The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KONSEP, PRINSIP & KAEDAH CETAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1270-16-nursyaza, 2023-05-27 10:22:36

ASAS SENI CETAKAN

KONSEP, PRINSIP & KAEDAH CETAKAN

ASAS SENI CETAKAN Sharifah Nur Syaza


Konsep Cetakan Menurut laman web Wikipedia, seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan. Dalam sesuatu edisi itu, semua hasil cetakan dianggap karya asli. Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. (Azura, 2017) Seni cetakan dikategorikan kepada beberapa jenis cetakan iaitu cetakan timbul (realief), cetakan stensil/sutera saring (silk screen), cetakan datar (planografi / litografi) dan cetakan benam (intaglio).


Penggunaan Bahasa Seni Visual seperti jalinan, garisan, harmoni, kontra dan kepelbagaian dalam seni cetakan juga diterapkan. Secara konvensional, prinsip seni cetakan sebagai satu piawaian bagi memastikan karya bersifat asli atau sebaliknya. Antara definisi seni cetakan asli adalah dengan menulis ‘Artist Proof’ (AP), ditandatangani oleh pelukis, jumlah kesemua edisi dan nombor siri cetakan pada setiap karya seni cetakan. Prinsip Cetakan


Prinsip Cetakan


Kaedah Timbulan Kaedah timbulan merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Teknik-teknik dalam cetakan timbulan ini termasuk cetakan kayu, cetakan lino, cetakan kolograf dan cetakan kolaj.


Contoh Kaedah Timbulan Cetakan kayu Cetakan kolaj


Contoh Kaedah Timbulan Cetakan lino


Cetakan benaman (Intaglio) berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.. Teknik-teknik dalam cetakan benaman ini adalah kaedah turisan (engraving), kaedah gurisan asid (etching), kaedah akuantin (aquantint) dan kaedah mesotin (mezzotint). Kaedah Benaman


Contoh Kaedah Benaman Cetakan gurisan asid (etching)


Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu. Cetakan ini juga lebih dikenali sebagai cetakan sarigrafi dan stensil. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu kaedah potongan kertas pendua, kaedah filem leker dan kaedah skrin foto. Kaedah Saring Sutera


Contoh Kaedah Saring Sutera


Contoh Kaedah Saring Sutera Cetakan silkscreen


Cetakan planograf boleh disamakan dengan cetakan datar. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensil. Teknik litografi digunakan dalam penghasilan seni cetakan planograf. Kaedah Planograf


Contoh Kaedah Planograf Cetakan planograf


Click to View FlipBook Version