The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANITA BINTI TIAN Moe, 2020-12-08 03:18:31

SRT T4 - PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 5.2

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 5.2

TINGKATAN 4

5.2 PROSEDUR
MEMULAKAN PERNIAGAAN

CIKGU ANITA TIAN – SMK PUTERI TITIWANGSA

STANDARD PEMBELAJARAN

 Menerangkan pelbagai bentuk dan ciri-ciri organisasi
perniagaan dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti.

 Menerangkan cara dan prosedur memulakan perniagaan

 Mengisi borang pendaftaran perniagaan.

 Menerangkan prosedur pendaftaran perniagaan atas talian.

 Menganalisis dan menilai isu yang perlu dipertimbangkan
semasa memulakan perniagaan.

BENTUK DAN CIRI-CIRI ORGANISASI PERNIAGAAN

Perniagaan Milikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Berhad
Koperasi.

 PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL Bentuk dan ciri-ciri
organisasi perniagaan

 Milikan - Dimiliki oleh seorang pemilik

 Sumber Modal - Simpanan sendiri atau pinjaman
bank /

saudara-mara

 Liabiliti - Liabiliti tidak terhad
 Jika perniagaan gagal, peniaga perlu menjelaskan

hutang dengan harta sendiri

 PERNIAGAAN PERKONGSIAN Bentuk dan ciri-ciri
organisasi perniagaan

 Milikan - Dimiliki oleh 2 – 20 orang rakan kongsi

 Sumber Modal - Sumbangan daripada rakan kongsi mengikut
kadar yang telah dipersetujui dalam perjanjian perkongsian

 Liabiliti - Liabiliti tidak terhad
 Harta perkongsian boleh dituntut untuk membayar hutang

perniagaan

 SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD Bentuk dan ciri-ciri
organisasi perniagaan

 Milikan - Dimiliki oleh sekumpulan orang persendirian
 Saham tidak boleh dijual kepada orang ramai

 Sumber Modal - Jualan saham kepada orang persendirian.
Tidak melebihi 50 orang

 Liabiliti - Liabiliti terhad setakat jumlah modal yang dilaburkan
sahaja

 SYARIKAT AWAM BERHAD Bentuk dan ciri-ciri
organisasi perniagaan

 MILIKAN - Dimiliki oleh orang awam dengan membeli saham
syarikat berkenaan

 Saham syarikat awam disenaraikan di Bursa Saham

 SUMBER MODAL
 Jualan saham kepada orang ramai

 LIABILITI
 Liabiliti terhad setakat jumlah modal yang dilaburkan sahaja

 KOPERASI Bentuk dan ciri-ciri
organisasi perniagaan

 Milikan - Dimiliki oleh ahli yang membeli saham koperasi.
Bilangan ahli : 100 – tidak terhad

 Sumber Modal - Yuran bulanan ahli koperasi
 Jualan saham kepada ahlinya

 Liabiliti - Liabiliti terhad
 Kerugian hanya setakat jumlah saham yang dilaburkan sahaja

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

Memulakan perniagaan baharu
Mengambilalih perniagaan
Menjalankan perniagaan francais

MEMULAKAN PERNIAGAAN BAHARU

 Mempunyai minat, kebolehan, keyakinan yang tinggi, modal mencukupi,
mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang yang hendak
diceburi

 * Sebelum mulakan perniagaan baru, usahawan perlu jalankan kajian :
 - jenis perniagaan
 - sasaran pelanggan
 - peluang perniagaan yang wujud di persekitaran.

 Contoh Perniagaan :
 Kedai Bakeri Azzahra

MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN

 Membeli perniagaan yang telah sedia wujud
 ambil alih aset perniagaan
 Ambil alih pentadbiran dan pengurusannya termasuk liabiliti.

 Contoh Perniagaan :
 Pasaraya Carrefour telah diambil alih oleh Aeon (M) Bhd dan

kini ditukar nama sebagai Aeon Big

PERNIAGAAN FRANCAIS

 Francais ialah perjanjian antara pemilik francais (Francaisor)
dengan penerima francais (Francaisi) untuk menjalankan urus
niaga barang atau perkhidmatan dengan menggunakan tanda
dagangan atau pun jenama francaisor.

 Usahawan boleh memohon francais daripada pemiliknya.

 Contoh Perniagaan :
 KFC, McDonald’s, 7-Eleven

Prosedur memulakan perniagaan

• Peluang Mendaftarkan • Majlis Daerah Mendapatkan
• Lokasi perniagaan • Majlis modal
• Sumber
• Strategi • Melalui perbandaran perniagaan
pendaftar • Majlis
pemasaran perniagaan • Simpanan
(SSM)/(SKM) Bandaraya • Pinjaman
Membuat • Sumbangan
perancangan Memohon
lesen rakan kongsi
• Belian kredit
perniagaan

Contoh borang A yang perlu
diisi untuk pendaftaran

Cara mendaftar
• Isi borang A
• Mendapatkan kelulusan nama perniagaan

(isi borang PNA.42)
• Hantar borang dengan bayaran RM30.00
• Dapatkan sijil perakuan pendaftaran

perniagaan (Borang D )

• *** perniagaan atas talian perlu juga
didaftarkan walaupun secara kecil-kecilan

Prosedur Pendaftaran atas
pendaftaran talian
perniagaan atas
Layari Laman Web ezbiz
talian (http://ezbiz.ssm.com.my)

Isi Borang Pendaftaran Perniagaan Baru
(Borang A)

Buat bayaran pendaftaran secara atas
talian atau di Kaunter SSM

Cetak pengesahan pendaftaran daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum
memulakan perniagaan.

Mengenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan

Menjalankan perniagaan francais – kenal pasti persekitaran,
penilaian diri dan nilai masyarakat

Menilai peluang perniagaan – undang-undang, kuasa
monopoli,tahap persaingan, modal dan risiko

Merangka rancangan perniagaan – garis panduan untuk
memula dan memajukan perniagaan

Jom uji diri
kita jawab soalan ini..

Rajah di bawah adalah tentang sejenis pemilikan perniagaan

KEDAI ROTI LISA & RAKAN-RAKAN  Berdasarkan rajah itu,
a) Apakah jenis milikan perniagaan itu?
b) Nyatakan ciri-ciri organisasi perniagaan

tersebut dalam ruang yang disediakan.

Ciri-ciri organisasi Keterangan
Milikan

Sumber modal

Liabiliti

Rajah di bawah adalah tentang sejenis pemilikan perniagaan

KEDAI ROTI LISA & RAKAN-RAKAN  Berdasarkan rajah itu,
a) Apakah jenis milikan perniagaan itu? Perkongsian
b) Nyatakan ciri-ciri organisasi perniagaan tersebut

dalam ruang yang disediakan.

Ciri-ciri organisasi Keterangan
Milikan
Dimiliki oleh 2-20 orang
Sumber modal
Modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut kadar yang telah
Liabiliti dipersetujui dalam perjanjian perkongsian

Liabiliti tidak terhad

Maklumat berikut adalah tentang Encik Saiful.

• Beliau telah membuka perniagaan 7 To Nine berdekatan di kawasan perumahannya.
• Beliau telah menandatangani perjanjian dengan pemilik perniagaan 7 To Nine untuk

menggunakan jenama kedai tersebut.

Berdasarkan maklumat itu,
a) Nyatakan cara yang digunakan oleh Encik Saiful bagi memulakan perniagaan tersebut? ( 1 markah )

Perniagaan francais

b) Nyatakan dua aspek yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan perniagaan tersebut
 Permintaan terhadap barangan atau perkhidmatan francais
 Latar belakang francaisor
 Bilangan francaisi yang sedia ada dan keuntungannya
 Latihan yang diberikan oleh francaisor..

 Rajah menunjukkan peta alir bagi prosedur memulakan perniagaan

Membuat perancangan
X

Y

Z ( 3 markah)

Lengkapkan peta alir itu :
X :• Mendaftarkan perniagaan
Y :• Memohon lesen perniagaan
Z :• Mendapatkan modul perniagaan

SPM 2019 – Bahagian A


Click to View FlipBook Version