The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENILAIAN AKHIR TAHUN KMK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meryasanti jamin, 2020-12-06 03:53:33

2020 PAT KMK T4

PENILAIAN AKHIR TAHUN KMK

Keywords: PEPERKSAAN

2216/1

SMK MEROTAI BESAR
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4

2020

[2 JAM 30 MINIT]

Bahagian A [RESPONS TERTUTUP]
[40 markah]

Jawab semua soalan.

Kontang sudah ladang yang subur
semaian hijau yang kita benih
bergerimiskan curahan peradaban dan
dibajai akhlak pekerti
diracuni semilir wabak yang mengotori
diterap angin hitam sosial
merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi.

(Dipetik daripada sajak Virus Dari Langit Global))

1. Nyatakan dua gaya bahasa perbandingan puisi tersebut beserta contoh

[4 markah]

Tapi ternyata sekali, trennya berhenti tanpa sebarang makluman awal di tengah-tengah rel.
Ia berhenti tanpa menyatakan sebarang alasan selain ‘masalah teknikal’selama lebih satu jam
2. dan para penumpang terkurung di dalamnya tanpa boleh berbuat apa-apa. Disebabkan
kelambatan tersebut, saya telah tiba di Stesen Sentral hanya pada pukul Sembilan pagi.

[Dipetik daripada cerpen Res Judicata]

Nyatakan dua latar tempat beserta contoh didalam petikan. [4 markah]

“Janganlah adinda berbanyak kata jikalau adinda masih sayang akan anakanda kita
itu. Apakah gunanya memaki-maki begitu? Itu semua bukan kehendak kita. Sudah
3. dijodohkan oleh Dewata Mulia Raya, apa hendak dibuatkan?”

Mendengar sabda Sang Nata itu, Permaisuri tunduk diam. Di dalam hati baginda
amat geram akan ken Tambohan itu. Baginda mencari jalan bagaimana hendak membalas
dendamnya terhadap menantu yang tidak disukai baginda itu.

[Dipetik daripada Raden Puspa Kencana]

Huraikan dua pengajaran beserta contoh yang terdapat pada petikan. [4 markah]

2216/1

4. Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;

Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.

Empat lima kuda di medan,
Kuda tengkot ke depan juga;

Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga.

(Dipetik daripada Kasih Jualan-Pantun empat kerat)

Senaraikan dua ciri puisi tersebut beserta contoh. [4 markah]

ZAKI: Ya, Anna. Aku ingin memberikan sebanyak-banyak mungkin kebahagian pada sisa-sisa

umur ibuku. Dialah yang telah mengasuh dan mendidikku selama ini. Cuma aku seorang saja

anaknya. Salahkah ini, Anna? Aku sedang berurusan dengan Doktor Chan, pakar mata untuk
merawatnya. Dan bukan engkau tak tahu keadannya yang separuh lumpuh…

ANNA : Ya, ibumu, ibumu, lagi-lagi ibumu. Dialah yang telah memecahkan kasih sayang
terhadapku.

(dipetik dari Drama Anna,

Antologi Kubentang Sehelai Peta)

5.

Jelaskan dua nilai murni beserta contoh yang terdapat dalam petikan. [4 markah]

Dalam tempoh yang tidak lama, Presiden menyedari perubahan yang menukar gaya hidup

anggota-anggota Dewan Presiden, keluarga mereka serta sejumlah penyokong kuat. Ketika
memberikan ucapan tertutup kepada mereka, antara lain Presiden menyebut, “fahaman kapitalisme

yang sebenar memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi kaya-raya. Anda sedang

melakukannya kerana Ogonshoto telah memilih kapitalisme. Kekayaan negara ini menjadi sia-sia di
tangan rakyat, kerana kekayaan bukanlah matlamat akhir mereka”. Mereka selalu berkata, “hidup
secara sederhana sahaja kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia selepas mati”.

(dipetik dari novel Naratif Ogonshoto)

Bab Kolonial

6.

Nyatakan dua persoalan beserta contoh yang dipaparkan pada petikan. [4 markah]

7. Pada Ketika itulah, tatkala dia memandang ke dalam cermin dia terbayang-bayang wajah
lelaki itu tua dari Kuri itu. Sekiranya kaca mata lelaki tua itu ditanggalkan, janggut, misai dan
jambangnya dicukur licin, dan dia dipakaikan sut, kemeja dan tali leher, bukankah wajahnya akan
menyerupai Presiden?

(dipetik dari novel Naratif Ogonshoto)
Bab Penyamaran

Nyatakan dua Teknik plot beserta contoh yang digambarkan pada petikan. [4 markah]

2216/1
8.

Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya dalam apa-
apa jua yang dicitakan. Dia tidak mudah melatah dengan perli dan sindiran orang lain. Bagi
dirinya, semua penduduk kampung ialah saudaranya. Oleh itu, dia tidak sedikit pun menaruh
sangka terhadap mereka. Dia terus bersyukur ke hadrat ilahi kerana dia sudah berjaya.
Demikian juga dengan anak-anaknya Zul sudah lulus ijazah tentang perhutanan, sementara Fikri
sedang menuntut dalam bidang perakaunan.

(Dipetik dari cerpen Namun Itulah Hakikat)

Berdasarkan petikan, nyatakan dua pola fikir positif watak beserta contoh. [4 markah]

9. Setelah itu tibalah masanya bagi Sang Nata memberi hukuman kepada Permaisuri dan
Pelebaya pula. Maka diperintahkanlah Permaisuri duduk di luar istana untuk menjaga anjing
perburuan. Kemudian dititahkan pula bunuh Pelebaya serta dibakar rumahnya sekali.

[Dipetik daripada Raden Puspa kencana]

Berikan dua ciri keperibadian Sang Nata yang wajar disanjung pada dalam petikan. [4 markah]

10. Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki;

Mengapa takut masuk berniaga,
Kurangkah sanggup sifat lelaki.

Penakut sungguh rupanya ikan,
Umpan di kail lari menepi;

Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli.

(Dipetik daripada Kasih Jualan-Pantun Empat Kerat)

Berdasarkan petikan, berikan dua kritikan sosial beserta contoh yang terdapat di dalamnya.
[4 markah]

2216/1

Bahagian B [RESPONS TERBUKA]
[60 markah]

Bahagian ini mengandungi 6 soalan. Pelajar wajib menjawab 3 soalan sahaja

11. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

GURINDAM DUA BELAS
(Fasal Ketiga dan Fasal Kelima)

Fasal Ketiga:
Apabila terpelihara mata,
sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tidaklah damping.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan membawa rugi.

Fasal Kelima:
Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
lihat kepada budi Bahasa.

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang yang mulia,
lihatlah kepada kelakuan ia.

Jika hendak mengenal orang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Md. Yusof Mohd Nor

a) Buktikan puisi tersebut ialah gurindam . [6 markah]

b) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat di dalamnya [6 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta empat rangkap Pantun Dua Kerat yang bertemakan

“Sayangi Ibu Bapa” [8 markah]

2216/1
12.

ZAKI: Ya, Anna. Aku ingin memberikan sebanyak-banyak mungkin kebahagiaan pada sisa-

sisa umur ibuku. Dialah yang telah mengasuh dan mendidikku selama ini. Cuma aku seorang

saja anaknya. Salahkah ini, Anna? Aku sedang berurusan dengan Doktor Chan, pakar mata
untuk merawatnya. Dan bukan engkau tak tahu keadannya yang separuh lumpuh….

ANNA: Ya, ibumu, ibumu, lagi-lagi ibumu. Dialah yang telah memecahkan kasih sayangmu
terhadapku. Empat tahun aku seperti dalam malam yang gelap, menantikan bercahaya Kembali
warna cinta dan kebahagiaan yang kumimpikan. Tapi kosong dan hampa belaka.

ZAKI: jika engkau katakana kasih sayangku telah berkurangan kerana perhatianku terhadap
ibuku, engkau silap Anna. Engkau silap. Berilah aku waktu lagi untuk membuktikannya.

ANNA: Tidak, Zaki. Berilah kebebasanku Kembali. Kuharap perhatianmu terhadap ibumu akan
penuh apabila aku tidak ada di tengah-tengah keluargamu. Jagalah Tina baik-baik. Bila dia
dewasa, berilah peluang kepadanya untuk mencari ibunya sendiri, itu pun kalau dia mahu.

(Dipetik dari Drama Anna)

Berdasarkan Drama Anna karya Kemala,

a) Jelaskan dua ciri keperibadian unggul Zaki pada petikan. [6 markah]

b) Jelaskan dua kritikan penulis terhadap sikap Anna beserta contoh di dalam dialog tersebut

[6 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan dialog tersebut supaya menjadi skrip drama yang

mengandungi tidak kurang daripada enam dialog. [8 markah]

13. Berdasarkan Novel Naratif Ogonshoto (Bab Jeneral):

a) Jelaskan dua persoalan pada bab tersebut. [6 markah]

b) Huraikan dua isu masyarakat pada bab. [6 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan petikan novel di bawah ini supaya menjadi cerita
yang lengkap.
Panjangnya sambungan petikan novel hendaklah 100 hingga 120 patah perkataan.

“Mati kau, jeneral! Jeritnya sambil mengacukan pistol.

Dipetik dari Novel Naratif Ogonshoto
Bab jeneral

2216/1

14. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
KUBENTANG SEHELAI PETA

Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta itu mengalir diriku
pada diriku terbit sebuah rakit.

Di atas rakit ini kukayuh kenanganku
mudik ke hulu zaman kecilku
yang kuhabiskan di lumpur sawah
yang menyabarkanku di mata pancing.

Di atas rakit ini kurempuh kesulitan
menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah
meninggalkan ibu di anak tangga.

Di atas rakit ini kusanggah badai
yang turun pada zaman remajaku
antara mengasah bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan melayani hati.

Di atas rakit ini kukayuh usiaku
mudik ke hulu hari mencari diri
kumasuki petang yang tenang matang
mencari erti kewujudanku di maya ini.

Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta ini berdiri gunung
pada puncak gunung berdiri aku.

T. ALIAS TAIB

Berdasarkan sajak Ku Bentang Sehelai Peta,

a) Huraikan empat Gaya bahasa yang terdapat di dalamnya. [8 markah]

b) Terangkan maksud Rangkap ketiga. [4 markah]

c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan “Kegigihan”. Sajak tersebut hendaklah antara 12 hingga 15

baris . [8 markah]

2216/1

15. Berdasarkan Sastera Panji: Raden Puspa Kencana,

a) Jelaskan tiga ciri sastera panji di dalam prosa tradisional tersebut. [6 markah]
b) Terangkan dua latar masyarakat. [6 markah]

“Hai si celaka, tidakkah engkau tahu bahawa engkau ini orang tawanan? Patutkah engkau
bersuamikan raja bangsawan? Engkau memang tiada menaruh perasaan malu. Adapun hatiku
sangat sakit kepadamu.”

Ken Tambohan tidak berkata apa-apa. Ia hanya mengeluarkan lautan air mata. Bagi pihak
Permaisuri pula, kemurkaannya menyala-nyala dari dalam dadanya. Ditamparnya Ken
Tambohan.

(Dipetik dari Raden Puspa Kencana)

c) Berdasarkan peristiwa pada petikan, jelaskan dua sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh

Permaisuri. [8 markah]

16. Berdasarkan cerpen Air Mata Dalang karya Rahimidin Zahari

a) Huraikan watak dan perwatakan Nora. [8 markah]
b) Terangkan dua ciri keperibadian unggul Pak Yasok di dalam cerpen. [6 markah]

c) Berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut, hasilkan sebuah karya adaptasi dalam bentuk sajak.
Sajak anda hendaklah antara 12 hingga 15 baris. Tema sajak ialah “Cinta kesenian dan budaya”.

[8 markah]

--------------------------------------------------------SOALAN TAMAT------------------------------------------------

“Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar,

engkau harus menanggung pahitnya kebodohan”

Gambatte Kudasai
Sensei

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

…………………… …………………….
[Meryasanti Jamin] [Abdullah Pataruddin]

KP Sastera KB Kemanusiaan

2216/1


Click to View FlipBook Version