STANDARD PEMBELAJARAN
• Menamakan alatan untuk mengambil ukuran badan dan mendraf
pola
• Menyenaraikan bahagian badan yang perlu diukur dengan betul dan
membuat pengiraan
• Menyatakan maksud tanda pola dengan betul dan melukis tanda pola
STANDARD PEMBELAJARAN
• Menamakan jenis fabrik yang sesuai untuk membuat rompi atau blause
• Mengenalpasti ira, sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, corak dan
kecacatan pada fabrik
• Menyusun atur dan menyemat pola di atas fabrik dengan Teknik yang
betul
• Menggunting fabrik dengan Teknik yang betul
• Memindahkan tanda pola ke fabrik dengan Teknik yang betul dan kemas
LAKARAN ROMPI DAN BLAUSE
ALATAN MENGAMBIL UKURAN BADAN DAN
MENDRAF POLA
ALATAN MENGUKUR ALATAN MENDRAF
Pita ukur Pembaris sesiku L
Pembaris lurus
Pembaris melengkung
UKURAN BADAN
Ukuran yang perlu di bahagi dua
• Bahu
• Jarak mercu
• Bidang hadapan / belakang
• Pergelangan tangan
Ukuran yang perlu di bahagi empat
• Dada
• Pinggang
• Punggung
Ukuran yang perlu di bahagi empat
• Leher
TANDA POLA
Ira lurus Tanda lipatan Garis pemadan
Tanda imbang
TANDA POLA
Garis gunting
Garis tengah hadapan Lisu pemadan Basi kelim /basi jahitan
garis tengah belakang
JENIS FABRIK
Rompi Blaus
• Fabrik kapas campuran • Fabrik kapas campuran
• Fabrik flannel • Fabrik gingham
• Fabrik denim • Fabrik poplin
MENGENAL FABRIK
•Mengenal ira fabrik – ikut tepi kain
•Mengenali sebelah dalam dan sebelah luar ( lembut dan
berkilau )
•Mengenal corak fabrik – lebih jelas di sebelah luar
•Mengenali kecacatan pada fabrik- tandakan sebelum
digunakan
PERATURAN MENYUSUN ATUR POLA
➢Ratakan pola, elakkan berkedut
➢Bentangkan fabrik diatas permukaan yang rata
➢Kenalpasti maklumat dalam pola dan patuhi
➢Letak tanda ira lurus pada ira lurus pada fabrik
➢Susun pola yang besar, seterusnya pola kecil
➢Pastikan pola berlabel berada dibahagian atas
➢Susun pola sehala terutama yang bercorak
➢Padankan corak fabrik pada kelim
➢Semak fabrik supaya tetap pada kedudukan
MENYEMAT POLA PADA FABRIK
( Tujuan- memastikan kedudukan pola tidak bergerak )
Semat peniti arah ke dalam supaya bahagian tajam tidak terkena pada jari
MENGGUNTING FABRIK DENGAN TEKNIK YANG
BETUL
➢Fabrik dalam keadaan rata
➢Gunting fabrik perlu tajam
➢Semasa menggunting, letakkan satu tangan di atas pola
➢Gunakan mata gunting sepenuhnya untuk bahagian lurus,
hujung mata untuk bahagian kecil dan melengkung
➢Pastikan mata gunting sentiasa diatas meja
➢Jangan angkat fabrik semasa menggunting
CARA MEMINDAHKAN TANDA POLA KE FABRIK
KAPUR TUKANG JAHIT RODA SURIH DAN KERTAS KARBON