Kesusasteraan
& Kebudayaan
AHMAD QAMARUL ARIFFIN BIN MOHD ZAWAWI
(F2ABM) (031006011109)
Apa itu
Kesusasteraan
Melayu ?
Maksud Takrif/ Maksud
Kesusasteraan Jenis-Jenis
Ciri-Ciri
Perkataan kesusasteraan berasal daripada Fungsi
perkataan bahasa Sanskrit iaitu perkataan Manifestasi
sastra. Sastra juga mempunyai maksudnya
yang tersendiri, kata dasar sas- bermaksud
mengajar, memberi petunjuk dan
mengarahkan manakala kata dasar tra-
merupakan alat. Gabungan maksud kata
dasar ini akan menghasilkan maksud alatan
untuk mengajar. Manakalan awalan su- pula
merujuk kepada baik dan indah. Imbuhan
selebihnya iaitu ke- dan -an mempunyai
maksud yang menyeluruh iaitu segala yang
tertulis, bernilai seni dan estetika dan juga
membawa maksud memberikan petunjuk,
ajaran dan juga panduan. (Hashim
Awang,1985)
Maksud Kesusasteraan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan Kesusasteraan Melayu merupakan karya
bermaksud seni yang menggambarkan keindahan asal yang tertulis dalam bahasa Melayu yang
dengan bahasa melalui karang-mengarang, indah dan halus melalui novel, cerpen,
persuratan dan seni sastera. Kesusasteraan dalam drama, sajak, puisi tradisional untuk
bahasa Melayu menyerupai maksud perkataan menyelaraskan intelek, rohani, emosi dan
literature dalam bahasa Inggeris. Literature berasal jasmani selain menunjukkan nilai
daripada perkataan literate yang membawa kemanusiaan dan citra masyarakat.
maksud huruf atau abjad. Perkataan literature
asalnya digunakan untuk tatabahasa dan puisi.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula,
kesusasteraan berasal daripada perkataan Sanskrit
iaitu susastera yang membawa maksud huruf atau
buku yang indah. Sastera juga merupakan bahasa
yang digunakan dalam kitab atau buku.
Apakah Ciri-Ciri
Kesusasteraan ?
Keindahan
Keindahan merujuk kepada gaya dan lenggok
bahasa yang digunakan dalam karya sastera yang
menyerlahkan keindahan sesebuah karya itu.
Keindahan bergantung kepada unsur-unsur yang
dapat membentuk suatu susunan atau struktur karya
hingga menjadi sesuatu yang utuh. Hasil karya dapat
dikatakan mempunyai ciri keindahan sekiranya
memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keselarasan,
keseimbangan dan berfokus kepada suatu unsur.
Pengalaman Seni
Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat Mencerminkan pengalaman
memahami fikiran dan perasaan pengkarya.
Pengkarya juga akan mendapat kepuasan jika Pengalaman ini merujuk kepada tindak balas yang
hasil karyanya dapat diterima oleh pembaca. Nilai utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan
sesuatu karya itu terletak pada perkara yang secara realiti. Hal ini dikatakan utuh keranan ia bukan
disampaikan, cara dan bentuk penyampaian. Hasil hanya merujuk kepada kegiatan fikiran tetapi
karya sastera ini dapat memberikan pengalaman kegiatan perasaan dan juga imaginasi. Imaginasi
dan nilai seni kepada pembaca. ialah sesuatu yang dapat merangsang kesedaran
manusia. Perasaan dan gambaran khayalan yang
muncul disebabkan kesedaran penulis akan
mewujudkan pengalaman baharu. Realiti pula
merupakan sesuatu peristiwa atau keadaan yang
berlaku di luar diri seseorang. Sebagai contoh,
sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan mata dan
perkara yang dialami seseorang itu sendiri.
Karya Seni
Terdapat tiga perkara yang membezakan karya Ciri keutuhan merujuk kepada setiap bahagian dalam
sastera dan bukan sastera iaitu sifat fiksyen, nilai karya sastera yang menunjang kepada usaha
estetika dan gaya bahasa yang khusus. Fiksyen mengungkapkan isi hati pengkarya. Selain itu,
merupakan karya sastera yang dihasilkan melalui keseimbangan pula merujuk kepada unsur-unsur
imaginasi pengkarya. Nilai estetika pula dalam karya sastera mestilah seimbang dengan
membolehkan pengkarya mengungkap kan perasaan fungsinya. Manakala keselarasan pula merupakan
dengan jelas dan mendalam. Sastera dalam karya unsur dalam karya yang menjadi asas bagi
seni perlu mempunyai ciri keutuhan, keseimbangan, mengukuhkan unsur yang lain dan bukan mengganggu
keselarasan dan penekanan dan mengaburkannya. Akhir sekali, berfokus atau
penekanan merujuk kepada unsur penting mestilah
diberi lebih penekanan berbanding unsur yang
kurang penting.
Apakah Jenis dan
Bentuk
Kesusasteraan
Melayu ?
Prosa Tradisional
Tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya, tinggi mutunya dan
menjadi standard kepada yang lain, mempunyai saya yang sederhana,
mempunyai ciri yang lazim dan tidak berubah seiring dengan aliran masa
(Siti Hajar Abdul Aziz,2011). Prosa tradisional merupakan bentuk
kesusasteraan yang masih kekal sehingga kini dan menjadi sumber
pengetahuan, amalan, pengajaran, sumber atau pengenalan masyarakat
Melayu kepada masyarakat lain. Prosa Tradisional amat berbeza dengan
prosa lama kerana prosa lama bersifat sementara. Hal ini dikatakan
demikian kerana prosa tradisional diwarisi secara turun-temurun
walaupun sastera itu telah lama dihasilkan.
Pada awalnya, pros tradisional menerima pengaruh Hindu dan Buddha.
Namun pengaruh agama ini kurang menyumbang dalam pengembangan
prosa tradisional. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa yang
digunakan susah untuk difahami para pembaca. Bahasa yang digunakan
ketika itu ialah bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno. Selain itu, cerita-cerita
pada zaman itu yang merupakan cerita bertemakan dewa-dewa amat
bertentangan dengan cara hidup masayarakat Melayu.
Kedatangan agama Islam pada abad ke-14 hingga abad ke-16 telah menyebabkan
kesusasteraan prosa tradisional mengalami inovasi yang positif. Disebabkan
kedatangan Islam ini juga wujudnya tulisan Jawi yang merupakan tulisan yang penting
dan utama untuk umat Islam pada zaman itu. Agama Islam mula merebak ke Istana
dan mengambil alih peranan agama Hindu dan Buddha. Istana pula berperanan
sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu klasik yang utama. Hal ini telah
menyebabkan kesusasteraan Melayu berkembang lebih pesat.
Prosa tradisional ialah hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa.
Ia bertujuan untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada
ketika itu. Prosa tradisional terbahagi kepada dua genre iaitu sastera
rakyat (lisan) dan juga sastera istana (tulisan).
Sastera Rakyat
Merujuk kepada konsep sastera rakyat, sastera bermaksud hasil-hasil yang
kreatif yang mempunyai daya ciptaan imaginasi pencipta yang mengandungi
nilai-nilai world view itu sendiri. Masyarakat merupakan kumpulan manusia yang
hidup bersama dan bersifat primitif (Kamus Dewan Edisi keempat). Rakyat pula
bermaksud orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu sistem
kekeluargaan yang besar. Sastera rakyat ialah hasil karya yang diinspirasikan
dan disampaikan secara lisan.
Menurut Zaidan et al. (2000), sastera lisan bermaksud ungkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan
dalam masyarakat tradisional yang kandungannya dapat disejajarkan dengan sastera tulisan masyarakat
moden. Sastera yang diwariskan secara lisan seperti pantun, nyanyian rakyat dan cerita rakyat. Sastera lisan
juga dikenali sebagai sastera rakyat. Antara ciri sastera rakyat ialah ia disebar dan diwarisi secara turun-
temurun, bersifat tradisional dan lama (berada dalam sesuatu kebudayaan lebih daripada dua generasi), wujud
dalam variasi yang berbeza dan bersifat anonimi (menggunakan nama samaran/ tiada nama), menjadi hak
milik semua masyarakat yang menghasilkannya, berbentuk berpola dengan plot yang hampir serupa, mempunyai
fungsi tertentu, penulisannya spontan, sederhana dan agak kasar.
Sastera Terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif. Sastera naratif
terbahagi kepada mitos, lagenda dan cerita rakyat. Manakala sastera
Rakyat bukan naratif terdiri daripada puisi rakyat.
Mitos
Mitos merupakan cerita yang disangkakan benar-benar berlaku dan dianggap suci oleh pencipta cerita dan
masyarakat yang mendukungnya. Mitos boleh menceritakan tentang kejadian alam semesta, manusia,binatang,
tumbuh-tumbuhan dan kejadian alam. Tokoh atau watak yang terlibat terdiri daripada makhluk halus, dewa
atau separa dewa yang terjadi pada zaman dahulu. Dalam sastera Melayu, mitos terbahagi kepada tiga jenis
iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik.
Mitos asal usul berlaku pada zaman dahulu dan dianggap keramat. Mitos ini boleh mempengaruhi kehidupan
masyarakat Melayu melalui cara pemikiran yang bersifat mistik dan berkait dengan rahsia dan magis. Mitos
institusi sosial pula merujuk kepada cerita yang menceritakan asal usul sesebuah institusi sosial dalam
masyarakat Melayu. Akhir sekali, mitos politik pula merupakan cerita berkaitan dengan struktur pemerintahan
dan kerajaan. Walaupun mitos termasuk dalam sastera Melayu, ia terlalu banyak mengalami penambahan dan
perubahan atau kecairan sehingga membuatkan ia tidak lagi mitos kerana pengaruh agama.
Legenda
Legenda pula merupakan cerita yang dipercayai kejadiannya tetapi dianggap tidak suci. Tokohnya terdiri
daripada manusia yang mempunyai sifat dan kuasa yang luar biasa. Antara ciri legenda seperti sejenis
komunikasi lisan yang berasaskan kisah tokoh dan pahlawan, latar masa dan sejarahnya tidak semestinya
berlaku pada masa dahulu, tetapi mempunyai kaitan dengan masa dahulu, kisahnya mempunyai kaitan dengan
zaman kini kerana kepercayaan keramat. Tokoh dan tempat kejadian mempunyai sifat luar biasa dan
dipercayai kewujudannya
Antara jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda keagamaan yang menceritakan tentang orang
alim dan penyebar agama. Tokoh yang diceritakan benar-benar wujud dan menjadi bualan masyarakat.
Seterusnya, legenda alam ghaib. Ia bertujuan untuk menegakkan kebenaran berkaitan sesuatu kepercayaan. Ia
juga berkaitan dengan pengalaman seseorang namun mempunyai unsur tradisional. Legenda seterusnya ialah
legenda perseorangan. Ia berkait dengan tokoh-tokoh tertentu sahaja dan segala peristiwa berkaitan tokoh itu
dikatakan benar-benar berlaku. Ia dibuktikan dengan latar masa dan tempat yang seakan-akan benar.
Selain itu, legenda tempat pula merujuk kepada cerita tentang asal usul sesuatu tempat seperti nama tempat
itu berkait dengan nama tokoh atau binatang dan tumbuhan. Legenda ini berunsurkan historiografi seperti
cerita yang berkait dengan fakta sejarah tempatan. Legenda tempat ini juga berunsurkan tanda-tanda alam
dan bentuk muka bumi. Seterusnya terdapat juga legenda tokoh seperti kisah Mahsuri. Ia dianggap benar
kerana ruang dan masa berkaitan cerita itu benar-benar wujud. Sebagai contoh, makam Mahsuri yang terletak
di Pulau Langkawi, Kedah.
Cerita Rakyat
Cerita rakyat agak berbeza dengan legenda. Ia dianggap prosa dan tidak dianggap benar-benar berlaku. Ia
juga dijadikan sebagai sumber hiburan, untuk memperjuangkan kebenaran dan mengandungi pengajaran dan
sindiran. Antara jenis cerita rakyat ialah cerita binatang. Ia menceritakan watak-watak binatang yang
mempunyai sikap dan tingkah laku seperti manusia. Watak utama selalunya dibawa oleh binatang kecil yang
bijak manakala watak antagonis dibawa oleh binatang besar tetapi kurang cerdik.
Selain itu, cerita penglipu lara pula merujuk kepada cerita yang dituturkan oleh penglipur lara seperti Tok
Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil. Antara ciri cerita lipur lara ialah dituturkan secara lisan secara
turun termurun dengan tokok tambah dan ianya milik masyarakat. Ia berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan
serta citra sistem masyarakat Melayu tradisional iaitu mendukung ciri tempatan. Ia juga diselitkan puisi
tradisional yang bertemakan peperagan, percintaan dan juga pengembaraan. Ia mengandungi amanat dan
panduan seperti buat baik dibalas baik, kebenaran akan menang dan kebatilan akan kalah. Plot cerita lipu
lara bersifat kronologi iaitu mempunyai pengenalan, perkembangan dan pengakhiran. Watak dalam cerita ini
dibawa oleh manusia dan ada juga watak dewa dan dewi. Ceritanya mempunyai banyak unsur magis dan
biasanya latar tempat berada di istana, dunia kayangan dan alam ghaib.
Seterusnya, cerita jenaka pula merupakan cerita yang menggelikan hati dan menggembirakan para
pendengar. Antara ciri cerita jenaka ialah mempunyai unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam
kehidupan manusia. Unsur kelucuan ditimbulkan melalui jalinan cerita yang disampaikan dan melalui dialog
dalam cerita itu. Watak-watak dalam cerita ini mempunyai sifat tersendiri seperti watak bodoh dan watak
pintar.
Cerita teladan juga tergolong dalam cerita rakyat. Ia mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral
dan pendidikan. Sasaran bagi cerita ini terdiri daripada kalangan kanak-kanak. Antara ciri cerita ini ialah
wataknya terdiri daripada manusia yang mengalami suka duka pada permulaan cerita dan kegembiraan pada
pengakhiran cerita. Watak-wataknya juga mempunyai sifat yang sangat baik dan jujur. Kadang kala watak
dalam cerita ini dibantu oleh kuasa sakti daripada binatang, dewa atau pari-pari.
Sastera Istana
Sastera istana atau tulisan diperkenalkan selepas kedatangan Islam pada sekitar abad ke-15. Sastera hikayat
terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan unsur-unsur yang terdapat di dalamnya seperti unsur Hindu, Islam dan
Hindu-Islam.
Sastera undang-undang pula telah dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem peemrintahan, sistem
pentadbiran dan susun lapis masyarakat zaman dahulu. Ia terbahagi kepada dua iaitu Adat Temenggung dan
Adat Perpatih.
Seterusnya, sastera epik. Ia juga dikenali sebagai sastera pahlawan. Sastera epik menonjolkan ciri
kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Wataknya diberi penekanan yang berlebihan sehingga menjadi
sempurna dan disanjung masyarakat. Sastera ini juga terbahagi kepada dua iaitu epik kebangsaan yang
diwakili oleh Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Amir Hamzah.
Sastera panji pula menceritakan tentang kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utamanya
digelar sebagai Panji. Selama berkelana, Panji mengalami pelbagai peristiwa sehingga bertemu dengan
kekasihnya.
Selain itu, sastera agama pula menekankan pada cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan dan
keunggulan nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia walaupun ditentang dan
menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Salah satu kitab sastera ketatanegaraan bertajuk Kitab Nasihat
Segala Raja-Raja. Ia digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin II sebagai panduan untuk pemerintahan baginda.
Prosa Moden Menurut Annas Hj Ahmad (1988), hasil karya
sastera selepas tahun 1800 Masihi tergolong
dalam prosa moden. Pembahagian prosa ini
dibuat bertujuan untuk memudahkan kita
memahami perbezaan sastera Melayu.
Cerpen
Cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Cerpen menjadi alat yang
menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang. Selain itu, ia juga memberi gambaran
tentang suatu zaman seperti masalah sosial, politik dan ekonomi. Cerpen selalunya berkisarkan sesuatu
peristiwa yang menjadi fokus utama. Cerpen mempunyai satu tema dan beberapa persoalan untuk
menghasilkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Dari segi watak, cerpen mementingkan perkembangan
watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Watak-watak lain digunakan untuk memperkukuhkan
kewibawaan watak utama. Pertentangan antara watak protagonis dan antagonis mencetuskan konflik yang
penting sebagai unsur dramatik. Dalam cerpen juga hanya terdapat satu plot dan ia dikembangkan secara
teliti dan tidak rumit. Pencetusan perasaan penyemarakan emosi akan menyebabkan ketegangan dan menarik
perhatian pembaca untuk mendalami cerpen itu.
Novel
Novel merupakan prosa rekaan yang panjang dan di dalamnya mempunyai bahagian daripada sebuah
kehidupan. Perkataan novel berasal daripada perkataan bahasa Itali iaitu novella yang bermaksud satu benda
kecil yang baharu. Ia mengisahkan kejadian yang ditumpukan kepada sebahagian daripada kehidupan
manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Novel juga merupakan satu bentuk penafsiran rencam hidup
manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka (Shahnon Ahmad, 1972). Novel mempunyai tiga faktor utama
yang saling berkait iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi. Idea yang terbina daripada
tiga faktor ini bukan sahaja berkisar mengenai tahap kehidupan manusia malah boleh berlegar di sekitar
kehidupan selain daripada manusia itu sendiri.
Novel yang bercorak kemasyarakatan dihasilkan oleh Harun Aminurrashid. Sebagai contoh, Cinta Gadis Rimba
(1947) dan Minah Joget Moden (1949). Novel Minah Joget Moden amat menarik kerana menunjukkan sikap
negatif masyarakat terhadap penari-penari joget. Sikap negatif masyarakat ini diperbetulkan oleh pengarang
melalui watak anak wayang iaitu Minah yang petah bercakap dan bersyarah tentang kesucian para seniman
dan seniwati Melayu.
Novel bercorak kebangsaan juga lahir pada pertengahan 1940-an seperti novel Pahlawan Rimba Malaya
(1946). Novel ini memberi persoalan mengenai semangat kebangsaan pejuang gerila Melayu ketik menentang
penjajahan Jepun. Harun Aminurrashid juga telah menghasilkan novel Siapakah Yang Bersalah (1949) yang
memfokuskan pengalamannya sendiri yang terpaksa bekerja dengan pihak Jepun. Melalui pengalamannya
beliau dapat idea untuk memajukan bangsanya sendiri.
Drama
Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis karya sastera yang ditubuhkan oleh unsur intrinsik (satu
kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan). Antara unsur yang mendukung drama ialah skrip drama
yang juga menjadi panduan kepada pengarah. Pengarah pula berperanan untuk menyelaraskan pementasan
drama. Watak juga ditulis dalam skrip yang merupakan perkara paling penting dalam drama. Pentas dan
panggung juga penting untuk pementasan drama. Untuk membuat pementasan, unsur seperti cahaya, bunyi,
pakaian, tata rias dan penonton juga mempengaruhi kesempurnaan sesuatu drama itu.
Puisi Tradisional
Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre dalam puisi
tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun,
mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai,
masnawi dan sebagainya.
Pantun
Menurut Za'ba (1978), pantun telah digunakan oleh masyarakat Melayu
sebelum mereka tahu surat menyurat lagi dan mereka selalu berbalas
pantun sesama mereka. Pantun dibina dalam dua rangkap, empat
rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, 12 rangkap dan pantun berkait.
Pantung merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur
pembayang maksud dan juga maksud. Harun Mat Piah (1989),
memberikan makna pantun dalam aspek dalaman dan luaran struktur
visualnya. Aspek dalaman meliputi unsur estetik dan isi iaitu tema serta
persoalan. Unsur estetik pantun dilihat melalui dua aspek iaitu
penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun
mengikut pandangan dan pemikiran dunia masyarakat Melayu. Selain itu,
berdasarkan hubungan makna antara pembayang-pembayang sama
ada secara konkrit atau abstrak. Tema dan persoalan pantun selalunya
menyentuh hampir keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu.
Pantun yang selalunya digunakan ialah pantun dua kerat dan empat
kerat. Ciri-ciri pantun pula berdasarkan bilangan baris dalam rangkap.
Sebagai contoh bagi pantung empat kerat, baris pertama dan kedua
ialah pembayang manakala baris ketiga dan keempat ialah maksud.
Bilangan patah perkataan dalam satu baris ialah empat hingga enam
patah perkataan. Manakala bilangan suku kata pula dalam lapan
hingga 12 suku kata. Rima bunyi akhir pantun ialah sama atau sejajar.
Sebagai contoh bagi pantun dua kerat, rima akhirnya 'a','a' manakala
bagi pantun empat kerat pula rima akhirnya 'a','b','a','b'.
Jenis-jenis pantun pula bergantung kepada fungsi dan kandungan
sesebuah pantun itu sendiri. Pantun boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan sebagai contoh pantun menghibur, pantun nasihat, pantun
menduga akal, pantun meluahkan perasaan, pantun menyampaikan
hasrat seni, pantun menyedapkan kata, pantung menyampai hasrat
tersembunyi, pantun agama, pantun budi, pantun jenaka, pantun
percintaan pantun perpisahan dan banyak lagi.
Gurindam
Gurindam merupakan satu bentuk puisi Melayu tradisional yang
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua Belas pada tahun
1846. Gurindam mempunyai bentuk yang terikat iaitu terdiri daripada
dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah
perkataan sebaris serta skima rima akhir 'a'.'a'. Suku kata gurindam pula
ialah lapan hingga 12 suku kata dalam sebaris. Bahasa dalam gurindam
bernas dan serius. Isinya pula mempunyai nasihat, pengajaran, kebenaran
serta perasaan cinta. Perkataan gurindam berasal daripada perkataan
Tamil iaitu 'iradam' dan 'kiradam' yang membawa maksud puisi secara
terbuka. Menurut Za'ba, gurindam merupakan syair yang melarat yang
tetap sukatan dan rangkapannya. Isi gurindam mempunyai idea yang
bernas dengan menggunakan bahasa yang riang dan suka sebagai
nyanyian. Sultan Muhamad Zain pula berpendapat gurindam merupakan
sajak yang mempunyai dua baris, baris pertama syarat dan baris kedua
akibat.
Syair
Seterusnya, syair pula merujuk kepada sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan
telah berkembang di alam Melayu bersama kedatangan Islam. Syair ini telah diubah
suai supaya bersesuaian dengan bahasa Melayu Klasik pada ketika itu. Syair dikatakan
berasal daripada puisi Arab iaitu 'sy'ir' namun bentuk syair Melayu amat berbeza
dengan bentuk syair Arab (Mohd Yusof Md. Nor, 1985). Harun Mat Piah (1989) pula
menyatakan bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi
secara umum. Syair Melayu tidak beracuankan dengan syair Arab namun ia adalah
hasil asli masyarakat Melayu zaman dahulu. Syair Melayu mempunyai bentuk
konvensional yang mengandungi empat baris serangkap dengan rima akhirnya
'a','a','a','a'. Setiap baris mempunyai empat hingga lima patah perkataan. Dalam
setiap baris juga mempunyai lapan hingga 12 suku kata. Dalam setiap baris juga
mempunyai hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang
berurutan untuk memberikan idea yang lengkap. Syair juga dikatakan suatu pernyataan
yang berlarutan. Hal ini untuk menunjukkan cerita, kisah, nasihat dan pujian. Setiap
untai syair mempunyai awalan dan akhiran.
Seloka
Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang membawa maksud
berseloroh, berjenaka dan menyindir Seloka mula berkembang di alam Melayu setelah
kedatangan agama Hindu. Seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan
yang mengandungi jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan juga sindiran. Namun
begitu, isinya tetap mempunyai mesej yang berguna dan boleh dijadikan sebagai
pengajaran untuk pembaca. Kebanyakan seloka ditulis dalam bentuk terikat iaitu
empat baris serangkap. Ia juga ditulis dalam bentuk bebas Iaitu setiap barisnya
menjadi isi puisi itu.
Puisi Moden
Hanya sajak merupakan puisi yang tergolong dalam puisi
moden.
Sajak
Sajak merupakan puisi moden yang lebih bebas yang terikat pada sesuatu pola khusus
walaupun ada kalanya ia memerikan ciri matra, rima dan rentak. Menurut Hashim
Awang (1984), sajak bermaksud puisi baharu yang popular yang lahir sebagai pilihan
kepada puisi tradisional. Manakala menurut H.B. Jassin (1983) pula, sajak adalah
pengucapan perasaan yang mengandungi fikiran dan tanggapan. Dalam kata lain,
sajak merupakan suara hati atau luahan perasaan. Sajak terbentuk daripada kata-
kata terbaik dalam susunan yang terbaik. Kata-kata terbaik bermaksud lahirnya nilai
rasa dan nilai erti yang seimbang serta bersifat harmonis antara kata dan maksud.
Sajak tidak terikat pada peraturan-peraturan seperti puisi tradisional. Sajak juga
mempunyai nama penulis sebagai pengakuan hak milik ke atas sesebuah karya dan
kadang kala ditulis dengan nama samaran dan nama pena yang amat berbeza
dengan puisi tradisional.
Fungsi
Sastera
Melayu
Alat pendidikan Instrumen Perpaduan
Pengalaman penulis akan diterjemahkan dalam karya- Pengajaran perpaduan nasional dalam kesusasteraan
karya mereka seperti prosa dan puisi dan diadun Melayu telah menjadi tujuan utama dalam pendidikan.
dengan unsur-unsur pengajaran dan ilmu pengetahuan Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera boleh
yang tinggi nilainya. Pengetahuan dan pengajaran ini dijadikan sebagai instrumen utama untuk mewujudkan
akan diambil oleh pembaca-pembaca dan secara semangat kekitaan atau 'esprit de corp' dalam
tidak langsung mereka akan mengalami pendidikan. kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah
Selain itu, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah negara yang bersatu padu. Sastera negara juga
diperkenalkan untuk membolehkan pelajar menjiwai menitik beratkan nilai perpaduan dan penghargaan
unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kepada satu bentuk budaya menyatupadukan rakyat.
kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan Sastera juga dapat menjana pemikiran golongan
menanam rasa cinta akan tanah air. Selain itu juga di remaja ke arah melahirkan generasi yang seimbang
peringkat pengajian tinggi, pelajar telah didedahkan dalam semua aspek.
dengn penulisan ilmiah dan mereka diberikan
pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran
seiring dengan matlamat pembudayaan bahasa
Melayu melalui sistem pendidikan.
Alat kawalan sosial Dakwah
Pengajaran perpaduan nasional dalam kesusasteraan Sastera dalam Islam perlu mempunyai ciri waqi'iy
Melayu telah menjadi tujuan utama dalam pendidikan. (realistik) "dalam erti melihat apa adanya." (Siddiq
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera boleh Fadzil,2012). Menurut Siddiq (2012) " Ia adalah al-
dijadikan sebagai instrumen utama untuk mewujudkan adab al-muwajjih atau sastera yang membimbing ke
semangat kekitaan atau 'esprit de corp' dalam arah yang lebih sempurna dan mulia." Sumbangan
kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah sastera Islam dalam pembentukan akhlak masyarakat
negara yang bersatu padu. Sastera negara juga menitik Melayu telah dilakukan oleh sarjana untuk melihat dan
beratkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada mengukur sumbangan sastera Islam ke arah
satu bentuk budaya menyatupadukan rakyat. Sastera pembentukan akhlak manusia di alam Melayu. Karya-
juga dapat menjana pemikiran golongan remaja ke karya sastera ini dapat membuatkan pembaca
arah melahirkan generasi yang seimbang dalam semua merenung kembali kisah silam mereka berdasarkan
aspek. Cerita legenda juga dapat memberikan ajaran Islam yang sebenar. Cerita-cerita yang
sumbangan yang besar dalam kehidupan masyarakat terdapat dalam syair, sajak, pantun, cerpen, novel dan
dalam membentuk anggota masyarakat menjadi sebagainya mempunyai peranan dan tugas tersendiri
manusia yang mempunyai wawasan dalam hidup. untuk membentuk akhlak masyarakat Melayu.
Medium kritik sosial Hiburan
Perkara yang ditunjukkan di dalam sastera merupakan Hiburan terbentuk daripada keindahan kata-kata yang
sesuatu yang berlaku dalam realiti. Hal ini akan diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun,
mempengaruhi tingkah laku dan tatasusila sama ada kemampuan karya sastera untuk membelai emosi
untuk tujuan menegur, mengkritik dan menyampaikan pembaca, unsur kelucuan dan sebagainya. Faedah
mesej. daripada fungsi hiburan menyebabkan cerita rakyat
mudah diterima dan digemari masyarakat zaman
dahulu. Sebagai contoh, pantun amat popular kerana
keupayaannya membawa keindahan yang
menghiburkan pendengar dan pembaca. Contoh lain
pula ialah cerita jenaka. Cerita jenaka bukan sahaja
menghiburkan tetapi juga penuh dengan mesej dan
pengajaran. Hal ini dapat menarik perhatian pembaca
untuk mendalami lagi sastera Melayu kerana banyak
hiburan yang boleh dijumpai dalam karya-karya
sastera Melayu.
Manifestasi
Akal Budi
Pantun
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Hamba budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Pantun di atas berkisahkan seseorang yang tidak pandai dan ingin belajar tentang sesuatu. Dari segi pembayang
telah pun menunjukkan yang seseorang itu tidak pandai atau tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu. Dalam tradisi
masyarakat Melayu, menanam tumbuh-tumbuhan dan tanaman di dalam kawasan berpagar menunjukkan yang ianya
hak milik seseorang. Oleh itu, perbuatan mengambil buah cempedak di luar pagar menunjukkan orang itu tidak
mengetahui tentang adab dan hak milik orang. Manakala pada pembayang kedua, 'Ambil galah tolong jolokkan'
menunjukkan orang itu tidak pandai kerana pokok cempedak tumbuhnya rendah dan untuk mengambil buahnya hanya
dengan memulas atau memetik sahaja, tidak perlu menjoloknya dengan galah. Hal ini jelas menunjukkan pembayang
berkait rapat dengan maksud pantun. 'Hamba budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.' menunjukkan budi
pekerti seseorang itu yang meminta untuk diajar tentang sesuatu. Hal ini amat bersesuaian dengan masyarakat Melayu
yang terkenal dengan budi bahasanya. Walaupun dia tak mempunyai kemahiran namun dia tetap rendah diri dan
minta untuk diajar. Pantun ini juga serupa dengan peribahasa malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu
hanyut. Kesimpulannya, kita mestilah belajar sekiranya tidak mempunyai ilmu.
Syair Syair ini mengisahkan riwayat seorang raja di desa Negeri Kembayat yang
menjadi contoh teladan kepada rakyatnya. Pengarang syair ini menunjukkan
Dengarkan tuan sikap rendah diri dengan membahasakan dirinya dengan perkataan 'fakir'. Fakir
suatu riwayat bermaksud orang yang kurang berpendapatan daripada pendapatan orang
Raja di desa miskin (Kamus Dewan Edisi keempat). Dalam rangkap ini, pengarang menunjukkan
sifat rendah diri dengan mengatakan dirinya fakir dari segi ilmu. Sifat rendah diri
Negeri Kembayat ini wajar dicontohi oleh masyarakat kini yang semakin sombong dan sentiasa
Dikarang fakir meninggi diri dengan kekayaan dunia. Pengarang ini juga menunjukkan sopan
santun yang sememangnya satu warisan dan tradisi bagi masyarakat Melayu
dijadikan hikayat sejak dahulu lagi. Oleh itu, sopan santun dan rendah diri ketika berkata-kata
Supaya menjadi amat penting untuk mengelakkan kita daripada riak dan takabbur.
tamsil ibarat.
(Syair Bidasari)
Seloka
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak pandir juga menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.
(Seloka Pak Pandir)
Seloka Pak Pandir ini bertemakan sindiran terhadap orang yang mudah mempercayai dan melebih-lebihkan orang
lain sebelum keluarga. Sikap mudah mempercayai orang lain ini akan menyebabkan kesan buruk kepada diri sendiri.
Sebagai contoh, 'Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela' menunjukkan bahawa Pak Pandir
melebihkan orang lain daripada anak sendiri dan dia tidak dapat membezakan antara musuh dan rakan kerana dia
terlalu mudah mempercayai orang lain. Kemudian peribadi Pak Pandir telah memakan dirinya sendiri seperti 'harta
habis badan tergadai' menunjukkan bahawa semua harta Pak Pandir telah tergadai dan dia telah hilang segalanya
disebabkan oleh perangai negatifnya itu. Oleh itu, seloka ini menegaskan supaya kita mementingkan keluarga dahulu
sebelum orang lain dan jangan mudah mempercayai orang lain kerana ia akan memberikan kesan yang buruk. Seloka
ini sesuai dengan peribahasa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan, di mana Pak Pandir terlalu
mengharapkan benda yang tak pasti dan kehilangan segalanya. Kesimpulannya, kita mestilah berfikir sebelum
membuat sebarang keputusan supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan
Gurindam
Barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
Barang siapa mengenal yang empat
maka itulah orang yang makrifat
Barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya
Barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudarat
(Gurindam 12: Fasal 1)
Gurindam ini menekankan perihal agama dan memberikan nasihat tentang agama. Sebagai contoh, 'Barang siapa
tiada memegang agama sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama' menunjukkan bahawa agama merupakan sesuatu
yang amat penting bagi seseorang. Orang yang tidak mempunyai agama akan menjadi buntu, sesat dan terpesong
dalam hidup. Mereka juga tidak mempunyai tujuan dan matlamat hidup dan boleh dianggap sebagai mayat hidup
kerana hidupnya tidak mempunyai makna. Selain itu, 'Barang siapa mengenal yang empat maka itulah orang yang
makrifat' menyatakan bahawa untuk mencapai kesempurnaan hidup seseorang itu perlulah mengetahui tentang empat
perkara iaitu syari’at, tarikat, hakikat dan makrifat. Gurindam ini juga mengajak semua orang untuk taat kepada
perintah Allah SWT supaya kita tidak terpedaya dan terus hanyut dalam dunia yang sementara. Gurindam ini amat
sesuai untuk semua orang kerana ia hanya berkisarkan tentang agama, nasihat dan pengajaran yang baik dan boleh
dijadikan sebagai contoh.
Sumber Rujukan
Annas Haji Ahmad. (1988). Sastera Melayu: Lama dan Baru. Petaling Jaya: Masa Enterprise.
Dewan, B. P. (2008). Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Hashim Awang. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Md Nor & Abd. Rahman Kaeh. (2016). Puisi Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
PAunsntaaskaH.aji Ahmad. (1988). Sastera Melayu: Lama dan Baru. Petaling Jaya: Masa Enterprise.
Sumber Rujukan
Siddiq Fadzil. (2012). Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat Rakyat. Akademi Kajian Ketamadunan.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Zaidan, Abdul Rozak, et. al. (2000). Kamus Istilah Sastra. Jakarta: Balai Pustaka
Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
AEznznaahs'HAafijfiaAhhmNaadsr.u(d19in8&8).CShaestIebrraahMimelaSayull:eLha. m(2a0d15a)n. PBEaMruIK. PIReAtaNliMngELJAaYyUa:DMAaLAsaMECntEeRrpITrAiseLI.PUR LARA. Journal of
Business and Social Development Vol 3 No 2: 63-79.
SEKIAN
TERIMA KASIH
ASSALAMUALAIKUM