The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SKSM NS, 2024-01-26 04:51:48

MINIT MESYUARAT GURU 3 2023

MINIT MESYUARAT GURU 3 2023

1 MINIT MESYUARAT GURU BILANGAN 3 / SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAKMUR SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN Tarikh : 13 Januari 2024 Hari : Sabtu Masa : 8:00 pagi – 1:00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Kluster, SK Seri Makmur Hadir Bil Nama Jawatan 1. Cikgu Megat Fauzi Bin Ibrahim Guru Besar 2. Cikgu Suhaimi bin Muhammad PK Pentadbiran 3. Cikgu Chandran A/L Yilliatham PK HEM 4. Cikgu Rozila Binti Basri PK Kokurikulum 5. Cikgu Muhammad Syafiq Bin Saroni PK PPKI 6. Cikgu Annie Josfina @ Nuraini Binti Jamaluddin PK Petang Turut Hadir 1. Cikgu Ab Halim Bin Sikit Guru 2. Cikgu Abd Halim Bin Kamat Guru 3. Cikgu Alias Bin Sidek Guru 4. Cikgu Anis Nazli Binti Mohd Jawariatim Guru 5. Cikgu Atiqah Binti Mohd Amirudin Vincent Guru 6. Cikgu Fadlina Binti Yusof Guru 7. Cikgu Faizah Binti Mohamad Noh Guru 8. Cikgu Fatin Raihana Binti Ahmad Sabri Guru 9. Cikgu Firdarus Binti Bakar Guru 10. Cikgu Fulana Hani Binti. Hasbolah Guru 11. Cikgu Halipah Noor Binti Ramli Guru 12. Cikgu Intan Azila Binti Mohamad Asri Guru 13. Cikgu Julaida Binti Jamaiin Guru 14. Cikgu Koshla Segaran Guru 15. Cikgu Mazliana Binti Mat Jani Guru 16. Cikgu Mazlina binti Musa Guru 17. Cikgu Maznah Binti Idris Guru 18. Cikgu Mazurah binti Nasiran Guru 19. Cikgu Mimi Suhaila Binti Razali Guru 20. Cikgu Mohamad Firdaus Bin Abdul Razak Guru 21. Cikgu Mohd Isa Bin Saarani Guru 22. Cikgu Mohd Ma'arof Bin Masnguti Guru 23. Mohd Noradzlan bin Mohd Nor Guru 24. Cikgu Mohd Tahir bin Md Hatta Guru 25. Cikgu Muhammad Hafizuddin bin Hamid Guru 26. Cikgu Muhammad Mahfudz Bin Ismail Guru 27. Cikgu Muhammad Nurnazmi bin Yusof Guru


2 28. Cikgu Nabilah Huda Binti Idris Guru 29. Cikgu Natasya Sabrina Binti Abdul Hadi Guru 30. Cikgu Noor Faizah Binti Mohd Yusof Guru 31. Cikgu Nooreha Binti Johari Guru 32. Cikgu Nor Asmah Binti Dollah Guru 33. Cikgu Nor Azahriah Binti Muhammad Guru 34. Cikgu Nor Ifthitah Binti Ahmad Guru 35. Cikgu Nor Rehan Binti Marwan Guru 36. Cikgu Nor Yani Binti Yasin Guru 37. Cikgu Norhaiza Binti Ahmad Hassan Guru 38. Cikgu Norrulhuda Binti Maswan Guru 39. Cikgu Nuraini Chin Binti Abdullah Guru 40. Cikgu Nur Faiza Amira Binti Suliman Guru 41. Cikgu Nurul Amira Binti Alias Guru 42. Cikgu Nurul Huda binti Maha Liddin Guru 43. Cikgu Nurussakinah Binti Haris Guru 44. Cikgu Rohaya Binti Md Yasin Guru 45. Cikgu Roslina Binti Salleh Guru 46. Cikgu Roziawati Binti Ibrahim Guru 47. Cikgu Ruslina Binti Jamhari Guru 48. Cikgu Salasiah Binti Abdullah Guru 49. Cikgu Sarina Binti Sulaiman Guru 50. Cikgu Siti Fairuz Binti Abd Ghani Guru 51. Cikgu Siti Hafizhah Binti Homdan Guru 52. Cikgu Siti Rahimah Binti Sahak Guru 53. Cikgu Siti Sarah Aqilah binti Inngam Guru 54. Cikgu Siti Suryani Binti Mohd Basri Guru 55. Cikgu Suhaini Binti Abdul Wahab Guru 56. Cikgu Syamsuzirah Binti Muhammad Guru 57. Cikgu Syazwani Binti Ahmad@Ahmad Sowi Guru 58. Cikgu Zaileha Binti Abd Manaf Guru 59. Cikgu Zarina Binti Mohamad Guru 60. Cikgu Zunaanida Binti Abu Hasan Guru Tidak Hadir Bersebab: 1. Cikgu Ahmad Husaini bin Bakri 2. Cikgu Nor Aini binti Husain 3. Cikgu Rohana Binti Saidin 4. Cikgu Aida Nabiela binti Othman 5. Nurul Aini Haryati binti Yahaya


3 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Amanat PPD / Guru Besar 1.1.1 Guru Besar (Cikgu Megat Fauzi b. Ibrahim) mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Guru bilangan 3 /2023/2024. 1.1.2 Kedudukan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur dalam daerah Sabak Bernam kategori Inspire (Berinovasi, Mentor) dengan markah antara 70% – 100% merangkumi peratus pencapaian TP1 hingga TP6, UASA, kehadiran murid dan LADAP. 1.1.3 Majlis Apresiasi peringkat daerah Sabak Bernam akan diadakan pada bulan Februari dan keputusan dijangka pada 17 Januari 2024. 1.1.4 Pada masa akan datang sekolah-sekolah akan diketegorikan mengikut Modul 1,2,3 dan 4. Kebanyakan sekolah di Sabak Bernam adalah Modul 2 dengan jumlah murid antara 999 hingga 500 orang. Modul 1 murid seramai seribu orang manakala guru besar gred DG52 dan PK gred DG48. 1.1.5 Guru Besar mengingatkan supaya kenaikan gred DG guru-guru hendaklah setimpal dengan kerja. Kerjasama guru-guru antara satu sama lain sangat perlu 1.1.7 Terima kasih atas segala kerjasama cikgu di tahun 2023 mengurus, mengelola dan melaksana setiap program. Teruskan komitmen cikgu-cikgu di tahun 2024. Makluman 1.1.8. Sudut Panitia di bahagian tangga setiap blok perlu diteruskan. Tambah infoinfo dari semasa ke semasa. Bahan yang sudah tercabut perlu ditampal dan dikemas kini semula. Tindakan : Semua Guru 1.1.9 RMT – sebaik loceng berbunyi murid terus makan di kantin untuk mengelakkan murid lewat masuk ke kelas dan tertinggal dalam pembelajaran. Tindakan : Jawatankuasa RMT 1.1.10 Projek Kluster 25 (projek baru) merangkumi Kokurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kurikulum ke arah pencapaian guru dan murid di luar bilik darjah. Pastikan projek ada kertas kerja dan juga sasaran. Tindakan : Semua Pentadbir dan Guru 1.1.11 Guru-guru hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan bersedia menghadapi persekolahan sesi 2024/2025.


4 1.1.12 Pengarah Pendidikan mengarahkan PPD dan sekolah jangan menimbulkan isu-isu yang sampai ke media sosial. Guru-guru perlu menjaga adab ketika berinteraksi di media-media sosial. Jangan memberikan komen terutama ruangan yang ditulis oleh kalangan guru (KGM – Kami Guru Malaysia). Guru juga tidak dibenarkan membuat konten di media-media sosial menggunakan anak murid dan memberikan komen mengenai dasar-dasar JPN dan juga kementerian. 1.1.13 Kurikulum Baharu melalui Semakan Kurikulum 2027 akan dilaksanakan dan guru-guru perlu bersedia untuk menghadiri kursus. 1.1.14 Mantapkan pengurusan Hal Ehal Murid – kejayaan tidak boleh diukur dan hanya membentuk sahsiah dan akhlak murid. 1.1.15 Kaunselor untuk Sekolah Kebangsaan Seri Makmur hanya seorang walaupun keperluan adalah 2 orang – teruskan tugasan dan program yang sesuai untuk murid. 1.1.16 Kokurikulum – Teruskan usaha di tahun 2024/2025 kerana kejayaan dapat dilihat dengan cepat atau pantas. Pastikan menguasai tempat di podium 1,2,3 bagi setiap acara yang disertai. 1.1.17 Ahli Kumpulan Pelaksana – Terus tingkatkan kemahiran dengan cara mengikuti kursus-kursus dan pembacaan buku. 1.1.18 Mesyuarat Guru, Hal Ehwal Murid (HEM), Kurikulum dan Kokurikulum akan diadakan sebanyak 5 kali setahun. 9 Mac 2024 adalah Mesyuarat Guru Kali ke 2. 1.1.19 Projek 3 Penjuru Sekolah Kebangsaan Seri Makmur bersama sekolah lain, iaitu SKSM Batu Pahat, SKSM Pahang akan dijalankan bertujuan untuk mengakrabkan atau mengisi aktiviti-aktiviti, secara tidak langsung menjadi tauladan kepada sekolah-sekolah lain. 1.1.20 Makluman berkaitan garis panduan terkini berkaitan buli dan salah laku seksual. Guru-guru dan Ahli Kumpulan Pelaksana diminta untuk membaca modul salah laku buli dan seksual yang dikongsikan oleh pentadbir untuk lebih memahaminya terutama berkaitan SOP. Makluman


5 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 2.1. Cikgu Salasiah binti Abdullah ( Pencatat) - Pencadang - Cikgu Nor Azahriah binti Muhammad - Penyokong - Cikgu Nurul Amira binti Alias 3. PERKARA BERBANGKIT ( Rujuk lampiran maklum balas ) 4. PERBINCANGAN 4.1 PENGURUSAN PENTADBIRAN (CIKGU SUHAIMI BIN MUHAMMAD) 4.1.1 Terima kasih atas segala kerja yang telah dijalankan oleh guru-guru disepanjang tahun 2023. 4.1.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 22/1/2024 hingga 28/1/12024 adalah tarikh pengisian markah dalam idme.Tahap Penguasaan juga perlu diisi sebelum akhir sesi 2023/2024. Tahap Penguasaan yang diberi kepada murid perlulah dilakukan dengan telus bukan sambil lewa sahaja. Berbincang dengan rakan guru yang mengajar di dalam kelas yang sama. Lengkapkan keseluruhan TP (akhir). Guru penyelaras yang berkaitan perlu mengemaskini tapak. Tindakan : Semua Guru 4.1.3 Rekod Perkembangan Murid (RPM) Kemaskini rekod perkembangan murid sebagaimana teguran dari pihak PPD. Setiap panitia ambil ketetapan bentuk RPM yang akan diguna pakai. Tindakan : Semua Guru 4.1.4 Guru kelas juga perlu kenal pasti murid penerima hadiah dan isikan maklumat tersebut dalam Google Sheet yang akan disediakan oleh setiausaha unit kurikulum. Kenal pasti juga murid yang lemah untuk intervensi dalam mesyuarat panitia akan datang. Perlu ada data dan bincangkan dalam mesyuarat progres intervensi. Tindakan : Semua Guru Kelas 4.1.5 Sesi 2024/2025 murid TP1 dan TP2 diletakkan di bahagian depan kelas.Ini mengelakkan murid tersebut terus tercicir sekiranya duduk di bahagian belakang. Tindakan : Semua Guru


6 4.1.6 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Semak kertas dan isi markah dalam idme. Untuk Tahap 2 buat catatan tentang keputusan murid untuk guru yang akan mengajar pada sesi berikutnya. Kertas soalan hendaklah dipulangkan kepada murid. Tahap 1 kertas soalan tidak perlu dipulangkan, jadikan sebagai rujukan untuk mengisi PBD. Tindakan : Semua Guru 4.1.7 Tahap penguasaan yang diberi mestilah adil dan telus. Guru perlu kenal pasti murid dan kemahiran yang dikuasai murid tersebut secara keseluruhan sebagai rujukan untuk memberi tahap penguasaan. Jangan hanya melihat kepada keputusan pentaksiran akademik dan ujian akhir sesi akademik (UASA) sebagai kayu ukur pemberian tahap penguasaan. Tindakan : Semua Guru 4.1.8 Pdpc Standard 4 Semua guru SK Seri Makmur telah dicerap sekurang-kurangnya sekali pada tahun 2023/2024. Purata markah semua guru adalah antara 80 – 90 markah. Pencerapan telah dijalankan dalam pelbagai cara. Makluman 4.1.9 Guru sebagai pendorong – Tarik minat murid-murid untuk berada di dalam kelas dan mengikuti aktiviti yang dirancang. Aktiviti berkumpulan atau kolaborasi perlu ada dalam pdpc. Tindakan : Semua Guru 4.1.10 Kelengkapan di dalam kelas Guru kelas perlu pastikan kelengkapan di dalam kelas cukup. Sekiranya ad yang telah rosak ataupun hilang maklumkan kepada pihak sekolah untuk penggantian. Peralatan yang rosak dan perlu dibaiki, letak dibelakang kelas supaya dapat diselenggara sepanjang cuti sekolah. Tindakan : Semua Guru Kelas 4.1.11 Folder erph boleh diambil mulai 5/2/2024 di pejabat. Masukkan perkara-perkara yang perlu dalam folder termasuk RPM, UASA dan TOV. Makluman


7 4.2 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (CIKGU CHANDRAN A/L YILLIATHAM) Beberapa tugasan perlu diselesaikan : 4.2.1 APDM Guru-guru perlu mengisi APDM setiap hari. Teguran dari pihak PPD kerana kehadiran untuk beberapa kelas tidak diisi pada 2 Januari hingga 5 Januari 2024. Tindakan : Guru Kelas dan pendamping 4.2.2 Buku Daftar Murid/Buku Besar Guru-guru kelas mesti daftarkan murid yang baru masuk ke Sekolah Kebangsaan Seri Makmur. Selesaikan sebelum bulan Februari. Tindakan : Guru Kelas dan pendamping 4.2.3 Bimbingan dan Kaunseling 15 Januari 2024 Program Hentikan Buli dan Gangguan Seksual akan dilancarkan. Beberapa aktiviti akan dijalankan sempena program tersebut. Makluman 4.2.4. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Tarikh pemulangan buku dan pemberian buku teks adalah pada 31 Januari 2024. Surat siaran akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Murid juga akan naik kelas pada tarikh tersebut. Tindakan :Guru SPBT dan Guru Kelas 4.2.5 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Pengambilan duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bermula pada 16 Januari 2024 (Selasa) untuk tahun 6, tahun 1 dan PPKI. Pengambilan duit adalah mengikut aliran sepertimana jadual yang telah ditetapkan. Tindakan : Guru Kelas 4.2.6 Disiplin 4.2.6.1 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi teguran kepada murid dari semasa ke semasa. Jangan benarkan murid berlari ketika waktu rehat dan ke surau. Tegur dan pantau kelas sebelah sekiranya bising dan tiada guru. Beri penekanan tentang keselamatan murid terutamanya waktu balik dari sekolah.


8 4.2.6.2 Kursus Kepimpinan Pengawas dan Kokurikulum akan diadakan pada sesi pagi 26 Januari 2024 (Jumaat). Makluman 4.2.7 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Guru bertugas perlu merasa makanan RMT murid setiap hari. Beri teguran sekiranya kuantiti dan kualiti makanan kurang memuaskan. Selepas ini, buah akan diblend dijadikan jus untuk minuman murid, Tindakan : Jawatankuasa RMT 4.3 PENGURUSAN KOKURIKULUM (CIKGU ROZILA BINTI BASRI) 4.3.1 Pelan Strategik Operasi (PSO) – Semak Jadual 2 & 3 dan jika sesuai teruskan jika sebaliknya perlu digugurkan. Tindakan: Pengerusi dan Setiausaha 4.3.2 Tahniah untuk pencapaian tahun 2023. Kejayaan-kejayaan akan dijadikan dalam bentuk montaj (kerjasama bersama Ustaz Abd Halim). Makluman 4.3.3 PAJSK – Pengisian oleh guru kelas sedang dijalankan dan hanya guru kelas sahaja yang boleh melihat keputusan pencapaian murid. . Tindakan: Guru Kelas Tahap 2 4.3.4 Program Pembangunan Sukan – Tujuh unit telah menghantar program pembangunan. Guru-guru jurulatih pasukan diingatkan supaya membuat pemilihan untuk pasukan elit bagi sesi 2024/2025. Tindakan: Jurulatih Pasukan Elit 4.3.5 Data kejurulatihan guru – Guru-guru perlu menambah setiap kursus baru yang telah dihadiri. Tindakan: Semua Guru 4.3.6 KPI Kokurikulum – Sasaran 1% peringkat kebangsaan, 2% negeri, 3% Daerah, 100% PAJSK, 10% A PAJSK (4,5,6 dan PPKI) dan 93% dalam mencapai standard KPM. Makluman


9 4.4 PENGURUSAN PPKI (CIKGU MUHAMMAD SYAFIQ BIN SARONI) 4.4.1 Seramai 13 orang murid akan ke sekolah menengah dan inklusif penuh seramai 2 orang ke aliran perdana. Hanya seramai 34 orang murid sahaj di PPKI. 4.4.2 Elaun Murid Khas (EMK) hanya boleh diambil pada bulan Mac untuk 2 orang murid dari 2 Azalea. 4.4.3 Pada sesi persekolahan 2024/2025 dua orang murid yang akan ke PPKI akan berada di Tahun 1 perdana dahulu. 4.4.4 Bagi urusan bayaran sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) semua murid di PPKI telah selesai membuat pembayaran. 4.4.5 Majlis Apresiasi Pendidikan Khas peringkat Daerah akan dijalankan pada 29 Januari 2024 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. 4.4.6 PPKI SK Seri Makmur juga menghantar pencalonan Tokoh Murid Pendidikan Khas terbaik majlis Apresiasi Pendidikan Khas peringkat Daerah Sabak Bernam atas pencapaian yang memberangsangkan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Makluman


10 4.5 PENGURUSAN PETANG (CIKGU ANNIE JOSFINA @ NURAINI BINTI JAMALUDDIN) 4.5.1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bukanlah markah tetap untuk idme, hanya sebahagian sahaja dari Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tindakan : Semua Guru 4.5.2 Perubahan kedudukan kelas Tahap 1 untuk sesi persekolahan tahun 2024/2025 atas faktor-faktor tertentu. Seorang murid dari tahun 2 kerap pengsan dan perlu diletakkan kelas di bahagian bawah. Tindakan: Makluman Semua Pentadbir dan Guru 4.5.3 Perjumpaan Ibubapa Tahun 1 dan bayaran buku serta kelengkapan akan diadakan pada 7 Mac 2023 (Khamis). 4.5.4 Ujian Diagnostik Tahun 1 akan diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan sesi 2024/2025. 4.5.4 Jadual waktu untuk sesi petang masih dalam proses pemurnian. Makluman 4.6 PUAN NORHAISAH BINTI HASSAN (KETUA PEMBANTU TADBIR) 4.6.1 Pengisytiharan harta akan luput selepas 5 tahun dan perlu membuat pengisytiharan semula. 4.6.2 Pembentangan Penyata Kewangan yang berakhir pada 1/1/2024 dipersetujui oleh semua guru tanpa bantahan. 4.6.3 Barang yang hendak dilupus perlu dilaporkan kepada ketua blok. 4.6.4 Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Seri Makmur kerana dipilih sekolah otonomi (audit cemerlang 3 tahun berturut-turut. Kelebihannya ialah boleh pindah peruntukan disahkan oleh PPD sahaja. Makluman 5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA Pembentangan kertas kerja MAGIK (Majlis Apresiasi Anugerah Kecemerlangan).


11 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Cikgu Nor Asmah binti Dollah Inginkan penjelasan pindah peruntukan untuk wang lebihan Panitia Pendidikan Muzik. 6.2 Cikgu Chandran A/L Yiliatham Raptai persembahan untuk MAGIK akan diadakan pada 17 Januari 2024 dan raptai penuh pada 30 Januari 2024. 6.3 Cikgu Siti Fairuz binti Abdul Ghani Persembahan Angklung tidak dapat dijalankan pada 17 Januari 2024. 6.4 Cikgu Syazwani binti Ahmad Syowi 6.4.1 Semua guru telah bersetuju membuat bayaran sebanyak RM30 ke Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bagi yang tidak mempunyai anak belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur. 6.4.2 Pada waktu pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP), kaunter Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) disediakan untuk yang belum menjelaskan bayaran. 6.5 Cikgu Alias binti Sidek 6.5.1 Terima kasih kepada semua Ahli Jawatnkuasa Berkat di atas kerjasama yang telah diberikan. Kutipan yuran Berkat sebanyak RM150 setahun untuk sesi . 2024/2025 boleh dibayar sekaligus atau ansuran sebanyak tiga bayaran. 6.5.2 Majlis persaraan Cikgu Nur Aini Chin binti Abdullah akan diadakan di . . . . Melaka. 6.6 Cikgu Suhaimi bin Muhamad 6.6.1 Eoperasi tagging telah dikeluarkan dan perlu dikemaskini dan disahkan sehingga 25 Januari 2024. 6.6.2 Printer di Bilik Guru hanya terhad untuk salinan sebanyak kurang dari 10 helai sahaja dan sekiranya lebih perlu dicetak di pejabat. 6.6.3 Skmy SPLKPM perlu dikemaskini bagi yang belum melakukannya. Makluman 7. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Disediakan oleh: Urusetia Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Seri Makmur Tarikh : 23 Januari


12 MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT GURU BIL 3 SESI 2023/2024 SK SERI MAKMUR Bil KEPUTUSAN MAKLUMBALAS 1 4.1.1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Semak kertas dan isi markah dalam idme. Untuk Tahap 2 buat catatan tentang keputusan murid untuk guru yang akan mengajar pada sesi berikutnya. Kertas soalan hendaklah dipulangkan kepada murid. Tahap 1 kertas soalan tidak perlu dipulangkan, jadikan sebagai rujukan untuk mengisi PBD. Status : Selesai / Belum selesai 2 4.2.5 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Pengambilan duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bermula pada 16 Januari 2024 (Selasa) untuk tahun 6, tahun 1 dan PPKI. Pengambilan duit adalah mengikut aliran sepertimana jadual yang telah ditetapkan. Status :Selesai / Belum selesai 3 4.3.3 PAJSK – Pengisian oleh guru kelas sedang dijalankan dan hanya guru kelas sahaja yang boleh melihat keputusan pencapaian murid. Status : Selesai / Belum selesai 4 4.5.3 Perjumpaan Ibubapa Tahun 1 dan bayaran buku serta kelengkapan akan diadakan pada 7 Mac 2023 (Khamis). Status : Selesai / Belum selesai Urusetia Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Seri Makmur


Click to View FlipBook Version