The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60422563, 2021-09-08 11:22:18

INFORMASI ASAS PRASEKOLAH

Anyflip Bicara Prestasi^

Informasi Asas
Berkaitan Prasekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan memupuk dan mencorak
anak dari segi pemikiran dan tingkah
lakunya melalui pembinaan kefahaman
dan kemahiran agar anak dapat
membiasakan dirinya dengan Islam
sebagai cara hidup.

MATLAMAT PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk
menyuburkan potensi murid dalam
semua aspek perkembangan, mengusai
kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan masuk ke
sekolah rendah.

KONSEP

Pendidikan Prasekolah adalah satu
program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur
4+ dan 5+ tahun dalam jangka masa satu
tahun atau lebih sebelum memasuki ke
Tahun Satu.

OBJEKTIF PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah membolehkan murid :
i. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan;
ii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;
iii. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
iv. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia;
v. Menyayangi dan menghargai alam sekitar;
vi. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri;
vii. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga

keselamatan diri;
viii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika; dan
ix. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan

masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

POLISI KANAK-KANAK
MALAYSIA

DEFINISI

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang
yang di bawah umur 18 tahun seperti yang
termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

POLISI KANAK-KANAK
MALAYSIA

PERNYATAAN DASAR

Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar
mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar
dapat menikmati peluang dan ruang untuk
mencapai perkembangan holistik dalam
persekitaran yang kondusif.

POLISI KANAK-KANAK
MALAYSIA

PERNYATAAN MATLAMAT

Dasar Kanak-Kanak Negara bertujuan untuk
melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu,
inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif
dan mempunyai nilai-nilai murni.

POLISI KANAK-KANAK
MALAYSIA

OBJEKTIF

Objektif utama Dasar Kanak-Kanak Negara ialah untuk memastikan:

1. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi
jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan,
sokongan dan bantuan sosial;

2. setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya
mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk
pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan seterusnya
diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan
masyarakat;

3. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik

POLISI KANAK-KANAK
MALAYSIA

OBJEKTIF

4. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai
(turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan
kesejahteraan mereka;

5. kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar
akan hak kanak-kanak untuk kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan; dan 6. penyelidikan dan
pembangunan mengenai kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dilaksanakan dari
semasa ke semasa.

DASAR DAN POLISI PRASEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Prasekolah dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan.

2. KPM bertanggungjawab memberikan Pendidikan prasekolah kepada
kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.

3. Akta ini membolehkan kanak-kanak menikmati peluang Pendidikan
prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat
tinggal dan kumpulan etnik.

4. Dasar Pendidikan Kebangsaan perlu memastikan pematuhan kepada
penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di semua
institusi prasekolah.

5.Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak yang berumur 4+ dan 5+
sebelum memasuki ke Tahun Satu

ENAM TUNJANG KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Tujang Komunikasi Tunjang Tunjang
• Bahasa Melayu Perkembangan Keterampilan Diri
• Bahasa Inggeris Fizikal & Estetika
• Bahasa Cina • Perkembangan Tunjang
• Bahasa Tamil Kemanusiaan
Fizikal &
Tunjang kerohanian,
Sikap & Nilai Penjagaan
• Pendidikan islam
• Pendidikan Moral Kesihatan
• Kreativiti &

Estetika

Tunjang Sains & Teknologi
• Sains Awal
• Matematik Awal

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

• Satu proses yang sistematik untuk mendapatkan maklumat
tentang perkembangan dan pembelajaran murid.

• Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan ( IPPK )
membantu guru merekod dan menyediakan pelaporan
perkembangan murid.

• Guru perlu melaksanakan pentaksiran perkembangan dengan
merujuk Standard Prestasi.

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

TUJUAN

❖ Mengesan pertumbuhan murid dan perkembangan murid sesuai dengan
peringkat umur.

❖ Mengenal pasti kecerdasan & potensi untuk diperkukuhkan dan ditingkatkan
perkembangan secara menyeluruh.

❖ Mengenal pasti kelebihan & kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa
ke semasa.

❖ Memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa/ penjaga dan pentadbir tentang
perkembangan dalam semua aspek.

❖ Mengesan keberkesanan pengajaran guru.
❖ Membantu guru merancang tindakan susulan untuk:

* mengembangkan potensi murid ke tahap optimum.
* membantu pembelajaran murid
* memperbaiki pengajaran guru.

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

PRINSIP PELAKSANAAN

➢ Dijalankan merangkumi semua aspek kognitif, afektif dan psikomotor
yang terdapat dalam Kuriklum Standard Prasekolah Kebangsaan.

➢ Dijalankan selari dengan tujuan yang telah ditetapkan.
➢ Dilaksanakan berterusan sepanjang tempoh persekolahan.
➢ Kaedah yang sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan murid, dan

berasaskan kaedah saintifik
➢ * Pentaksiran berasaskan kriteria , bukan perbandingan antara murid

➢ * Menggunakan kaedah pemerhatian dan penilaian hasil kerja murid. Ujian
atau peperiksaan formal tidak boleh dilaksanakan.

➢ *Data perlu dianalisis supaya pelaporan sah dan sahih.
➢ *Dokumentasi secara sistematik.
➢ Dijalankan dengan penuh etika dan mengambil kira hak asasi murid.

PELIBATAN IBU BAPA DAN
KOMUNITI SETEMPAT

• Penerangan tentang kurikulum prasekolah dan pelaksanaannya kepada ibu bapa/
penjaga perlu diadakan bagi mewujudkan kesedaran tentang pendidikan prasekolah
dan kerjasama untuk memastikan p&p dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan.

• Perkongsian maklumat antara guru dengan ibu bapa/ penjaga untuk membantu
pembelajaran murid dan memastikan kesinambungan p&p dari rumah ke sekolah
dan sebaliknya.

• Hubungan yang baik antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga dan komuniti
setempat membantu memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid.


Click to View FlipBook Version