The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meryasanti jamin, 2021-10-16 01:40:45

2021 PERCUBAAN SPM KMK TING 5

2021 PERCUBAAN SPM KMK TING 5

2216/1

SMK MEROTAI BESAR TAWAU SABAH
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
2021

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
TING 5 / OKT

Bahagian A [RESPONS TERTUTUP]
[40 markah]

Jawab semua soalan.

Banyaknya tidak menderita,
Berlimpah sampai ke tepi kota,
Bahana gemuruh gegak gempita,
Menghadap baginda di atas takhta.

Lasykarnya banyak beribu laksa,
Penuh sesak segenap desa,
Negerinya Makmur sangat sentosa,
Sehari-hari suka temasa.

(Dipetik daripada Antologi Nilai Insan)

1. a) Nyatakan jenis puisi tersebut. [1 markah]
b) Berikan ciri puisi tersebut. [3 markah]

Maka Oya Bagelang pun menyembah lalu mengarahkan segala oya dan menteri

hulubalang dan ban-ban dan okun-okun dan amum pergi menyambut surat itu. Maka orang itu

pun pergilah ke pantai. Maka surat dan bingkis itu pun dinaikkan oranglah ke atas gajah lalu

diarak masuk ke dalam kota. Setelah sampai ke kota wang, maka surat itu pun diturunkan

2. oranglah lalu dibawa masuklah. Maka Laksamana pun bersama-sama dengan Oya Bagelang.
Setelah berhadapan dengan Phra Cau, maka Oya Bagelang pun merangkaklah sambil

menyembah.

Dipetik daripada ‘Sastera Epik’

Nyatakan dua latar masyarakat beserta contoh didalam petikan. [4 markah]

3. Wanita, laut itu indah
Bersuara lantang dalam bisu
Diam berkaca dalam bicara
Adakala tak tertafsir erti
Adakala gah mengulum gua sepi.

Dan
Asin dan tawarnya bertempat
Iltizamnya membara hakikat
Kasih setianya tak bertakah
Peribadi Amanah, cendekia, berhemah.

(Dipetik daripada Wanita dan Laut)

a) Berikan contoh gaya bahasa perbandingan. 2216/1
b) Senaraikan dua contoh gaya bahasa perbandingan tadi pada petikan [2 markah]
[2 markah]

Tetapi kami tidak dapat dikaitkan dengan puan dan begitu juga puan. Puan tidak
dapat menyelami jiwa kami kerana puan tidak dapat membawa diri puan ke bawah, separas
dengan kami. Bagaimanakah boleh puan mewakili kami, menjadi suara kami jika dari segi taraf
kita begitu berbeza? Puan masih di atas dan enggan melihat ke bawah dan kami di bawah
4. sentiasa melihat ke atas. Sering kali kami tidak begitu gembira akan apa yang kami Nampak di
atas sana-pembaziran, pemalsuan, penipuan dan ketidakikhlasan.

(Dipetik dari cerpen Perspektif)

Huraikan dua persoalan beserta contoh yang terdapat pada petikan. [4 markah]
5.

BLACKWAY: Tak betul. Sama sekali tak betul. Light menipu Sultan Abdullah supaya serahkan ini
Puloo Pinang sama Inggeris. Inggeris mahu ini Puloo Pinang untuk dijadikan Pelabuhan
persinggahan antara Barat dengan Timur supaya urusan perdagangan Inggeris dengan China boleh
diteruskan dengan adanya Pelabuhan entrepot seperti Puloo Pinang ini. Di samping itu, Inggeris
boleh mengaut hasil emas, bijih timah, perak daripada Tanah Melayu.

MAT PIAH: Jadi, Francis Light bukan peneroka Pulau Pinang?

(Dipetik dari Drama Mat Piah & Mr Blackway)

Jelaskan dua pengajaran beserta contoh yang terdapat dalam petikan. [4 markah]

Dahulu, memang agak sukar baginya untuk mengaitkan dua tanda celaka itu dengan detik

pelantikan Presiden yang luar biasa itu. Tetapi sejak peristiwa penghakiman sayembara, dan lebih-

lebih lagi apabila melihat sendiri hidupan laut perosak karang itu menyerupai kelapa emas hadiah

Presiden, si resi muda bertambah yakin bahawa Tuhan tidak pernah berlaku silap apabila

menghantar isyarat-isyarat ke dunia ini.

Seorang manusia kerdil sepertinya, fikir si resi muda, mustahil akan dapat melawan seorang

Presiden yang sangat berkuasa dan perkasa.

Dipetik daripada Novel ‘Naratif Ogonshoto’
Bab Pentafsir

6.

Nyatakan dua teknik penceritaan beserta contoh yang dipaparkan pada petikan. [4 markah]

Baginda melihat kebesarannya,

7. Sangatlah takbur pada rasanya,
Lalu bertitah kepada menterinya,

Aku nan siapa tara bandingnya.

Adakah raja terlebih kaya,
Daripada aku terlebih mulia,
Akulah raja di dalam dunia,
Terlebih dari aku manakah dia

(Dipetik daripada Nilai Insan)
Nyatakan dua saranan pada pemimpin dalam petikan agar mempunyai kepimpinan yang baik.

[4 markah]

2216/1

8.
Menjelang senja ke Kampung Panggas,
Mencari halia di dalam huma,
Untuk dicampurkan dalam adunan;

Nilai pekerja jalani tugas,
Nilai penyelia adil saksama,
Nilai majikan penuh keihsanan.

(Dipetik daripada Nilai Insan)

Berikan dua contoh kepimpinan unggul yang terdapat pada petikan beserta contoh. [4 markah]

Bagi saya, tasawuf membuatkan manusia lebih berkeinginan untuk memanjat tembok
9. makrifat, mahu menjenguk Arasy ketuhanan. Tasawuf membuatkan manusia memilih jalan

kehidupan yang saksama, yang destinasi akhirnya adalah kehidupan yang abadi, yang bakal
ditempuhi. Saya sendiri datang ke sini untuk berguru, untuk beramal. Bukan lagi untuk membuat
kajian. Kalau professor tahu di mana saya boleh berguru di sini, tolonglah bantu saya.”

(Dipetik dari cerpen Profesor Sufi)

Huraikan dua pandangan anda terhadap watak “saya” dalam petikan beserta contoh dalam petikan.
[4 markah]

10.

Setelah itu tibalah masanya bagi Sang Nata memberi hukuman kepada Permaisuri dan Pelebaya
pula. Maka diperintahkanlah Permaisuri duduk di luar istana untuk menjaga anjing perburuan.
Kemudian dititahkan pula bunuh Pelebaya serta dibakar rumahnya sekali.

(Dipetik dari Raden Puspa Kencana)

Berdasarkan petikan, terangkan dua pola fikir positif watak Sang Nata beserta contoh.

[4 markah]

2216/1

Bahagian B [RESPONS TERBUKA]
[60 markah]

Pilih dan Jawab TIGA soalan sahaja

11. Sila baca sajak diberi dan jawab soalan

SELOKA TAK BERIKHTIAR SENDIRI II
Orang yang suka meminta-minta, walau berjaya,
I Walaupun meminta kepada Tuhan Maha Kaya,
Banyak orang berangan-angan tinggi, Tetapi tiada beramal ikhtiar sendiri,
Ingin mencapai itu dan ini Tidak berusaha memakai tenaga diri,
Tetapi tak mahu bersusah diri, Orang yang asyik dipeluk gelombang manja,
Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati, Yang tak tahu menelan pahit maung bekerja.
Mereka suka minta tolong, minta beri.
Akan matilah kemerdekaan hatinya,
Banyak orang hanya suka meminta bantu, Akan tipislah semangat perjuangannya,
Memohon pertolongan di sana situ, Akan rendahlah pandangan orang kepadanya,
Atau berdoa sebilang waktu, Akan hilanglah harga dirinya,
Atau menyusahi ayah dan ibu-jadi kutu, Akan jatuhlah darjat manusianya!
Sebagai anak kecil yang masih menyusu.
Dari situ…
Mengapa sentiasa mengharap ibu bapa? Lenyaplah kelak daripadanya sifat jauhari,
Mengapa masih mahu menadah meminta-minta? Iaitu kepercayaan kepada dirinya sendiri;
Manusia disuruh “beramal”, berusaha; Dari situ lagi, ke manakah ia akan pergi?
Sendirilah, selam lautan dalam! Ia tidak kan mencapai puncak yang tinggi,
Malulah kalau hanya tahu menyusah, Ia akhirnya hanya akan melepek dan rugi!
Kalau selalu meminta kepada ibu dan ayah,
Bahkan, walaupun kepada Allah, (diadun daripada “Putera Melaka”)
Suka menadah dan tertadah-tadah,
Suka menjadikan diri peminta sedekah,
Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri.

Berdasarkan Seloka Tak Berikhtiar Sendiri: [6 markah]
a) Huraikan tiga bukti puisi tersebut adalah sebuah Seloka.

b) Jelaskan tiga pandangan anda terhadap sikap masyarakat dalam puisi. [6 markah]

c) Cipta karya adaptasi sebuah DIALOG berpandukan pada puisi tersebut. Panjang Dialog adalah tidak kurang

daripada 10 dialog. [8 markah]

2216/1

12. Berdasarkan Novel bab “Mainan” jawab soalan berikut:

a) Jelaskan dua persoalan. [6 markah]
b) Huraikan dua citra masyarakat. [6 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan tersebut supaya menjadi sebuah cerita yang
menarik. Panjang cerita hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Sekarang barulah dia memahami sebab-sebab para resi itu mengubati kakinya terlebih
dahulu.

)
[8 markah]

13. Berdasarkan Drama “Anna”,

a) Jelaskan dua ciri kepimpinan pada watak Zaki. [6 markah]
b) Terangkan dua saranan pada watak Anna. [6 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta karya adaptasi kepada sebuah CERPEN yang menarik.
Panjang sebuah cerpen hendaklah tidak kurang daripada 100 patah perkataan.
[8 markah]

14. Berdasarkan Prosa Tradisional: Sastera Panji:

a) Terangkan dua kritikan pada watak Permaisuri sebagai watak antagonis. [6 markah]
b) Jelaskan dua ciri kepimpinan pada watak pemimpin iaitu Sang Nata. [6 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta karya adaptasi kepada sebuah SYAIR yang menarik. Rangkap
Syair mestilah tidak kurang daripada empat rangkap.

[8 markah]

15. Berdasarkan cerpen Bukit Emas:

a) Jelaskan dua ciri keperibadian unggul pada watak Sahat. [6 markah]
b) Huraikan dua isu masyarakat pada cerpen. [6 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta karya adaptasi kepada sebuah SAJAK yang menarik. Baris
sajak hendaklah tidak kurang dari 15 baris.

[8 markah]

2216/1

16. Berdasarkan sajak berikut, jawab soalan diberi.
RANTING

Tak semua percaya
daun-daun dihargai
kerana seruas ranting.

Bunga-bunga pun dihargai,
kerana kelenturan ranting
meranggas dan meninggi.

Orang selalu mengingat bayu
yang terasa dan tak berupa
ungags pun selalu menyanyikan madu
yang terpetik daripada sari bunga.

Ranting yang diam-diam merimbun,
kenal benar erti kedudukan,
perjuangan tak semestinya menang
bakti juga bukan sanjungan.

Ada roh lain
yang perlu dipertahan
biar pohon berdiri kukuh
hingga musim berganti
dan kurun mendekati,

Hilmi Rindu

Berdasarkan sajak Ranting:

a) Huraikan empat gaya bahasa [8 markah]
b) Jelaskan dua pengajaran [4 markah]

c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta sajak yang kreatif bertemakan “Kemanusiaan”. Baris sajak
hendaklah tidak kurang daripada 15 baris.
[8 markah]

@Cikgusensei/PPT21T4

2216/1


Click to View FlipBook Version