The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KELAS AGAMA PETANG (KAP) BIL 1/2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rosezalina Mohammad yusof, 2022-12-05 20:00:14

MINIT MESYUARAT KELAS AGAMA PETANG (KAP) BIL 1/2022

MINIT MESYUARAT KELAS AGAMA PETANG (KAP) BIL 1/2022

MINIT MESYUARAT KELAS AGAMA PETANG (KAP) SK RAHANG
BIL 1/2022

Hari : Selasa
Tarikh : 29 Mac 2022
Masa : 2:15pm
Tempat : Balai Semarak, Sk Rahang.

Kehadiran:

1. Pn. Noor Aida Binti Dapun - Guru Penolong Kanan Pentadbiran

2. Pn. Rosezalina Binti Mohamad Yusof - Penyelaras & Guru KAP KPM

3. Pn. Nur Izzati Binti Tajudin - Guru KAP Tulen

4. Pn. Nur Hafizah Binti Yahaya - Guru KAP Tulen

5. Pn. Salina Binti Sulaiman - Guru KAP KPM

6. Pn. Siti Zaiton Binti Ali Akbar - Guru KAP KPM

7. Pn. Norhayani Binti Bakri - Guru KAP KPM

8. Pn. Fairus Binti Shaharuddin - Guru KAP KPM

9. Pn. Nur Syazwani Binti Ithnin - Guru KAP Tulen

10. Pn. Noor Azlina Binti Samat - Guru KAP Tulen

11. Pn. Siti Nor Fazila Binti Mat Said - Guru KAP Tulen

12. Pn. Mas Ayu Binti Abdul Rahman - Guru KAP Tulen

13. Cik Nur Hakimah Binti Abdollah - Guru KAP Tulen

14. En. Muhammad Nurhafiz Bin Khairi Salam - Guru KAP KPM

15. En. Syed Ali Khared Bin Syed Ibrahim - Guru KAP Tulen

16. En. Abd Hadi Bin Mohd Isa - Guru KAP Tulen

Tdak hadir bersebab: - Umrah
1. Pn. Rahimah Binti Ibrahim - Rasmi
2. Pn. Azidah Binti Mohd Ali - Rasmi
3. Pn. Hajah Norliza Binti Sam Zakaria

1

1.0 Kata Aluan Penyelaras (Pn.Rosezalina Binti Mohammad Yusof)
1.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.1.2 Mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan mengucapkan terima kasih
kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan semua ahli mesyuarat
yang dapat hadir dalam Mesyuarat Kelas Agama Petang (KAP) SK
Rahang Bil 1/2022.
1.1.3 Mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir SK Rahang atas
lantikan sebagai Penyelaras KAP bagi sesi 2022/2023 dan sangat
menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya dalam menggalas
jawatan tersebut.
1.1.4 Mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli mesyuarat kerana
melaksanakan tugas dengan baik dalam kerja-kerja urusan pentadbiran
KAP SK Rahang (mengecap buku teks, mengelaskan buku teks
mengikut aliran serta mengemas & menyusun atur bilik KAP).
1.1.5 Mengucapkan selamat datang kepada 2 orang guru KAP SK Rahang
yang baru melaporkan diri iaitu, Cik Nur Hakimah Binti Abdollah dan Pn.
Mas Ayu Binti Abdul Rahman dan meminta mereka memperkenalkan diri
kepada semua ahli mesyuarat.
Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (NOOR AIDA BINTI DAPUN)
2.1.1 Mengucapkan tahniah kepada semua ahli mesyuarat kerana dapat hadir
ke sekolah untuk pengurusan KAP bagi sesi yang baru.
2.1.2 Mengucapkan terima kasih kepada mantan penyelaras KAP SK Rahang
iaitu Ustazah Salina Binti Sulaiman atas kerjasama dan komitmen yang
diberikan sepanjang menjawat jawatan tersebut.
Tindakan: Makluman

2.1.3 Meminta semua guru KAP Tulen hadir awal 15 minit sebelum
bermulanya sesi pembelajaran dan pengajaran dan memastikan disiplin
murid terkawal terutamanya ketika rehat dan solat.
Tindakan: Guru KAP Tulen

2

2.1.4 Memaklumkan bahawa semua ahli mesyuarat perlu menandatangani
borang akur janji bagi tahun 2022 & borang tersebut akan diberikan
kemudian.
Tindakan: Makluman

3.0 Pengurusan & Pentadbiran KAFA 2022
3.1. Perjawatan Guru KAFA & Kemudahan Cuti
a) Penyelaras memaklumkan bahawa semua maklumat berkaitan
perjawatan guru KAFA & kemudahan cuti perlu dibaca dan difahami
dengan baik.
b) Maklumat tersebut boleh dirujuk dalam buku pengurusan KAP SKR
2022/2023 muka surat 21 – 26.
Tindakan: Guru KAP KPM & Tulen

3.2. Kurikulum KAFA
Ahli mesyuarat mengambil maklum:
a) Waktu pembelajaran & pengajaran KAFA ialah 36 jam sebulan
bersamaan 9 jam seminggu (termasuk 1 jam 30 minit waktu rehat)
berdasarkan kurikulum KAFA.
b) Kurikulum KAFA telah beralih kepada Kurikulum KAFA Pra Tahfiz.
c) Amali Solat & Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) tiada dalam
jadual waktu PdP KAFA
d) Perlu menggunakan Kurikulum Standard Kelas Al-Quran & Fardhu
Ain KAFA 2.0 sebagai panduan PdP di samping buku teks KAFA
yang telah diedarkan.
e) Sukatan Pelajaran KAFA Negeri Sembilan tahun 2022 akan
dilaksanakan mengikut penggal seperti berikut

PENGGAL TARIKH PELAKSANAN
PENGGAL PERTAMA 21 MAC – 3 JUN 2022
PENGGAL KEDUA 13 JUN – 2 SEPTEMBER 2022
PENGGAL KETIGA 12 SEPTEMBER – 9 DESEMBER 2022
3 JANUARI – 17 FEBRUARI 2023

3

f) Aktiviti pembelajaran & pengajaran KAFA tahun 2022 hendaklah
menggunakan Sukatan Pelajaran KAFA 2022.
Tindakan: Makluman

g) Sukatan Pelajaran KAFA 2022 & Modul Program Transisi Tahun 1
KAFA Negeri Sembilan akan disediakan oleh pihak JHEAINS &
akan dimuat turun oleh penyelaras.
Tindakan: Penyelaras KAP SKR

3.3. Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) KAP SK Rahang 2022/2023
Ahli mesyuarat mengambil maklum:
a) Sesi PdP akan dilaksanakan secara bersemuka pada 4 April 2022
tanpa penggiliran bagi tahun 1, 2 & 3. Penggiliran hanya melibatkan
tahun 4 & 5 sahaja.
b) Sesi PdP akan bermula pada jam 1.30 - 4.30 petang (Isnin, Selasa &
Khamis).
c) Sepanjang Bulan Ramadan, waktu rehat akan dipendekkan selama
15 minit pada setiap hari (rujuk buku pengurusan KAP 2022/2023
muka surat 12-14)
d) Pn.Noor Aida Binti dapun bersetuju untuk membenarkan kelas Tahun
6 digunakan untuk PdP KAP Tahun 4 memandangkan tiada kelas
tambahan Tahun 6 akan dijalankan.
e) Pembahagian kelas KAP adalah berdasarkan kelas pada sesi pagi.
f) Sesi PdP akan dijalankan mengikut ketetapan kelas seperti berikut:

Nama Kelas Pagi Nama Kelas KAP

Dinamik Umar

Inovatif Uthman

Kreatif Abu Bakar

g) Agihan & Penetapan Guru Kelas KAP, Penyelaras Aliran, Lokasi PdP
KAP, Jadual Kelas & Mata Pelajaran yang diajar boleh dirujuk dalam
buku pengurusan KAP SKR 2022/2023 muka surat 7- 10
Tindakan: Makluman

4

3.4. Buku Teks
3.4.1 Ahli mesyuarat mengambil maklum:
i. Penggunaan buku teks KAFA cetakan MAINS edisi 2 2016
masih diguna pakai untuk tahun3 hingga tahun 5 sahaja.
ii. Bekalan buku baharu keluaran JAKIM untuk tahun 3 akan
dibekalkan selewat-lewatnya bulan Mei 2022.
iii. Buku aktiviti tidak lagi dibekalkan kepada semua sekolah
bermula Januari 2021.
Tindakan: Makluman

iv. Penerimaan bekalan buku teks, pergerakan keluar buku teks
serta peminjaman dan pemulangan buku teks perlu lah direkod
dengan baik.
Tindakan: Guru SPBT & Guru Kelas

v. Buku teks akan diletak & disimpan di bilik pengurusan KAP
SKR
Tindakan: Makluman

3.4.2 Ahli mesyuarat memutuskan agar buku teks yang hilang mestilah
diganti dengan buku juga. Murid perlu membuat salinan buku teks
tersebut memandangkan buku teks keluaran JAKIM tidak dijual di
mana-mana kedai buku.
Tindakan: Makluman

3.5. Pengawasan Amali Solat & Waktu Balik
Ahli mesyuarat mengambil maklum:
a) Pengawasan Amali Solat boleh dirujuk dalam buku pengurusan KAP
SKR 2022/2023 muka surat 15.
b) Jadual Guru Bertugas Harian boleh dirujuk dalam buku pengurusan
KAP SKR 2022/2023 muka surat 17.
Tindakan: Makluman

5

3.6. Fail Rekod Peribadi Murid
Ahli mesyuarat mengambil maklum:
a) Setiap murid KAP akan disediakan satu fail rekod peribadi. Warna fail
ditentukan mengikut aliran.
b) Fail rekod peribadi murid perlu mengandungi:
i. Borang Pendaftaran KAP
ii. Sijil Kelahiran
iii. Rekod Prestasi Murid
c) Fail rekod peribadi murid yang telah lengkap hendaklah disimpan dan
disusun dengan rapi di dalam bilik pengurusan KAP.
Tindakan: Guru Kelas KAP &
Penyelaras Rekod Peribadi Murid

d) Fail rekod peribadi murid hanya disediakan untuk murid-murid Tahun
1 – 4 sahaja
Tindakan: Makluman

e) Murid-murid Tahun 5 KAP hanya perlu melengkapkan Google Form
yang disediakan memandangkan mereka berada di tahun akhir dan
merupakan calon UPKK 2022.
Tindakan: Guru Kelas Tahun 5 &
Penyelaras UPKK

3.7. Persediaan Guru
Ahli mesyuarat mengambil maklum:
a) Setiap guru disediakan satu fail yang mengandungi:
i. Bekas Pensel & Alat tulis
ii. Buku Pengurusan KAP SKR 2022/2023
iii. Borang Peminjaman Buku Teks 2022
b) Borang pendaftaran KAP yang telah lengkap diisi telah diserahkan
kepada penyelaras aliran (rujuk buku pengurusan KAP muka surat 7)
Tindakan: Makluman
c) Penyelaras aliran bertanggungjawab untuk:
i. mengasingkan borang-borang pendaftaran yang telah lengkap

6

diisi mengikut kelas
ii. mengeluarkan resit sebagai bukti bayaran kepada murid-murid

yang telah membayar yuran pendaftaran KAP 2022
Tindakan: Penyelaras Aliran

d) Buku Rekod Mengajar, Buku Rekod Kehadiran Guru & Jadual
Kedatangan Murid KAFA JHEAINS tidak lagi dibekalkan. Pihak
JHEAINS hanya menyediakan templat dokumentasi tersebut. Guru
perlu memuat turun templat tersebut.
i. Pihak pengurusan & pentadbiran KAP SK Rahang telah
menyediakan bagi setiap guru:
(a) Fail rekod persediaan mengajar (besar)
(b) Fail rancangan pengajaran harian
(c) “Hardcopy” templat rancangan pengajaran harian &
jadual kedatangan murid.
ii. Guru diberi kebebasan untuk menaip semula templat tersebut
atau diperbanyakkan mengunakan “hardcopy” yang telah
disediakan. Kos penyediaan ditanggung sendiri.
Tindakan: Makluman

3.8. Bayaran Sumbangan KAP
3.8.1 Pn.Fairus Binti Shaharuddin memaklumkan bahawa jumlah
bayaran sumbangan KAP sehingga 29 Mac 2022 adalah
sebanyak RM24,917.21.
Tindakan: Makluman

3.8.2 Pn. Salina Binti Sulaiman
a) menegaskan & mengingatkan semua ahli mesyuarat bahawa
bayaran sumbangan KAP boleh digunakan dan dibelanjakan
untuk bantuan kebajikan yang sesuai untuk murid KAP serta
membiayai apa-apa perbelanjaan lain yang diperlukan bagi
pelaksanaan KAP dan lain-lain perbelanjaan yang sesuai
mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Kelas Agama
Petang.

7

b) memaklumkan bahawa pembiayaan menaik taraf Balai Seri
Budi SK Rahang tidak menetapi tatacara penggunaan yg telah
gazetkan oleh JAKIM.
Tindakan: Makluman

3.9. Bilik Pengurusan KAP
3.9.1 Ahli mesyuarat memutuskan kerja-kerja naik taraf Bilik
Pengurusan KAP perlu dilakukan bagi memudahkan &
melancarkan pengurusan pentabdiran KAP dan pembelajaran
murid KAP.
3.9.2 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju pembiayaan menaik taraf
Bilik Pengurusan KAP menggunakan sumbangan bayaran KAP.
Tindakan: Makluman

3.9.3 Penyelaras dan Naib Penyelaras Bilik Pengurusan Kap diminta
untuk menyediakan anggaran perbelanjaan menaik taraf bilik
tersebut.
Tindakan: Penyelaras & Naib Penyelaras
Bilik Pengurusan KAP

3.9.4 Penyelaras memaklumkan bahawa semua peralatan KAP seperti
Laptop. Mesin Pencetak, LCD hendaklah diletak dan disimpan di
dalam bilik pengurusan KAP. Penggunaan peralatan tersebut
mestilah direkodkan.
Tindakan: Penyelaras & Naib Penyelaras
Bilik Pengurusan KAP

3.9.5 Ahli mesyuarat memutuskan untuk membayar upah memotong
dan mengimpal rak besi kepada En. Abd Hadi Bin Mohd Isa
sebanyak RM400 menggunakan sumbangan bayaran KAP. Rak
besi tersebut akan digunakan untuk menyimpan dan menyusun
buku teks.
Tindakan:Makluman

8

3.9.6 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima cadangan yang
diutarakan oleh:
a) Pn.Siti Zaiton Binti Ali Akbar untuk membuat pembelian kerusi
guru sebanyak 20 buah memandangkan di bilik tersebut hanya
terdapat meja guru sahaja. Pembiayaan pembelian kerusi guru
menggunakan bayaran sumbangan KAP
Tindakan: Makluman

b) En.Abd Hadi Bin Mohd Isa untuk membuat pembelian
pendingin hawa memandangkan kos servis pendingin hawa
dijangkakan lebih mahal daripada membeli yang baharu.
i. Pn.Siti Zaiton Binti Ali Akbar diminta untuk mencari
sebut harga sebelum perkara ini dibincangkan dengan
lebih lanjut.
Tindakan: Pn.Siti Zaiton Binti Ali Akbar

4.0 Hal-hal Lain
4.1 Penyelaras memaklumkan bahawa JHEAINS membekalkan 330 test kit
Covid-19 bagi kegunaan murid dan guru KAP SKR yang bergejala. Test
kit tersebut diletakkan di bilik pengurusan KAP.
4.2 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima cadangan yang
diutarakan oleh Pn.Siti Zaiton Binti Ali Akbar untuk membeli pakaian
seragam & sedondon bagi guru – guru KAP SKR. Kos pembelian
pakaian tersebut tidak melibatkan sumbangan bayaran KAP.
4.3 Penyelaras memaklumkan akan mewujudkan satu saluran rasmi KAP
SKR menggunakan aplikasi telegram. Saluran ini merupakan saluran
satu hala sahaja “channel”.
Tindakan: Makluman

4.4 Mesin Fotostat
4.3.1 Penyelaras memberi maklum bahawa Pn. Rusnah Binti Wahab
mencadangkan agar pihak pengurusan dan pentadbiran KAP SKR
membeli “ink” mesin fotostat sekiranya ingin menggunakan mesin
fotostat yang ada di pejabat sekolah memandangkan KAP SKR

9

mempunyai sumber kewangan tersendiri.
i. Pn.Siti Zaiton Binti Ali Akbar memaklumkan bahawa pembelian
“ink” khusus untuk kegunaan KAP SKR
a) akan menyebabkan pembaziran memandangkan
penggunaannya yang sedikit.
b) akan menimbulkan kesukaran dalam mengenal pasti “ink”
KAP & bukan “ink” KAP.
ii. Pn.Salina Binti Sulaiman mencadangkan agar pihak pengurusan &
pentadbiran KAP SKR membeli sebuah mesin fotostat dan
meletakkannya di bilik pengurusan KAP.
iii. Pn.Noor Aida Binti Dapun mencadangkan agar pihak pengurusan
dan pentadbiran KAP menyewa sahaja mesin fotostat
memandangkan kos pembelian jauh lebih mahal daripada kos
sewaan.
Tindakan: Makluman

iv. Ahli mesyuarat memutuskan untuk mendapatkan sebut harga
pembelian dan sebut harga sewaan mesin fotostat agar
perbandingan dapat dilakukan dan keputusan akan dapat dibuat.
Tindakan: Guru KAP KPM & Tulen.

5.0 Penutupan
5.1 Penyelaras mengucapkan terima kasih dan memohon agar semua
perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kelas Agama Petang
(KAP) SK Rahang Bil 1/2022 diambil maklum dan tindakan.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
Tindakan: Makluman

Disediakan oleh:
Urus Setia Kelas Agama Petang
Sekolah Kebangsaan Rahang
Tarikh: 5 April 2022

10


Click to View FlipBook Version