewujudanku di maya ini.

Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta ini berdiri gunung
pada punca gunung berdiri aku.

T.Alias Taib

Berdasarkan sajak, “Kubentang Sehelai Peta”

a) Huraikan tiga gaya bahasa pada sajak. [6 markah]

b) Terangkan tiga persoalan pada sajak. [6 markah]

c) Cipta sajak bertemakan “Kasih Sayang”. Jumlah baris sajak hendaklah tidak kurang daripada 15

baris [8 markah]

------------------------------------------------------SOALAN TAMAT-----------------------------------------------------
Jika engkau tak sanggup menanggung penatnya belajar, maka anda harus berani untuk jadi bodoh seumur hidup

Disediakan oleh,

[Meryasanti Jamin]
Guru & KP KMK

@CIKGUsensei
PS2/21


Click to View FlipBook Version