KERAJAAN TURKI UTHMANIAH Pengenalan dan Iktibar Kegemilangan KUMPULAN 4
PEMBENTUKAN KERAJAAN UTHMANIAH Perkataan Uthmaniah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman bin Shah yang berasal dari suku Qayi. Pada peringkat awal, Uthman ialah Amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat daerah Anatolia. Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine, ataupun dikenali juga sebagai Rom Timur. PENGENALAN
Kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang lain. Pada tahun 1301M, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzatine. Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas kawasan penaklukannya. Uthman mula melakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri.
Uthman meninggal dunia pada tahun 1326M dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan 1 dan pemerintah Uthmaniah seterusnya. Kerajaan Uthmaniyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota Constantinople telah ditakluk oleh Muhammad al-Fatih (1432M-1481M). Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian Empayar Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya ditakluk oleh Islam. Kejatuhan empayar Byzantine juga telah membuka ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama Eropah Timur.
Zaman perkembangan Kerajaan Uthmaniyah bermula selepas kejayaan pemerintahannya, Sultan Muhammad 2 (Sultan Muhammad al-Fateh) menakluki Kota Konstantinople dari kekuasaan Empayar Byzentine pada 29 Mei 1453. Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah boleh dibahagikan kepada beberapa penggal : Peringkat awal penubuhan (1299-1453) Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682) Perkembangan mendatar, kebangkitan, nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827) Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908) Pembubaran pemerintahan (1908-1924)
Sultan Abdul Majid II merupakan pemerintah terakhir bagi kerajaan Turki Uthmaniyah. Bilangan keseluruhan pemerintah bagi kerajaan Turki Uthmaniyah adalah 37 orang.
Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar. Kita hendaklah sentiasa memperbanyakkan penerokaan ilmu agar mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankannya daripada serangan musuh. IKTIBAR DAN KEGEMILANGAN
Kita hendaklah hidup sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati oleh Allah SWT. Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk kedaulatan negara.
Qr code flipbook: