The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 315-9-presanna, 2023-03-06 08:47:46

KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN

PRESANNA JAYARETNAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2 TAHUN 2) PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (BMMB3093) DISEDIAKAN OLEH: NAMA PRESANNA A/P JAYARETNAM NO. KAD PENGENALAN 020422101804 ANGKA GILIRAN 2021192340040 KUMPULAN PISMP G2 TAJUK TUGASAN PBS NAMA PENSYARAH DAN JABATAN CIK TAN YAN IM TARIKH HANTAR 6 Mac 2023 TARIK MENERIMA MAKLUM BALAS


ISI KANDUNGAN 1.0 TUJUAN 1 2.0 LATAR BELAKANG 1 3.0 ASAS PERTIMBANGAN 2 4.0 JENIS PERMAINAN TRADISIONAL DIPERTANDINGKAN 2 5.0 SEJARAH PERMAINAN TRADISIONAL TUJU TIN 3 6.0 MAKLUMAT PROJEK 3 7.0 PENYERTAAN 3 8.0 JAWATANKUASA 3 9.0 PERANCANGAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL TUJU TIN 3-4 10.0 IMPLIKASI 5 11.0 SYOR 5 LAMPIRAN 7-40 RUJUKAN 41


LAMPIRAN BIL MUKA SURAT Lampiran 1 7 Lampiran 2 8 Lampiran 3 9 Lampiran 4 10-16 Lampiran 5 17-19 Lampiran 6 20-23 Lampiran 7 24-27 Lampiran 8 28-29 Lampiran 9 30 Lampiran 10 31 Lampiran 11 32-34 Lampiran 12 35 Lampiran 13 36 Lampiran 14 37-38 Lampiran 15 39 Lampiran 16 40


PENGHARGAAN Jutaan syukur dipanjatkan kepada Tuhan kerana dengan iziNya, dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih saya diucapkan kepada individu-individu yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan pentaksiran berterusan saya ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus ini kerana beliau telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi moral dan kewangan Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus dijalankan.


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG NORTH HUMOCK BATU 5, JALAN MERU 41050 KLANG, SELANGOR KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM KERJASAMA : PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TEMPAT : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG NORTH HUMMOCK


1.0 TUJUAN Tujuan Kertas cadangan ini dikemukakan kepada guru besar dan Unit Kokurikulum adalah untuk mendapat sokongan, kebenaran dan kelulusan untuk melaksanakan Pertandingan Permainan Tradisional. Selain itu, kertas cadangan ini juga digunakan untuk memohon sumbangan dan dana daripada pihak dalaman ataupun dari pihak luaran dengan memberi gambaran dan informasi tentang pelaksanaan Pertandingan Permainan Tradisional ini. 2.0 LATAR BELAKANG Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh semua lapisan masyarakat dahulu dan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain secara turun-temurun dari zaman dahulu lagi (Mohd Ali et al., 2014). Selain itu, negara Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis bangsa seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Oleh itu, terdapat banyak jenis permainan tradisional yang dimainkan dalam Negara Malaysia. Menurut sumber daripada Jabatan Warisan Negara (2023), contoh-contoh permainan tradisional yang terdapat di negara Malaysia ialah wau, gasing, congkak, sepak raga, guli, tuju selipar, tuju tin, batu seremban, tating lawi, teng-teng, galah panjang dan sebagainya. Permainan tradisional ini boleh dimainkan oleh wanita dan juga lelaki. Terdapat juga permainan tradisional yang sama dimainkan oleh berlainan bangsa tetapi nama yang diberikan kepada permainan tradisional tersebut adalah lain. Permainan tradisional yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada permainan anjung iaitu permainan mudah yang dapat dimainkan di dalam kawasan rumah dan permainan laman dimana memerlukan kawasan yang luas untuk bermain serta dapat mewujudkan suasana meriah kerana masyarakat terlibat secara aktif dalam kategori permainan ini (Zuriawati Ahmad Zahari, et al., 2014). Kebanyakan petani menggunakan permainan tradisional sebagai sukan atau pertandingan untuk melakukan aktiviti fizikal selepas musim menuai (Addy Putra et al. 2014). Dalam pada itu, permainan tradisional menjadi saluran komunikasi untuk sesebuah masyarakat dengan alam dan anggota masyarakat sendiri serta mencerminkan nilai dan dan norma kehidupan sesebuah masyarakat tersebut. (Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria, 1992). Namun permainan tradisional ini tidak mendapat sambutan baik daripada generasi muda pada zaman moden ini (Ritzer, 2003). Hal ini demikian kerana, generasi muda masa kini lebih menjiwai permainan moden di alam maya disebabkan oleh perkembangan pesat teknologi maklumat (Aiman Sadiq Abdullah, 2018). Oleh itu, Pertandingan Permainan Tradisional ini wajar dilaksanakan kepada para murid untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan menjiwai dan mengamalkan permainan tradisional di dalam kehidupan mereka. 1


3.0 ASAS PERTIMBANGAN 3.1 MATLAMAT Matlamat utama adalah untuk menarik minat para murid di sekolah dalam permainan tradisional. Selain itu, Pertandingan Permainan Tradisional juga bermatlamat dalam memberi kesedaran tentang tanggungjawab para murid dalam menjiwai dan mengekalkan permainan tradisional kaya dengan nilai-nilai murni yang boleh digunakan sebagai prinsip atau panduan kehidupan. Pertandingan Permainan Tradisional juga dapat mewujudkan satu kumpulan yang bertindak sebagai “agen perubah” kepada masyarakat dengan mendedahkan mereka kepada permainan tradisional. 3.2 OBJEKTIF • Meningkatkan minat murid dalam bermain permainan tradisional. • Murid dapat didedahkan kepada keunikan dan kehebatan permainan tradisional. • Memberikan pengetahuan, kefahaman dan pengalaman dalam kepentingan menjaga permainan tradisional. • Melahirkan murid yang bersikap tanggungjawab dalam mempertahankan permainan tradisional. • Menguatkan kemahiran motor kasar dan halus para murid. • Murid dapat memupuk nilai perpaduan, toleransi dan bekerjasama melalui permainan tradisional. • Meningkatkan tahap disiplin dan kepatuhan dalam diri setiap murid melalui terlibat dalam permainan tradisional. • Mewujudkan satu kumpulan yang menjadi agen perubah ( Change Agent) kepada. 4.0 JENIS PERMAINAN TRADISIONAL DIPERTANDINGKAN Permainan tradisional yang akan dipertandingkan ialah tuju tin 2


5.0 SEJARAH PERMAINAN TRADISIONAL TUJU TIN (Rujuk Lampiran 1) 6.0 MAKLUMAT PROJEK a. Tarikh: 24 Mac 2023 b. Hari: Jumaat c. Masa: 7.00 pagi -12.00 tengah hari d. Tempat: Padang di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang North Hummock e. Tema : “Permainan Tradisional, Penderas Warisan Budaya” 7.0 PENYERTAAN Pertandingan Permainan Tradisional ini menyasarkan seramai 36 guru dan 104 murid tahun 6 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang North Hummock. 8.0 JAWATANKUASA 8.1 JAWATANKUASA INDUK (Rujuk Lampiran 2) 8.2 JAWATAKUASA PELAKSANA (Rujuk Lampiran 3) 9.0 PERANCANGAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL TUJU TIN 9.1 SENARAI TUGAS JAWANTANKUASA (Rujuk Lampiran 4) 9.2 ATUR CARA PERTANDINGAN TUJU TIN (Rujuk Lampiran 5) 9.3 SENARAI NAMA PESERTA MENGIKUT KUMPULAN (Rujuk Lampiran 6) 9.4 CARA BERMAIN PERTANDINGAN TUJU TIN (Rujuk Lampiran 7) 3


9.5 PELAN LANTAI STESEN 1, STESEN 2, STESEN 3 & STESEN 4 (Rujuk Lampiran 8) 9.6 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN TUJU TIN (Rujuk Lampiran 9) 9.7 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TUJU TIN (Rujuk Lampiran 10) 9.8 SISTEM PERTANDINGAN TUJU TIN Pertandingan ini menggunakan Sistem Kalah Mati (Rujuk Lampiran 11) 9.9 PERALATAN UNTUK PERTANDINGAN TUJU TIN (Rujuk Lampiran 12) 9.10 ANGGARAN KOS PERTANDINGAN TUJU TIN 9.10.1 PENDAPATAN (Rujuk Lampiran 13) 9.10.2 PERBELANJAAN (Rujuk Lampiran 14) 4


10.0 IMPLIKASI Terdapat beberapa implikasi yang mesti diambil tindakan oleh pihak berkenaan sepanjang melaksanakan Pertandingan Permainan Tradisional ini. Antaranya seperti berikut: 1. Terdapat penggangguan dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Hal ini demikian kerana, pertandingan permainan tuju tin akan diadakan pada waktu PdP. Oleh itu, pihak guru perlulah menyediakan latihan-latihan tambahan sebagai kerja rumah untuk menggantikan waktu PdP yang terganggu. 2. Kebenaran dan pengecualian perlu diberikan kepada guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan Pertandingan Permainan Tradisional. 11.0 SYOR Pihak kami sangat berharap bahawa cadangan untuk melaksanakan Pertandingan Permainan Tradisional mendapat sokongan dan kebenaran daripada pihak tuan. Hal ini demikian kerana pertandingan ini dapat memberi pengetahuan, pengalaman dan pendedahan kepada para murid mengenai permainan tradisional tuju tin yang terdapat di tanah air kita. Pendedahan ini akan memberi semangat kepada murid untuk menghayati dan mempertahankan permainan tradisional yang diwarisi secara turun - temurun dari sejak zaman nenek moyang kita. Kesannya, dapat mengekalkan warisan negara Malaysia melalui permainan tradisional agar tidak pupus dan dilupakan oleh generasi muda pada masa kini walaupun teknologi moden semakin meningkat. 5


Disediakan oleh, (PRESANNA A/P JAYARETNAM), Setiausaha Pertandingan Permainan Tradisional, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang North Hummock. Disemak oleh, (EN. ARJUNAN A/L RAMIAH), Penyelaras Pertandingan Permainan Tradisional, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang North Hummock. Disokong oleh, (PN. MAGESWARY A/P NATHAN), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil North Hummock. Dilulus oleh, (EN.SELVANATHAN A/L MARUTHAIYA), Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil North Hummock. 6


LAMPIRAN


Lampiran 1 SEJARAH PERMAINAN TRADISIONAL TUJU TIN Permainan tuju tin merupakan salah satu jenis permainan tradisional. Permainan tuju tin bukan permainan tradisional individu. Permainan ini boleh dimain oleh lelaki dan wanita. Permainan tuju tin juga dikenali sebagai Baling Tin atau Pekong Tin. Permainan tradisional ini bermula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan terus menjadi popular sehingga pertengahan tahun 1980-an. Permainan ini lazimnya dimainkan oleh penduduk daripada kawasan kampung yang kekurangan hiburan. Asal usul permainan tuju ini tidak ditentukan kerana permainan ini sudah mula dimainkan di negara ini sejak dahulu lagi. Namun begitu, permainan ini dimainkan oleh pelbagai kaum di Malaysia terutamanya Melayu dan Cina kerana permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu. Permainan tradisi ini terdiri daripada keunikan, kepuasan dan keseronokan tersendiri yang dapat menarik minat termasuk orang-orang tua dimana mereka suka menjadi penonton biasa (regular watcher). Kekuatan permainan tuju tin ialah bermain dalam pasukan. Hal ini dikatakan kerana, kekuatan ini dapat membentuk semangat berpasukan, toleransi, bekerjasama dan tolong menolong dan semangat kepimpinan yang menjadi prinsip asas dalam kehidupan sesuatu masyarakat. 7


Lampiran 2 AHLI JAWATANKUASA INDUK AHLI JAWATANKUASA INDUK NAMA Penasihat EN.M. Selvanathan (Guru Besar) Pengerusi PN.N. Mageswary (GPK Kokurikulum) Naib Pengerusi 1 PN.V. Elanthamilvany (GPK Kurikulum) Naib Pengerusi 2 PN.M. S Sooriakumaree (GPK HEM) Penyelaras EN.R. Arjunan Naib Penyelaras EN.P. Ganeshan Setiausaha CIK.J. Presanna Naib Setiausaha PN.V. Kalaivani Bendahari EN.K. Elangovan Naib Bendahari EN.M. Karnan 8


Lampiran 3 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA AHLI JAWANTANKUASA PELAKSANA NAMA Pengacara Majlis CIK. A. Hemalatha AJK Siar raya EN. S. Gunasekaran EN.V. Bashakaran AJK Pendaftaran PN. M. Logashini PN. G. Nisahanty AJK Pendokumentasian PN. S. Stephanie PN. V. Jayamalar AJK Buku Program EN. A. Prabhu PN. G. Malar AJK Protokol & Persediaan Tempat EN.J. Logenthiran PN.C. Punithamalar AJK Publisiti PN. K. Kavitha PN. M . Leela AJK Peralatan EN. S. Perumal EN.K.Manimaran AJK Cenderahati & Hadiah PN.K.Gowri CIK. R. Radha AJK Makanan PN. K . Swetha AJK Kebajikan & Keselamatan PN. K. Kalaivani PN.M.Dev AJK Kebersihan PN. S. Neela PN. R. Lalitha AJK Juri PN.N.Tamilselvi PN.K.Chellam AJK Urusetia EN.A.Selvam Kumar EN.S.Damodran AJK Sambutan PN.K.Panimalar PN.C.Mariammah 9


Lampiran 4 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA BIL AHLI JAWATANKUASA SKOP TUGAS 1 Penyelaras • Merancang dan mengadakan mesyuarat jawatankuasa Induk dan mesyuarat perancangan Pertandingan Permainan Tradisional. • Melantik ahli-ahli jawatankuasa kerja Pertandingan Permainan Tradisional. • Mengetuai setiap mesyuarat yang diadakan mengenai pertandingan ini. • Memastikan setiap ahli jawatankuasa melaksanakan tugasan mereka dengan baik. • Memastikan tidak ada permasalahan berlaku ketika pertandingan berlangsung. • Membuat laporan dan refleksi tentang pertandingan diadakan. • Post - mortem akan diketuai oleh penyelaras. 2 Naib Penyelaras • Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Induk dan Pelaksana bagi Pertandingan Permainan Tradisional. • Mengambil bahagian dalam pelantikan ahli-ahli jawatankuasa untuk pelaksanaan pertandingan ini. • Memastikan setiap ahli memainkan peranan mereka dengan baik semasa pertandingan diadakan. • Memastikan tidak berlaku sebarang masalah semasa menjalankan pertandingan ini. • Mengambil bahagian dalam Post-mortem. 10


3 Setiausaha • Menyediakan kertas kerja untuk Pertandingan Permainan Tradisional. • Bertanggungjawab dalam menguruskan urusan suratmenyurat. • Menyediakan minit mesyuarat selepas setiap perjumpaan mesyuarat diadakan. • Agenda-agenda penting perlu disenaraikan sebagai panduan untuk berbincang. • Memastikan setiap ahli memainkan peranan dalam menyediakan pendokumentasian Jawatankuasa masingmasing. • Peka dan teliti sepanjang pertandingan diadakan. • Memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar seperti menetapkan dalam atur cara. • Membuat laporan dan refleksi sebagai setiausaha selepas pertandingan diadakan. 4 Naib Setiausaha • Membantu setiausaha dalam penyediaan kertas kerja pertandingan ini. • Memberi bantuan kepada setiausaha dalam menguruskan surat-menyurat. • Menyediakan minit mesyuarat setelah setiap kali mesyuarat diadakan bersama-sama dengan setiausaha. • Memo perlu dikeluarkan sebagai maklumat-maklumat mengenai mesyuarat yang akan diadakan. • Berbincang bersama setiausaha untuk menentukan agenda-agenda yang ingin dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan. • Membantu setiausaha dalam membuat laporan dan refleksi sebagai naib setiausaha mengenai pertandingan diadakan. 11


5 Bendahari • Mencari bantuan dan dana untuk pelaksanaan Pertandingan Permainan Tradisional. • Menyediakan anggaran pendapatan untuk pertandingan ini. • Menyediakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk menjalankan pertandingan ini. • Laporan kewangan tentang perbelanjaan yang telah dibuat akan disediakan oleh bendahari. 6 Pengacara Majlis • Mengumpul maklumat-maklumat daripada atur cara yang disediakan untuk pertandingan ini. • Menyediakan skrip berdasarkan maklumat dikumpul melalui atur cara. • Memastikan pengacaraan pada hari Pertandingan Permainan Tradisional berjalan lancar mengikut atur cara • Membuat pengumuman yang penting dari semasa ke semasa. • Menyelitkan unsur-unsur kecindan ketika mengacara supaya mewujudkan suasana yang lebih ceria. • Mengumpul senarai pemenang-pemenang terlebih dahulu sebelum mengumumkan pemenang. 7 AJK Siar Raya & PA Sistem • Menyediakan senarai tentang peralatan-peralatan PA yang diperlukan. • Serahkan senarai tersebut kepada guru yang mengetuai PA sistem. • Menempah alat-alat PA sistem yang diperlukan terlebih dahulu sebelum pertandingan diadakan. • Memastikan peralatan-peralatan yang ditempah berfungsi dengan baik. • Mengumpul dan memfailkan lagu-lagu atau muzik yang akan digunakan dalam pertandingan dengan teratur. • Memainkan setiap lagu satu per satu bagi memastikan semua fail muzik/ lagu boleh diakses. • Memasang peralatan-peralatan PA sistem dengan kemas dan betul. 12


• Menyediakan mikrofon yang lebih jika terdapat mikrofon tidak boleh digunakan secara tertiba. • Memasang dan memeriksa peralatan-peralatan PA sekali lagi sebelum pertandingan dilaksanakan. • Menghantar dan menyusun semula peralatan-peralatan PA dalam bilik PA SISTEM dengan kemas • Pastikan semua peralatan PA dihantar dan dapatkan bukti penyerahan balik peralatan PA daripada ketua guru PA SISTEM. 8 AJK Pendaftaran • Borang penyertaan dan borang pendaftaran perlu disediakan. • Merekodkan kehadiran peserta yang telah didaftar pada hari pertandingan. • Membuat laporan dan refleksi sebagai AJK pendaftaran 9 AJK Pendokumentasian • Ditugaskan untuk mengambil gambar dan merekod video sebelum, semasa dan selepas Pertandingan Permainan Tradisional. • Menyediakan dokumentasi menggunakan gambargambar yang telah ditangkap. • Setiap aktiviti perlu dijelaskan dengan menggunakan gambar. • Bertanggungjawab dalam urusan penerbitan, percetakan dan dokumentasi laporan-laporan akhir jawatankuasa lain. • Membuat laporan dan refleksi. 10 AJK Buku Program • Mengumpul maklumat-maklumat berkaitan Pertandingan Permainan Tradisional yang akan diadakan. • Menyediakan buku program berdasarkan maklumat dikumpulkan. • Menyerahkan buku program kepada guru besar, guru penolong kanan dan guru-guru lain yang terlibat dalam pelaksanaan pertandingan ini. • Membuat laporan akhir dan refleksi 13


11 AJK Protokol & Persediaan Tempat • Memastikan setiap murid dapat melibatkan diri dalam pertandingan mengikut stesen yang ditetapkan di pandang. • Merancang pelan lantai untuk permainan tradisional tuju tin yang akan dipertandingkan dalam pertandingan ini. • Menyambut dan mengiringi guru besar dan guru-guru penolong kanan ke tempat duduk. • Menyambut dan mengiringi guru besar ke pentas ketika merasmikan pertandingan ini. • Membuat laporan akhir dan refleksi. 12 AJK Publisiti • Menyediakan brosur dan banner bagi mempromosikan kepada warga sekolah mengenai Pertandingan Permainan Tradisional. • Merancang anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk penyediaan banner. • Menggantungkan banner di sekolah. • Membuat laporan akhir dan refleksi. 14 AJK Cenderahati & Hadiah • Menyediakan bajet atau anggaran perbelanjaan untuk cenderahati dan hadiah. • Menyediakan hadiah untuk pemenang. • Menyediakan cenderahati untuk guru besar dan para hakim. • Menyampaikan hadiah dan cenderahati mengikut atur cara. • Membuat laporan akhir dan refleksi. 15 AJK Makanan • Membuat anggaran perbelanjaan dan bajet untuk makanan dan minuman kepada peserta. • Memastikan makanan dan minuman disusun dalam tempat yang bersih dengan kemas dan teratur. • Memastikan semua murid mendapat makanan dan minuman yang disediakan. • Membuat laporan akhir dan refleksi. 14


16 AJK Kebajikan & Keselamatan • Menyediakan peti kecemasan (First aid kit). • Memastikan semua peralatan atau barang kecemasan dalam peti kecemasan lengkap. • Menjalankan pemantauan dari masa ke semasa sepanjang pertandingan ini. • Mengambil tindakan yang segera jika terdapat peserta tercedera. • Membuat laporan akhir dan refleksi. 17 AJK Kebersihan • Menyediakan peralatan-peralatan yang digunakan untuk pembersihan. • Memastikan tempat pertandingan berada dalam keadaan yang bersih setelah pertandingan tamat. • Membuat laporan akhir dan refleksi. 18 AJK Juri • Menetapkan juri yang akan mengadil Pertandingan Permainan tradisional. • Menyediakan borang pemarkahan untuk pertandingan permainan tradisional tuju tin yang akan diadakan. • Menetapkan bilangan juri yang diperlukan untuk setiap station di padang. • Mmeberitahu kepada guru-guru yang dilantik sebagai juri untuk pertandingan ini. • Menetapkan juri simpanan jika juri yang ditetapkan untuk menghakim pertandingan tidak dapat dihadir. • Memberikan taklimat tentang cara bermain, sistem pertandingan dan sistem pemarkahan kepada juri. • Memberi nama-nama juri yang ditetapkan kepada ahli pengacara majlis. • Memastikan para juri tidak mengalami masalah ketika menghakim kumpulan yang dipertandingkan. • Keputusan juri adalah muktamad. • Membuat laporan akhir dan refleksi. 15


20 AJK Urus setia • Ketua kepada setiap ahli jawatankuasa yang bertugas untuk Pertandingan Permainan Tradisional. • Merancang perjalanan Pertandingan Permainan Tradisional. • Menyelaraskan markah bagi setiap pemenang • Memberi penjelasan kepada para peserta tentang permainan tradisional yang akan dipertandingkan • Menjelaskan stesen-stesen yang akan digunakan oleh peserta mengikut kumpulan untuk bertanding di pandang. • Mengira mata yang dikumpul oleh setiap pasukan • Pasukan pemenang akan ditentukan oleh urus setia berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. 16


Lampiran 5 ATUR CARA PERTANDINGAN TUJU TIN MASA PROGRAM PENGLIBATAN TINDAKAN TEMPAT 7.00 pagi – 7.30 pagi Pendaftaran peserta Semua peserta & ahli jawantankuasa AJK Pendaftaran Pengacara majilis Dataran terbuka 7.30 pagi – 7.45 pagi Kehadiran guru besar, guru penolong kanan Semua peserta, ahli jawatankuasa, guru waktu PdP tersebut. Pengacara majilis AJK PA Sistem AJK Urus Setia AJK Siar raya AJK Publisiti AJK Buku Program AJK Protokol & Persediaan 7.45 pagi – 8.25 pagi Majlis Perasmian Pembukaan Pertandingan Permainan Tradisional - Nyanyian Lagu Negaraku - Nyanyian Lagu Selangor - Nyanyian Lagu Sekolah - Ucapan penyelaras - Ucapan guru besar - Perasmian Pertandingan Permainan Tradisional - Taklimat ringkas kepada murid 17


8.25 pagi - 8.40 pagi Aktiviti Pemanasan Badan Semua peserta, ahli jawatankuasa, guru waktu PdP tersebut. Pengacara majilis AJK PA Sistem AJK Siar raya AJK Publisiti 8.40 pagi – 9.40 pagi Permainan tradisional tuju tin bagi kumpulan lelaki Pengacara majlis AJK Siar raya AJK Protokol & Persediaan Tempat AJK Publisiti AJK Peralatan Padang sekolah 9.40 pagi – 10.40 pagi Permainan tradisional tuju tin bagi kumpulan perempuan 18


Semua peserta, ahli jawatankuasa, guru waktu PdP tersebut. AJK Kerbersihan AJK Juri AJK Urusetia AJK Kebajikan & keselamatan 10.40 pagi11.00 pagi Rehat AJK Makanan Kantin 11.00 pagi – 12.00 tengah hari Majlis Penutupan Pertandingan Permainan Tradisional Pengacara majilis AJK PA Sistem AJK Siar raya AJK Publisiti AJK Cenderhati & Hadiah AJK Protokol & Persediaan Dataran terbuka 19


Lampiran 6 SENARAI NAMA PESERTA MENGIKUT KUMPULAN KUMPULAN LELAKI NAMA KUMPULAN AHLI NAMA KUMPULAN Kumpulan Pendekar 1. Amudavanan A/L Tharmen 2. Cheliyan A/L Gopi 3. Ezhil A/L Chandra 4. Kathir A/L Samudram 5. Kurasihi A/L Nagamuthu 6. Pugazh A/L Pandian Kumpulan Perwira 1. Arul mozhi A/L Jayaretnam 2. Duqluer A/L Mammoty 3. Mitresh Naidu A/L Mohan 4. Mohan A/L Ramarajan 5. Ramcharan A/L Mohanlal 6. Saran kumar A/L Durai Kumpulan Pahlawan 1. Danush A/L Raja Kumar 2. Logendran A/L Kesavan 3. Syam Babu A/L Vinayagan 4. Nagulan A/L Sivarajah 5. Praveen Raj A/L Vijayakumar 6. Sharvin A/L Devindren Kumpulan Panglima 1. Kishan A/L Kanagasamy 2. Tinesvaran A/L Sengarvaloo 3. Yuvaraja A/L Ravi 4. Lingeswaran A/L Suppaiah 5. Pooven raj A/L Maruthan 6. Araav A/L Murthi 20


Kumpulan Pejuang 1. Rajesh A/L Mohan 2. Ramesh A/L Muniparan 3. Vicky A/L Genadevan 4. Manish A/L Manoj Raj 5. Rahul Chetan A/L Arush Chetan 6. Gwayne Alysious Gabriel Kumpulan Perajurit 1. Surya A/L Thanagopal 2. Aakash A/L Samivelu 3. Udaya A/L Narayanan 4. Abhimanyu A/L Rajeswaran 5. Jai A/L Shaktiswaran 6. Siva A/L Karthikeyan Kumpulan Perkasa 1. Vetri A/L Ramalingam 2. Kumarvelu A/L Puspanathan 3. Vetrimaran A/L Udayamaran 4. Jeeva A/L Janarahan 5. Aadhi A/L Parusuraman 6. Agilan A/L Srinivasan Kumpulan Pionir 1. Thivyan A/L Jayaruben 2. Sri Anand A/L Veeramuthu 3. Devakumaran A/L Maruthalingam 4. Prakash A/L Veerasingam 5. Aathish A/L Selvajothi 6. Gurubaran A/L Lingam 21


KUMPULAN PEREMPUAN NAMA KUMPULAN NAMA AHLI KUMPULAN Kumpulan Pendekar 1. Harini A/P Murugan 2. Hairipriyah A/P Jega Dess 3. Keerthana A/P Retnam 4. Manushri A/P Gunasegaran 5. Melissa Elvina A/P Sivakumar 6. Nagenthehini A/P Gangan 7. Prunthaa A/P Veeriah Kumpulan Perwira 1. Sangeetha Selvam 2. Charumathy A/P Sritharan 3. Divasini A/P Ganeshan 4. Rajini A/P Kavindra 5. Pavithara Sri A/P Shanmugan 6. Sarviny A/P Kumar 7. Thivayawarshini A/P Murugan Kumpulan Pahlawan 1. Divinaa A/P Manimaran 2. Letchumy Priya A/P Ramamuthaa 3. Malini A/P Suthagar 4. Rhinisha A/P Ragu 5. Govisiri A/P Ilamaran 6. Thurga Devi A/P Sivakumar 7. Aintheswary A/P Premonathin Kumpulan Panglima 1. Buvaneswary A/P Subramaniam 2. Divasiny A/P Kathirvelu 3. Hamsaveni A/P Nanthakumar 4. Hairini A/P Gopal 5. Mitralanini A/P Navinesh 6. Thanaletchumy A/P Thuraisamy 7. Yuvasri A/P Rama 22


Kumpulan Pejuang 1. Priya A/P Makhenderan 2. Ruthara Sri A/P Sandran 3. Vaiteswary A/P Nagarajan 4. Kayalvizhi A/P Prabagaran 5. Devi A/P Kadir Seelan 6. Anandhi A/P Sasikumar 7. Aiswarya A/P Mahadevan Kumpulan Perajurit 1. Mahaletchumy A/P Balu Mahendran 2. Malarvili A/P Balu 3. Pugal Arasi A/P Aravinthan 4. Rakshita A/P Batu Malai 5. Esha A/P Perumal 6. Nanthini A/P Chandrasagaran 7. Meggala A/P Thiyagarajan Kumpulan Perkasa 1. Pretha A/P Ragawan 2. Anitha A/P Parthiban 3. Amirutham A/P Vaikundam 4. Shubah Seri A/P Tamil Chelvan 5. Surthika A/P Manikam 6. Keerthy A/P Suresh 7. Lila vinothini A/P Ravichandra Kumpulan Pionir 1. Nivashini A/P Thilaiyambalam 2. Pavitha Janani A/P Velu Nayakam 3. Tarchaini A/P Manian 4. Sharmini A/P Manimaran 5. Yoshini A/P Paranthaman 6. Thajuah A/P Saravanan 7. Deva Kastury A/P Chandrasegaran. 23


Lampiran 7 CARA BERMAIN PERTANDINGAN TUJU TIN KUMPULAN LELAKI • Permainan ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan kumpulan pelontar. • Bilangan peserta bagi setiap kumpulan ialah enam orang. • Juri akan melambung syiling bagi menentukan kumpulan penyerang dan kumpulan pelontar. • Dalam permainan ini, tin-tin kosong akan disusun dari bahagian bawah dengan susunan empat, tiga, dua dan satu dalam kawasan yang ditetapkan. • Permainan ini dimulakan oleh kumpulan pelontar. • Wakil bagi kumpulan pelontar harus melontar bola ke arah susunan tin bagi menjatuhkan tin-tin itu. • Bola yang digunakan ialah bola span getah bersaiz 58mm dalam diameter. • Jarak antara kumpulan penyerang dengan kawasan susunan tin-tin kosong ialah 0.5 meter. • Jarak antara wakil pelontar dengan susunan tin-tin kosong ialah 5 meter. • Setiap wakil dalam kumpulan pelontar akan diberikan dua kali percubaan untuk menjatuhkan susunan tin-tin itu. • Jika wakil pertama dari kumpulan pelontar tidak dapat menjatuhkan susunan tin maka diteruskan oleh pemain lain dalam kumpulan pelontar sebagai wakil pelontar. • Jika semua wakil dalam kumpulan pelontar tidak dapat menjatuhkan bola maka kumpulan penyerang akan mendapat satu mata dalam pusingan tersebut. • Seterusnya, pertukaran kumpulan akan berlaku dimana kumpulan penyerang akan menjadi kumpulan pelontar dan kumpulan pelontar akan menjadi kumpulan penyerang. • Sekiranya, wakil pelontar dapat menjatuhkan susunan tin-tin itu dan bola itu akan disambut oleh kumpulan penyerang. • Kumpulan penyerang pula akan membaling bola itu ke arah pemain dalam kumpulan pelontar di bahagian aras bawah pinggang. • Kumpulan pelontar akan berlari untuk mengelakkan balingan daripada kumpulan penyerang. 24


• Pada masa yang sama, kumpulan pelontar harus menyusun balik tin-tin kosong itu mengikut urutan susunan dari bahagian bawah iaitu empat, tiga, dua dan satu dalam kawasan ditetapkan. • Jika bola yang dibaling terkena pada orang dalam kumpulan pelontar, orang itu dikira sebagai mati dan secara automatik akan dikeluarkan daripada permainan. • Kumpulan pelontar akan mendapat satu mata jika mereka berjaya menyusun balik tintin kosong itu mengikut susunan keadaan asas sebelum pertandingan bermula. • Kumpulan penyerang pula akan mendapat satu mata jika dapat mematikan semua pemain dalam kumpulan pelontar. • Permainan ini diadakan sebanyak tiga pusingan. • Pusingan tiga akan diadakan jika kedua-dua kumpulan mempunyai jumlah mata yang sama. • Dalam setiap pusingan murid akan bertukar peranan kumpulan iaitu kumpulan penyerang akan menjadi kumpulan pelontar, kumpulan pelontar akan menjadi kumpulan penyerang. • Pemenang dalam permainan ini ditentukan melalui kumpulan yang mempunyai jumlah mata yang tertinggi daripada pusingan-pusingan diadakan. 25


KUMPULAN PEREMPUAN • Permainan ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan kumpulan pelontar. • Bilangan peserta bagi setiap kumpulan ialah tujuh orang. • Juri akan melambung syiling bagi menentukan kumpulan penyerang dan kumpulan pelontar. • Dalam permainan ini, tin-tin kosong akan disusun dari bahagian bawah dengan susunan empat, tiga, dua dan satu dalam kawasan ditetapkan. • Permainan ini dimulakan oleh kumpulan pelontar. • Wakil bagi kumpulan pelontar harus melontar bola ke arah susunan tin bagi menjatuhkan tin-tin itu. • Bola yang digunakan ialah bola span getah yang bersaiz 58mm dalam diameter. • Jarak antara kumpulan penyerang dengan kawasan susunan tin-tin kosong ialah 0.5 meter. • Jarak antara wakil pelontar dengan kawasan susunan tin-tin kosong ialah 3 meter. • Setiap wakil dalam kumpulan pelontar akan diberikan dua kali percubaan untuk menjatuhkan susunan tin-tin itu. • Jika wakil pertama dari kumpulan pelontar tidak dapat menjatuhkan susunan tin maka diteruskan oleh peserta lain sebagai wakil pelontar. • Jika semua wakil dalam kumpulan pelontar tidak dapat menjatuhkan bola maka kumpulan penyerang akan mendapat satu mata dalam pusingan itu • Seterusnya, pertukaran kumpulan akan berlaku dimana kumpulan penyerang akan menjadi kumpulan pelontar dan kumpulan pelontar akan menjadi kumpulan penyerang. • Sekiranya, wakil pelontar dapat menjatuhkan susunan tin-tin itu menggunakan bola dan bola itu akan disambut oleh kumpulan penyerang. • Kumpulan penyerang pula akan membaling bola itu ke arah pemain dalam kumpulan pelontar di bahagian aras bawah pinggang. • Kumpulan pelontar akan berlari untuk mengelakkan balingan daripada kumpulan penyerang. • Pada masa yang sama, kumpulan pelontar harus menyusun balik tin-tin kosong itu mengikut urutan susunan dari bahagian bawah iaitu empat, tiga, dua dan satu dalam kawasan ditetapkan. • Jika bola yang dibaling terkena pada pemain dalam kumpulan pelontar, orang itu dikira sebagai mati dan secara automatik akan dikeluarkan daripada permainan. 26


• Kumpulan pelontar akan mendapat satu mata jika mereka berjaya menyusun balik tintin kosong itu seperti mengikut susunan asal (empat, tiga, dua & satu) • Kumpulan penyerang pula akan mendapat satu mata jika dapat mematikan semua pemain dalam kumpulan pelontar. • Permainan ini diadakan sebanyak 3 pusingan. • Pusingan tiga akan diadakan setelah kedua-dua kumpulan mempunyai jumlah mata yang sama. • Dalam setiap pusingan murid akan bertukar peranan kumpulan iaitu kumpulan penyerang akan menjadi kumpulan pelontar, kumpulan pelontar akan menjadi kumpulan penyerang. • Pemenang dalam permainan ini ditentukan melalui kumpulan yang mempunyai jumlah mata yang tertinggi daripada pusingan-pusingan diadakan. 27


Lampiran 8 PELAN LANTAI STESEN 1, STESEN 2, STESEN 3 & STESEN 4 KUMPULAN LELAKI Stesen 1 Stesen 2, Stesen 3 & Stesen 4 PETUNJUK Kumpulan pelontar = Kumpulan penyerang = 5 Meter 10 Meter 5 Meter Bola span getah = Wakil pelontar Susunan tin = Skitel = 28


KUMPULAN PEREMPUAN Stesen 1, Stesen 2, Stesen 3 & Stesen 4 PETUNJUK Kumpulan pelontar = Kumpulan penyerang = Susunan tin = Skitel = Bola span getah kecil = Wakil pelontar 29


Lampiran 9 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN TUJU TIN • Jarak antara kumpulan penyerang dengan kawasan susunan tin ialah 0.5 meter bagi kumpulan lelaki dan perempuan • Jarak antara wakil pelontar dengan kawasan susunan tin ialah 5 meter bagi kumpulan lelaki manakala 3 meter bagi kumpulan perempuan. • Susunan tin dari bahagian bawah perlu mengikut urutan empat, tiga, dua dan satu. • Pemain akan dibatalkan jika keluar daripada kawasan yang ditanda ketika permainan berlangsung. • Pemain tidak dibenarkan keluar setelah masuk ke dalam kawasan yang ditanda sebelum permainan dimulakan. • Pemain dalam kumpulan pelontar hanya dibenarkan untuk baling bola dibawah aras pinggang pihak berlawanan. • Bola yang digunakan ialah bola span getah bersaiz 58mm dalam diameter. • Setiap wakil dalam kumpulan pelontar hanya mendapat dua kali percubaan sahaja. • Tidak boleh menjadi pengganti wakil untuk pemain lain dalam kumpulan pelontar • Kumpulan penyerang tidak boleh berlari dengan bola ketika menyerang pemain kumpulan pelontar. • Orang dalam kumpulan pelontar yang dimatikan oleh kumpulan penyerang harus keluar daripada kawasan bermain dengan segera sebelum mendapat amaran daripada juri. • Satu mata akan diberikan kepada kumpulan pelontar jika dapat menyusun balik tin-tin dalam kawasan mengikut urutan susunan betul iaitu empat, tiga, dua & satu dari bahagian bawah. • Satu mata diberikan kepada kumpulan penyerang jika dapat mematikan semua orang dalam kumpulan pelontar. 30


Lampiran 10 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TUJU TIN • Murid tahun 6 sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. • Kumpulan hanya boleh terdiri daripada enam orang bagi kumpulan lelaki dan tujuh orang untuk kumpulan perempuan sahaja. • Murid tidak dibenarkan untuk membentuk kumpulan mengikut sesuka hati atau kehendak murid. • Murid perlu menggunakan kumpulan yang disediakan untuk pertandingan ini. • Murid perlu berpakaian baju bersukan dan berkasut sukan/sekolah. • Murid yang tidak sihat/ mengalami masalah kesihatan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. • Murid dilarang untuk bermain dengan agresif dalam pertandingan ini. • Juri mempunyai kuasa untuk membatalkan sama ada peserta atau kumpulan jika didapati bersalah. • Juri boleh membatalkan kumpulan yang tidak menunjukkan diri ketika memanggil nama kumpulan untuk dipertandingkan. • Keputusan hakim ada muktamad. 31


Lampiran 11 SISTEM PERTANDINGAN TUJU TIN JADUAL KUMPULAN DIPERTANDINGKAN (KUMPULAN LELAKI & KUMPULAN PEREMPUAN) PERLAWANAN KUMPULAN BERLAWAN STATION NAMA HAKIM Pertama Kumpulan Pendekar Lawan Kumpulan Perwira Station 1 di padang EN.K.Parasuram EN.H Guneseelan Kedua Kumpulan Pahlawan Lawan Kumpulan Panglima Station 2 di padang EN.J. Karunakaran EN.A.Sivan Ketiga Kumpulan Pejuang Lawan Kumpulan Perajurit Station 3 di padang PN. K. Kumutham EN.M.Arumugam Keempat Kumpulan Perkasa Lawan Kumpulan Pionir Station 4 di padang EN.A.Paramasivan PN.S.Damini Kelima Pemenang Perlawanan Pertama Lawan Pemenang Perlawanan Kedua Station 1 di padang EN.K.Parasuram EN.H Guneseelan Keenam Pemenang Perlawanan Ketiga Lawan Pemenang Perlawanan Keempat Station 2 di padang EN.J. Karunakaran EN.A.Sivan Ketujuh Kumpulan Kalah Perlawanan Kelima Lawan Kumpulan Kalah Perlawanan Keenam Station 3 di padang PN. K. Kumutham EN.M.Arumugam Kelapan (Final) Pemenang Perlawanan Kelima Lawan Pemenang Perlawanan Keenam Station 4 di padang EN.A.Paramasivan PN.S.Damini 32


CARTA ALIRAN BAGI SISTEM KALAH MATI Kumpulan Perwira Kumpulan Pendekar Kumpulan Pahlawan Kumpulan Panglima Kumpulan Pejuang Kumpulan Panglima Kumpulan Perkasa Kumpulan Pionir JOHAN 33


BORANG PEMARKAHAN KUMPULAN KUMPULAN PEMENANG (KUMPULAN MENANG = 1 MATA) JUMLAH MATA KESELURUHAN PUSINGAN PERTAMA PUSINGAN KEDUA PUSINGAN KETIGA 34


Lampiran 12 SENARAI PERALATAN UNTUK PERTANDINGAN TUJU TIN Bil Peralatan Unit 1 Mikrofon 4 2 Laptop 1 3 Speaker besar 2 4 Mixer 1 5 Extension Wire 2 6 Layar putih 1 PADANG 1 Megaphone hailer 4 2 Skitel 32 3 Tin 40 4 Bola span getah kecil 8 5 Gelung rotan 4 6 Pita pengukur 4 7 Wisel 8 35


Lampiran 13 ANGGARAN KOS PERTANDINGAN TUJU TIN PENDAPATAN BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1 Sumbangan PIBG RM 200.00 2 Unit Kokurikulum RM 155.00 3 Panitia Pendidikan Jasmani RM 100.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 455.00 PERBELANJAAN BIL PERKARA HARGA SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH (RM) 1 Air kotak RM 1.00 104 RM 104.00 2 2 jenis kuih RM 0.50 104 RM 104.00 4 Cenderhati 7.00 9 RM 63.00 5 Medal Medal Johan = RM 2.50 Medal Naib Juara = RM 2.50 Medal Tempat Ketiga = RM 2.50 13 13 13 RM 32.50 RM 32.50 RM 32.50 6 Sijil RM 0.30 104 RM 31.20 8 Banner RM 51.80 1 RM 51.80 JUMLAH KESELURUHAN RM 451.50 36


Lampiran 14 SURAT PERMORHONON MENGADAKAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRANDISIONAL Unit Kokurikulum, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang North Hummock Batu 5, Jalan Meru, 41500 Klang, Selangor. Tel & Fax : 0333443602 Ruj Kami: SJKTLNH/07/01 Tarikh: 2 Mac 2023 Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang North Hummock, Batu 5 Jala Meru, 41500 Klang, Selangor. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah setiausaha Pertandingan Permainan Tradisional anjuran Unit Kokurikulum ingin memohon kebenaran untuk mengadakan Pertandingan Permainan Tradisional. 2. Butiran-butiran Pertandingan Permainan Tradisional seperti berikut: • Tarikh: 24 Mac 2023 • Hari: Jumaat • Masa: 7.00 pagi -12.00 tengah hari • Tempat: Padang di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang North Hummock 3. Matlamat mengadakan pertandingan ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang tanggungjawab murid dalam menjiwai dan mengekalkan permainan tradisional dalam kehidupan seharian. 4. Kami amat berharap permohonan ini dapat diluluskan. Kerjasama daripada pihak tuan kami hargai. 37


Sekian Terima kasih, Saya yang menurut perintah presanna (PRESANNA A/P JAYARETNAM), Setiausaha Pertandingan Permainan Tradisional, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang North Hummock, Batu 5,Jalan Meru, 41500, Selangor. 38


Lampiran 15 BANNER BAGI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL 39


Lampiran 16 SIJIL PENYAMPAIAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL RUJUKAN 40


RUJUKAN AB Karim Bin Abdul Rahman. (2021). Contoh Format Kertas Kerja Program 2021. SCRIBD. Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/document/485916110/Contoh-FORMATKertas-Kerja-Program-2021 Addy Putra, M. Z., Shahrul Anuwar, M. Y., Nor Ziratul Aqma., & Amirul Fahmi, R. (2014). Re-creation of Malaysian traditional game namely ‘Baling Selipar’: A critical review. International Journal of Science, Environment and Technology, 3(6), 2084–2089. Aiman Saddiq Abdullah. (2018, Disember 2018). Permainan Tradisional Jangan Dilupakan. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/3740/edisi/pahang/permainantradisional-jangan-dilupakan Amir Hamzah Aman. (2017). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Sasbadi. Jabtatan Warisan Negara (2023). Objek Warisan Tidak Ketara. https://www.heritage.gov.my/objek/objek-warisan-tidak-ketara.html Mohd Ali, S., Noor Hasyimah, H., Mazlan, M., & Corrienna, A-T. (2014). Utilizing Malaysian traditional games to implement kinesthetic intelligence approach in informal science learning environment. International Journal of Education and Research, 2(11), 133–146 Mohd Fadzil, R., & Badrul Redzuan, A.H. (2016). Pemuliharaan warisan terpinggir: Menanggap peranan medium sinema. Jurnal Komunikasi, 32(1), 651–668. Mohd Sufian Bin Omar. (2019). Modul Pengurusan Kokurikulum. Telaga Biru. Noor Habinah Kaderan., & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2019), Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah. UKM Norfarizah Mohd Bakhir., Syafina Azleen Che Saludin., Mohd Asyiek Mat Desa & Gafar Ahmad. (2020). Permainan Interaktif Galah Panjang: Pemeliharaan Permainan Tradisional Melalui Penggunaan Teknologi. Junral Gendang Alam (GA), 10(2), 148-163 Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria. (1992). Permainan tradisional di Malaysia. Siri Malaysia Indah. Zuriawati Ahmad Azhari., Mohd Asyiek Mat Desa., & Norfaizah Mohd Bakhir. (2014). Permainan Tradisional Dan Teknologi: Penelitian Dan Tinjauan Terhadap Perspesi KanakKanak. Conference Proceeding: 1st International Conference On Creative Media, Design & Technology (REKA), 25-27. 41


Click to View FlipBook Version