The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qamarulariffin1151, 2023-04-04 10:59:45

TUGASAN 2 BMMB3203 KUMPULAN

TUGASAN 2 BMMB3203 KUMPULAN

Abdul Muiez bin Mohd Nuzuki 2021252340255 Ahmad Qamarul Ariffin bin Mohd Zawawi 2021252340259 Abdul Muiez bin Mohd Nuzuki 2021252340255 Ahmad Qamarul Ariffin bin Mohd Zawawi 2021252340259 PENSYARAH: DATIN DR HAJAH WAN ROSLINA BINTI WAN ISMAIL BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU DAN ISU KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU DAN ISU KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK


AHLI KUMPULAN


APAKAH ITU PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU ?


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU /ə/


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 18 Konsonan Asli Bahasa Melayu


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 18 Konsonan Asli Bahasa Melayu


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 18 Konsonan Asli Bahasa Melayu


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 18 Konsonan Asli Bahasa Melayu


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 18 Konsonan Asli Bahasa Melayu


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 6 Vokal Asli Bahasa Melayu /ə/


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU 6 Vokal Asli Bahasa Melayu


BUNYI BAHASA PINJAMAN


f formal sifir wakaf v virus universiti th thabit mithal bahath dz dzat nidzam CONTOH BUNYI BAHASA PINJAMAN


dh dharab hadhir haidh z zaman azam aziz sh sharat mashur skuash kh khamis akhir tarikh CONTOH BUNYI BAHASA PINJAMAN


CONTOH BUNYI BAHASA PINJAMAN


BUNYI BAHASA PINJAMAN


PEMBENTUKAN KATA


Awalan maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, panca-, pasca. Akhiran -wan, -man, -wati, -nita IMBUHAN SANSKRIT CONTOH PERKATAAN AWALAN AKHIRAN maha- mahasiswa tata- tatacara pra- prasekolah swa- swafoto tuna- tunaanggota eka- ekabahasa dwi- dwibahasa tri- tribulan panca- pancaindera pasca- pascamerdeka -wan- angkasawan -man- seniman -wati- seniwati -nita- karyawati


FUNGSI IMBUHAN SANSKRIT Awalan Akhiran mahatatapraswatunaekadwitripancapasca- -wan -man -wati -nita maknanya satu maknanya dua maknanya tiga besar atau agong susunan sistem maknanya sebelum maknanya selepas maknanya lima orang mahir (lelaki) orang mahir (wanita) orang mahir (lelaki) maknanya sendiri wanita / perempuan maknanya tiada


Awalan biAkhiran -wi, -i, -iah, -in, -at, -ah IMBUHAN ARAB-PARSI CONTOH PERKATAAN AWALAN AKHIRAN bi + lazim - bilazim -wi - duniawi -i - azali -iah - lahiriah -in - hadirin -at- hadirat -ah - solehah


FUNGSI IMBUHAN ARAB-PARSI Awalan Akhiran bi- -wi -i -iah -in -at -ah maknanya tidak mencirikan sifat membawa makna ciri mencirikan sifat kata Arab (lelaki) kata Arab (wanita) kata Arab (wanita)


Awalan pro-, anti-, poli-, auto-, sub-, supraAkhiran -isme, -ik, -si, -al, -is IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS CONTOH PERKATAAN AWALAN AKHIRAN auto- automotif sub- subgraf supra- suprakelas -isme - sosialisme -ik- fonetik -si -potensi pro- proaktif anti- antisosial poli- politeknik -al-klinikal -is - praktis


FUNGSI IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS Awalan Akhiran proantipoliautosubsupra- -isme -ik -si -al -is secara persendirian melawan/tidak setuju banyak bersetuju/memihak sebahagian melebihi kefahaman/ideologi - - - -


APAKAH ISU KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK ?


CONTOH ISU KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK


APAKAH ITU MEDIA CETAK ? Media cetak merupakan medium untuk berkomunikasi yang berbentuk bahan cetakan atau terbitan. Media Cetak Papan Tanda Surat Khabar Papan Iklan Poster Buku


KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (PAPAN TANDA) KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (PAPAN TANDA) Kesalahan ejaan pada papan tanda ini ialah perkataan ' merbahaya'. Hal ini kerana tiada imbuhan mer- dalam Bahasa Melayu. Maka, kata nama ‘bahaya’ boleh menerima imbuhan ber- iaitu menjadi ‘berbahaya’. Kesalahan kata pada papan tanda ini ialah perkataan 'dihadapan'. Hal ini kerana 'hadapan ' menunjukkan tempat. Maka, di dan kata nama hadapan (biasanya merujuk kepada tempat) perlu dieja jarak iaitu menjadi ‘di hadapan’.


KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (SURAT KHABAR) KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (SURAT KHABAR) Kesalahan ejaan pada surat khabar tersebut ialah penggunaan penjodoh bilangan 'buah' bagi pokok. Hal ini kerana penjodoh bilangan yang sebetulnya bagi pokok ialah 'batang '. Penjodoh bilangan 'batang ' digunakan untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggi manakala 'buah' digunakan untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk. Kesalahan pada surat khabar tersebut ialah percampuran kod iaitu 'bayar online '. Hal ini menunjukkan penulis menggunakan dua bahasa secara serentak iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Oleh itu, penulisan yang sepatutnya ditulis ialah 'bayar dalam talian '.


KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (PAPAN IKLAN) KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (PAPAN IKLAN) Kesalahan ejaan pada papan iklan ini ialah perkataan ' satay '. Hal ini kerana ejaan bagi perkataan Bahasa Melayu ditulis berdasarkan bunyi sebutan yang diungkapkan. Maka, ejaan yang sebetulnya adalah ‘sate’. Kesalahan ejaan pada papan iklan ini ialah perkataan ' murtabak'. Hal ini kerana perkataan ini merupakan pinjaman bahasa Arab yang dieja (مرتابق (dan diserap ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu, ejaan yang betul ialah ' martabak'.


KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (POSTER) KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (POSTER) Kesalahan ejaan pada poster program ini ialah perkataan 'infaq '. Hal ini kerana walaupun infak dieja انفاق dalam jawi, huruf ق yang dipinjam daripada bahasa arab akan menjadi huruf k apabila diserap ke dalam Bahasa Melayu. Maka, ejaan yang sebetulnya adalah ‘infak’. Kesalahan ejaan pada poster ramadan ini ialah perkataan ' ramadhan ' yang sepatutnya dieja ' ramadan '. Hal ini kerana ejaan “ramadhan” kepada “ramadan” telah disesuaikan mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Namun, sebutan ramadan dengan "dhod" dibolehkan.


KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (BUKU) KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK (BUKU) Kesalahan kata pada buku Psikologi Pembelajaran ini ialah perkataan ' mentee '. Hal ini kerana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan mentee dalam bahasa Inggeris telah diserap ke dalam Bahasa Melayu dengan ejaan sebetulnya ialah ' menti' Kesalahan kata pada buku Pendidikan Islam Teras ini ialah perkataan ' urusniaga '. Ejaan yang betul ialah ' urus niaga '. Hal ini kerana urus niaga dieja jarak kerana urus niaga bukan merupakan kata majmuk yang telah mantap. Kata majmuk akan hanya dieja rapat apabila mantap atau menerima imbuhan apitan.


CONTOH ISU KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA ELEKTRONIK


APAKAH ITU MEDIA ELEKTRONIK ? Media elektronik merupakan saluran atau alat komunikasi seperti alat-alat elektron moden seperti televisyen, telefon dan komputer. Media Elektronik Televisyen Telefon Radio Apikasi dalam talian


Penerangan KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA ELEKTRONIK Kesalahan ejaan pada aplikasi Twitter ini melibatkan kesalahan penggunaan imbuhan. Bagi rajah pertama dan kedua, kesalahan jelas terletak pada perkataan pra sekolah dan anti sosial Hal ini kerana imbuhan awalan praperlu dieja secara rapat dengan perkataan seterusnya. Cara pengejaan ini juga diaplikasikan kepada imbuhan awalan anti- pada rajah kedua. Oleh itu, ejaan perkataan sebenar bagi kedua-dua rajah ialah prasekolah dan antisosial.


Penerangan KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA ELEKTRONIK Kesalahan ejaan pada berita dalam talian dalam rajah pertama ini ialah perkataan lagenda. Ejaan sebenar dan betul bagi perkataan itu ialah legenda (Kamus Dewan edisi keempat). Manakala bagi rajah kedua, kesalahan kata jelas terletak pada ejaan Ramadhan. Hal ini kerana ejaan bagi perkataan ini telah disesuaikan mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Oleh itu, ia dieja sebagai ramadan.


Penerangan KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA ELEKTRONIK Kesalahan ejaan pada kedua-dua rajah melibatkan imbuhan apitan iaitu imbuhan ke-...-an. Kesalahan ejaan berlaku pada perkataan kerosakkan dan kebanyakkan. Kesalahan seperti ini biasa dilakukan terutamanya dalam media elektronik. Ejaan yang benar ialah kerosakan dan kebanyakan. Perkataan ini mestilah dieja dengan menggunakan hanya satu huruf k sahaja.


Penerangan KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA ELEKTRONIK Kesalahan kata seterusnya melibatkan penggunaan bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang mencampuradukkan katakata daripada pelbagai bahasa dalam satu ayat. Kesalahan kata pada rajah pertama ialah pada perkataan so, staff dan try. Ayat ini sepatutnya ditulis seperti 'Jadi staf-staf semua memang saya bagi cuba naik'. Bagi rajah kedua kesalahan terletak pada ejaan balloon. Ia sepatutnya dieja sebagai belon.


Penerangan KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA ELEKTRONIK Kesalahan ejaan pada rajah ini merupakan kesalahan dalam singkatan ejaan. Perkara ini sering berlaku dalam proses komunikasi terutamanya dalam media sosial. Ringkasan ejaan ini telah menjadi kebiasaan sehingga kesalahan kata ini diabaikan. Dalam rajah tersebut, perkataan seperti x, ak, nk, klu, nnti dan amik dieja secara ringkas dan pendek. Ejaan sebenar bagi perkataan ini ialah x=tak, ak=aku, nk=nak, klu=kalau, nnti=nanti dan amik=ambil.


Kamus Dewan (ed. 4). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, et.al. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version